CHICKEN ROYALE

biasa la weekend tak tau nak makan mana, dah sampai Chicken Royale mak aih ramainya orang sampai kat luar beraturnya.. so plan nak g makan tempat lain la, sekali kedai tu tutup pulak sambil duk ronda-ronda tengok kedai makan.. lastnya pusing balik ke Chicken Royale haha.

tapi time ni dah x ramai sangat, dalam 25min camtu la kot baru dapat seat.. so, mr.husband order set bersiong with cheese..

set bersiong

food dah sampai, nanti waiter datang panaskan cheese n tuang yums!

makan berdua of course la tak habis, tapi nasi & ayam semua habis la.. nugget pon habis, wedges & fries tu je ada sikit tak habis tapau je la bleh buat snack malam ni haha.

RAYA STORY

lepas raya aritu sibuk duk puasa sunat la puasa ganti la sebab mr.husband busy gila lepas raya, rasa lepas raya asyik balik malam je.. nak buat makan-makan raya dekat rumah pon tak sempat.. thank you mana yang jemput, mana yg sempat kitorang pergi..

padahal baru lepas berbuka, pastu my cousin Nadia cakap tadi petang ada kawan dia datang beraya and ada lauk raya, so kitorang terjah la kejap beraya sana hehe. Thank You Ya & Affiz.. actually petang tadi pon ada makan-makan dekat rumah my uncle, Ayah Chir tapi sebab puasa me tak join la.. so lepas berbuka tu sempat la singgah jap, tapau dessert and laksa bawa makan sini hehe.

cheeky girl, Baby Nayli

and on 21st May, ada open house + birthday party + aqiqah dekat rumah Marlyn & Bard.. Thank you Yin & Bard for having us.. punya la jem nak ke Semenyih, maklum la weekend semua busy open house.

after Maghrib, from rumah Marlyn otw balik tu singgah ke rumah officemate mr.husband plak..

next weekend tu, pergi beraya rumah cousin sebelah mr.husband, Atie. Ni pon berapa kali dah janji nak datang tapi tak sempat je, si Atie ni plak rajin bebenor tiap weekend buat makan-makan.. thank you Atie makanan sedap gila.. siap tanya tu nak makan ape haha.. kita request la nasi hujan panas hehe..

siap bekalkan pulak tu, esok lucnh ni je hehe.. lagipon lepas balik dr rumah Atie, terus teman mr.husband g opis sampai 4pagi haha.. esoknya pon sama.. kan dah cakap lepas raya busy sampai tak menyempat nak buat makan-makan kat rumah sendiri.

weekend seterusnya, pergi melawat my bff baru bersalin.. congrats beb, after 10 years alhamdulillah rezeki dapat baby..

dah habis syawal, my uni bff datang beraya kat rumah.. thank you Put & Mokcik datang.. tak sempat nak merendang bagai, kita hidang spaghetti and mushroom soup + garlic bread je.. mihun pon mokcik bawa haha! thank you korang!

DAPOR BERASAP

terpengaruh dengan dak dak tiktok, ada orang share video makan salai masak lemak dekat area airport subang, view boleh tgk aeroplane..macam menarik kan.. Nabil la share video tu, then dia dah try pergi sekali tutup ke ape time dia pergi tu, so kebetulan weekend ni tak tau nak lunch mana, so kitorang bertiga try la Dapor Berasap ni..

daging salai, itik salai, ayam salai, ikan keli sambal aihhh semua nak haha.

first time kitorang datang ni, around 2 lebih kot ingat takde orang dah.. mak aih beratur panjang weh.. sibaik la dapat table jugak, tapi duk area dlm ni la.. sebab yg dekat bwh pokok ke ape semua tu memang full and time tu panas memang idokk la nak duk makan situ haha

the next weekend, eh tak tau nak makan mana.. terjah sini lagi bahhaha! kali ni view cantik sikit.. cuaca pon elok..

yg ni plak xtau kali ke berapa datang, dapat duk betul-betul sebelah ni.. sambil makan tak terkira la berapa kali kapal terbang duk lalu lalang haha..time aeroplane lalu je budak-budak ramai la duk berlari tepi pagar tu pakat duk tgk haha..

masak lemak dia bukan jenis masak lemak cili padi.. so xde la pedas sangat ke ape.. tapi bagi kitorang just nice, makan pulak dengan sambal belacan dia tu memang layan.. air pulak free flow.. tapi sebab dah berapa kali pergi, so kitorang target pukul 3-4 ketas baru lunch haha.. sebab time ni tak ramai orang and tak payah nak Q and berebut tempat..jangan risau lauk tetap ada, ayam goreng pon panas-panas..

DAPOR BERASAP

JALAN LAPANGAN TERBANG SUBANG LAMA,

LAPANGAN TERBANG SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, SELANGOR.

11AM – 6 PM

PUASA SUNAT SYAWAL

Day 1

sahur : spaghetti aglio olio

berbuka : nasi goreng ayam

mr.husband outstation, tapau makanan kat kedai bawah then naik berbuka dengan Rina & anak-anak, thank you Mama Rina temankan berbuka arini..

Day 2

sahur : roti sosej ala ikea

berbuka : ayam goreng kunyit + sambal tempe + cendawan & tauge goreng

Day 3

sahur : roti sosej & bolognese sauce

berbuka : nasi beriani kambing & nasi beriani ayam masak merah

arini berbuka dekat Bisik-Bisik Seksyen 7

Day 4

sahur : phillysteak sandwich

biasa buat pakai daging, but this time sebab mr.husband berpantang lagi makan daging kita tukar ke chicken pulak, not bad sedap jugak.

berbuka : asam pedas ayam + telur dadar + pak choy sos tiram + murtabak

Day 5

sahur : roti sosej eggmayo

berbuka : sayur goreng + ayam masak blackpepper

Day 6

sahur : roti sosej & cheezy sauce

berbuka : nasi goreng thai

plan nak berbuka dekat Cempaka semata-mata nak makan daging goreng bawang putih, ngam-ngam la sampai kedai baru buka sekali dia cakap untuk daging bawang putih around 6pm camtu baru ada adoi frust betul, so tapau je la nasi goreng & greentea

Alhamdulillah settle puasa 6, tapi mr.husband tak habis lagi haha sebab dia banyak open house time keje bahaha.. tapi xpe la me boleh teman sekali time me puasa ganti..

RAYA 2022

1 Syawal

raya terkejut. biasa malam raya ada la masak pape untuk bawa g umah MIL, tapi tengah solat maghrib.. eh tetiba dgr org takbir raya, pastu buka tv pon dah ada umum pasal esok raya bahahha! sibaik semalam sempat beli baju raya kahkah.. tu la suka last minute sangat kan.

sempat FIL and SIL anyam ketupat, MIL masak rendang ayam + daging lada hitam + lontong & kuah kacang + sambal goreng.. kalo beraya sendiri jawab dia xde makanan la pagi raya haha! untung ada MIL & FIL dekat hehee..

sampai tengahari kat umah MIL, balik rumah baru start packing nak balik KB. Haha biasa memang camtu la time tu la baru nak packing kan..

tak sabar nak jumpaaa my family..

otw nak balik KB sempat singgah Kejap Food, sebab makan pagi raya tadi je..dah lewat petang of course la lapar balik..

2 Syawal

as usual, 2nd day syawal every year mesti balik beraya sebelah arwah Pa.. biasanya seharian la beraya sebelah sini.. sebab banyak rumah kan nak ziarah.. biasa time raya camni bleh la jumpa semua..

sampai ke 1 pagi kat rumah orang lagi.. tambah plak si Sri & Mir tu siap bawa barang berniaga haha.. orang nak beraya kita bniaga plak haha.. saje la tu nak habiskan duit raya orang bhahah!

3 Syawal

ikutkan raya ke 2 open house rumah Sha, tapi sebab raya terkejut kan semua.. order food semua ikut date yg dah janji je la.. so raya ke 3 la jadinya open house rumah Sha & Aiman..

setiap tahun mesti tak missed lontong ni..sedap do’oh :p

last rumah, rumah arwah Ayah Chik.. sebab masa Ayah Chik meninggal 10 hari before raya tu me tak sempat balik sebab baru je balik beberapa hari sebelum tu.. so arini baru sempat g jumpa Aunty Ta 🙁

4 Syawal

open house rumah parent Kak Elina & Bobosh..

then, sambung open house rumah Papa & Mami and kebetulan birthdya Affan, ada buat birthday party Affan sekali. Happy Birthday Affan Firdean!

malam, Nakhodarian duit raya sesssion.. dah 2 tahun tak dapat bagi duit raya camni.. and tahun ni jugak la 2 orang dah takde 🙁 al fatihah to arwah Umiyah & Ayah Chik..

settle duit raya session, sesi bakar duit la pulak bahhaha! firework session.. and happy birthday to Baby Chica!

Alhamdulillah, rezeki duit raya for this year 🙂

thank youuuuu <3

5 Syawal

before semua balik.. open house rumah arwah nenek kitorang..

of course aglio olio ada selit sekali sebab menu paling cepat kan.. senang utk back up kalo makanan tak cukup hehe

sesi malam, yogurt ice cream. actually kedai ni baru jugak buka, depan lorong rumah ni je.. padahal kemain la janji nak jalan kaki semua ehhh.. lastnya naik kete jugak haha..

4pagi gerak from KB to Setiu, kononnya nak tidur la 1 malam kat Setiu..dah sampai Setiu Mir & Sri cakap diorang nak gerak terus sebab takot tunggu esok kang jem pulak.. so me & mr.husband pon singgah Setiu jap, setengah jam camtu sebab nak tunggu Subuh sekali.. lepas solat Subuh terus gerak balik Shah Alam.. Alhamdulillah, tak sempat je.. tengahari dah sampai Shah Alam.

RAMADHAN 2022, MINGGU KEEMPAT

22 Ramadhan

sahur : naan cheese & ayam tandoori

terliur naan cheese Hameed Corner, so tapau je la utk sahur.. tapi lagi syok makan kat sana, bila tapau macam tak sebanyak kat sana cheese dia letak haha.

berbuka : siakap sos thai + ayam cili kering + ayam lemon + ayam panggang blackpepper, daging goreng + gulai ayam + sup fishball ikan tenggiri + sup perut air asam

dessert

today berbuka with cousins.. eh ada sorg aunty, Ciksu join sekali haha. so menu arini macam-macam la sebab masing-masing bawa lauk.. lepas berbuka, Maghrib + Isyak + terawikh sini terus, sambung moreh pon kat sini.. and sesi shopping baju raya hahah. senang tak payah nak bersesak-sesak kat tempat org ramai, actually kitorg berbuka dekat butik our cousin, Chaa.co sebab katanya nak tutup dah butik ni nak buka cafe, so clearance sales la haha.. tu yg sorg-sorg beli stock baju raya mcm utk sebulan terus bahhaha!

23 Ramadhan

sahur : mushroom chicken pie + nanchos cheese chicken pie

berbuka : kangkung goreng belacan + ayam masak lemak cili padi + ayam panggang percik + roti john

kangkung belacan suruh mr.husband singgah beli, ayam cili padi tu my ex jiran, Huda bagi semalam sebab semalam ikutkan plan berbuka dengan bff tetangga hehe, sekali terlupa dah janji dgn cousin nak berbuka sama.. so dia kirim je la..ayam panggang percik tu by bakers cottage je.. roti john pon Huda bagi haha.. me just masak nasi sajeee..

24 Ramadhan

sahur : roasted chicken with blackpepper sauce

berbuka : nasi paprik ayam + nasi ayam penyet + roti naan & kari ayam

25 Ramadhan

sahur : roti naan & kari ayam

berbuka : nasi arab lamb & chicken

aritu pernah terjah Lazeez ni time berbuka tapi semua penuh, so arini booked awal skit.. not bad, sedap jugak nasi arab kat sini.

26 Ramadhan

sahur : kuey teow kerang

berbuka : nasi beriani kambing & ayam

last weekend Huda ajak berbuka kat rumah dia, tapi sebab dah janji dengan cousins semua.. so arini berbuka kat rumah Huda sekali dgn Rina.. Fai dah nak balik kg malam ni so dia tak join..

27 Ramadhan

sahur : chicken grilled + spaghetti aglio olio

berbuka : nasi arab + nasi ayam

orang lain dah lama cari baju raya, kita arini baru sebok nak mencari..ingatkan nak berbuka dekat Aeon terus kemain la lepas asar dah pegi sana sekali semua kedai fully booked..lastnya cari kedai luar dari situ je senang.

moreh : pani puri

balik dari aeon, singgah bazaar raya dekat stadium shah alam plak.. sehari je settle semua haha senang.

28 Ramadhan

sahur : nasi & daging goreng kunyit + nasi goreng & ayam paprik

sahur order kedai bawah je, seminggu last ni nak masak pon takde mood.

berbuka : lontong + soto + kuah kacang + rendang daging + rendang ayam

today, berbuka puasa dekat rumah MIL.. thank you Mak, masak lauk raya.. awal kitorang raya hehe.

29 Ramadhan

sahur : kuey teow kungfu + nasi goreng ayam paprik

sebab dah start cuti kan.. so sahur kat kedai bawah je la..

berbuka : gulai kawah daging + tilapia fillet masak nyonya + telur mata kicap

dah plan sahur n berbuka esok nak habiskan lauk dlm peti ais sebelum balik raya.. eh sekali esok dah raya.. dah la tgh solat maghrib tadi eh tiber dgr org takbir raya, terkejut wehh.. esok raya..

serious la esok raya?

AL FATIHAH AYAH CHIK

hm, last year kehilangan aunty tersayang, UmiYah.. tahun ni Ayah Chik plak tinggalkan kitorang T______T seminggu nak raya, tapi Ayah Chik pergi pada bulan yg baik..Ya Allah, macam tak percaya.. last week Ja balik KB kita buka puasa sama-sama, terawikh, moreh sama-sama.. siap teman g cari baju raya sama-sama.. pagi ni, ayah chik takdok doh 🙁 cepat sangat.. last week siap kita semua duk gurau senda lagi pasal duit raya la mcm-mcm..

Damailah ayah chik disana.. kitorang syg ayah chik dunia akhirat 🙁

  • tak boleh nak taip panjang-panjang, time duk taip duk flashback macam-macam kenangan dengan ayah chik, airmata dah mcm air terjun 🙁 mohon sedekahkan al fatihah to my uncle, Azamai Abdullah.. semoga arwah tenang disana, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dikalangan org beriman, amin.. salam takziah to my aunt, Aunty Ta, Haikal & Baby.

RAMADHAN 2022, MINGGU KETIGA

15 Ramadhan

sahur : spaghetti aglio olio

berbuka : sup perut air asam + siput sedut masak lemak + ayam kam heong + singgang ikan + ikan kerisi goreng + kulit ayam goreng + kerabu perut + ulam budu

tadi pagi sahur dekat Setiu, petang gerak balik berbuka dengan family kat KB plak.



moreh, colek buah + kuih cara berlauk

16 Ramadhan

sahur : nasi goreng + daging katok/ketuk

berbuka : nasi ayam

perut percik yums! kuih macam-macam jugak tapi kalut nak berbuka ramai-ramai sampai lupa nak snap. 5 ekor ayam utk nasi ayam licin.. lama dah tak berbuka ramai-ramai camni..

moreh, as usual la colek.. kalo kat sini malam-malam semua kedai duk jual colek.

17 Ramadhan

sahur : bubur lambuk

gerak from KB 3pagi, sempat la sahur dekat Setiu.

berbuka : siakap bakar + daging balado + ayam golek + sup perut air asam + kangkung belacan

plan nak balik Shah Alam arini, tapi postponed plak haha. so sempat la berbuka lagi sehari dgn family.

moreh, colek ayam + colek paru

18 Ramadhan

sahur : nasi goreng daging + daging balado

gerak lambat arini, ingat sempat la sampai berbuka kat KL.. tapi time berbuka dekat Genting Sempah, nak singgah mcd full plak..so singgah petronas beli choc puff n air je la sebab dah janji nak berbuka kat rumah Tasha.

berbuka : sup tulang + ikan siakap 3 rasa + daging masak merah + kerabu mangga

around 8pm sampai rumah Tasha, terus makan kat sini. Thank you Asha.

19 Ramadhan

sahur : creamy spaghetti

berbuka : sup perut air asam + tenggiri goreng + ayam halia + murtabak

20 Ramadhan

sahur : mihun goreng

berbuka : nasi kandar + bubur pulut hitam + swissroll pandan

konon nak berbuka kat kedai Nabil, sekali mr.husband jem gila otw balik keje so around 8pm camtu dia singgah amik je makanan sana sebab dah suruh Nabil simpan siap2.. me nasi kandar daging & telur sotong, mr.husband nasi kandar ayam.. bubur pulut hitam & swiss roll pandan Fai bagi..

21 Ramadhan

sahur : spicy double beef burger + spicy mc chicken deluxe

tak tau nak sahur ape, order mc d je.. pastu kebetulan ada mushroom 4 ketul grilled je kejap, tomato pon tngal half, carrot suku batang ada semua grilled skali dgn pes aglio haha senang.

berbuka : chicken cofidential + chicken drumet + chicken lasagna

kemain la plan nak berbuka nasi ayam penyet suramadu, sekali sampai tutup.. dah la sampai tu dah nak dekat pukul 7pm.. pastu singgah la 6-7 kedai kot semua full.. lastnya pegi Domino’s haha.

RAMADHAN 2022, MINGGU KEDUA

8 Ramadhan

sahur : wanpaku sandwich + ayam kfc + susu kurma

leftover ayam kfc buat wanpaku sandwich salad, tomato, carrot, chicken slice and cheese.

pad kra pao chicken + ayam kfc + tauhu begedil + murtabak

buat pad kra pao ayam je, ayam kfc yg tercicir 1 box semalam dia ganti arini, murtabak and tauhu begedil from bazaar 19.

9 Ramadhan

sahur : garlic bread + mushroom soup

berbuka : beriani gam kambing + daging

arini berbuka kat Pak Anjang Beriani Sek13 with family in law. tapi tak tau la kenapa kitorang rasa taste dia lain gila skrg x sesedap dulu.

10 Ramadhan

sahur : cheezy mushroom spaghetti

leftover muhsroom soup sahur semalam ada kita buat spaghetti aje haha

berbuka : sup bebola ikan tenggiri + udang celup tepung + telur dadar + ayam goreng + pengat pisang

kebetulan byk beli ikan tenggiri, so buat sup fishball ikan tenggiri konon nak pass kat Ayah Chir sikit sekali dgn pengat pisang, tapi masak pon dah lambat nak g anta or nak suruh dia pick up pon dah lambat, so bagi kat jiran-jiran la skit..

moreh dekat Osman Laring Sek13, colek campur

11 Ramadhan

sahur : wanpaku sandwich

wanpaku sandwich egg mayo, cheese sausage, carrot, tomato and salads. sebab kalut dah lambat main potong je eh sekali tersalah potongan haha lantak la.

berbuka : enoki goreng + sambal sotong + salmon bakar + murtabak

salmon bakar tu mr.husband beli bazaar, dia makan dgn air asam n ada sambal berempah.. tapi ya allah manis do’oh sambal dia.. sambal yg melekat dekat ikan tu pon manis aduhaii.. last-last buat ratah aje la.

12 Ramadhan

sahur : mee goreng

terlupa takde sayur, so jadi la mee goreng salad haha

berbuka : asam pedas ayam + sayur goreng + telur dadar + tenggiri goreng

13 Ramadhan

sahur : mee sup daging

berbuka : nasi campur

arini berbuka kat Hatini Sek 8 with family in law, tapi tgh nak makan tertgk puyuh grg fil amik ada telur lalat, ayam goreng mil plak kat dlm merah lagi.. ayam percik me amik pon dlm ada merah lagi.. gulai ikan kering me amik pon macam dah nak basi aduh la.. terus x jadi makan.. lastnya semua tak habis makan.. me pon ratah terung sambal n daging goreng je. pastu time nak berbuka ada dia bagi sagu gula melaka 10-12 bekas, time kitorang nak makan semua dah basi.. hm..

moreh, kedai kopi pokok

14 Ramadhan

sahur : cheezy spaghetti

berbuka : tomyam _ udang daun selasih + sambal bilis petai + ikan goreng + ayam goreng + daging bakar + pengat pisang + onde-onde + pulut sekaya

Sahur dekat Shah Alam, berbuka dekat Setiu hehe. Tadi pagi gerak balik Setiu, sampai around 3pm camtu.. kebetulan cuti nuzul quran, so balik la kejap berbuka dgn family.

moreh, colek ayam + colek paru + colek buah

RAMADHAN 2022, MINGGU PERTAMA

1 Ramadhan

sahur : macaroni cheese + beef steak

berbuka : nasi ayam

2 Ramadhan

sahur : naan cheese & ayam tandoori

order kedai mamak bawah rumah ni..

berbuka : ikan cencaru sumbat + kari daging + telur dadar + murtabak

3 Ramadhan

sahur : dimsum

berbuka : ayam masak lemak cili padi + terung sambal + ikan cencaru sumbat

moreh, kedai kopi pokok. start arini diorang open malam.. biasa kedai dia pagi sampai 7pm je.. utk bln puasa ni diorg buka malam.. ada la tempat nak lepak mlm2 hehe.

4 Ramadhan

sahur : spaghetti bolognese & cheese

berbuka : nasi kerabu + daging bakar + ayam percik + laksam + pulut durian

nasi kerabu beli dekat Kuali Gelegok je, pulut durian tu our neighbor, Fai yg bagi.

semalam dah dtg sini, arini janji dgn Ckin & Sab nak moreh sini.. sekali kitorang dah nak sampai diorang call ada emergency.. so kitorg take away je la.

5 Ramadhan

sahur : laksam

berbuka : nasi lemak paru

6 Ramadhan

sahur : lempeng sambal bilis

leftover sambal nasi lemak berbuka semalam, so buat lempeng aje la sahur ni.

berbuka : siput sedut masak lemak + daging blackpepper + bayam goreng + sotong goreng kunyit

arini masak sotong goreng kunyit je, yg lain semua mr.husband beli dekat d’ranting.

7 Ramadhan

sahur : spaghetti aglio olio with cheese sausage

berbuka : lamb madghout + ayam kfc

lamb madghout from al rawsha, ayam kepsi order yg promo 3pcs (2 boxes) jadi RM25, tapi time nak berbuka dah baru sampai, sekali buka 1 box je dia anta..

HAPPT 66th BIRTHDAY MAMA

sebab bulan puasa kot nak order cake semua org x nak amik, smua ckp second week baru baking.. kedai cake pon xde yg readystock.. tgh videocall wish birthday Mama, Umar buat surprise birthday tokma.. Swiss roll pon jadi la..

the next day, contact my friend mintak dia buatkan 1 cake and delivery to Mama.. ikutkan dia pon x amik order utk puasa ni, so request jugak sebiji sebab xtau nak order mana lagi haha.

hadiah lain nanti balik ok.. ni saje try order from shopee sebab nampak macam cute jeee haha.

Life may come with twists n turns, bumps n pits but through it all, u have been by my side. Thank you for being here always. I love you Ma.. Happy Birthday!