MISS Z

2hb Aug camtu, tiba2 dapat info Miss Z kat hosp sebab covid.. patut la 1 or 2 weeks sebelum tu ada je duk borak dekat group tapi Miss Z senyap je, biasa kalau bz ke ape mesti dia rep jugak, even lambat pon..

pastu dalam 3hb Miss Z ada reply msj group, Ya Allah semua dah happy.. sebab sebelum tu tau dia kat icu..

ada 1 mlm tu sempat tengok Miss Z join sekali, Ya Allah happy sangat.. even oksigen semua tu on, tapi ada la dgr jugak dia try bcakap..

and boleh dikatakan every night la kitorg join bacaan yassin sekali dgn family Miss Z , last miss Z update link baca yassin 8hb, pastu xde update link.. so kitorg pikir Miss Z dah makin ok kot, tengah recovery ke camtu.. dlm 13hb tu pon ada kitorang panggil2 miss dekat group tapi senyap.. no respond.. malam tu rasa mcm x sedap hati, next day tu nak contact Miss Ros, sebab Miss Ros BFF Miss Z zaman diorang sama-sama ngajar kat MSU dulu, baru nak contact Miss Ros, sekali Miss Ros DM dekat IG, suruh whtsap dia or call dia urgent.. Allahu.. berdebar gila masa ni.. sekali Miss Ros cakap Miss Z dah critical, patut la x de respond beberapa hari rupanya dah ditidurkan, sebab dah attack buah pinggang pastu paru2 pon banyak dah rosak 🙁

17 Aug, malam tu lepas Maghrib ada bacaan yassin utk Miss Z.. dlm kul 10 dapat whatsapp bagitahu Miss Z dah meninggal 🙁 Ya Allah.. macam tak percaya.. speechless terus.. bagitau mr.husband pon air mata dah berjuraii dah hm..

semalaman tak dapat tidur, masing-masing duk berwhatsapp lagi 3-4pagi..duk teringat kat miss Z, sebab miss terlalu baik dgn kitorang.. bukan setakat hubungan antara student dgn lecturer dah, dah mcm kawan rapat sangat dah.. selalu keluar makan sama-sama, pegi jalan sama-sama, shopping sama.. tempat luah perasaan, selalu bagi nasihat.. and selalu jugak datang lepak rumah kitorang.. terlalu byk kenangan dgn Miss, dulu masa kitorang kawen dia datang 2 hari awal kot tolong-tolong.. datang sampai ke Terengganu.. majlis kat Shah Alam pon datang jugak.. time ada wedding sesape kitorang pegi sekali jugak.. semoga dosa-dosa miss Z diampunkan, dan ditempatkan dikalangan mereka yg beriman dan diganjari syurga buatmu Miss Z, u’ll be missed 🙁

last time kitorang jumpa, setahun yang lepas..

VAKSIN

cite pasal vaksin ni punya la lama tunggu, masa AZ buka 1st batch tu lambat tau, tau-tau Mir cakap orang berebut duk battle pagi tu, so tunggu next batch sama jugak berkali-kali try x dapat..

hari-hari orang duk suruh check mysejahtera sampai dah malas nak check, berkali-kali update.. orang mintak nama semua la duk bagi lebih dr 10 kot pantang org offer nak masukkan nama, tapi x dapat-dapat jugak bahahaha!

eh sekali pagi ni bangun, tertengok sms.. padahal semalam masa nak tidur dah bunyi sms masuk, pastu duk layan scroll ig abaikan je sms tu sebab biasanya malam-malam ade je sms dr maxis la scammer la ape haha tu yg abaikan tu..

dapat sms tu 11 July, 13 July dah dapat cucuk untuk 1st dose.

memula, masa dapat date tu ingatkan dapat la belakang rumah ni je IDCC, eh sekali dapat dekat KPJ Shah Alam.. takpe la memana pon..

excited + nervous, sampaikan tak lena la tidur semalam ..

appointment 9am, so agak cepat jugak la.. and rezeki jugak la dapat pfizer hehee.. sebab seminggu sebelum tu and sampai la sehari sebelum date me vaksin ni, tengok kat group kawan-kawan yang dapat dekat KPJ ni dapat sinovac, actually tak kisah pon mana-mana janji dapat vaksin je.. eh sekali tengah consult doctor tu, doctor tu cakap arini kita bagi pfizer sebab dos banyak baru sampai..

tak sampai sejam kot, semua dah settle.

haruslah bergambar untuk kenangan 🙂

dpt goodies from KPJ Shah Alam

Alhamdulillah, settle 1st dose.

2nd dose appointment on 3rd July

kali ni lagi cepat la sebab dah takde consult doctor ke ape kan

yeah! I’m fully vaccinated!

gambar wajib amik haha!

goodies from KPJ, tapi x leh lawan IDCC la siap Nestle Sponsor haha.. tu yang berangan ingat dapat dekat IDCC je bhahaha! lagipon dekat je boleh jalan kaki..

hari yang me dapat 1st dose vaccine tu, pagi tu mr.husband baru dapat date utk vaksin, kira selang 5 hari je la dengan me.. dia lagi la reg on Feb, pon lambat jugak dapat.. kemain la berangan ingat dapat date sama-sama aritu haha, tapi xpe la tak sama pon mr.husband teman jugak bahhaha..alhamdulillah semua dah settle vaksin.. tunggu nak merentas je bilaaa ni? Haha

DOMINOS VACCINE

13hb aritu 1st dose vaccine, pastu nampak la ada orang share dekat Whatsapp pasal special deal from Dominos ni, tapi ingat scam bahhaha sebab takde nampak orang redeem lagi.. sekali semalam ternampak my cousin dah redeem, oh betul rupanya.. harini suruh mr.husband redeem sekali la, alang2 dia pun dah 1st dose kan..

just show ur vaccination status on Mysejahtera tu, then akan dapat 2 regular pizza for RM19

Smoky Beef & Chicken

Beef Pepperoni

mcm pelik tiba-tiba mr.husband bawa balik thin crust, biasa Mir je suka order thin crust ni, rupanya dia cakap Dominos Sek 23 ni cakap tak boleh pilih crust pun, padahal sejam lepas tu my cousin yang lain pegi redeem tempat lain elok je boleh pilih hahaa.. xtau la sebab ramai sangat kot dia bagi thin crust je semua kat sini..mana-mana je la

and kebetulan xtau nak masak ape for dinner, so buat spaghetti aglio olio je la pair dengan pizza, baru italian bhahah!

pastu dah nak dekat expired, baru teringat yang me punya belum redeem lagi deals ni, so mintak mr.husband je redeem kan.. just screenshot me punya mysejahtera vaccine certificate tu then dia suruh mr.husband singgah je time balik keje tadi..

seafood delight

bbq chicken

kali ni mr.husband pegi yang dkat Klang kebetulan dia ada keje area sana, elok je dpt classic hand toast punya crust haha..

so, yang mana belum redeem deals ni cepat get yours nowww! sebab 30 august ni dah last, ape lagi pegi la grab skrgggg..

MARRYBROWN BOWL

tadi pagi tengah scroll ig ehh ternampak Nora order grabfood MaryBrown.. ada menu baru, RM4 each bowl-baloi, actually takde la menu baru sebenarnya tapi dia buat 1 bowl tu Rm4 je, memang murah gila la.. ape lagi, terus je me order from Foodpanda, tolak voucher bagai harga sama kalau pergi take away haha.. so order semua yg bowl tu ada 5.

order pagi, tapi mcm biasa la order awal mana bets nak makan sorang-sorang, so me request utk delivery 5.30pm senang la mr.husband balik boleh makan terus.

ada bubur ayam pedas, bubur ayam, cheesy chicken mashed potato, nasi lemak and chicken salads.

so memang bowl-baloi la beli 5 item ni baru RM20.. dapat rasa semua..

TAUHU GORENG BAWANG PUTIH

ada leftover tauhu beli raya haji aritu yg buat kuah lontong, ada la 2 ketul lagi xtau nak masak ape sebab memang jarang la umah ni beli tauhu haha..pastu semalam duk scroll ig eh ternampak reels orang share tauhu goreng dengan bawang putih ni, terus buat la arini haha.

ikutkan potong 4 camtu je tauhu tapi sebab ada pon 2 ketul ni je kita potong 8 la haha

then celup dalam telur

and goreng sekejap

dah siap goreng, put a side

bawang putih, bawang holland, cili padi + cili merah

tumis semua ni sampai nampak keperangan, masukkan garam and serbuk perasa sikit

lastly, masukkan tauhu dah digoreng tadi and tabur daun bawang, tapi xde daun bawang abaikan je la..boleh terus hidang

tauhu goreng bawang putih

not bad, sedap and senang gila nk buatnya.. next time kalo beli tauhu bleh la buat lagi haha

HR MEE CHAMPA SHAH ALAM

2-3 minggu lepas kot masa my friend satang pick up barang dekat rumah dia ada cakap ternampak kedai Mee Champa ni, siap tanya dah try ke belum.. Mee Champa mana plak ni, x pernah nampak bahaha.. camne nak nampak keluar rumah pun tidak kahkah!

then tadi pagi duk cari makanan dekat foodpanda, ehhh.. ternampak ada free delivery, check kedai Mee Champa ni, pastu check location oh betul la area umah ni je and review semua cakap sedap.. tapi sebab dah order food lain so petang tu suruh mr.husband singgah beli alang-alang balik keje tu..

HR Mee Champa ni betul-betul depan Temerloh Catering Sek 15, dulu kedai ape ntah selalu jugak kitorang makan situ tapi sejak MCO ni dah lama x pergi tau-tau dah tutup.. HR Mee Champa ni buka dah sebulan kot me baru tau, mr.husband duk keluar hari-hari pun x perasan sebab dia keluar jalan lagi satu..

nah, ni menu dekat HR Mee Champa

kitorang order Num Banh Chok (Cambodian laksa) and mee champa daging

portion banyak yeah, i loikeee

mee champa daging

see, banyak kan portion dia. kuah dia memang ada rasa manis sikit memang style camtu, tapi dah campur sambal semua tu baru kick rasa dia..

cambodian laksa

sampai tak nampak laksa kat bawah tu haha.. tapi me suka, sebab ulam pun banyakkk.. teringat mcm laksa thai.. sbb mcm jenis laksa sama je pakai..

yumsss!

next time boleh try nasi ayam and soup lain plak..

HR MEE CHAMPA

NO 1, BLOK 10 JALAN PAHAT J15/J,

DATARAN OTOMOBIL SEKSYEN 15, SHAH ALAM.

016-719 7699

RAYA AIDILADHA 2021

Salam Aidiladha.

Tahun ni sedih betul, raya aidilfitri tak dapat balik, raya aidiladha pun sama tak boleh balik hmm.. tahun lepas ok lagi raya haji boleh la balik kampung even raya aidilfitri last year tak boleh balik but still boleh merentas daerah, ni nak g ziarah apa pon tak boleh..

sendu betul raya kali ni, haha! first time raya tak macam raya, x pakai baju raya pon hahaha.. a night before, kemain lagi la duk busy g cod keropok la ape, 11 lebih baru duk pikir nak masak ape.. dengan daun kunyit takde, tapi belasah g buat rendang jugak bahhaha! lantak p la..

marinated ayam sikit buat satay, buat kuah kacang untuk mkn dengan satay + lontong.. then buat rendang ayam sikit and masak nasi impit.

pagi raya baru buat kuah lontong, tu pun kacang panjang ape takde..sengkuang siap jiran bagi kebetulan dia pun tengah buat kuah lontong bahhaha! campak je la ape yang ada.. sambil video call dipagi raya sambil masak kuah lontong, sedih betul..

hidangan di pagi raya

kek lapis sarawak mr.husband beli semalam, kemain sampai 7 loaf ingat nak buat jamuan raya ke ni? tapi ok la, tak payah nak pikir buat dessert ape hehe..

my first attempt buat kuah lontong bahahah! boleh la sedap jugak :p

ok la tu je la cite raya, lepas makan tengok tv, tidur bangun makan lagi hahaha.. thank you MIL and Fai bagi daging qurban, dapat la merasa even tak dapat balik beraya kat kampung tahun ni.. and thank you jugak Mama siap transfer duit untuk beli daging haha! tak dapat makan daging sama-sama nak kirim pun tak boleh, transfer duit suruh beli daging sendiri kat pasar bahhahah! tu pon bolehhh..

SAMBAL BERLADA TELUR PECAH

bahan – bahan :

  • telur
  • cili padi
  • cili merah
  • bawang merah
  • bawang putih
  • tomato
  • serbuk kunyit
  • sos tiram

cara – cara :

blend bawang merah + bawang putih + cili merah + cili padi + tomato, then tumis la semua ni sampai nampak garing sikit and pecah minyak, masukkan sos tiram + garam + gula + sedikit serbuk kunyit. Pastu masukkan sedikit air, kalau nk kuah banyak letak la lebih sikit air tu, then boleh pecahkan telur and tutup kejap dalam 2-3 min..

oh, make sure guna non stick pan.. bukan ape sebab pernah dulu 2 kali kot buat guna kuali biasa telur jadi x cantik hahaa.. so lepas tu baru terpikir sebab x pkai non stick pan kot, tu yg jadi x berapa cantik rupanya..

makan nasi dengan lauk sambal telur berlada telur pecah ni saje pon dah sedap, tapi hari ni saje la buat sotong goenmg kunyit sekali dah alang-alang mr.husband balik kej tadi bawa balik sotong hehe..

SAMBAL SOTONG

bahan – bahan :

  • bawang merah
  • bawang putih
  • cili kisar
  • bawang besar holland
  • cili
  • asam jawa

cara – cara :

me tumbuk bawang merah + bawang putih, kalau nak blend pun boleh.. tapi sebab buat portion tak banyak so tumbuk aje la. panaskan minyak, then tumis cili kisar dulu, me pakai cili boh je..dah nampak cili tu dah garing sikit me masukkan bahan yang ditumbuk tadi.. kacau sampai garing sikit bawang-bawang tu, me masukkan garam + gula + ajinomoto sikit and sedikit asam jawa, and terus masukkan sotong.. me tak letak air sebab nanti bila dah masukkan sotong tu air sotong tu akan keluar and jadi berkuah jugak.. dah masukkan sotong tu terus masukkan bawang besar + cili gaul sekata dah boleh tutup api and siap..

sambal sotong

RESTORAN SURURI

dr tahun lepas duk tengok ichang la, destinasi tv la ajimo la duk upload video kat youtube pasal Restoran Sururi ni, tapi duk PKP je tak sempat-sempat la nak g sana.. kebetulan ni mr.husband pergi area sana, dia belikan sup sururi yeahh!

mr.husband pergi ni arini takde sup kambing, so dia order sup daging je la 2.. actually sini ada mihun/mee/kuey teow sup jugak..

1 portion dia banyak, RM8 tak silap.. so me just goreng telur dadar je la makan dengan nasi putih, senang keje haha.

sebab ada lagi 1 tak buka semalam, sebab ingat portion x banyak sekali buka 1 pack pun banyak konon 1 pack lagi nak celur mihun ke gtu makan, lastnya kenyang simpan utk esoknya haha.. so harini panaskan sup daging Sururi ni and buat ayam goreng kunyit..

next time boleh la beli lagi hehe..

KHM SCONES

since dah lama PKP tahun ni Cameron pon x jejak hahaa, so sebab craving sangat nak makan scones, kita order je scones kat Shopee..

boleh beli dekat SINI sebab pernah makan dekat KHM Strawberries ni memang sedap scones dia..tapi kat sana dia bagi sekali dengan whip cream, takpe la makan dengan butter pon ok..

1 set ni ada 4pcs scones, ada strawberry jem and butter spread

haaa, camni.. so nak makan boleh la panaskan dlm microwave 10sec camtu, x nak panaskan pon ok je..

ada description kat bekas dia ni, so boleh baca kat sini cara nak simpan..

sambil sapu butter pun duk telan air liur dah haha

ok la malas nak cite panjang boleh pegi cari kat shopee, me nak menikmati scones ni jap..

PASTRY PUFF SOSEJ

bahan – bahan :

  • puff pastry
  • cheddar cheese
  • sausage

ni aje bahan-bahan yang perlu ada..pastry puff tu boleh je beli dekat bakery or pasaraya macam-macam size and brand ada..

sebab me pakai pastry puff yang size kecik ni je, so sosej tu me potong 2 and kulit dia pon me potong 2, cheese je sekeping tu potong 4.. tapi kalau nak buat size besar terus tak payah nak potong-potong dah.

me lekatkan pakai air je, nak sapu dengan telur pon boleh.. tapi sebab buat pon sikit je malas la haha

and bakar je dlm air fryer 10-15min..

yg 2 ketul segitiga tu, me letak serunding daging je hahaa.. boleh la utk supper malam2 kan..

PASTA PANAS

beberapa bulan lepas my MIL ada bagi kupon Pasta Panas ni, tapi sampai kesudah tak perginya.. sebab ada sekali tu mr.husband pegi ramai gila orang, pastu tak pegi dah sampai dah terlupa psal kupon ni haha..MIL ada bg 4 kupon.. so kita guna 2 je la dulu.. sebab buy 1 free 1 so dah dapat 4 pasta.

so kitorang 4 ni, carbonara, lazamac, aglio olio and bolognese.

beef bolognese

yang bolognese ni sedap, rasa la sos dia and masam tomato smua tu..

lazamac beef

lazamac ni dlm dia macaroni cheese cmpur dgn kuah bolognese gtu kot sikit pastu ada mozarella cheese, ala-ala lasagna la tapi sikit sangat mozarella cheese dia x leh tarikkk pon cheese haha

aglio olio seafood

aglio olio dia ni mcm tasteless skit, tapi herbs segala tu banyak la..ada udang, sotong, kupang.. ok la.. lauk pon banyak.. tapi yang seafood ni harga lain skit la.

chicken carbonara

nampak mcm kering, tapi creamy ke carbonara dia.. not bad sedap..

so ada 2 lagi kupon sebelum expired bulan 10 ni boleh la guna haha.. kot-kot dah boleh dine in ke nanti hehee.. dah boleh pilih menu untuk next order nanti kat SINI

SAGU GULA MELAKA BUAH-BUAHAN

sagu gula melaka, dulu pernah update kat SINI.. cara lebih kurang je cuma dulu time masak me masukkan terus pewarna, kali ni masak je dulu baru letak pewarna.

masak sagu sampai nampak jernih, or dah kurang nampak putih-putih tu.. if tak masak lagi keep tambah air and kacau..

then boleh la tapis and lalukan bawah air paip.. untuk buang kanji dia tu

sebab nak buat 3 warna, so bahagikan la utk 3 bekas.

letak la pewarna ape korang suka

dah letak pewarna, kacau sebati warna tu and sejukkan dlm peti ais kejap..

sementara tu, boleh la masak air gula melaka.. masukkan air + gula melaka + gula + daun pandan.. Tapi takde daun pandan so tak letak.

sagu dah sejuk, boleh la dihidang.. kebetulan ada mango + dragon fruit dalam peti ais, so potong la terus makan dgn sagu.. nak senang pakai susu cair je, kalau yang suka jenis santan boleh masak santan.. tapi me suka makan dengan susu cair je, simpan susu cair dlm peti ais.. mkn sejuk2 yumms!

masukkan sagu, masukkan gula melaka ikut tahap kemanisan camne korang nak, masukkan buah-buahan yang ada and last sekali masukkan susu cair, siapp..

sagu gula melaka buah-buahan