CEKODOK ROTI

last week tak silap, Mama ada call cakap dia buat cekodok roti. ape tu? tak pernah pon Mama buatkan, Mama cakap dia pun baru first time buat HAHA.. so mintak la resepi.. kebetulan roti pon esok dah nak expired so bleh la try buat..

Bahan – bahan :

  • roti
  • telur
  • bawang besar
  • cili
  • carrot

Cara – cara :

roti me guna 3 keping.. then carikkan kecik-kecik.. nak pakai roti biasa pun boleh je, me kat rumah memang pakai roti ni malas la plak nak beli roti lain semata nak buat cekodok ni.. belasah je mana yang ada..

then  me letak 1 biji telur + carrot sikit + bawang besar or bawang merah + cili

then gaul la sebati.. me dah takde letak garam or pape pon sebab roti ni pon dah rasa sedap kan.. memula tengok macam tak confident je bleh jadi cekodok..

panaskan minyak, scoop pakai sudu je and goreng..

Cekodok Roti

dapat la 20pcs camtu satu adunan, nak lebih doublekan la bahan-bahan tadi.. rasa dia? sedap jugak, then makan dengan sos lingham yums!

KOREAN SPICY CHICKEN

Bahan – bahan :

  • ayam
  • tepung bestari
  • sos lingham
  • bijan
  • air

Cara – cara :

cara senang me guna tepung bestari spicy. kalau ada tepung lain pon boleh je guna, tapi yang paling senang setakat ini tepung bestari ni la sebab tak payah telur ke ape. perap kejap then goreng.

sangai bijan kejap.. then angkat.

untuk sos, me malas nak susah-susah ada orang letak cili kering+garlic+cuka+honey+sos tapi me rasa sos lingham ni dah sedap, so me guna je sos cili lingham ni. actually mr.husband memang peminat setia sos lingham biasa kitorang beli dalam botol tu je, ni saje try dalam tube ni tapi macam lagi pedas, i loike. tapi kat situ dia cakap same great taste, ke perasaan kitorang je? hahaa..

tuang sos + air sikit..

sampai mendidih, masukkan ayam yang dah digoreng tadi and lastly masukkan bijan. done 🙂

Spicy Korean Chicken

nak makan dengan ramen, takde ramen plak.. so kita makan dengan spaghetti aglio olio je la.

fuhh, boleh tahan pedas dia..

AYAM TELUR MASIN

tetiba terasa nak makan ayam telur masin. oh kalau nak resepi sotong telur masin boleh tengok kat SINI actually lebih kurang je cara buat and bahan-bahan dia..

Bahan – bahan :

  • ayam
  • tepung bestari
  • tepung jagung
  • telur masin
  • daun kari
  • cili padi or cili kering
  • bawang putih
  • bawang besar
  • butter

Cara – cara :

me marinated ayam pakai tepung bestari je senang, and campur dengan tepung jagung sikit. then boleh terus goreng.

rebus telur masin, cincang bawang putih + bawang merah + cili padi, nak guna cili kering pon boleh jugak. and telur masin tu me guna 2 biji, amik telur kuning saje pon boleh tapi me amik jugak telur putih dia tu dalam sebiji and hancurkan..

cairkan butter dalam 1-2 sudu, masukkan bawnag putih + bawang merah + cili padi + daun kari goreng sampai garing and masukkan telur masin.

kacau rata, me just tambah secubit gula je sebab ayam pakai tepung bestari tu dah secukup rasa and telur masin tu pon dah sedia masin kan..

lastly, masukkan ayam tadi..

Ayam Telur Masin by NM

 

 

PENGAT KELEDEK BERSAGU

semalam buat ni..

Cekmek

keria gula melaka

pastu tengok ada seketul lagi keledek tak buat, tu yang buat pengat keledek..

Bahan – bahan :

  • keledek
  • sagu
  • santan
  • gula
  • garam

Cara – cara :

potong and cuci keledek

then masak kejap..

and masukkan sedikit sagu.. actually nak lagis edap, letak daun pandan. tapi tak plan nak buat pengat pon, so daun pandan pon takde HAHA. oh gula tu boleh jugak guna gula melaka, tapi me guna gula biasa je sebab tak nak warna tu gelap sangat..

dah nampak keledek tu empuk, masukkan santan, gula and sedikit garam.. bagi rasa berlemak gituu..

Pengat Keledek Bersagu

NASI AYAM EXPRESS

semalam saje try buat nasi ayam resepi Elin. nasi ayam express HAHA. resepi macam kat atas tu, tapi me ada la tambah-tambah sikit..

untuk ayam, ikut cara elin buat sup dulu then amik ayam tu perapkan dengan kicap masin + sos tiram + garam + gula. tapi me rebus kosong dulu ayam tu, then tumbuk halia + bawang putih and perapkan dengan kicap + sos tiram, me tak letak garam + gula dah sebab dah guna kicap lemak manis and sos tiram pon dah rasa masin-masin sikit kan.

dan dah boleh grilled kejap, and siap.

air rebusan ayam memula tadi, me just tumis sikit bawang merah + bawang putih and campak je dalam air rebusan ayam tu, just letak garam and seasoning sikit. takde sup bunjut sebab kat rumah ni memang dah lama x guna sup bunjut, so me tak letak.

sup ayam

untuk nasi, ikutkanelin cakap letak serbuk kunyit sikit + air rebusan ayam je.. kebetulan ada bawang merah balance dah potong me campak je la sekali and saje la letak 3-4 biji black pepper..

untuk kicap, me guna kicap lemak manis + cili potong

sambal, guna sambal ayamas macam Elin cakap. HAHA, memang senang and cepat la keje camni. kebetulan kat rumah ni memang selalu jugak beli ayamas, so ada je balance sambal yang disimpan.

salad + tomato. timun takde sebab tak plan nak buat nasi ayam pon sebenarnya.

Nasi Ayam resepi Elin versi derhaka sikit sikit HAHA.. ok la jugak, tapi macam pelik sikit sebab kicap dia macam sambal kicap makan dengan mee je HAHA.. but mr.husband still suka Nasi Ayam NM

FETTUCCINE BEEF PASTRAMI

Bahan – bahan :

  • fettuccine
  • garlic
  • chili flakes
  • mix herbs
  • black pepper
  • beef pastrami
  • lemon

Cara – cara :

masak fettuccine sampai al dente, panaskan pan dengan sedikit olive oil dan masukkan garlic + balckpepper + chili flakes + mixed herbs. sampai dah naik bau, masukkan beef pastrami, yang ni me slice kecik kecik je.. masukkan garam sikit and fettuccine yang dah dimasak tadi and lastly masukkan sedikit butter + perahan lemon, gaul sebati and siappp..

Fettuccine Beef Pastrami

nak guna spaghetti pon boleh, and cara pon macam me selalu buat aglio olio je..

 

NASI BUKIT, PADANG JAWA

2 hari lepas kot dah datang kedai ni, tapi dah duduk dalam 5-10 min, waiter datang cakap nasi dah habis 🙁 so terus pergi makan ayam penyet je. and today, try lagi datang. actually dah lama nak try sini sebab dulu pernah la viral 1-2 tahun lepas kot. tapi time viral kalau datang memang ramai la kan, tapi lama-lama sampai dah terlupa nak try..

menu

kitorang order air kelapa and air suam je. puas hati gelas besar, isi kelapa pun banyak gila. tapi agak lama jugak la nak tunggu makanan sampai dalam 40-45min jugak la sebab kitorang datang pun time orang dinner kan, masa datang pun takde seat kosong terpaksa tunggu orang siap makan dulu.. plan asal nak makan nasi goreng sotong, tapi sotong habis kitornag order nasi goreng daging. konon nak order sorang satu, tapi tengok makanan sampai meja kiri kanan semua banyak gila and orang pakat share, so kitorang order 1 je la.

nasi goreng daging + daging goreng kunyit + sup kosong

nasi goreng dia memang macam bukit la, sebab tu nama kedai Nasi Bukit. banyak gilaa weh, boleh makan 2-3 orang tapi kitorang makan berdua maklum la dua-dua kaki makan haha. nasi dia rasa biasa-biasa je, takde la teruk sangat and takde la sedap gila tapi daging memang banyak la, and kitorang mintak sambal belacan sekali sambal belacan pun dia bagi semangkuk penuh haha. tapi bila dah makan dengan sambal belacan, layan jugak nasi ni. so kira sedap la.

daging goreng kunyit dia pun banyak dan sedap. next time datang nak order daging goreng kunyit makan dengan nasi putih je la. nasi goreng daging + daging goreng kunyit + air kelapa total RM19 memang berbaloi la. nasi goreng RM7 and daging goreng kunyit pun RM7 camtu la, murah weh!

NASI BUKIT

22, Jalan Mat Raji,

Padang Jawa, Shah Alam.

1 pm – 11 pm

AIS KEPAL MILO, KUALA KANGSAR

balik dari Baling hari tu sempat la singgah Kuala Kangsar jap, semata-mata nak cari ais kepal milo yang viral tu. mak aih orang yang viralkan pun satu hal, bagi landmark farmasi epal jaya and berdekatkan dengan hotel, kitorang yang bukan orang sini mana la nak tau gigih la search kat google map tak jumpa pun farmasi tu, and nak search hotel yang dicakap tu pon takde detail bhahaha! so pusing-pusing je la cari area Pekan Kuala Kangsar tu kebetulan ternampak ada stall milo and nampak beberapa orang macam duk tunggu situ and pusing seberang jalan baru ternampak farmasi Epal Jaya ni so memang confirm la sini.. actually stall ni berdekatan dengan MARA Kuala Kangsar, and depan stall ni memang berhadapan dengan Farmasi Epal Jaya ni..

masa sampai, takde orang pun sebab tengah rehat rupanya. tapi sibaik lagi 10min nak pukul 4pm so gigih la jugak tunggu.

yang bengangnya, time beratur tu memang 1 lane je, eh sekali tetiba macam kiri kanan meja ada lane, kira ada 2 lane plak. pastu pakcik jual ais kepal ni sibuk duk tanya sape dulu sape dulu, hm.. sesape je pon boleh mengaku.

time kisar air tu, anak pakcik tu maybe.. memang cepat la buat kerja ye la orang pun ramai beratur kan..

tapi bab ni memang slow sikit.. dalam periuk besar tu bancuhan milo, so nanti each plastic pakcik tu akan sukat la bancuhan milo tu satu gelas tu  and yang buat lambatnya sebab masa nak cedok masukkan dalam gelas tu pon pakai sudu, rasanya pakcik boleh la tukar pakai senduk lagi besar ke so cepat la sikit kan and takde la orang pun nak menunggu lama.

each plastic ais kepal tu memang dia tuang 1 cup milo.. memang pekat likat la..

and boleh pilih nak choc rice ke tak nak, harga satu plastic RM4. plan nak beli 1 je, sebab mr.husband takde la suka benda gini tapi alang-alang dah beratur kan me beli je la 2 bhahaha..

sedap, tapi memang pekat gila oi.. dah nak habis tu memang tak leh nak telan dah sebab manis sangat.

 

HAPPY NEW YEAR 2018

2017, tahun paling banyak berulang alik ke Hospital sebab sakit telinga tu and tiba-tiba tahu pregnant, bleeding, miscarriage.. hm banyak betul dugaan 2017. ikutkan early January ni me dah due, tapi takpe la nak buat camne belum ada rezeki kan.

it’s time to unfold new pages and start new chapter.

Happy New Year everyone!

AQIQAH AHMAD EZRA AL-FATIH

semalam ada aqiqah anak saudara mr.husband dekat Baling, so kitorang gerak on Friday lagi la sebab majlisnya on Saturday. otw pergi Baling tu kitorang singgah Parit Buntar dulu, rumah MIL my SIL, Ckin.

padahal otw datang tu, me dah bekalkan nasi goreng daging untuk makan dalam kete, sekali sampai Parit Buntar memang time lunch hour, so makan lagiii..

dah bedal nasi, dihidangkan pulak dengan laksa. fuhh..!

and sempat celebrate birthday Ckin kat sini, jauh betul celebrate birthday haha..

happy birthday SIL 🙂

and lepas lunch semua tu, terus gerak ke Baling. stay hotel yang sama last 2 years, masa datang kahwin my BIL, Man. tapi dah maju sikit la, dah ada swimming pool.

and tetiba dapat pun bilik yang sama. HAHA

petang MIL ada belikan nasi lemak daun pisang. fuh.. layan jugak, sedap dan murah.

malam, x de activity Man busy dengan persiapan majlis next day, Ckin plak x stay sini kira esok pagi baru gerak ke Baling. so, malam pergi jalan-jalan Pekan Baling tu and lepak makan KFC je haha. first time beli chizza hari tu kat Shah Alam, besar and sedap but this time tak sedap pon 🙁 kecewa betul, dah la kecik gila and keras, macam overcooked, hmm.. pukul 10 malam dah tidur ok, sebab tak tau nak buat ape kat sini bahhahah!

the next day, biasa la breakfast kat Seri Baling Inn.

semua sedap, siap ada kulit ayam goreng ok untuk buffet dia. Haha. Rare tu, x jumpa kat tempat lain.

around 10 lebih macam tu gerak pergi rumah Mira dekat area Kupang sebab majlis aqiqah tu start dalam pukul 11am camtu.. lepas majlis, terus gerak balik tapi sempat singgah Kuala Kangsar jap semata-mata nak beli ais kepal milo and singgah Ipoh rumah my aunty, Cikjon.

petang, Cikjon ajak pergi makan kat cucur bonda tapi tutup, so lepak makan laksa dekat Padang Polo je.

malam, sebelum gerak sempat makan nasi berlauk Cikjon buat, fuhh..

DAGING GORENG BAWANG PUTIH

Bahan – bahan :

  • daging
  • tepung bestari
  • bawang putih
  • carrot
  • kacang buncis
  • cili

Cara – cara :

me marinated daging dengan tepung bestari sekejap then goreng sampai garing. then tumis bawang putih yang dah dicincang, lagi banyak bawang putih lagi sedap. dah nampak garing bawang putih tu boleh la masukkan daging yang dah digoreng tadi, and masukkan la carrot + kacang buncis + cili, yang ni optional je carrot kacang buncis tu tak nak letak pon boleh je.

Daging Goreng Bawang Putih

CARLA

Carla. nama ikan sebelum ni. dulu masa study suka bela ikan laga, konon boleh hilangkan stress time study poyo je HAHA then lepas Carla mati terus takde bela 5-6 tahun jugak kot. then hari tu saja la pergi lepak Kana Pina Sek13, kebetulan sebela tu ada kedai Pet. Petland tak silap nama kedai tu, then mr.husband berkenan mini tank ni, ada sales jadi RM19 camtu la kot, rupanya dekat online page sampai Rm30+ orang jual.

1 set ni ada mini tank tu, ada batu kecik-kecik, ada makanan dia and air klorin tu. kira murah jugak la starter kit dia ni. just beli ikan je la nanti.

ni rupa bekas dia, pokok tu mr.husband beli kat kedai jual ikan. saje la bagi cantik sikit hehee..

hello Carla!

DAGING BAWANG PUTIH

dinner tadi saje try buat daging bawang putih ni sebab semalam tengok cousin duk share resepi.. benda yang senang rajin la sikit nak buat..

Bahan – Bahan :

  • daging
  • tepung kentucky/ bestari
  • bawang putih
  • sos tiram
  • kicap
  • cili

Cara – Cara :

my cousin guna tepung kentucky, tapi malas nak beli sebab kat rumah ni pakai tepung bestari je so me guna je tepung bestari, senang tak payah nak guna telur bagai. cara guna tepung tu korang bleh tengok kat plastik or kotak tepung bestari tu.

marinated kejap, then salut tepung lagi sekali and goreng. actually ni firts time guna tepung bestari buat goreng daging, risau jugak kang keras daging ni. goreng dengan minyak biasa, jangan banyak sangat and jangan sikit sangat.. kira goreng sikit-sikit la.

hasil dah siap goreng. juicy oi.. takde la keras pon.

daging dah siap goreng, sediakan bawang putih, cili tu optional je nak letak ke tak nak.. me guna 2 sudu sos tiram + 2 sudu kicap manis + 2 sudu air

me guna minyak yang buat goreng daging tadi je sikit untuk tumis bawang putih.. sampai nampak dah nak garing tu me masukkan terus daging tu, gaul sekejap and masukkan sos yang dicampur tadi gaul sebati and siap.

daging bawang putih

fuhh sedap, makan dengan nasi panas-panas layannnn oi..

TAUHU BEGEDIL

punya la seminggu dah beli tauhu tapi tak buat-buat, hari ni rasa rajin sikit so meh la kita buat tauhu begedil yang duk viral sangat tu..

Bahan -Bahan :

  • tauhu kering
  • kentang
  • daun ketumbar
  • bawang goreng
  • ayam / daging
  • telur

Cara – Cara :

rebus kentang sampai empuk, kalau malas goreng pon boleh. sambil tu boleh rebus ayam takpon kalau nak senang guna minced chicken or minced meat pon boleh je. tak nak letak pon tak pe jugak. hiris daun ketumbar, saje guna daun ketumbar bagi naik sikit aroma dia. takde duan ketumbar guna duan sup & duan bawang pon boleh jugak. bawang goreng takde, maka buat bawang goreng sendiri.

dah masak kentang lenyekkan me pakai lesung je, pastu campur semua bawnag goreng + daun ketumbar + ayam and blackpepper sikit. me tak letak garam sebab me letak sikit time rebus kentang tadi. actually macam-macam cara buat begedil ni, ikut yang korang biasa buat pon takpe. tak pon boleh tengok cara me buat begedil kat SINI

dah siap, boleh masukkan dalam tauhu tadi. tauhu tu potong sikit jangan bagi terputus sudah. then sumbat la adunan begedil tu.

and dah boleh goreng, before goreng celup dalam telur dulu.

tadaaaa..

tauhu begedil by NM

makan dengan sos keropok lekor pon layan.. dengan sambal kicap pon sedap tapi malas me guna je sos keropok lekor