COLEK

baru 3 hari puasa eh dah terliur colek plak, dah la musim PKP ni takde kedai buka.. nak tak nak belajar la buat colek sendiri.

untuk ayam tu me rebus kejap, then dah angkat tu perap dengan sos tiram + kicap je, pastu goreng kejap, dah siap goreng boleh la slice ayam tu.

untuk paru tu plak memang kebetulan dah rebus 2-3 minggu lepas and frozenkan, so just goreng je.

untuk colek malah/kue/jeput malah tu me buat adunan macam cekodok bawang je, letak carrot + bawang + kobis + daun sup +ikan bilis, masukkan tepung and air masukkan semua bahan tadi ni pon ikut sukahati nak letak ape dalam tu, ada orang letak kangkung la ape kan pastu me masukkan garam, yis sikit and baking powder. me buat adunan jeput malah ni selepas maghrib, so ngam-ngam la time lepas terawikh dah boleh goreng.

pastu goreng keropok sikit, potong timun + salad. untuk sos colek tu kebetulan memang dah ada sos keropok lekor dalam peti ais, so me cairkan sikit je sebab sos tu macam pekat sikit, pastu tuang je smua atas colek tadi.. pastu sebab ada kacang tanah yang balance buat biskut aritu, so me tabur je la kacang hancur kat atas tu..

colek by NM

my first attempt buat colek, haha not bad. sedap jugak walaupon takde udang, crab stick , popia, ketam, ikan segala bagai tu kan.. jadiii la untuk lepaskan ngidam nak makan colek bulan puasa musim PKP ni haha.

Leave a Reply