WARUNG MC WANIE

nasi lemak chicken chop

sizzling yee mee

chicken chop

spaghetti bolognese with meatball

tadi petang, Mama ajak pergi makan kedai Kak Isma. actually Kak Isma ni ex staff arwah Pa dulu.. kedai dia pon dah beberapa tahun jugak la buka.. but lately ni dah banyak menu baru ada nasi lemak chicken chop la, ada sizzling, ada dimsum, laksa, mee kari, bubur nasi chicken chop, stoberi milkshake macam-macam la. ye la kalo kat Setiu ni susah nak cari kedai yang ada pelbagai jenis makanan.. and yang penting, memang murah gila. chicken pon pon RM5-RM8 camtu je, sizzling pon RM5 je kot. semua murah la.

SRI AMAN SEAFOOD

Alhamdulillah dah sampai Ganu! sampai airport, Sri pick up. then terus tunggu Mama semua datang. sebab tak tau nak makan mana, and kebetulan tengah tunggu depan Sri Aman Seafood ni.. terus makan sini je la.

pulut mangga

lala masak pedas

ikan kerapu lupa masak ape

sotong bakar berempah

pulut mangga sedap. ikan kerapu tu tak sedap, lupa dah ape nama masakan ni. lala masa order x cakap pon nak banyak mana, sebab masa pilih ikan tu nampak dia dah pack kecik-kecik.. so ingat dia buat sepeket macam tu la, sekali sampai banyak gila, dia ikut berapa orang makan. padahal yang makan nasi 3 orang je, sekali ratah je la habiskan.  sotong bakar plak, dah cakap bakar plain je. eh sampai bakar berempah plak. and ada order paprik belut, sampai kesudah tak sampai HAHA. bagi kitorang, biasa-biasa je makanan dia. kalau datang next time pon dah tak nak try seafood dia, maybe goreng-goreng camtu boleh la try.

 SRI AMAN SEAFOOD

Seberang Takir, Kuala Terengganu

RAMEN DOUBLE SPICY

last week ada beli ramen double spicy. sebelum ni try yang biasa je.. this time saja la nak try, pedas sangat ke? and alang-alang esok dah nak balik Setiu, boleh la habiskan ayam sekali.. ramen 2x spicy + spicy korean chicken, kemain Korea habis la ni hahahha.. memula makan 1 suap, fuhh tak boleh nak makan weh… pedas sangat. me sempat la makan 2 -3 suap camtu, mr.husband makan 1 suap dah surrender tak nak. end up, buang je.. makan ayam je HAHA. tak boleh nak telan weh pedas sangat, kang esok sakit perut plak.

NASI KANDAR MERCU

last week mr.husband ada cakap dia try Nasi Kandar Mercu baru buka dekat Bandar Saujana Putra.. kebetulan arini Ahad, boleh la g try..

g pon dah lewat, lauk dah x banyak..

ni mr.husband punya..biasa la kalo tak daging, mesti dia amik kambing haha.

ni plak, me punya. telur ikan masak kari dengan daging hitam. tapi macam liat sket daging dia. hari tu mr.husband datang makan dia cakap lembut. geram jugak dengan staff dia tu, orang cakap nak kuah ayam bawang tu sket, sekali dia cedok skali dengan minyak. aiyoo! ingat nak makan minyak kaaa..

next time nak datang awal sikit, banyak sikit pilihan lauk.. kari dia sedap, cuma geram dengan minyak dari ayam bawang tu je la and daging liat sikit arini.. takpe, next time boleh try lagi.

NASI KANDAR MERCU

No.1, Jalan SP 5/5 BSP Village, Bandar Saujana Putra, 
Jenjarom, Selangor

NASI LEMAK SAMBAL PETAI

semalam Elin datang rumah, konon nak balik malam tu, sekali dah penat sangat me suruh je tidur kat rumah. macam la esok keje, sekali tengah layan citer dia bleh tertidur hahaa.. so, today tak tau nak lunch kat mana since semua pon bangun dah lambat.. plan nak makan ikan bakar dekat D’Ranting depan rumah ni je tapi dah lewat plak.. sambil pusing-pusing cari tempat makan, me ajak Elin pergi beli Keria KD.

sekarang Keria KD ni dah ada jual dekat Nasi Lemak Haji Ali. so senang la sikit kalau tak nak order banyak boleh pergi beli kat sini je guys!

tak menyabor terus ngap! and tapaukan sikit untuk bawa pergi umah Ayah Chir.

alang-alang nak pergi rumah Ayah Chir, kitorang lunch nasi kak wok D’Ambo dekat Sek 7 tu je..

then terus pegi lepak rumah Ayah Chir, plan lepas Maghrib terus nak balik sekali Ayah Chir ajak g makan kedai kawan dia plak.. nasi lemak sambal petai.. fuh!

sambal bilis biasa + sambal bilis petai + sambal kicap.. sebab kitorang order ikan bakar sekali..

fuh.. memang sedap. siakap bakar berempah makan dengan nasi lemak sambal petai ni..

thank you Ayah Chir & Aunt Da 🙂

oh kalau nak cari kedai ni, dekat Triways Sport Center, Shah Alam.. lupa apa nama kedai ni, tapi betul-betul belakang carwash. bukan kedai yang dekat karaoke tu.

SOTONG GORENG KARI

aritu ada balance daun kari buat chicken salted egg kot, daripada membazir buat la sotong goreng kari.. lebih kurang je sotong goreng kunyit pon just tukar letak serbuk kari and letak skit daun kari heheee..

Bahan – bahan :

  • sotong
  • serbuk kari
  • garam
  • daun kari
  • bawang putih
  • kacang panjang
  • carrot
  • cili padi
  • bawang besar

Cara – cara :

me potong sotong then perapkan kejap dengan serbuk kari + garam + serbuk perasa. then ketuk la 1-2 ulas bawang putih, tumis sekali dengan daun kari.. nampak daun kari dah garing sikit masukkan la sotong tadi..

sotong dah hampir masak, me maseukkan carrot + kacang panjang + bawang besar + cili.. done 🙂

Sotong Goreng Kari

 

SAMBAL SOTONG SUMBAT

Bahan – bahan :

  • 2 biji telur
  • daun ketumbar
  • bawang besar
  • carrot
  • kacang buncis
  • sotong
  • bawang merah
  • bawang putih
  • cili boh
  • air asam jawa

Cara – cara :

firstly, kita buat isi yang nak sumbat dalam sotong dulu.. me guna 2 biji telur + daun ketumbar + bawang besar + carrot + kacang buncis. actually kalau nak sedap, boleh letak isi udang yang dah dicincang, or ada jugak yang letak sosej. tapi sebab takde udang or sosej, me letak sayur je semua, cewah konon healthy la sikit bahhaha! untuk nak buat telur ni senang je, campur je semua letak garam sikit then kacau-kacau masukkan dalam kuali or pan dengan sedikit minyak. tapi me pakai non stick pan, takde letak minyak ke ape dah.. kacau la sampai dia masak, ala-ala buat scrambled eggs.

ni telur yang dah siap, then tunggu sejuk sikit boleh la sumbat dalam sotong. actually untuk bahan me buat ni boleh untuk 6 ekor sotong, tapi sebab macam banyak sangat me buat 4 ekor je la..

part ni macam buat ketupat sotong masukkan kepala sotong tu and cucuk dengan toothpick, supaya nanti dah masak takde la telur tadi terkeluar..

untuk sambal dia plak, me blend 4 ulas bawang putih + 2 biji bawnag merah + 1/4 bawang besar holland. panaskan minyak, tumis cili boh or kalau rajin nak belnd cili kering pon boleh tapi sebab malas me guna je cili boh lagi senang, dah nampak garing boleh masukkan bawang yang diblend tadi. kacau sampai pecah minyak, masukkan garam + seasoning and sedikit air asam jawa.

nampak sambal dah masak and kering, boleh la masukkan sotong tadi. biasanya dah masukkan sotong, banyak la air sotong keluar. jangan panik, kacau je sampai texture sambal korang suka camne. me buat ni tak berapa cair sangat tapi tak berapa pekat sangat, kira sedang-sedang je la.

Sambal Sotong Sumbat by NM

dah ada sayur dah ada telur, so tak payah la nak masak 2-3 lauk hahaaa.. makan sambal sotong sumbat ni aje la dengan nasi yumms!

 

 

NASI GORENG SOTONG

Bahan – bahan :

  • nasi
  • bawang putih
  • cili
  • sotong
  • telur
  • kicap ikan / kicap sotong
  • carrot
  • kacang buncis

Cara – cara :

panaskan minyak, masukkan bawang putih + cili padi yang ditumbuk/ ketuk, nampak dah kekuningan, masukkan sotong and goreng sampai masak. biasa time ni banyak la keluar air sotong, kuatkan sedikit api biar air sotong tu cepat kering sikit then me masukkan telur + kicap sotong + garam + seasoning sikit. lastly, me masukkan nasi putih + sayur. sayur tu tak kisah la nak letak sayur ape, tapi me letak carrot + kacang buncis. gaul sekata, siap!

Nasi Goreng Sotong

memang puas hati la weh, boleh letak sotong bebanyak, biasa makan kat kedai boleh kira berapa ketul je sotong tu, yang banyaknya dia letak janggut sotong je hahaa..

KEREPEK NGAKU

semalam pergi Aeon Big ada jual buah ngaku or biasanya dia tulis Arrowhead. ngaku ni setahun sekali je kot ada jual, sebab biasanya time nak dekat CNY baru la nampak ada jual. so me beli 3 biji je, sebab buah yang tinggal semua kecik-kecik and banyak macam dah buruk..

Bahan – bahan :

  • buah ngaku/arrowhead
  • garam
  • minyak

Cara – cara :

make sure amik yang ada tangkai, kalo tak dia cepat rosak.

kupas nipis kulit buah ngaku ni, make sure tangkai dia jangan buang untuk senang nak sagat/hiris nanti..

tapi me duk cari penyagat tu ntah campak mana x jumpa end up potong la nipis-nipis pakai pisau je, so jadi la x berapa nak nipis hahahaa.. ada nipis ada tebal.

dah siap potong cuci and rendam sekejap and baru toskan

boleh panaskan minyak, and start goreng. nampak macam dah nak masak, boleh masukkan sedikit air garam (bancuh air + garam sikit) jgn banyak sangat kang masin plak kerepek ni..tapi bergantung jugak la pada banyak mana minyak yang nak digunakan.. dah nampak garing and kekuningan tu dahboleh la angkat and toskan minyak tu.. oh air garam tu untuk first round nak goreng tu je letak. and jangan letak masa sebelum letak buah ngaku tu kang habis terpecik minyak..

sebab 3 biji je beli, so hasilnya pon takde la banyak mana.. sekali hadap je ni 🙂 sedap sebab rasa berlemak gitu kerepek dia..

SOTONG BAKAR ALA THAI

Bahan – bahan :

  • sotong
  • madu
  • garam
  • lemon / limau nipis
  • cili
  • bawang putih
  • kicap sotong
  • gula
  • daun ketumbar

Cara – Cara :

Sotong ni lepas cuci me kelarkan sikit then letak garam + madu + air lemon / limau nipis skit untuk perap 10-15min then sebelum nak masak sotong tu toskan kejap.. me grilled dalam pan je.

Sotong dah siap grilled, kalau nak cantik kepala sotong tu cucuk dengan toothpick kat badan sotong tu macam buat ketupat sotong tu tapi me  X buat pon haha..

Oh untuk sos dia, me tumbuk (kalau nak buat banyak pakai blender je) 2 ulas bawang putih, 2 biji cili padi + 1 biji cili besar, daun ketumbar sikit then masukkan 2 sudu kicap sotong, 1 sudu gula and lastly perah asam limau. Sos ni kalau nak banyak korang agak-agak je la and rasa ada masam manis and pedas tu..

Sotong Bakar Ala Thai by NM

IKAN TALAPIA SOS ALA THAI

1-2 minggu lepas orang duk share kat FB yang mamat dr Thai duk share resepi ikan talapia masak ala thai.. tengok resepi macam senang je, ikan pon last week lagi beli ingat nak goreng biasa cicah sambal kicap je, tapi nampak ramai sangat duk share yang ni terliur la plak haha..

Bahan – bahan :

  • ikan talapia
  • bawang putih
  • sos ikan
  • gula
  • limau nipis
  • cili merah / cili padi
  • daun ketumbar

Cara – cara :

ikut resepi ikan tu dia goreng kosong je and buang sisik. tapi me lumur dengan garam sikit and tak buang sisik, nanti bila goreng garing best sikit makan hehee.. oh untuk ikan, mamat thai tu pakai talapia, tapi ada je member yang dah try buat pakai ikan siakap diorang cakap sedap jugak..

sementara duk goreng ikan tu, bleh prepared untuk sos dia plak.. bawang putih me guna 5 ulas, cincang halus tapi x berapa nak halus la potong macam fobia lagi nak pegang pisau hahaha.. then untuk sos tu me guna 2-3 sudu sos ikan/sotong, 2 sudu gula, 1 cili padi + 1 cili merah (sebab tak nak pedas sangat, nak pedas guna cili padi banyak) daun ketumbar, tapi kalau takde daun ketumbar, guna la daun sup ke daun bawang, 1-2 biji limau nipis (me guna 1 sudu je serbuk limau + air panas)

amik sedikit minyak yang goreng ikan tadi untuk tumis bawang putih.. dah nampak garing sikit bawang putih tu, tuang terus bahan sos yang campur tadi and biarkan mendidih sekejap dah boleh tutup api and tuang atas ikan goreng tu.

ikan talapia sos ala thai

NASI GORENG BENDI

tak pernah buat and makan pon nasi goreng bendi, ni pon memula tak tau nak masak ape, jari pon still berdenyut-denyut lagi.. kebetulan memang ada lagi sikit bendi yang beli last week, daging pon ada yang mr.husband dah siap potong kes dari terkena pisau tempoh hari.. alang-alang buat je la nasi goreng bendi versi campak-campak hahaa

Bahan – bahan :

  • nasi
  • bawang putih
  • cili padi
  • telur
  • daging
  • bendi

Cara – cara :

tumbuk bawang putih + cili padi, then tumiskan sampai nampak bawang putih tu dah garing ok la then me masukkan daging, nak letak ayam ke seafood pape suka hati ni sebab dah ada daging guna je daging.. nampak daging dah masak, pecahkan sebiji telur and letak garam + serbuk perasa sikit and masukkan bendi sekejap and terus masukkan nasi.

Nasi Goreng Bendi

NASI LEMAK HAJI ALI SHAH ALAM

ni my 2nd time datang. 1st time dulu boleh tengok kat SINI. memang banyak beza la dnegan 1st time datang dulu, lauk pon banyak choice. daging pon sampai 3 jenis masakan, sayur pon ada 3-4 pilihan, ayam pon sama.. yang penting dah tak payah beratur panjang masa memula dulu sampai sejam lebih HAHA.. gigih betul.

ni me punya, amik lauk ayam bawang + peria goreng. me suka dekat nasi lemak haji ali ni sebab ada bawang goreng dia tu, lagi sedap bila makan dengan nasi. peria goreng dia pon sedap, tak rasa pahit pon.

ni mr.husband punya, lauk daging. oh lupa each plate memang diorang letak macam sambal kelapa tu, tapi kitorang tak berani nak makan sebab masa try rasa macam masam-masam not sure memang rasa dia macam tu or sebab dah lama ke ape..

insyaallah next time boleh la repeat lagi, try lauk lain plak.

oh tak lupa jugak, Keria KD pon dah ada kat sini okkk! tapi jangan lambat, macam semalam kitorang pergi dah petang memang semua dah licin la..

QISTINA TOMYAM

semalam tengah masak nak buat nasi goreng daging, duk tengah potong daging sekali terkena jari sendiri fuhhh.. biasa lepas cuci lap-lap sikit nanti ok la.. tapi this time darah macam non stop weh.. letak gamat pon tak ok, orang suruh celup dalam ais sampai kebas jari x stop jugak, try letak teh pon x ok eh macam-macam try tak ok.. letak plaster x sampai seminit darah menitik-nitik lagi.. bila tengok luka tu macam takde la besar sangat pon..

dah 2 jam lebih x stop, end up pergi klinik jugak..

rupanya, terkena salur darah. no wonder la darah tu macam non stop.. aihhh

tak jadi la masak, lastnya singgah makan kedai area rumah ni jugak, Qistina Tomyam.. kedai ni baru jugak la buka, so try la..

x padan jari sakit, nampak ada naan, order naan plak. naan dia sedap, first time jumpa naan letak bijan.. not bad jugak rasa dia..

so, NM Kitchen kena closed la beberapa hari ni HAHA