NASI AYAM

dulu rasanya pernah update kat blog pasal nasi ayam, tapi 7-8 tahun lepas la kot tu pon dah tak jumpa post yg mana HAHA.. so lagi sekali me share resepi Nasi Ayam by NM

bahan – bahan :

  • ayam
  • bawang putih
  • bawang merah
  • halia
  • kicap
  • serai
  • cili padi
  • salad
  • timun
  • tomato

Cara – cara :

nasiayam

firstly, macam biasa la cuci ayam then rebus sekejap. time rebus ni me tak letak garam or pape pon, rebus kosong camtu je. dah nampak isi ayam dah putih boleh la angkat then toskan.

nasiayam1

bawang putih + halia. kalau nak senang blend je. tapi biasa la terlampau rajin, me tumbuk je semua. then divide to 3. yang banyak tu untuk marinated kat ayam, dan lagi 2 tu untuk sup dan kicap.

2016-08-11 14.48.03

ayam yang dah ditoskan tadi, lumurkan dengan bawang+halia yang ditumbuk tadi. letak sedikit garam + kicap. marinated la setengah jam ke camtu takpon sambil sambil masak nasi ke buat sup ke ok la..

2016-08-11 17.42.57

ni hasil ayam yang dah digoreng..

2016-08-11 14.56.33

ni air rebusan ayam tadi. make sure simpan. jangan buang, sebab banyak lagi kegunaan dia.

nasiayam2

untuk nasi, me goreng bawang merah + bunga lawang, bunga cengkih, lada hitam semua tu..lepas cuci beras, masukkan bahan yang dah digoreng tadi, masukkan sedikit minyak masak, air untuk masak nasi ni me gunakan air rebusan ayam tadi then masukkan sedikit garam and masak macam biasa.

2016-08-11 17.42.32

ada setengah orang buat warna kuning la ape, tapi me suka plain je. tak payah letak pewarna or pape..

nasiayam3

untuk kuah kicap, me tumis bawang putih + halia.. masukkan sedikit air rebusan ayam + kicap and season to taste. biasa me dah tak letak garam ke ape semua dah sebab letak kicap tu dah rasa secukup rasa.

2016-08-11 17.42.42

hasil kuah kicap. kalau malas nak buat guna je kicap biasa HAHA tapi sebab dah terbiasa buat nasi ayam mesti nak ada kuah kicap ni..

nasiayam4

ok untuk sup plak, tumis bawang putih + halia tadi then masukkan air rebusan ayam tadi and serai. nak letak isi ayam pon boleh. masukkan sedikit garam dan serbuk perasa.

2016-08-11 17.42.37

kalut nak makan, sampai terlupa nak letak bawang goreng.

nasiayam5

untuk sambal, me guna cili padi + cuka + limau nipis + garam + gula. tapi tak tau kenapa memang jenis tak berapa suka blend cili ni, so me tumbuk je cili and tomato sampai lumat. then baru masukkan sedikit cuka + garam + gula + air asam limau. rasanya dah lama rumah ni x beli limau nipis sebab me selalu guna lime powder je. senang nak simpan stock.

2016-08-11 15.33.59

sambal nasi ayam

2016-08-11 17.42.47

macam biasa la salad + timun + tomato ni kan salah satu condiment untuk nasi ayam.. cuci then potong ikut suka hati korang la.

2016-08-11 17.43.23

tadaaaa.. ni la hasilnya Nasi Ayam NM. boleh la kalau korang nak try buat 😉

Leave a Reply