NM HOMEMADE PASTRY & BAKERY

alhamdulillah, almost 3 weeks balik sempat la open order kat Setiu.. insyaAllah next month balik baking lagi, stay tune guys!

NASI AIR MANNA WA SALWA

tempat nasi air fav kalo setiap kali balik KB. Manna Wa Salwa, since kecik makan kat sini.

nasi air/ bubur nasi + telur masin + lala masak selasih + ikan masin + ikan bilis goreng + kangkung goreng belacan

biasa suka order isi ikan manis tu, tapi dah habis T____T

my cousin cakap ada kedai nasi air berlauk camni gak and sedap area Wakaf Bharu gitu la, takpe next time kena try FA Nasi Air plak sebab ramai yang cakap sedap kat situ..

RESTORAN NASI AIR MANNA WA SALWA

Lot 2820, Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan

RESTORAN WAU, KOTA BHARU

plan nak g makan mee celup + air nenas je sekali dah sampai semua habis, pengat pisang segala tu pon awal lagi habis T_____T tak tau nak makan mana, pergi makan dekat Wau. lagipon dah lama tak makan kat sini..

sementara tunggu makanan sampai, Ika & Sri pergi beli aiskrim dekat Tiny Elephant Cafe. alaaa terlupa  plak  pasal Tiny Elephant ni, kalau tak makan kat situuuu je. tapi dah order la plak. hmm..

green tea

hazelnut choc

yumms! semua sedap aiskrim dia. next time kena try makan kat situ plak sebab selalu nampak Sha & Aiman lepak makan situ..

ok next time, next timeeee…

kat Wau kitorang order ni..

pisang cheese

mee kari

nasi lemak sambal sotong

soto

pulut mangga

pisang cheese, pisang tak berapa masak betul lagi tapi tepung dia tu rasa ok la bagi kitorang tak sedap sebab kitorang suka pisang yang dah masak ranum tu baru rasa manis-manis, pastu cheese dia x sempat melt pon haha. mee kari tak sedap, rasa berempah gila. nasi lemak sambal sotong ok, sambal dia pon sedap.. soto pon ok, and pulut mangga pon sedap. harga ok, tapi portion dia besar.

RESTORAN WAU

 Pt 119, Aras Bawah, Jalan Tg. Petra Semerak,

Seksyen 9, 15000 Kota Bharu, Kelantan

KST IKAN BAKAR, KETARA

6 lebih camtu, Apex datang and terus suruh bersiap. naik kete tapi tak tau nak g mana HAHA. so Pokloh cakap nanti kita tengok la mana kedai berkenan stop makan. lastnya, sampai ke area Jerteh. and kebetulan me pon tak pernah makan kat KST Ikan Bakar ni, sebelum ni Iwe, Apex pernah la cite pasal kedai ni.. then, decide try sini la lagipun me tak pernah try lagi kan.

Apex & Pokloh cakap biasa diorang order ikan tuka tapi takde plak arini.. so amik ikan selar papan je la, sebab siakap, kerapu ke ape tu semua besar gila.

selfie la dulu sebelum sampai makanan.. hehee

yumms!

ikan selar papan bakar berempah + telur dadar + tomyam

sedap, next time boleh datang lagi hehe. tapi diorang cakap yang owner lama lagi sedap.

dah alang-alang dekat area Jerteh, sekali Pokloh bagitau ada food truck. jelajah Food Truck camtu la, sekarang kat Besut esok ke Setiu.. so kitorang terjah dulu la, kalo ada benda menarik esok bleh pergi yang Setiu plak hahaa..  tapi 2 kali pusing, macam takde benda menarik pon makanan dia, makanan banyak boleh jumpa kat pasar malam gitu je..

nampak ramai beli eskrem gulung, kitorang try ni. me amik Greentea, memang sedap!

masa sampai tadi food truck jual lamb ni tak buka lagi, sekali dah siap makan eskrem orang ramai gila. maka, gigih la kami join Q sekali, sejam weh tunggu!

sibaik sedap! tapi esok Food Truck kat Setiu tak nak pergi la, sebab macam tak menarikkk je HAHA

MANHATTAN FISH MARKET

semalam ada a few wedding, last rumah mertua Ayah Su.. adik ipar Ayah Su kawen, and mertua Ayah Su baru naik rumah, housewarming sekali la kira. balik dari majlis, Iwe ajak pergi KT plak.. kebetulan ada Pesta Thai so pergi sana je la.. tapi takde yang menarik maybe sebab selalu sangat pergi Thai Food Festival kot, lagipon sekarang semua mahal weh.. lastnya teman Najmi, Mama & Sri beli baju je. before balik, Iwe ajak singgah kedai fav dia. aishhh Manhattan lagi, ape yang sedap ntah.. tapi ni first time me try yang kat KT punya, tak sedap aiihh.. sebelum ni makan macam sedap la jugak.. ni tak tauuu laa, tapi orang ramai je.

Happiness Infusion

Mushroom Soup

Citrus Sundae

yang ni memang sedap. kalao datang memang kena try ni

Mediterranean Baked Salmon

yg ni ada nasi + mussel + prawn + squid + oyster

order untuk me, Mama & Sri. tapi tak habis jugak. tak berapa sedap HAHA

Grilled Glory Dory

nak order Salmon & Mash sekali 5 min lepas tu datang bagitau dah habis plak, so order je la Dory pon. tapi Dory pon mcm overcooked. tengok pon dah tak menarik haha.

Cajun Wings & Garlic Herbs Rice

MANHATTAN FISH MARKET

Lot 4008, Ladang Tok Pelam,

Jalan Sultan Zainal Abidin, 20200, Kuala Terengganu

SELAMAT PENGATIN BARU ADAM & MIRA

arini pegi wedding my ex schoolmate, Mira & Adam. actually dua-dua ni kawan sekolah dulu. sampai kat majlis, Syafa, Apex semua dah balik sebab diorang datang awal.. me & Nana sampai lambat sikit sebab Nana ada wedding kat tempat lain dulu.. tengah makan, Aida sampai and kebetulan Nize pon ada masa me nak makan tu.. tak sempat la nak jumpa yang lain, sebab ramai yang datang awal..

Selamat Pengantin Baru Mira & Adam

CNY

semalam terlupa nak buatkan cake, biasa every year kalo nak CNY buatkan cake untuk bagi our beloved neighbor, bangun tu terus buatkan brownies je.. tu je yang paling cepat, x sempat nak sejuk betul pon terus potong bawa g rumah sebelah..

Umar excited betul sebab sana sini semua merah..

menu of the day, nasi dagang. yumms!

thank you 🙂

Happy CNY

WOW ROTI CANAI, SETIU

dah lama nak try WOW Roti Canai ni, since dia buka dekat Sahabat Cafe lagi. tapi dah berapa kali pergi kedai baru buka la, kedai tutup la, roti blackpepper dah habis la. now, dia dah buka kedai sendiri. buka pon dari pagi sampai malam, senang la sikit nak pergi bebila kan.

menu

pelbagai jenis roti ada.

ada nasi minyak, nasi lemak and nasi dagang jugak. tapi tak silap nasi ni semua untuk breakfast je. sebab me pergi ni pon dah petang, try roti je la.

roti blackpepper

sedap, dalam tu ada daging cincang, ada kobis + carrot pastu dia balut plak dengan telur. and dia tuang sos blackpepper. so worth it la RM5 pon. yang ni kira best seller la kat sini.

Roti Milo

tetap tak boleh lawan roti milo kedai abe D. tapi sygnya kedai tu pon dah takde. tapi kitorang semua still tak leh move on. situ jugak yang the best roti milo.

Roti Pisang

biasa la, roti pisang. tapi macam tak berapa masak lagi pisang ni, macam tak berapa manis betul.

Roti Pisang Cheese

yang ni macam tak jumpa cheese pon. ke pakai cheese slice je? kitorang ingatkan pakai mozzarella HAHA. ke dia terlupa letak cheese? ntah la.

Roti Kosong

ni normal la macam roti canai biasa kat kedai lain jugak.

 

 

RESTORAN FATIRAH, JERTEH

today, bawa Umar g kebun arwah Tok Pa. first time Umar datang kebun arwah Pa. g kutip buah-buah kat kebun. then, bawa Umar pergi Agro Resort. ingat boleh jumpa kawan-kawan kat situ tapi datang pon dah lambat, member semua dah balik keje 🙁

and malam Iwe ajak pergi Jerteh. lepas Isyak baru gerak, sampai sana kedia pon banyak dah nak tutup. lepas settle hal dia, terus balik. and singgah la makan kat Jerteh, area Nyiur Tujuh kot. kedai ni tepi jalan utama je, senang nak cari. 7 tahun lepas kot pernah singgah lunch kedai ni. kira kedai dah lama la ni.

mihun celup

perut goreng + ikan kembong 3 rasa + telur dadar

kerabu mangga

Mama order, mihun singapore. sedap. siap tapau lagi 1 bungkus haha..

 ada tapau tomyam jugak, tu pon sedap jugak. semua sedap. next time boleh singgah lagi.. 🙂

 

 

WARUNG MC WANIE

nasi lemak chicken chop

sizzling yee mee

chicken chop

spaghetti bolognese with meatball

tadi petang, Mama ajak pergi makan kedai Kak Isma. actually Kak Isma ni ex staff arwah Pa dulu.. kedai dia pon dah beberapa tahun jugak la buka.. but lately ni dah banyak menu baru ada nasi lemak chicken chop la, ada sizzling, ada dimsum, laksa, mee kari, bubur nasi chicken chop, stoberi milkshake macam-macam la. ye la kalo kat Setiu ni susah nak cari kedai yang ada pelbagai jenis makanan.. and yang penting, memang murah gila. chicken pon pon RM5-RM8 camtu je, sizzling pon RM5 je kot. semua murah la.

SRI AMAN SEAFOOD

Alhamdulillah dah sampai Ganu! sampai airport, Sri pick up. then terus tunggu Mama semua datang. sebab tak tau nak makan mana, and kebetulan tengah tunggu depan Sri Aman Seafood ni.. terus makan sini je la.

pulut mangga

lala masak pedas

ikan kerapu lupa masak ape

sotong bakar berempah

pulut mangga sedap. ikan kerapu tu tak sedap, lupa dah ape nama masakan ni. lala masa order x cakap pon nak banyak mana, sebab masa pilih ikan tu nampak dia dah pack kecik-kecik.. so ingat dia buat sepeket macam tu la, sekali sampai banyak gila, dia ikut berapa orang makan. padahal yang makan nasi 3 orang je, sekali ratah je la habiskan.  sotong bakar plak, dah cakap bakar plain je. eh sampai bakar berempah plak. and ada order paprik belut, sampai kesudah tak sampai HAHA. bagi kitorang, biasa-biasa je makanan dia. kalau datang next time pon dah tak nak try seafood dia, maybe goreng-goreng camtu boleh la try.

 SRI AMAN SEAFOOD

Seberang Takir, Kuala Terengganu

RAMEN DOUBLE SPICY

last week ada beli ramen double spicy. sebelum ni try yang biasa je.. this time saja la nak try, pedas sangat ke? and alang-alang esok dah nak balik Setiu, boleh la habiskan ayam sekali.. ramen 2x spicy + spicy korean chicken, kemain Korea habis la ni hahahha.. memula makan 1 suap, fuhh tak boleh nak makan weh… pedas sangat. me sempat la makan 2 -3 suap camtu, mr.husband makan 1 suap dah surrender tak nak. end up, buang je.. makan ayam je HAHA. tak boleh nak telan weh pedas sangat, kang esok sakit perut plak.

NASI KANDAR MERCU

last week mr.husband ada cakap dia try Nasi Kandar Mercu baru buka dekat Bandar Saujana Putra.. kebetulan arini Ahad, boleh la g try..

g pon dah lewat, lauk dah x banyak..

ni mr.husband punya..biasa la kalo tak daging, mesti dia amik kambing haha.

ni plak, me punya. telur ikan masak kari dengan daging hitam. tapi macam liat sket daging dia. hari tu mr.husband datang makan dia cakap lembut. geram jugak dengan staff dia tu, orang cakap nak kuah ayam bawang tu sket, sekali dia cedok skali dengan minyak. aiyoo! ingat nak makan minyak kaaa..

next time nak datang awal sikit, banyak sikit pilihan lauk.. kari dia sedap, cuma geram dengan minyak dari ayam bawang tu je la and daging liat sikit arini.. takpe, next time boleh try lagi.

NASI KANDAR MERCU

No.1, Jalan SP 5/5 BSP Village, Bandar Saujana Putra, 
Jenjarom, Selangor

NASI LEMAK SAMBAL PETAI

semalam Elin datang rumah, konon nak balik malam tu, sekali dah penat sangat me suruh je tidur kat rumah. macam la esok keje, sekali tengah layan citer dia bleh tertidur hahaa.. so, today tak tau nak lunch kat mana since semua pon bangun dah lambat.. plan nak makan ikan bakar dekat D’Ranting depan rumah ni je tapi dah lewat plak.. sambil pusing-pusing cari tempat makan, me ajak Elin pergi beli Keria KD.

sekarang Keria KD ni dah ada jual dekat Nasi Lemak Haji Ali. so senang la sikit kalau tak nak order banyak boleh pergi beli kat sini je guys!

tak menyabor terus ngap! and tapaukan sikit untuk bawa pergi umah Ayah Chir.

alang-alang nak pergi rumah Ayah Chir, kitorang lunch nasi kak wok D’Ambo dekat Sek 7 tu je..

then terus pegi lepak rumah Ayah Chir, plan lepas Maghrib terus nak balik sekali Ayah Chir ajak g makan kedai kawan dia plak.. nasi lemak sambal petai.. fuh!

sambal bilis biasa + sambal bilis petai + sambal kicap.. sebab kitorang order ikan bakar sekali..

fuh.. memang sedap. siakap bakar berempah makan dengan nasi lemak sambal petai ni..

thank you Ayah Chir & Aunt Da 🙂

oh kalau nak cari kedai ni, dekat Triways Sport Center, Shah Alam.. lupa apa nama kedai ni, tapi betul-betul belakang carwash. bukan kedai yang dekat karaoke tu.