NASI AYAM

last Friday, Apex & Pokloh datang rumah. Finally, sampai jugak dia kat rumah ni.. setiap kali datang KL je mesti time tu me takde ke ape, and ni pon kebetulan masa me balik Setiu hari tu dia inform awal, so boleh la masak-masak skit..

sagu gula melaka

nasi ayam NM

menu for today, nasi ayam + sagu gula melaka.

and kebetulan hari ni Jumaat, biasa kalo Jumaat me masak lebih sikit, bleh bagi kat jiran tetangga skit..

thank you korang, next time datang lagi ok!!

MURTABAK SINGAPORESTAN

2-3 hari lepas mr.husband balik belikan murtabak ni kat Ehsan’s Vista Alam. actually dah lama tau pasal kedai ni tapi ntah la tak terlintas je nak pergi sana..

Murtabak SingaporeStan Cheese

fuhhhh cheese diaaa!!!

sedap gila. daging banyak and cheese pon selambakkkk! memang worth it la kalo beli.

and semalam plak kebetulan Teh datang Shah Alam, so me belikan la murtabak SingaporeStan ni nak bawa g makan kat rumah Ayah Chir, benda sedap mesti la kena share hehee.. sekali dah nak sampai rumah Ayah Chir diorang bagitau nak g makan kat Rawsha plak.. so bawa murtabak ni g makan kat sana la.. yeah! semua cakap sedap hehee.. next time nak try naan cheese and beriani kat Ehsan plak orang duk cakap sedap..

EHSAN’S

No.3, Presint 4.5, Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14 
40000 Shah Alam, Malaysia

 

SARDIN MASAK LEMAK CILI PADI

2-3 hari lepas ramai pulak duk upload sardin masak lemak cili padi, ada yang letak belimbing buluh la ape, tapi sebab takde me tak letak pon.. actually sama je macam biasa me buat ayam masak lemak cili padi tapi ni guna sardin..

Bahan – bahan :

  • sardin
  • bawang merah
  • cili padi
  • kunyit
  • serai
  • santan
  • kentang

Cara- cara :

firstly, me toskan sardin. sos tomato dalam tin tu me tak amik. then goreng sekejap sebab tak nak bagi isi ikan sardin tu hancur nanti masak. then me tumbuk cili padi + kunyit + bawang merah. serai tu ketuk skit and campak je semua dalam periuk + letak santan. then baru masukkan sardin yang dah digoreng tu + kentang, masukkan sedikit garam + serbuk perasa and last sekali baru me masukkan asam keping 1.. bagi ada rasa masam-masam sikit.

 

 

AYAM PENYET SURAMADU

hari ketiga takde air T_____________T

tak boleh nak masak, sebab nak jimatkan pengunaan air. tu la orang dah bagi notis awal-awal buat tak layan sangat. sebab dah bertahun duduk sini kalo kena catu air ke ape, memang tak pernah kena area umah ni, so me pon memang malas la nak simpan dulu pernah 1-2 kali simpan tapi tengok ada je air.. tapi kali ni memang kena, fuhhh seksaaa wehh! baru tauuuu camneeee.. bukan me sorg je okkk, jiran tetangga pon semua pakat tak simpan air HAHA lagi parahhh.. memang mengharapkan air tangki je la untuk 5-6 hari ni.. nak turun makan kedai bawah pon tutup, sedih betul. nak order food delivery, semua tak niaga sebab takde air. and kebetulan hari ni Huda hantar Adah & Una kat rumah, sebab esok diorang dah nak pindah 🙁 hilang sorang jiran hm..

and kebetulan plak Mir call cakap nak datang area Shah Alam, yeah! boleh terus g makan la camni, sebab mr.husband pon outstation hari ni.. kalo Mir datang, kemana lagiii kalo tak nasi kak wok mesti ayam penyet Suramadu..

ayam penyet

last day Una & Adah kat sini 🙁 sedihnyaaa.. nanti senang-senang datang rumah Mama Nieja ok!!

NASI BUKIT

repeat makan dekat Nasi Bukit, Padang Jawa. this time try nasi goreng kampung + daging goreng kunyit. Tapi daging goreng kunyit yang masa 1st time datang aritu lagi best kot sebab garing, xpe next time datang kena mention la nak garingggg heheee..

1 plate boleh makan 3 orang weh.. memang banyak! harga pon RM5 ke 6 camtu.. gila murah dan banyak!

hari ni dah start takde air kat Selangor, sebelum ni memang tak pernah kena. so memang tak satndby air pon HAHA.. bertabahlahhhh.. harap air tangki cukupppp la untuk a few days..

NM HOMEMADE PASTRY & BAKERY

alhamdulillah, almost 3 weeks balik sempat la open order kat Setiu.. insyaAllah next month balik baking lagi, stay tune guys!

NASI AIR MANNA WA SALWA

tempat nasi air fav kalo setiap kali balik KB. Manna Wa Salwa, since kecik makan kat sini.

nasi air/ bubur nasi + telur masin + lala masak selasih + ikan masin + ikan bilis goreng + kangkung goreng belacan

biasa suka order isi ikan manis tu, tapi dah habis T____T

my cousin cakap ada kedai nasi air berlauk camni gak and sedap area Wakaf Bharu gitu la, takpe next time kena try FA Nasi Air plak sebab ramai yang cakap sedap kat situ..

RESTORAN NASI AIR MANNA WA SALWA

Lot 2820, Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan

RESTORAN WAU, KOTA BHARU

plan nak g makan mee celup + air nenas je sekali dah sampai semua habis, pengat pisang segala tu pon awal lagi habis T_____T tak tau nak makan mana, pergi makan dekat Wau. lagipon dah lama tak makan kat sini..

sementara tunggu makanan sampai, Ika & Sri pergi beli aiskrim dekat Tiny Elephant Cafe. alaaa terlupa  plak  pasal Tiny Elephant ni, kalau tak makan kat situuuu je. tapi dah order la plak. hmm..

green tea

hazelnut choc

yumms! semua sedap aiskrim dia. next time kena try makan kat situ plak sebab selalu nampak Sha & Aiman lepak makan situ..

ok next time, next timeeee…

kat Wau kitorang order ni..

pisang cheese

mee kari

nasi lemak sambal sotong

soto

pulut mangga

pisang cheese, pisang tak berapa masak betul lagi tapi tepung dia tu rasa ok la bagi kitorang tak sedap sebab kitorang suka pisang yang dah masak ranum tu baru rasa manis-manis, pastu cheese dia x sempat melt pon haha. mee kari tak sedap, rasa berempah gila. nasi lemak sambal sotong ok, sambal dia pon sedap.. soto pon ok, and pulut mangga pon sedap. harga ok, tapi portion dia besar.

RESTORAN WAU

 Pt 119, Aras Bawah, Jalan Tg. Petra Semerak,

Seksyen 9, 15000 Kota Bharu, Kelantan

KST IKAN BAKAR, KETARA

6 lebih camtu, Apex datang and terus suruh bersiap. naik kete tapi tak tau nak g mana HAHA. so Pokloh cakap nanti kita tengok la mana kedai berkenan stop makan. lastnya, sampai ke area Jerteh. and kebetulan me pon tak pernah makan kat KST Ikan Bakar ni, sebelum ni Iwe, Apex pernah la cite pasal kedai ni.. then, decide try sini la lagipun me tak pernah try lagi kan.

Apex & Pokloh cakap biasa diorang order ikan tuka tapi takde plak arini.. so amik ikan selar papan je la, sebab siakap, kerapu ke ape tu semua besar gila.

selfie la dulu sebelum sampai makanan.. hehee

yumms!

ikan selar papan bakar berempah + telur dadar + tomyam

sedap, next time boleh datang lagi hehe. tapi diorang cakap yang owner lama lagi sedap.

dah alang-alang dekat area Jerteh, sekali Pokloh bagitau ada food truck. jelajah Food Truck camtu la, sekarang kat Besut esok ke Setiu.. so kitorang terjah dulu la, kalo ada benda menarik esok bleh pergi yang Setiu plak hahaa..  tapi 2 kali pusing, macam takde benda menarik pon makanan dia, makanan banyak boleh jumpa kat pasar malam gitu je..

nampak ramai beli eskrem gulung, kitorang try ni. me amik Greentea, memang sedap!

masa sampai tadi food truck jual lamb ni tak buka lagi, sekali dah siap makan eskrem orang ramai gila. maka, gigih la kami join Q sekali, sejam weh tunggu!

sibaik sedap! tapi esok Food Truck kat Setiu tak nak pergi la, sebab macam tak menarikkk je HAHA

MANHATTAN FISH MARKET

semalam ada a few wedding, last rumah mertua Ayah Su.. adik ipar Ayah Su kawen, and mertua Ayah Su baru naik rumah, housewarming sekali la kira. balik dari majlis, Iwe ajak pergi KT plak.. kebetulan ada Pesta Thai so pergi sana je la.. tapi takde yang menarik maybe sebab selalu sangat pergi Thai Food Festival kot, lagipon sekarang semua mahal weh.. lastnya teman Najmi, Mama & Sri beli baju je. before balik, Iwe ajak singgah kedai fav dia. aishhh Manhattan lagi, ape yang sedap ntah.. tapi ni first time me try yang kat KT punya, tak sedap aiihh.. sebelum ni makan macam sedap la jugak.. ni tak tauuu laa, tapi orang ramai je.

Happiness Infusion

Mushroom Soup

Citrus Sundae

yang ni memang sedap. kalao datang memang kena try ni

Mediterranean Baked Salmon

yg ni ada nasi + mussel + prawn + squid + oyster

order untuk me, Mama & Sri. tapi tak habis jugak. tak berapa sedap HAHA

Grilled Glory Dory

nak order Salmon & Mash sekali 5 min lepas tu datang bagitau dah habis plak, so order je la Dory pon. tapi Dory pon mcm overcooked. tengok pon dah tak menarik haha.

Cajun Wings & Garlic Herbs Rice

MANHATTAN FISH MARKET

Lot 4008, Ladang Tok Pelam,

Jalan Sultan Zainal Abidin, 20200, Kuala Terengganu

SELAMAT PENGATIN BARU ADAM & MIRA

arini pegi wedding my ex schoolmate, Mira & Adam. actually dua-dua ni kawan sekolah dulu. sampai kat majlis, Syafa, Apex semua dah balik sebab diorang datang awal.. me & Nana sampai lambat sikit sebab Nana ada wedding kat tempat lain dulu.. tengah makan, Aida sampai and kebetulan Nize pon ada masa me nak makan tu.. tak sempat la nak jumpa yang lain, sebab ramai yang datang awal..

Selamat Pengantin Baru Mira & Adam

CNY

semalam terlupa nak buatkan cake, biasa every year kalo nak CNY buatkan cake untuk bagi our beloved neighbor, bangun tu terus buatkan brownies je.. tu je yang paling cepat, x sempat nak sejuk betul pon terus potong bawa g rumah sebelah..

Umar excited betul sebab sana sini semua merah..

menu of the day, nasi dagang. yumms!

thank you 🙂

Happy CNY

WOW ROTI CANAI, SETIU

dah lama nak try WOW Roti Canai ni, since dia buka dekat Sahabat Cafe lagi. tapi dah berapa kali pergi kedai baru buka la, kedai tutup la, roti blackpepper dah habis la. now, dia dah buka kedai sendiri. buka pon dari pagi sampai malam, senang la sikit nak pergi bebila kan.

menu

pelbagai jenis roti ada.

ada nasi minyak, nasi lemak and nasi dagang jugak. tapi tak silap nasi ni semua untuk breakfast je. sebab me pergi ni pon dah petang, try roti je la.

roti blackpepper

sedap, dalam tu ada daging cincang, ada kobis + carrot pastu dia balut plak dengan telur. and dia tuang sos blackpepper. so worth it la RM5 pon. yang ni kira best seller la kat sini.

Roti Milo

tetap tak boleh lawan roti milo kedai abe D. tapi sygnya kedai tu pon dah takde. tapi kitorang semua still tak leh move on. situ jugak yang the best roti milo.

Roti Pisang

biasa la, roti pisang. tapi macam tak berapa masak lagi pisang ni, macam tak berapa manis betul.

Roti Pisang Cheese

yang ni macam tak jumpa cheese pon. ke pakai cheese slice je? kitorang ingatkan pakai mozzarella HAHA. ke dia terlupa letak cheese? ntah la.

Roti Kosong

ni normal la macam roti canai biasa kat kedai lain jugak.

 

 

RESTORAN FATIRAH, JERTEH

today, bawa Umar g kebun arwah Tok Pa. first time Umar datang kebun arwah Pa. g kutip buah-buah kat kebun. then, bawa Umar pergi Agro Resort. ingat boleh jumpa kawan-kawan kat situ tapi datang pon dah lambat, member semua dah balik keje 🙁

and malam Iwe ajak pergi Jerteh. lepas Isyak baru gerak, sampai sana kedia pon banyak dah nak tutup. lepas settle hal dia, terus balik. and singgah la makan kat Jerteh, area Nyiur Tujuh kot. kedai ni tepi jalan utama je, senang nak cari. 7 tahun lepas kot pernah singgah lunch kedai ni. kira kedai dah lama la ni.

mihun celup

perut goreng + ikan kembong 3 rasa + telur dadar

kerabu mangga

Mama order, mihun singapore. sedap. siap tapau lagi 1 bungkus haha..

 ada tapau tomyam jugak, tu pon sedap jugak. semua sedap. next time boleh singgah lagi.. 🙂