PARU SAMBAL HIJAU

bahan – bahan :

  • paru
  • bawang merah
  • bawang putih
  • cili hijau
  • cili padi hijau
  • bawang besar
  • tomato

cara – cara :

firstly, rebus paru dulu. macam me biasanya time beli paru memang rebus half or semua terus sebab kadang mr.husband beli 1 pack sampai 1.5kg bhahahah, sebulan pon belum tentu habis. so nak senang rebus je banyak-banyak terus and frozenkan, nak makan senang just goreng je.

dah goreng paru tu, put a side and boleh prepare untuk sambal. me blend bawang merah + bawang putih + cili padi hijau + cili hijau pastu tumis semua ni sampai garing, masukkan garam, gula and ajinomoto sikit pastu masukkan paru yang dah digoreng lastly masukkan tomato and bawang besar and gaul sampai paru semua tu bersalut dengan sambal, dah siap.

paru sambal hijau/ paru sambal ijo

RAMADHAN 2020, MINGGU PERTAMA

1 Ramadhan

sahur : spaghetti bolognese

berbuka : kari ayam + telur dadar + ikan goreng garlic

2 Ramadhan

sahur : cheezy spaghetti

berbuka : daging dendeng

3 Ramadhan 

sahur : spaghetti aglio olio  guna pes aglio olio NM

berbuka : nasi goreng udang + daging dendeng

4 Ramadhan

sahur : maggie goreng

berbuka : ayam masak merah + sayur lemak + ikan rebus goreng

5 Ramadhan

sahur : shepherd pie + nugget

berbuka : nasi kandar + kari kambing + daging hitam + telur sotong + dory fillet, onde-onde

nasi kandar haji ramly by Chef Nabil

6 Ramadhan

sahur : spaghetti aglio olio + lamb chop

berbuka : nasi ayam + murtabak + mangga

7 Ramadhan

sahur : mihun goreng + keropok

berbuka : daging masak kicap + kerabu latok by house of m, onde-onde + kuih ketayap

ONDE-ONDE

dulu pernah update resepi onde-onde/buah melaka kat SINI, tapi time tu buat pakai pewarna je sebab takde daun pandan and this time me update lagi sekali resepi sekali dengan tips yang ada orang share untuk bagi onde-onde tu still lembut even dah malam and tak mudah basi kelapa dia tu. 

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air suam
  • daun pandan
  • gula melaka
  • kelapa parut
  • garam

Cara – cara:

firstly, blend 1-2 helai daun pandan dengan 1 cawan setengah air suam, pastu dah siap blend daun pandan tu boleh tapis.

then masukkan 2 cawan tepung pulut +  2 sudu besar tepung gandum ke dalam bowl, and boleh tuang air daun pandan yang dah diblend and tapis tadi, nak selamat masukkan sikit-sikit so takde la tetibe terlembik and nak kena tambah tepung ke ape plak.

pastu bila dah siap doh dia, uli la kecik-kecik and leperkan skit letak gula melaka/nisse kat tengah tu and bulatkan balik. me nak senang, uli je depan periuk terus senang, dah uli campak terus sebiji-sebiji dalam periuk tu. dalam periuk tu make sure biarkan air mendidih dulu, so takde la melekat ke ape nanti kat periuk tu, and me letak lebihan air blend daun pandan tu, tapi kalau xde balance campak je daun pandan dalam tu, or kalo dah habis daun pandan tak payah letak pon takpe haha.. 

nak tau onde-onde tu dah masak ke ape nanti bila dia terapung tu kira dah masak la.. time dah masak tu angkat campak je dalam bekas isi air

bila semua dah masak and rendam dalam air tu, boleh la toskan.

 Untuk kelapa parut ni, me kukus dulu dalam 6-10min, pastu masukkan sedikit garam dah siap kukus sekejap dah boleh golek-golek onde-onde ni  dalam kelapa parut ni. Tapi this time kelapa parut orang kedai tu parut macam kasar sangat sebab terlupa nak pesan dekat mr.husband suruh pesan dekat kedai nak kelapa parut untuk buat kuih haha.

onde-onde

COLEK

baru 3 hari puasa eh dah terliur colek plak, dah la musim PKP ni takde kedai buka.. nak tak nak belajar la buat colek sendiri.

untuk ayam tu me rebus kejap, then dah angkat tu perap dengan sos tiram + kicap je, pastu goreng kejap, dah siap goreng boleh la slice ayam tu.

untuk paru tu plak memang kebetulan dah rebus 2-3 minggu lepas and frozenkan, so just goreng je.

untuk colek malah/kue/jeput malah tu me buat adunan macam cekodok bawang je, letak carrot + bawang + kobis + daun sup +ikan bilis, masukkan tepung and air masukkan semua bahan tadi ni pon ikut sukahati nak letak ape dalam tu, ada orang letak kangkung la ape kan pastu me masukkan garam, yis sikit and baking powder. me buat adunan jeput malah ni selepas maghrib, so ngam-ngam la time lepas terawikh dah boleh goreng.

pastu goreng keropok sikit, potong timun + salad. untuk sos colek tu kebetulan memang dah ada sos keropok lekor dalam peti ais, so me cairkan sikit je sebab sos tu macam pekat sikit, pastu tuang je smua atas colek tadi.. pastu sebab ada kacang tanah yang balance buat biskut aritu, so me tabur je la kacang hancur kat atas tu..

colek by NM

my first attempt buat colek, haha not bad. sedap jugak walaupon takde udang, crab stick , popia, ketam, ikan segala bagai tu kan.. jadiii la untuk lepaskan ngidam nak makan colek bulan puasa musim PKP ni haha.

KUIH TOPI

Kuih topi or cucur jawa eh ada orang panggil penyaram jugak, tapi me dari kecik duk panggil kuih topi je sebab bentuk macam topi haha. Dulu pernah buat tapi bila check balik xde update pon kat blog, since hari ni buat lagi so update la resepi sini senang nak buat reference masa akan datang haha. Actually ada yang guna gula melaka jugak, my bff Syafa suka buat yang tu kalo me pergi umah dia, tapi yang ni versi kelate/ganu guna gula putih.

bahan – bahan :

  • 1 cawan tepung
  • 1 cawan tepung beras
  • 3/4 cawan gula
  • 1 cawan air

cara – cara :

masukkan semua bahan tadi and whisk je sampai sebati and make sure perap at least 4-6 jam sebelum goreng, or semalaman.. tapi biasa nak makan petang tengahari camtu dah boleh buat adunan.

adunan ni tak cair and tak pekat sangat, ala – ala adunan lempeng camtu la.. so lepas perap beberapa jam or semalaman tu dah boleh la goreng, make sure pakai kuali berlekuk, minyak panas and minyak tu jgn banyak sangat and jangan sikit sangat, kira sedang-sedang je.

lepas masak, biasa me letak je tepi kuali tu dlu biar minyak tu turun balik dalam kuali, baru la angkat and toskan atas tisu..

1 adunan ni dapat la 12-13pcs camtu, ok la untuk kitorang yang duduk berdua ni, tu pon tak habis siap simpan 3-4pcs untuk makan the next day haha.

see, kan nampak bentuk topi tuu.. tu pasal dari kecik duk panggil kuih topi hehe..

BUBUR SUMSUM

semalam tengok Nina upload makan bubur sumsum/somsom terus teringin nak buat, terus cari resepi camne nak buat ada yang pakai santan banyak, ada yang tambah tepung jagung macam-macam la so tengok 4-5 resepi so me combined je mana yang rasa sesuai haha.

bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan santan
  • 2 cawan air
  • sedikit garam

me masukkan semua sekali dalam pan, kacau dulu bagi sebati baru me on api..

keep kacau je, sampai adunan ni pekat and meletup letup tu kira dah masak la, actually kalau nak letak daun pandan pon boleh time masak ni tapi me tak letak pon.

dapat la 3 bekas ni, and sejukkan dalam peti ais. Untuk gula melaka plak, cairkan gula melaka + air + daun pandan and sejukkan.

makan sejuk-sejuk baru sedap.. keluarkan dari peti ais, baru tuang gula melaka..

bubur sumsum/somsom

kebetulan ada tempe beli last week, goreng la tempe sikit untuk makan petang. Tempe tu me letak cili sikit, kalaua ada daun bawang boleh letak sekali, pastu salut dengan tepung bestari & tepung beras je sikit and goreng. pastu buat la sambal kicap skit, baru syok!

bubur sumsum & tempe sambal kicap

makan petang hari ni, menu jawa skit hehee..

NASI TOMATO

tetibeee plak rasa nak makan nasi tomato, padahal sebelum ni takde la suka pon haha. so, ni my first attempt buat nasi tomato and barang pun guna apa yang ada je.

untuk nasi, me tumis bwang merah + bawang putih + halia + rempah 3 sekawan tu. Tumis nampak garing sikit me masukkan 1 biji tomato yang dipotong dadu, nak letak banyak xboleh sebab ada sebiji je haha, pastu masukkan 3 sudu sos tomato del monte and daun pandan, daun pandan pon sibaik ada yang frozenkan haha, musim MCO ni nak masak kena guna apa yang dah ada je, xde orang nak keluar sesaje. Tapi kalau ada tomato puree lagi sedap la kot.

cuci beras, masukkan bahan tumis tadi sedikit susu cair and air biasa, pastu on je rice cooker.

ni hasil nasi tomato dah siap masak, not bad.

untuk acar jelatah ni, carrot + timun + bawang + cili pastu gaulkan dengan cuka+garam+gula tapi kali ni saja try guna apple cider honey, sedap jugak acar ni haha.

ayam masak merah, me blend bawang merah + bawang putih pastu tumis dengan cili boh sampai garing masukkan garam + gula + air asam jawa sikit and lastly masukkan ayam yang dah digoreng.

kurma telur, me blend bawang merah + bawang putih + halia + blackpepper sikit then tumis kejap masukkan rempah kurma and santan pastu masukkan telur rebus, masukkan garam andserbuk perasa sikit.

nasi tomato ayam masak merah & telur masak kurma.

yumms! not bad sedap and simple.

KEK PISANG

ada leftover 3 biji pisang, aritu dah buat cekodok pisang arini tetiba rasa nak makan kek pisang plak. 3 biji pon 3 biji la harapnya menjadi haha.

bahan – bahan :

  • 3 banana
  • 1/2 cup brown sugar
  • 1/2 cup castor sugar
  • 3 egg
  • 1 cup oil
  • 2 cup flour
  • 1tsp soda bicarbonate
  • 1tsp baking powder
  • 1/2 tsp lime juice

cara – cara :

amik 3 biji pisang tu mash je skit xnak mash pon xpe sebab nanti nak blend jugak haha.. pastu masukkan 1/2 cawan brown sugar and 1/2 cawan gula, pastu masukkan 1 cwn minyak, masukkan 3 biji telur and esen vanilla sikit. 

pastu blend je semua, tapi ni me pkai hand blender je senang sebab malas nak keluarkan blender. 

terpaksa tukar bekas lain sebab bekas tadi kecik haha. ok pastu masukkan 2 cup tepung + 1 sudu kecik soda bikarbonat + 1 sudu kecik baking powder. tapi ni me pakai self raising flour, so dah x payah letak baking powder. 

gaul kaup balik je, janji adunan tu dah sebati.

pastu ada terbaca tips, nak bagi nampak kek pisang tu berurat macam kek pisang beli kat kedai tu, kena letak lemon ke limau sikit, so me letak 1/2 sudu kecik air limau. tak berani nak letak banyak kang masam pulak kek pisang aku ni haha!

tadi mash 2biji setengah je sebab lagi setengah nak slice letak camni haha.. pastu dah boleh bakar 50min camtu. 

terhanggus sikit tepi tu. 

ni panas-panas terus potong sebab kebetulan my cousin ada tunggu kat bawah nak pick up barang, bagi la dia sikit. memula makan rasa macam garing sangat kot yang tepi-tepi kek tu.. pastu dah malam sikit try oh moist rupanya. rupanya kena tunggu sejuk dlu baru sedap kek pisang ni, baru rasa moist dia tu. terus rasa macam kek pisang kat kedai dah haha.. 

NASI AYAM NM

actually dah pernah post resepi nasi ayam ni tapi tak jumpa plak post mana, since sekarang ni ramai duk tanya resepi nasi ayam.. so me share lagi sekali. Nasi ayam resepi turun menurun haha.

bahan – bahan :

  • ayam 
  • halia
  • bawang putih
  • bawang merah
  • rempah 3 sekawan
  • kicap
  • serai
  • salad
  • timun
  • tomato
  • cili padi
  • cili besar
  • cuka

cara – cara :

rebus ayam, ketuk halia and bawang putih 2-3 ulas. tak nak letak pon takpe. optional je ni. garam ke ape semua tak payah letak. nak best ayam potong 4 je, tapi sebab dah suruh potong kecik-kecik camni, boleh je jugak. ikut sukahati. rebus la dlm 10-15min depend ayam banyak mana, kalau tgk ayam dah putih tu kira dah masak la. keluarkan ayam toskan kejap. air rebusan ayam simpan ok.

untuk nasi, tumis bawang merah dengan rempah 3-4 sekawan ni, then dah nampak keperangan tu tuang la sekali dengan minyak menggoreng bawang and rempah 3-4 sekawan tu dalam beras dah cuci, masukkan a pinch of salt and dah boleh masukkan dlm rice cooker. Sukatan air tu me biasa buat lebih sikit je dari masak nasi biasa tu, and guna air rebusan ayam yang simpan tadi tu. If tak berapa banyak air rebusan tu campur la skit air biasa pon takpe.

nasi yang dah siap , kalau suka warna kuning camtu letak la pewarna kuning sikit. tapi me tak suka so x letak.

bawang putih + halia blend. me x suka blend dengan air banyak sebab nanti hancur sangat, so air letak 1-2 sudu je sebab memang suka texture kasar2 camni skit baru best lekat kat ayam. halia + bawang putih blend ni bahagi untuk 2 portion. 

1 portion, untuk marinated ayam. bahan blend tadi + garam + ajinomoto sikit + kicap 

and perap sekejap, sambil tu boleh la buat sup, kicap and sambal.

biasa ayam, time dah last baru me goreng. baru rasa perapan dia tu. dah siap goreng potong la camne pon. 

tadi bahan blend kena bahagi 2 kan, utk perap ayam 1 portion, and lagi 1 portion bahagi plak untuk 2, satu untuk sup and lagi satu untuk kuah kicap. tumis sekejap sampai keperangan bawang tu, boleh masukkan air rebusan ayam, masukkan serai yang dah diketuk, letak serbuk perasa sikit.

kalau nak letak isi ayam pon boleh, tapi me suka letak kaki ayam, leher ayam sebab kalau tak, tak tau nak buat ape dgn kaki and leher ayam ni haha. 

dah siap sup, goreng bwg merah sikit tabur kalau ada daun sup boleh la letak sekali.

untuk buat kuah kicap, sama jugak tumis bahan blend tadi sampai garing sikit, masukkan air rebusan ayam and masukkan kicap. kalau rasa kurang masin boleh tambah garam. kuah kicap ni tak perlu masak lama pon, nampak mendidih skit dah boleh off api.

kuah kicap

untuk sambal, me letak cili + tomato +cuka + gula + garam.. blend semua sekali.

sambal nasi ayam

salads

nasi ayam NM

AYAM 3 BUDAK GEMOK

bahan – bahan :

  • ayam
  • kunyit
  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
  • cili
  • daun kari
  • kicap
  • sos tiram

cara – cara : 

ayam lumur kunyit and garam and ajinomoto sikit, pastu goreng. bawang merah + bawang putih + halia sikit + cili padi 2-3 biji blend sekali. panaskan minyak, then tumis bahan blend tadi and masukkan terus daun kari. tumis sampai nampak bawang tu dah masak, masukkan sos tiram sikit and kicap, gaul sebati and lastly masukkan ayam yang dah digoreng tadi.

ayam 3 budak gemok

tapi sebab tak sempat nak buat sambal, so guna je sambal belacan yang dah ada. goreng telur dadar sikit, terus jadi ala-ala nasi ayam 3 budak gemok. Tapi ni versi nieja budak gemok haha!

ROTI PATTAYA

Roti Pattaya, first time try. Ni gara-gara Kak Et share dekat group whatsapp, macam menarik kebetulan plak ada leftover sardin yang buat roti sardin semalam.. so meh la kita try..

bahan – bahan :

  • telur 2 biji
  • roti 2 keping
  • cheese 1 slice
  • sardine
  • sos cili
  • mayonis

Cara -cara :

roti tu me saja sapu terus dengan mayonis, kalau dlm video tu dia letak time dah letak sardine. 

panaskan pan, letak minyak sikit then buat la macam nak buat nasi goreng pattaya tu.

letak roti yang dah disapu dengan mayonis

letak 2-3 sudu sardine, oh kalau x suka sardine boleh tukar daging ke ayam cincang ke ape, kita buat dia kan. haha

optional nak letak cheese ke tak nak, ikut sukahati.

then letak roti lagi satu atas dia.. and boleh la balut dengan telur tu.

takde la perfect sangat, sebab macam tebal skit telur ni haha. tapi takpe jadi je la..

letak la sos cili sikit ala-ala nasi goreng pattaya tu haha.

not bad, sedap and mengenyangkan, next time boleh repeat!

HAPPY 64th BIRTHDAY MAMA

musim MCO ni, sampai hari pon asyik lupa je. 2-3 hari ni duk cari orang boleh delivery cake kat Mama, sebab ramai tak buat COD musim ni.. sekali teringat kat akak sorang ni, so mintak dia delivery kan cake. Yang kelakarnya, me siap pesan suruh anta hari sabtu, sebab mati-mati duk ingat sabtu birthday Mama.. 12am Jumaat malam tu kemain la call mama siap video call ok..konon mcm biasa la nak jadi orang yang first wish, siap nyanyi birthday sekali kena gelak bhahahahah! padahal Ahad 5/4 birthday Mama.. adoiii apsal la boleh tersalah.. lama sangat berkurung ni otak pon dah tepu hahaha..

semalam Sri dah buatkan puding caramel, so me order choc moist cake je. Nak order kek fav Mama jauh sangat plak haha. 

Happy Birthday Mama, loves u!