nasi kerabu tumis kuning, kalo kat Kelate femes la nasi kerabu kuning and kalau korang tak tau nasi kerabu ni ada 2 jenis, nasi kerabu tumis ( biasanya warna kuning) and nasi kerabu tak de kuah tumis or dikenali juga dengan nasi kerabu golok (warna biru), yang xde kuah tumis ni biasanya makan dengan sambal ikan+kelapa tu dengan sambal and budu + lauk je. tapi sekarang ni biru ke ape orang duk buat kuah tumis jugak haha. lantak pi la..
bahan – bahan :
beras
serbuk kunyit
daun pandan
daun limau
cuci beras macam biasa then masukkan sedikit serbuk kunyit + daun pandan + daun limau then masukkan dalam rice cooker and masak macam biasa.
blend je bawang merah + bawang putih + serai + halia + belacan, pastu panaskan minyak masukkan bahan blend tadi, masukkan cili boh/cili kering kisar and tumis sampai naik minyak. me buat ulang 2-3 kali jugak isi air, then baru masukkan santan, serai yang dah diketuk and asam keping, pastu masukkan sedikit gula melaka + gula + garam secukup rasa.
kuah tumis
isi ikan
kelapa goreng
bawang merah
bawang putih
halia
serai
lada hitam
gula melaka
isi ikan and kelapa goreng tu sekarang dah banyak tempat jual, ni pon me beli time balik KB last time. Sepeket tu boleh banyak kali masak la, tapi kalau xde korang kena la rebus or bakar ikan and perisikan isi ikan tu dan tumbuk, pastu kelapa parut tu kena goreng. Tak susah sekarang dekat shopee pon ada orang jual haha, order je.
so me blend je bawang merah + bawang putih + halia + serai + gula melaka + lada hitam dengan sedikit air panas. if nak makan terus just gaul je bahan blend tadi dengan isi ikan + kelapa goreng tu, masukkan sikit-sikit gaul. tapi kalau untuk nak simpan sampai malam, bahan blend tu boleh la masak sekejap baru digaul dengan isi ikan + kelapa parut goreng tu.
sambal ikan + kelapa
ulam ni, ikut suka nak letak timun ke tauge ke ape, tapi ni je ada kobis + bunga kantan + kacang panjang pon boleh jugak
untuk sambal, blend cili + garam + gula + cuka. blend je smua tu dengan sedikit air, jangan blend hancur sangat kira blend kasar camtu je.
nasi kerabu tumis, boleh la goreng keropok sikit, rebus telur masin and lauk tu sukahati nak daging bakar ke ayam bakar ke, solok lada, bawang putih jeruk boleh je mana-mana yang korang suka. kebetulan ada leftover beef brisket beli semalam, so nasi kerabu tumis ni makan bersama beef brisket kau!
rendam beras pulut sekejap, then kukus. dah hampir nak masak, masukkan sedeikit santan yang dah dicampur dengan sedikit garam and gaul pada pulut and kukus another 10min camtu.
untuk inti kelapa tu, cairkan gula melaka + air + sedikit garam + daun pandan, me dah x campur gula sebab gula melaka ni dah manis, but if guna gula melaka yang kurang manis just tambah sedikit gula, air gula melaka dah cair masukkan kelapa parut and masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan inti ni.. dah siap, sejukkan kejap.
pulut yang dah siap dikukus and inti kelapa
sebab takde daun pisang, so me scoop je pakai measuring spoon ni and letak inti kelapa manis tadi kat atas dia. tapi kalau ada daun pisang lagi best la balut dalam daun pisang biar lama skit baru makan fuh, aroma daun pisang tu yang lagi umphh..
Goreng paru yang dah direbus. samada nak goreng dengan garam kunyit or goreng kosong pon boleh, tapi kalau nak crispy sikit me goreng dengan tepung bestari. Blend bawang merah + bawang putih + cili padi + cili besar, tapi biasa kalau masak sikit me tumbuk je semua tapi kalau dalam kuantiti banyak masuk blender aje la haha.. pastu panaskan minyak, masukkan bahan dah diblend tadi and tunggu sampai nak garing tu, masukkan garam + gula sikit or serbuk perasa then masukkan paru dah siap digoreng tadi, siap.
me blend 2 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih + serbuk kunyit + 1 serai + 1/2 inci lengkuas + 1/2 inci halia + 1 cili besar + 2 cili padi + 1 sudu kecik cili boh + sedikit belacan. dah siap blend, panaskan minyak then tumis bahan-bahan yang dikisar tadi tu sampai pecah minyak, pastu masukkan ayam + beberapa keping daun limau + asam keping + 1 batang serai and masak sampai nampak ayam tu dah masak, masukkan sedikit gula melaka + garam and lastly baru masukkan santan. dah masukkan santan tu kacau la 5-10 min camtu, kalau nak lagi lama pon boleh, lagi empuk ayam tu, tapi me masak lama time sebelum masukkan santan tu, so bila dah masukkan santan tu kejap je dah boleh tutup la api.
Gulai Ayam Siam
so, kalau nak buat banyak doublekan or pandai-pandai la korang bajet nak guna bahan banyak mana..
my first attempt buat bubur butir nangka, kalau balik Setiu memang dah tau kedai mana yang sedap.. tapi since PKP ni dah lama tak balik semua duk terliur la, so meh kita buat butir nangka pastel color haha!
bahan – bahan :
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
air
pewarna
santan
daun pandan
gula
garam
cara – cara :
campurkan 2 cawan tepung pulut + 2 sudu besar tepung gandum, then masukkan air.. masukkan air sikit-sikit sampai doh tak melekat tu kira ok la, so sebab nak buat 3 colour bahagikan dalam 3 bekas, letak la pewarna ape yang suka.
me buat pink + purple + green
pantul gentel la bagi bujur sikit then masukkan dalam air yang mendidih, ni konsep sama macam buat onde-onde, kalau dah terapung tu kira dah masak and dah boleh diangkat la
dah angkat, me rendam dalam air kejap sementara semua tu siap..
and tapiskan..
untuk kuah, masukkan santan + air + daun pandan +gula +garam sikit je nak bagi rasa berlemak tu. tapi kalau korang suka yang kuah ada halba tu, boleh masukkan sedikit halba, tapi sebab kat rumah ni memang tak pernah beli halba so takde la haha
kacau-kacau kejap kuah tu, then masukkan la yang dah direbus tadi..
dah berapa hari duk suruh mr.husband belikan daun ketumbar nak buat ayam meraung ni, tapi dah beli sampai dah nak layu daun ketumbar ni baru buat haha.
bahan – bahan :
ayam
daun & akar ketumbar
kicap
sos ikan/sotong
serbuk lada putih/sulah
gula perang
minyak
untuk buat sos
bawang merah
bawang putih
cili padi
daun ketumbar
sos ikan/sotong
air asam jawa
air limau nipis
palm sugar/ gula melaka
chili flakes
beras goreng
cara – cara :
blend je semua, daun ketumbar + akar ketumbar, kicap, sos ikan, serbuk lada sulah, gula perang and sedikit minyak.. kicap tu me pakai kicap lemak manis je, sos ikan takde me ganti sos sotong.
then perap la 1-2 jam pon dah ok. nak lagi lama pon boleh. tapi ayam biasa tak perlu marinated lama sangat pon sebab dia senang meresap.
pastu boleh la grill, ikut la atas pan or oven mana-mana boleh je.
untuk sos ni, bawang putih + bawang merah + cili padi + daun ketumbar cincang je semua, pastu beras tu sagai kejap atas dapur and tumbuk. pastu campur semua, sekali dengan chili flakes, palm sugar, air asam jawa, sos sotong/ikan and perahan limau nipis.. garam gula me dah tak letak, sebab dah secukup rasa.. tapi kalau nak tambah gula or garam sikit pon boleh. cili padi and chili flakes tu depend banyak mana nak letak ikut tahap kepedasan masing-masing.
ni sos dia tapi semalam sagai beras tak banyak, next time me nak tambah lagi skit baru lagi sedap kot.. ayam yang dah siap grill tadi boleh la slice macam daging harimau menangis tu..
tetiba terliur nasi kak wok plak, sebab aritu nampak my cousin, Sha duk share kat FB tapi resepi tu ada guna rempah kerutub.. dah la 2 minggu lepas member share gambar kerutub ayam and daging adoi la, punya la susah nak dapat rempah kerutub ni dah berapa kali order kat Tesco and suruh mr.husband cari kat Checkers, kedai area rumah ni semua takde, aiyo! dah kali keberapa cari takde rempah kerutub, so xde la kerutub ayam/daging.. nasi kak wok ni ada yang resepi pakai rempah kerutub, maybe lagi sedap la kot? tapi dah takde guna je la ape yang ada je.
bahan- bahan :
(ayam goreng)
ayam
serbuk kari
serbuk kunyit
daun kari
tepung bestari spicy
(gulai ayam)
4 – 5 ulas bawang merah / 1 labu bawang bombay
4 – 5 ulas bawang putih
halia
rempah kari
asam keping
kacang panjang
terung
leher ayam, kaki ayam, sayap, paha
santan
gula melaka
(sambal)
cili padi
belacan bakar
bawang putih
limau kasturi
cara – cara :
potong ayam kecik-kecik, then masukkan sedikit serbuk kunyit + serbuk kari + garam + ajinomoto skit then dah gaul semua tu lastly me gaul dengan sedikit tepung bestari spicy.. kebetulan ada daun kari, so me potong halus-halus gaul je sekali.
ayam goreng
sambal plak, blend cili padi + belacan bakar + bawang putih 1 ulas + air limau kasturi or kalau xde limau nipis pon ok, garam + gula. pastu dah siap tu me hiris je kulit limau kasturi tu masukkan, bagi sambal tu bau lagi best.
untuk gulai ni, me hiris nipis bawang merah + bawang putih + halia then tumis sampai nampak garing sikit, then masukkan 1 1/2 sudu serbuk kari adabi & 1 sudu serbuk kari babas (campur sedikit air) rempah smua dah pecah minyak, masukkan segala tulang, kaki ayam, leher, sayap ke ape yang dah dipotong kecik-kecik, time dah masukkan ayam ni masak lama skit if kering tambah je air, me ulang je sampai 2 kali tambah air baru masukkan sedikit santan and air.. santan tu me letak dalam satu senduk kecik je sebab tak nak pekat sangat kuah dia.. pastu masukkan asam keping + garam + gula melaka + ajinomoto/serbuk perasa lastly masukkan terung + kacang panjang sampai sayur-sayur tu dah masak tu kira dah siap la.
nasi kak wok by NM
first time buat nasi kak wok, mr.husband cakap sedap haha! haruslah buat lagi nanti..
firstly, rebus paru dulu. macam me biasanya time beli paru memang rebus half or semua terus sebab kadang mr.husband beli 1 pack sampai 1.5kg bhahahah, sebulan pon belum tentu habis. so nak senang rebus je banyak-banyak terus and frozenkan, nak makan senang just goreng je.
dah goreng paru tu, put a side and boleh prepare untuk sambal. me blend bawang merah + bawang putih + cili padi hijau + cili hijau pastu tumis semua ni sampai garing, masukkan garam, gula and ajinomoto sikit pastu masukkan paru yang dah digoreng lastly masukkan tomato and bawang besar and gaul sampai paru semua tu bersalut dengan sambal, dah siap.
dulu pernah update resepi onde-onde/buah melaka kat SINI, tapi time tu buat pakai pewarna je sebab takde daun pandan and this time me update lagi sekali resepi sekali dengan tips yang ada orang share untuk bagi onde-onde tu still lembut even dah malam and tak mudah basi kelapa dia tu.
Bahan-bahan :
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan air suam
daun pandan
gula melaka
kelapa parut
garam
Cara – cara:
firstly, blend 1-2 helai daun pandan dengan 1 cawan setengah air suam, pastu dah siap blend daun pandan tu boleh tapis.
then masukkan 2 cawan tepung pulut + 2 sudu besar tepung gandum ke dalam bowl, and boleh tuang air daun pandan yang dah diblend and tapis tadi, nak selamat masukkan sikit-sikit so takde la tetibe terlembik and nak kena tambah tepung ke ape plak.
pastu bila dah siap doh dia, uli la kecik-kecik and leperkan skit letak gula melaka/nisse kat tengah tu and bulatkan balik. me nak senang, uli je depan periuk terus senang, dah uli campak terus sebiji-sebiji dalam periuk tu. dalam periuk tu make sure biarkan air mendidih dulu, so takde la melekat ke ape nanti kat periuk tu, and me letak lebihan air blend daun pandan tu, tapi kalau xde balance campak je daun pandan dalam tu, or kalo dah habis daun pandan tak payah letak pon takpe haha..
nak tau onde-onde tu dah masak ke ape nanti bila dia terapung tu kira dah masak la.. time dah masak tu angkat campak je dalam bekas isi air
bila semua dah masak and rendam dalam air tu, boleh la toskan.
Untuk kelapa parut ni, me kukus dulu dalam 6-10min, pastu masukkan sedikit garam dah siap kukus sekejap dah boleh golek-golek onde-onde ni dalam kelapa parut ni. Tapi this time kelapa parut orang kedai tu parut macam kasar sangat sebab terlupa nak pesan dekat mr.husband suruh pesan dekat kedai nak kelapa parut untuk buat kuih haha.
baru 3 hari puasa eh dah terliur colek plak, dah la musim PKP ni takde kedai buka.. nak tak nak belajar la buat colek sendiri.
untuk ayam tu me rebus kejap, then dah angkat tu perap dengan sos tiram + kicap je, pastu goreng kejap, dah siap goreng boleh la slice ayam tu.
untuk paru tu plak memang kebetulan dah rebus 2-3 minggu lepas and frozenkan, so just goreng je.
untuk colek malah/kue/jeput malah tu me buat adunan macam cekodok bawang je, letak carrot + bawang + kobis + daun sup +ikan bilis, masukkan tepung and air masukkan semua bahan tadi ni pon ikut sukahati nak letak ape dalam tu, ada orang letak kangkung la ape kan pastu me masukkan garam, yis sikit and baking powder. me buat adunan jeput malah ni selepas maghrib, so ngam-ngam la time lepas terawikh dah boleh goreng.
pastu goreng keropok sikit, potong timun + salad. untuk sos colek tu kebetulan memang dah ada sos keropok lekor dalam peti ais, so me cairkan sikit je sebab sos tu macam pekat sikit, pastu tuang je smua atas colek tadi.. pastu sebab ada kacang tanah yang balance buat biskut aritu, so me tabur je la kacang hancur kat atas tu..
colek by NM
my first attempt buat colek, haha not bad. sedap jugak walaupon takde udang, crab stick , popia, ketam, ikan segala bagai tu kan.. jadiii la untuk lepaskan ngidam nak makan colek bulan puasa musim PKP ni haha.