last week duk tengok org duk post pasal mee mamu ni.. kemain la smua duk cakap sedap la ape.. so ape lagi mr.husband terus la terjah haha
time mr.husband pegi tu mak aih ramai gila.. terus cancel hahaa.. sebab orang q pon rmai..pastu sorg2 beli byk..
the next day, kebetulan weekend.. awal lagi dia pegi haha.. sanggup tunggu dalam kete sampai kedai buka haha
alang-alang beratur terus dia order 5 bungkus kahkah, tapi bagi jiran sekali la suruh diorg try..
mee mamu sotong
mee mamu biasa
for me sedap jugak, tapi me lagi suka yg biasa kot..
dlm pada x berapa suka tu rasanya setiap mngu jugak mr.husband duk g beli bahhaha! kebetulan sambal bilis petai by sambal duo botak sampai, terus la try.. oh lupa nak bgtau skrg me agent sambal duo botak, so boleh la PM kalo nak beli hehe..
terung dah lama beli rasanya dah sebulan kot hahaa.. tiberr terliur nak makan pajeri terung, dulu dah pernah buat tu pon mintak resepi dgn MIL jugak sebab pajeri terung MIL sedap hehe.. so alang-alang mintak resepi lagi sekali, save kat sini la kang senang nk buat cari kat blog je resepi.
bahan – bahan :
terung / nenas
bawang merah
halia
ikan bilis / udang kering
serbuk kari daging
kerisik
firstly, blend bawang merah + halia + ikan bilis or udang kering, then tumis kejap.. baru masukkan serbuk kari daging.. serbuk kari tu me campur air la sikit, actually my MIL pakai serbuk kari daging babas tapi me jarang beli brand babas sebab duk pakai yg adabi je, so belasah je la.. dah masukkan serbuk kari tu tumis lagi sampai pecah minyak, then baru masukkan terung or nenas, then masukkan garam + serbuk perasa sikit and lastly masukkan kerisik..
tadaaaa.. my pajeri terung 🙂 thank you MIL for the recipe, senang save sini nanti nak buat cari je resepi ni balik hehe..
actually first time tau pasal ayam masak merah santan ni, tengok adik my friend masak, so tanya la resepi sebab macam menarik..
bahan – bahan :
ayam
3 ulas bawang merah
halia
lengkuas
cili kisar
serai
asam keping
santan
cara – cara :
Firstly blend bawang + halia + lengkuas, then tumis la sekejap bahan blend tadi and masukkan cili kisar skit.. nampak bahan tumis tu dah sedikit garing, masukkan ayam gaul sekejap then masukkan santan + serai yang dah diketuk and asam keping.. kalau kering tambah sedikit air, and biar mendidih lama skit, masukkan garam, gula sikit and serbuk perasa dah siap..
not bad, rasa ala-ala macam percik pon ada jugak.. macam ala-ala gulai ayam siam pon ada jugak skit..
hari tu tengah layan shopee tertengok Mi Goreng Vits ni.. wow sekali ada flavor Bolognese and flavor Aglio Olio.. alang-alang ada promo and free shipping so beli la 2 pack, nak try kan..
1 pack ni ada 4 packet dlm dia..
mi goreng vits bolognese.. and kebetulan ada ayam seketul, sapu je pes aglio NM tu terus masukkan dlm air fryer..
not bad, rasa la masam-masam tomato semua tu, and ada dried tomato.. menarik jugak!
this one yang aglio olio, sama 1 pack ada 4 packet dlm tu.
alang-alang terus grilled salmon, makan dgn mi goreng vits aglio olio ni yumms!
herbs & spices dia tu banyak jugak la.. mmg rasa la aglio olio dia tu..
Last year dah tak balik raya, this year pon sama 🙁 2 tahun weh tak boleh balik raya.. adoii bila nak habis covid ni.. dah masing-masing tak boleh beraya sekali..raya online je la.. kalau last yeasr, raya haji boleh la balik.. dapat la jugak beraya sama-sama, tahun ni mcm takde harapan jee..
with in laws, mcm jauhhh pdhal smua area Shah Alam, Putrajaya je..
with Nakhodarians
uncles & aunties, KB, Setiu, Shah Alam, KL and Ipoh.
cousins, KL, Kuantan, Doha, KB, Shah Alam, Terengganu, Seremban, Sabah.
Selamat Hari Raya semuaaaa.. rindunya nak balikkkk kumpul ramai-ramaiii 🙁
sebelum ni pernah update resepi rendang ayam kat SINI, actually lebih kurang je dengan yang selalu me buat tu, just kali ni me letak daun limau sket n this time buat style tumis dulu..
bahan – bahan :
ayam
bawang merah
bawang putih
halia
kunyit
lengkuas
serai
cili padi
cili besar
daun limau
daun kunyit
gula melaka
santan
kerisik
Cara – cara :
me blend je bawang merah + bawang putih + halia + kunyit + lengkuas + serai + cili padi + cili besar skit
then panaskan minyak, tuang semua bahan yang dah diblend tadi.. masak sekejap then baru masukkan ayam..
me masukkan beberapa helai daun limau, kalau air agak kering just tambahkan air je skit and bila nampak ayam dah lembut boleh masukkan santan, gula melaka, garam and serbuk perasa sikit.. pastu baru masukkan kerisik.
lastly, masukkan daun kunyit and masak la sampai kering skit.. tapi me suka berkuah sikit lagi syok nak makan dengan nasi impit ke lemang..
tadaaa.. dah siap
untuk bagi kat rumah MIL, and rumah my uncle Ayah Chir.
paru tu me beli dgn my cousin, actually dah lama dia jual tapi biasa me beli time jumpa ke or time pegi umah dia camtu la, but now dah masukkan dalam shopee.. so senang la skrg nak beli paru skrg, dah la senang tak payah nak rebus lama-lama.. boleh goreng je terus..kalau korg berminat boleh cari dekat SINI
25 Ramadhan
sahur : salmon aglio olio shell pasta
berbuka : nasi kandar by Chef Nabil
today, my BIL datang berbuka kat rumah then dia tapaukan nasi kandar sekali.. thank you Man.
firstly, panakan butter or olive oil skit.. then masukkan salmon.. sebab buat pon tak banyak so me pakai half je.. grilled kosong camtu je takde letak pape..
1 side nampak dah masak, boleh terus masukkan garlic.. and masak sampai garlic tu keperangan.. and hancurkan la salmon tu..
then masukkan tomato cherry, shitake mushroom and olive. ni pon sebenarnya ikut la nak letak sayur pape,tapi dah ni yang ada me campak je la ni..
mushroom semua dah nampak masak boleh masukkan pes aglio olio by NM Homemade ni, cewah sempat lagi promote :p
then terus masukkan shell pasta ni or ikut sukahati la nak pakai pasta jenis ape..
kacau semua then siap.. senang gila dah tak payah nak letak garam ke blackpepper ke herbs segala tu, pes aglio kan ada hehee..
berbuka : nasi kerabu daging bakar + daging goreng + kerutuk daging + harum manis + popis biscoff
plan nak buat nasi tomato, pastu daun pandan plak takde so contact la my neighbor, Rina sebab rumah dia ada tanam pandan eh sekali dia tanya psal nasi kerabu.. sekali dgn me sekali terjebak g beli nasi kerabu arini.. konon nak g tunjuk kedai Kuali Gelegok ni je hahaa.. btw, thank you Rina belanja nasi kerabu arini..
sahur : nasi arab kambing + nasi putih, telur mata & sambal sotong kering by sambal makjah + nugget
actually, kitorang memang jarang makan nasi untuk sahur sebab bagi kitorang macam pagi-pagi perut dah berkeroncong hahaa, tapi sebab berbuka semalam Sri bawa nasi arab ni, so makan la untuk sahur.. pastu kebetulan plak ada left over nasi putih, me goreng telur and mkn dengan sambal makjah yumms! Sri makan nugget and roti je haha..
arini my BIL ajak berbuka dekat Polperro, Ya Allah kemain lambat makanan sampai.. time berbuka tu ada la 5 foods je keluar.. me punya sizzling lamb ni pon around 7.45 baru sampai dengan ais kosong pon baru sampai, padahal berapa kali tanya ais kosong.. terpaksa share air mr.husband dulu..oh sizzling lamb tu sedih betul, dengan x panasnya.. plate sizzling tu boleh pegang dengan jari je uolss.. hahaa! pastu dah nak dekat pukul 8mlm baru cakap rib eye steak Sri order habis, adoiii.. so terpaksa tukar foods lain.. nak menunggu lagi satu hal, 8.15pm makanan my BIL tak sampai-sampai.. ada la 2-3 kali dia g tanya, lastnya cakap lamb rack tu x masak pon lagi fuhh.. lastnya cancel order je, dengan nak kejar solat maghrib lagi..kesian plak my BIL, kemain la dia yang belanja arini dia punya makanan plak yg x dapat.. 5 tahun lepas kot pernah jugak jadi camni, makanan lambat sampai pastu rasa pon biasa-biasa je, memang dah banned la kedai ni.. eh sekali orang dah ajak kan, kitorg pon pikir oh dah ok la kot service dia.. tapi hmm..
lama tak buat popis, tak ingat pernah share ke tak resepi dekat sini.. tapi takpe la me share lagi sekali haha..
bahan – bahan :
kulit popia
pisang
biscoff spread
biscoff biscuit/crumbles
Potong pisang tu, then balut dengan kulit popia. nak belah panjang pisang tu pon boleh nak potong slice bulat-bulat pon boleh ikut suka hati, tapi me selalu balut dgn 2 layer la kulit popia sebab macam lagi crunchy bila makan tu hehe. Nak lekatkan tak nak bagi tbuka tu boleh je pkai air biasa sapu kat tepi kulit tu, xpon nak guna air bancuhan tepung pon boleh ala-ala buat gam la sapu tak nak bagi tbuka.
dah siap gulung biasa me biarkan kejap biar gam tu kering betul sebab takot kang time goreng tbuka plak.. then boleh la panaskan minyak and goreng.. time angkat tu jgn lupa toskan dulu minyak dia..sebab kulit popia ni kan serap minyak..
dah siap goreng boleh nak hias ikut ape yang suka, biasa me pakai nutella je buat drizzle atas tu, xpon drizzle cream cheese + susu, peanut butter ke ape smua boleh.. tapi ni saje la buat special skit pakai biscoff spread.
and lastly, boleh taburkan oreo ke cheese ke nestum, cornflakes pape macam kat kedai selalu jual tu.. tapi sebab me buat yang flavor biscoff, me tabur biskut biscoff tu.
2 bulan lepas kot masa pergi Eco shop, terjumpa sos char koay teow ni then me beli la saje nak try kalau best boleh la beli dalam botol plak.
RM2.10 dapat 2 pek sos ni.. then google la camne nak guna sos ni, terjumpa la 2 cara untuk buat char koay teow and untuk goreng kering ..
panaskan sedikit minyak, ikutkan macam dia ajar tak payah tumis bawang pon tapi ni me saje la tumis bawang putih sikit..
nampak garing sikit bawang putih tu, masukkan udang..kalau ada kerang, boleh masukkan kerang sekali lagi sedap.
udang dah bertukar kaler, dah boleh masukkan Nona sos char koay teow ni..me masukkan speket ni terus sebab terus buat utk portion 2 org makan..
lepas masukkan sos tu, boleh masukkan air
and terus pecahkan telur 2 biji.. nak masak satu portion satu portion pon boleh, tapi sebab dah lambat time nak sahur kan.. me masak je terus untuk 2 portion.
dah masukkan telur tu terus kacau-kacau telur tu..
masukkan kuey teow.. me guna half pack je sbb utk 2 org makan..
gaul sebati and dah boleh terus off api, jgn lama-lama nanti lembik plak tauge tu.
dah siap.. easy peasy betul pakai sos ni..
char koay teow
and sebab masa google aritu ada Nona share buat kuey teow goreng jugak menggunakan sos ni, so me try buat the next day tu untuk sahur. Step dia sama je just tak payah masukkan air..
untuk kuey teow goreng ni me just tambah ayam and fishball sikit
kuey teow goreng
for me, memang senang la guna sos nona char koay teow ni cuma kaler dia kurang gelap sikit tapi tu senang je boleh tambah kicap skit hehe.. tapi kalau nak cepat memang senang la tak payah nak letak bawang ke ape pon dah jadi.. next time boleh la cari yang dalam botol plak..
terlambat bangun punya pasal, sibaik semalam masa singgah rumah Ayah Chir dia ada bagi bubur ayam, so panaskan bubur ayam tu je makan dengan serunding daging, and penyelamat dikala bangun lambat waktu sahur, panaskan mihun goreng siam yg frozen from Eco Shop tu..
berbuka : black pepper grilled chicken + sos thai + avocado milk shake
berbuka : ayam 3 budak gemok + sotong celup tepung + roti john daging
kisah roti john tu, tengahari tu nampak ada orang promote dekat group area sini, sekali terlupa nak order.. dah 3 lebih camtu baru teringat nak order sekali semua dah fully booked, takde rezeki nak try. eh sekali petang tu, Rina datang ketuk pintu umah bagi roti john.. rupanya dia order roti john yang me nak order tadi tu, tapi dia dah pre order semalam lagi haha.. alhamdulillah rezeki 🙂
10 Ramadhan
sahur : pasta with beef patty
berbuka : asam pedas pari + ikan tilapia bakar sambal + udang goreng tepung + telur dadar
mr.husband beli dekat D’Ranting je, sebab dah berapa hari duk nak makan ikan bakar tapi takde, sekali dia pegi tadi ada tu terus dia beli. so me just goreng telur dadar aje la nak pair dengan asam pedas hehe.
semalam baru plan nak berbuka dengan cousins, so terus on je la arini.. pergi berbuka dekat rumah Nadia..
14 Ramadhan
sahur : scramble egg with prawn
berbuka : nasi beriani ayam + daging + kambing & ayaq asam
2 hari lepas dah call nak berbuka kat sini tapi dah lambat semua dah habis, so arini awal lagi mr.husband booked berbuka kat sini, yumms! lama gila x datang pekena nasi beriani sinar dulang ni..