lepas cuci ayam, me terus lumur ayam tu dengan tepung bestari spicy. then nanti before goreng, salut lagi sekali dengan tepung bestari+tepung jagung., and dah boleh goreng.
untuk sambal dia, me goreng kejap semua bwg and cili tu, pastu tumbuk je smua and letak la garam, gula, ajinomoto sikit and lastly amik 1-2 sudu minyak panas tuang atas sambal tu..
ni hasil sambal dah siap..
tempe ni me goreng kosong camtu je.
ayam dah siap goreng penyek la sikit, ketuk la dengan pisau ke lesung ke ape sikit.. then letak je sambal atas tu. takde sayur lain yang ada tomato je, so letak tomato je la.
firstly, lepas cuci burung puyuh tu suka hati la nak potong ke nak sekor camtu tapi me suka potong 4, pastu perap macam goreng ayam tu letak garam, kunyit aji sikit and goreng, pastu tumis bawang putih tu ketuk camtu je, and bawang besar tu slice macam biasa je, tumis sekejap masukkan kicap and air asam jawa sikit. me biasa dah tak letak garam ke ape smua dah sebab ayam tadi dah letak garam semua kan, and me guna kicap lemak manis so rasa tu dah balance. lastly masukkan puyuh dah digoreng tadi and cili, gaul sekata and siap.
dah lama dengar pasal kedai nasi beriani ni, tapi arini baru sempat nak try.
ni menu dia..
bukan beriani je ada, laksa johor pon ada, kacang pool ada jugak, kira makanan Johor la. kitorang order ala carte A beza dengan set A tu set tu ada tambah air sirap bandung soda dengan acar buah je.
beriyani kambing
sedap jugak, lauk dia banyak. tapi still takleh lawan kedai fav kitorang beriani sinar dulang hehe..
last week Kak Ilah ada invite Maliq’s birthday and Ayden’s farewell party.. Raya Haji aritu Kak Ilah tak balik sebab busy prepared barang nak pindah Doha, and kebetulan hari ni mr.husband balik kerja awal, so dapat la join.
Dinosaur’s birthday cake
after cake cutting, the kids busy duk main games je.. yang kitorang ni masing-masing kalut duk face painting haha..
thank u Kak Ilah & Abg Azzril for invitation, sorry tak dapat hantar esok.. insyaAllah tahun depan jumpa lagi!
last week, masa on the way balik raya haji, ada orang Maxis call offer package Maxis fibre, and kebetulan sebelum tu macam kitorang ada duk discuss jugak nak tukar ke Maxis, sebab unifi kitorang ni speed 50Mbps konon upgrade turbo 500Mbps tak support pon kat rumah kitorang, and kebetulan pulak Maxis pon offer lagi murah. sebelum ni unifi kitorang RM180+ tak termasuk webe and umobile postpaid kitorang lagi, beberapa hari lepas baru je mr.husband pon tukar ke umobile tapi kitorang memang nyesal gila sebab line kat rumah kitorang x stable pon pastu time kitorang balik raya aritu lagi stress kadang-kadang takde line la ape, and kebetulan maxis offer untuk homefibre ni, so kitorang amik package skali dgn postpaid sekali, lagi jimat. kira downgrade skit la dari speed 50Mbps to 30Mbps. takde hal la bukan kitorang buka cc ke ape pon, stakat nak stream cite and mr.husband nak main game je..
sebab balik raya la ape hari tu, so ngam seminggu camtu la baru kitorang set appointment suruh datang setting arini..
bye unifi, tapi macam sayang jugak sebab almost 8 years kot kitorang pakai unifi, dari speed 10Mbps pastu duk upgrade lagi and lagi haha.. dah takde la hypptv la pasni 🙁
plan nak balik raya haji ni dgn flight je tapi biasa la ticket kitorg tak leh pakai time raya sebab full load, so sebab ni first time mr.husband nak beraya kat KB so, balik dengan kereta je la. kemain awal-awal dah siapkan spaghetti aglio olio meatball
belum masuk tol gombak pon dah habis dulu haha. sibaik tak jem sangat, plannya nak gerak awal pagi tapi mr.husband nak settlekan keje dulu, so after solat jumaat jugak la baru gerak, dah la arini pon last day sekolah tu yang risau gerak lambat kang makan jem la.
stop R&R Bentong sebab lapar sangat, tapi kedai semua full, nak pergi toilet pon beratur panjang gila, surau lagi la sampai keluar beratur. aihh penangan orang balik raya, kitorang sampai Setiu around 11 lebih camtu la so tidur Setiu dulu sebab esoknya tu nak pass kek and sambal yang org order..
the next day, ingat nak gerak awal tapi petang baru settle passkan kek segala benda tu, so sebelum Maghrib tu kitorang gerak balik KB.
siap ada itinerary ok haha. siap ada highlight lagi bhahaha!
our 1st time raya haji sama-sama kat KB haha. almost 8 years kawen ni 1st time mr.husband ikut balik raya KB, biasa me beraya kat Shah Alam takpon me balik raya haji sorang haha.
ada makan-makan sikit lepas solat raya aidiladha, ada roti jala, kuzi, nasi berlauk gulai ikan kering, mihun goreng, roti cicah gulai, ketupat, tapai etc
lepas makan, terus masing-masing tukar uniform. wah kemain this year buat t-shirt bagai.. masuk tahun ni, tahun ketiga kitorang buat qurban and masak semua sendiri, kalau dulu pergi tempat qurban pastu makan pon orang yang masakkan, semua goyang kaki haha, ni semua dah besar panjang boleh la buat sendiri plak.
rewang sama-sama and masak untuk panggil orang surau sekali..
menu kali ni, sup tulang, singgang daging, perut air asam, sup perut air asam, ikan rebus goreng, daging goreng, sambal pauh&ikan, ulam-ulaman and of course la kena ada buduuuu..
settle makan, sesi pack daging-daging untuk sedekah kat orang kampung
malam, ada buat birthday Ebab..
menu malam ni, oden soup & tomyam. pastu ada buat bbq jugak sekali.
kononnya mlm ni lepas bbq nak balik Setiu, senang esok bleh gerak balik Shah Alam terus. tapi ribut & hujan lebat gila masing-masing tertidur, sedar pagi tu mr.husband ajak gerak terus balik ke Setiu dengan x mandinya, sebab takot dah jem ke ape.. ape, sekali sampai Setiu tak bleh masuk rumah sebab me tertukar kunci rumah adoi. stress gila dgn tak mandi, nak kencing berak bagai sibaik la Mama srh call staff dia, and staff dia ada kunci extra so kitorang g la singgah mandi kat CC Mama and terus gerak balik Shah Alam.. kalau tak balik dgn tak mandi la kitorg hahaha..
sebelum balik, singgah kebun arwah Pa amik rambutan, dokong untuk bawa balik kat family in law.
balik dari birthday Ezra & Ammara semalam singgah rumah jap, amik lasagna salin baju and terus gerak g KL, rumah Mir. sebab ada potluck kat sana, so agak rushing jugak la, sibaik la birthday pon start awal, lasagna pon me siapkan sambil-sambil duk siapkan spaghetti carbonara yang utk bawa time birthday smlm..
actually, potluck ni pon last min plan. ingatkan birthday nak buat Sabtu so ok la takde la rushing sangat sebab potluck buat Sunday, eh sekali Mira tukar date cakap nak buat birthday pon on Sunday. Potluck ni pon plan sebab Jaja ada balik Malaysia, schedule dia pon pack kebetulan this weekend dia free tu yang plan buat weekend ni. sebab orang lain semua duduk dekat dengan rumah Mir, so location senang buat kat rumah dia je, me je la from Shah Alam, kebetulan plak Ikah x dapat join sebab ada wedding kat Ipoh.
Mir buat steak, me bawa lasagna, Ibah buat nasi dagang and Jaja bawa pavlova ibu buat yums!
ni my childhood friend masa sekolah rendah & menegah, without Ikah & Mokcek. actually diorang semua kakak-kakak, apsal ntah me gedik boleh berkawan dengan diorang ni hahaha.. Mir, my sis.. Ikah & Mokcek tu niece & aunty, pastu Ibah tu plak sdara diorang jugak tu yang pusing-pusing kawan dgn diorg, Jaja ni plak masa dia form4 masa tu me form2 dia pindah Setiu for 2 years, asalnya me yang berkawan dgn Jaja sebab class dia memang sebelah class me je, orang lain semua skolah lain, pastu bila Jaja jadi my friend eh secara tak langsung kawan kpd Mir jugak pastu duk lepak-lepak sekali so semua jadi kwn haha
Mir, me, Ibu, Ibah & Jaja
insyaAllah, next year Jaja balik boleh gathering lagi.
hari ni birthday my nephew, Ezra and my niece, Ammara
ada nasi beriani lauk kambing & ayam, order dengan akak Delisha NK, pastu Mira buatkan aglio olio, goreng nugget & fries for kids, and my BIL mintak me buatkan spaghetti carbonara.
birthday cake, theme mermaid & pirates
cheese tart ni kelakar, kemain la Mira order theme mermaid & pirates bagai, time nak setup candy buffet tu Ckin dah tanya tier ni utk ape, Man cakap takde pape. tapi Mira cakap ada cheese tart me pun duk cari la jugak tak jumpa-jumpa, sekali dah habis majlis dia baru teringat cheese tart rupanya dalam peti ais kat rumah lagi haha.
so kitorang yang balik lambat ni je la sempat makan, guest smua tak dapat merasa haha.
Happy 3rd birthday Ahmad Ezra Al Fatih & happy 1st birthday Nur Ammara Delisha
dapat invitation birthday party dari Atie, my ex classmate masa dip dulu and merangkap mr.husband’s cousin, birthday anak dia no 2, Aisha Medina. since mak Atie pon tak berapa sihat, so diorang decide buat kat KFC je senang, datang bawa diri je sebab semua kFC dah sediakan.
masa kitorang sampai ni, ingatkan dah lambat sebab mr.husband keje hari ni.. sekali sampai sana guest pon tak ramai lagi rupanya event sebelum tu baru habis so orang tengah setup lagi..
birthday dekat KFC mesti la makan kepsi hehee..
lepas games, baru potong cake. ingatkan nak balik awal sebab nak prepared barang untuk esok birthday my nephew and niece plak, tapi alang-alang tunggu la kejap..
happy 1st birthday Aisha Medina
balik dari birthday eh tetiba mr.husband cakap semalam ke camtu dia ada singgah makan dekat Salai Master, sebab dah dekat area sini terus la pergi. me amik siput sedut masak lemak cili padi and mr.husband amik daging salai & telur itik masak lemak.. not bad, sedap jugak tapi kuah siput sedut tu macam pedas sangat, tapi sambal jering dia tu sedap jugak.. actually ada ulam-ulaman jugak tapi tak amik..
itik salai, ayam salai, puyuh salai, arnab salai, sotong salai macam-macam jugak ada, actually kat sini pon banyak stall lain jugak, ada western la ape tapi kitorang pon dah kenyang makan kat birthday tadi so try tu je dlu.. takpe next time kalau datang area sini boleh try yang lain plak.
SALAI MASTER DAMANSARA Jalan Masjid, Kampung Kayu Ara, Petaling Jaya Selangor 11am – 12am (everyday)
dah lama tak lepak Ehsan’s, hari ni lepak makan sini saje try butter chicken dia, not bad jugak ada rasa creamy tapi masam-masam gitu sikit, bukan butter chicken biasa tu la, ni Pakistan style. mr.husband try order kambing mengigau, ok jugak la, kambing bakar then dia bagi sambal kicap tu sekali. dah datang sini, tak missed order naan cheese..
Semalam, try mee kicap kat Yeop Mee Kicap Ipoh, kedai ni area TTDI Jaya Shah Alam. sebab dah terliur sangat mee kicap kat Warung Pakleh tapi sayangnya, sekarang dia dah tak niaga kat situ, just buat untuk catering je.
konon nak order Hainan Chicken Chop sekali, sekali waiter cakap dah sold out, beef hor fun pon sold out 🙁 tak dapat merasa. so order mee kicap kauh kari je la, tapi bagi kitorang mee kicap ni biasa-biasa je, taste kitorang lagi suka yang dekat Warung Pakleh tu. maybe next time kalau datang nak try beef hor fun dia and hainan chicken chop pulak.
YEOP MEE KICAP IPOH 8, Jalan Opera G U2/G, TTDI Jaya Shah Alam 9am – 10pm (closed Monday)
dr Yeop Mee Kicap, mr.husband ajak try Kambing Bakar Kontena plak. not bad jugak kambing bakar dia, sedap.. but still tak leh lawan kambing bakar Sahara.
aritu ada la beli tempe pastu macam dah lama kat peti ais terlupa nak buat, saje la cari resepi tempe masak ape yang sedap kalau guna tempe dah lama ni, pastu terjumpa my friend, Kak Chii ada post pasal resepi tempe masak asam ni, tapi dia tak goreng dlu tempe ni dia main masukkan je.. so me adjust sikit recipe dia ni..
bahan – bahan :
tempe
bawang putih
bawang besar
cili padi
asam keping
cara – cara :
firstly, me goreng dulu tempe tu kejap, then tumis bawang and cili tu semua, then masukkan sedikit air pastu letak garam gula sikit and letak 1-2 keping asam keping or nak guna air asam jawa pon boleh. lastly, masukkan tempe yang dah digoreng tadi, kalau jenis suka berkuah boleh letak air banyak sikit.
rebus macaroni sekejap, then toskan. tumbuk/blend bawang merah+bawang putih then tumis sekejap, and masukkan cili boh sikit.. then dah nampak garing bawang tu masukkan isi ayam, nak guna seafood ke daging pon boleh. then masukkan sdikit kicap, garam, seasoning, capsicum or any vege and masukkan macaroni dah masak tadi tu.. gaul sekata and siap..
untuk bechamel sauce, me just cairkan butter sikit masukkan tepung sikit and fresh milk.. optional nak tambah blackpepper or mixed herbs. dah siap bechamel sos, boleh la masukkan macaroni goreng tadi dalam bekas, then masukkan bechamel sauce and lastly letak mozarella cheese. kebetulan ada banyak balance thai basil leaf, so me guna je letak atas tu sekali.. and baked la 15-20 min camtu, janji cheese tu cair je..