KETUPAT SHOPEE

sebelum ni pernah order ketupat dekat shopee.. ni 3rd time kot dari seller sama.. tetibe nak makan ketupat order shopee je la senang.. ada je seller area sini jual ketupat tapi jual per kg, banyak-banyak buat ape pastu x boleh campur kan.. yang ni bleh pilih berapa pcs kita nak, senang la.

me order 5 flavor..

ketupat lemak manis, lemak masin, manis kacang, pulut hitam and serunding.. biasa time nak makan, me just masukkan dlm microwave je kejap and letak air skit, lembut elok je..malas la nak steam2 lambat hahahha

lama tak merendang, last year raya tak merendang sebab dalam pantang hehe.. alang-alang daun kunyit frozen pon ada buat la rendang ayam sikit

yums!

nak beli ketupat palas frozen boleh tekan SINI

AYAM BERLADO

perap ayam dengan garam kunyit macam biasa, then goreng kejap. blend kasar bawang merah, bawang putih, cili padi and cili besar.. cili ikut kepedasan sendiri nak pedas letak banyak..then tumis semua bahan kisar tu sampai garing, masukkan sedikit sos tiram and kicap sotong then masukkan ayam dah goreng tadi.. kalau rasa x ok bleh tambah garam or aji sikit tapi me tak tambah dah.. lastly masukkan daun bawang.. siap

NEW MEMBERS

0201 – Farabi Nabawi

congrats Nabil & Far dapat baby boy lagi.. tiga2 boy hehe..boleh geng Nadia ni tiga2 girls hehe

0401- Areez Ilhan

congrats Aimi & Iqbal first newborn..

1501- Mikayla

and congrats Tasha & Afy dapat baby girl, suka la abg Mikail dah ada kawan..

Alhamdulillah, this month dapat 3 anak sepupu.. InsyaAllah bulan 5 lagi sorang baby Dli & Fatin.. aihh bertambah banyak duit raya tahun ni hehe..

BREAD PUDDING FOR BABY

ada leftover roti, so buat bread butter pudding la for Emir.. me amik 2 slice roti, formula milk, kurma sebiji amik isi je and unsalted butter, smash je semua and masukkan dalam bekas ni, kebetulan ada stoberi & blueberry frozen utk puree emir, so me potong-potong letak atas tu je.. and baked 10min dalam air fryer.

not bad sedap jugak, bukan baby je makan.. me pon sibuk nak makan hahahah!

TELUR BERLADA

lama tak datang makan sini, arini kebetulan Sri datang rumah.. ajak la dia makan Wan Telur Berlada ni.. dulu masa lepas pantang, kebetulan ada check up baby dekat Hosp Klang, Mama follow sekali.. bawa la Mama makan sini and dia suka.. kali ni bawa Sri try plak.. kemain dia tempe sambal ijau hahaha.. tak pernah kitorang order..biasa duk order daging goreng tepung, telur berlada and paru sambal ijau tak pon patin sambal ijau.. portion banyak and murah memang puas hati la kalau makan sini..

FAIZAL KONG MEE TARIK

briased beef noodle

beef curry noodle soup

pernah makan sekali mee tarik faizal kong ni kat gerai tepi jalan area Puchong, last year camtu la.. tapi tapau je time tu sebab baru lepas makan ikan cencaru sambal, time lalu eh ramai plak and yang menarik kat tepi jalan pon dia buat live mee tarik so agak menarik la kan.. not bad sedap..

this time datang Giant Sek13, nak makan kat food court.. sebab ikan bakar portugis kat situ sedap ehh alih-alih dah berubah semua dlm tu, food court pon dah ke belakang sana.. tapak food court lama ni dah jadi mee tarik Faizal Kong.. dah alang-alang kat situ, makan mee tarik je la.. but this time rasa macam over cooked sangat mee dia, jadi lembik sangat and muak.. aritu makan macam sedap.. tak tau la mungkin kena kat kitorang time ni..

NASI LEMAK

semalam new year, cuti la kan.. so pegi settle kan laptop mr.husband and sebab lama kena tunggu so terus lunch area sana la.. dah otw balik tiber rasa nak makan nasi lemak bumbung pulak.. so otw balik tapau je la utk dinner..

nasi lemak ayam + sambal petai + pulut mangga

sambal petai dia memang banyak, kalau makan kat kedai dia pon sama.. kalau makan sorang memang tak habis la.. pulut mangga dia memang sedap

disebabkan sambal petai dia banyak, maka hari ni jadi la nasi lemak hahaha.. kebetulan Sri datang, so kita buat nasi lemak la..just masak nasi lemak, goreng ikan bilis ayam segala tu dah settle, sebab sambal kan dah ada hehe..

HAPPY BIRTHDAY CKIN

2 hari lepas birthday my SIL, Happy birthday Kin.. so malam ni celebrate birthday Ckin dekat Mr.Steakhouse Sek13

mille crepe ni serious sedap

me just order spaghetti bolognese, sebabnya masih kenyang makan lunch tadi.. sebab tak plan pun nak dinner malam ni, tiba-tiba diorang ajak dinner alang-alang esok pon cuti kan

mr.husband order mix platter, dia datang sini je mesti order ni..

yg kecik ni jugak la relax tido haha

SALAI POWER

dulu pernah take away and pernah jugak makan kat kedai lama dia, tu pon terpenggaruh tengok review dekat youtube haha.. sedap and murah.. pastu sekarang ni dia dah tutup tempat lama, x jauh dari kedai lama dalam 300m camtu je kot.. kedai baru lagi besar and luas gila..tempat beraircond ada, tempat nak duduk bersila boleh, banyak port la.

view depan, klasik gila kan..

ni tempat pilih lauk

kopi and biskut free, so lepas makan boleh la ngopi hehe

air pon banyak balang, macam-macam jenis ada..

kat bawah rumah ni pon ada tempat makan, tapi macam sesak napas je nak duduk makan situ bhahaha.. tapi biasa ada je org duk bawah tu.. kebetulan time kitorang datang ni lewat petang dah, orang tak ramai sangat.. kalo x penuh..

daging salai, daging perkasam salai and ikan bakar. kuah boleh pilih nak pedas or tak pedas.tapi, rasanya portion sekarang makin skit compared dengan kedai lama dulu.

SULIANA CAFE

aritu tengok dekat youtube Melantak Beb review kedai ni, nampak menarik sebab makan Vietnam.. tetiba rindu pho dkat Vietnam.. so ajak la mr.husband g try.. owner dia kawen dgn org Vietnam, tgk tukang masak waiter semua dari sana..memang pure vietnam la.. lagipon kedai ni area Jalan Kebun je takde la jauh sangat so meh la kita try kan..

popia

pho bo

sup daging merah

overall semua sedap, pho dia real gila.. and murah weh.. skrg kalo dekat MyViets ke Super Saigon harga dah RM20+ sini baru RM13, lauk pon banyak puas hati. Popai dia plak memang gemok-gemok puas makan cicah plak dangan sos dia padu..

sebab sedap, beberapa minggu lepas tu ajak Ckin & Sab pulak try kat sini.. ayam halia and asam pedas dia pon sedap..memang recommended! tak tau la berapa kali dah datang sejak tau kedai ni haha.. benda sedap kena berulang-ulang datang hehe

DEEPAVALI RAYA

punya la dah lama Deepavali sebulan dah berlalu.. plannya jumpa seminggu lepas raya, pastu 2-3 kali postponed, sebab tuan rumah, Put tak sihat pastu me balik Setiu plak sebab Mama nak g Umrah aritu, pastu Mokcik plak balik kampung haha bersambung-sambung lastnya arini la baru boleh jumpa..lambat pon lambat la haha..

first time jumpa Emir & Fatimah

Put & Patti

kuih raya

bihun Mokcik buat, sebab kitorang request nak makan bihun dia haha..signature Mokcik ni haha

me tak sempat bake, so order aje la mini cream puff

putu halba, beli dekat area rumah.. sekali Put & patti suka gila sebab diorang cakap tak pernah makan style Kelate ni..

Put order ayamas, and yg lain of course la Patti yg masak hehe

dari tengahari sampai lewat petang baru balik, then sambung pulak lepak kat rumah dengan Mokcik sebab time dia drop off me & Emir tu hujan lebat pulak.. so naik sambung lepak rumah dulu la, alang-alang keluar kann hehe.. jumpa lagi korang! tunggu Dd turun sini plak..

BUBUR SUMSUM BABY

  • 8oz water
  • 2 tbsp rice flour
  • 8 scoop formula milk

mixed je semua sampai x berketul, then baru buka api.. api jangan kuat sangat, kacau-kacau sampai nampak bubble-bublle gitu dah boleh off api.. and masukkan dalam bekas.. topping ikut suka nak letak buah ape..

kebetulan dlm freezer ada puree mango, dragon fruit, papaya and banana so me buat la 4 jenis flavor gitu!

Alhamdulillah Emir suka.. next time Mama buat lagi ok!

AHMAD LEE NASI AYAM HAINAN

Since balik dari Setiu aritu duk demam tu, pastu biasa la selesema kahak la plak.. end up g klinik jugak la neb and sedut kahak, risau la kalau dia berkahak kang kena warded lagi adoi..so, better g sedut awal-awal la.

tak tau nak makan mana, so try la makan nasi ayam ahmad lee.. ni kira first time la kitorang datang kedai baru, sebelum ni makan kedai lama dia dekat Seksyen 18 tu, tapi lepas tu tak pergi dah situ sebab portion nasi dia mcm sikit sangat haha, ni try kat kedai baru nampak ok la..

penat melalak kena sedut kahak tadi. gws baby!