EHSAN’S VISTA ALAM

hari tu ada me update pasal murtabak singaporestan Ehsan’s ni, and dah beberapa kali jugak try nak makan sini memang susah betul parking. hari ni lucky plak, 2 kali pusing terus dapat parking.

menu

naan cheese special

sebab beef keema lambat skit sampai, cheese dah tak meleleh sangat dah, tapi dalam tu memang banyak gila la cheese. puas hati!

beef keema

lamb biryani

puas hati semua sedap. murtabak singaporestan dah try, naan cheese + beef keema dah, biryani dah..

next?

 

WAN TELUR BERLADA

last week masa stay kat Hotel Aliya tu, malam tak tau nak dinner mana kitorang try la makan dekat Wan Telur Berlada, dulu pernah la viral kedai ni, orang cakap sambal telur dia sedap and memang specialty kedai ni telur berlada.

me, nasi telur berlada + sotong

mr.husband, telur berlada + paru,daging & ayam.

paru cili ijo

sebab first time datang, tengok menu semua terliur haha.. telur berlada dia tu mengamit memori time kecik-kecik dulu, memang rasa masakan mak-mak la camni hehe.. tapi paprik dia tu biasa-biasa je. but, paru cili ijo tu sedap 🙂 total sekali dengan air dalam RM18 camtu je, murah gila.

then, tadi tetiba rasa nak makan telur berlada lagi haha. padahal before Meghrib tadi dah bedal salted egg.

paru celup tepung

ikan kembung cili ijo

this time kitorang order nasi telur berlada je, murah weh RM2.50 satu set. sibaik tak jauh dari rumah, next time boleh try menu lain plak.

WAN TELUR BERLADA

154, Jalan Bukit Kuda,

Kampung Kuantan, Klang

ZAINUL NASI KANDAR

Zainul Nais Kndar, pernah la tengok sebelum ni orang cakap top jugak area Klang Valley ni. last week, mr.husband la try, dia cakap sedap. so, arini kena la bawa bini plak makan sini.. actually kedai ni food court je, tapi time sampai tu beratur mak aihhh boleh tahan.. table pon full je. rasanya kat food court ni macam kedai dia je yang conquer .

mr.husband, dgaing masak hitam + tauge

me, ayam goreng + tauge

murah gila weh sekali dengan air total RM13.50 je ok. yang penting sedap.

ZAINUL NASI KANDAR

Medan Selera Kompleks C, 

Lorong Sultan, Seksyen 52, Petaling Jaya

 

HOTEL ALIYA

short vacay. ni betul-betul short vacay ni sebab kat Klang je pon. 10-15min je from our house HAHA. since husband pon kerja on Saturday, so me suruh je dia pergi keje dulu pagi tu tak payah la nak amik cuti bagai bukan jauh pon HAHA.

lobby

room

bilik bersih, iron + iron board semua pon dah ada in room, tak payah request lagi senang. tv pon ada usb cable, senang nak tengok movie haha. sebab ada je lagi hotel yang guna tv zaman tok kadok, nak tengok tv pon xde chanel lagi sedih.

dapat level 4, buka tingkap terus nampak swimming pool haha. pepagi buta pon dah dengar budak-budak duk mandi manda kat situ.

sebab tak lunch lagi, so me order la Spaghetti Tomato Seafood.

sekali sampai, udang pon tak nampak, mussel ape tah lagi hahaaa.. ada la 5-6 ring sotong tu.

breakfast.

takde buffet sebab guest tak ramai. so a la carte je. kuey teow goreng + telur mata + toast.

frust jugak, biasa kalo stay hotel time breakfast la nak makan buffet best haha.

MARBLE CAKE

dah 2-3 hari duk terliur kek marble tetiba. aishh. pastu selalu jugak tengok my friend, Ayu duk buat marble cake. tapi biasa la tengah malam mula la nak makan kek marble la ape and asyik terlupa je nak whatsapp Ayu mintak resepi, so me ada la tgk a few resepi ni.. sekali masa nak buat tu, try whatsapp Ayu dia pon share resepi sama. so, meh la kita try buat marble cake ni.

fresh milk yang original takde, so me bantai je guna susu coklat. dengan harapan jangan la nanti jadi warna coklat sangat kek ni. sebab nanti nak layer dengan yang letak serbuk koko lagi.

tak pandai nak buat corak main belasah je janji nampak la jugak rupa tu hahaaa..

bakar dah 30min macam tak masak lagi kek, dah risau. so tambah lagi 20min camtu..

tadaaaa..

yumms!

walaupon macam tak berapa menjadi sangat, tapi mr.husband and Nabil cakap dah sedap HAHA. rasanya tak berapa menjadi sebab masa beat batter tu macam tak berapa lama, sebab dah tak sabar sangat nak makan.. takpe next time boleh buat lagi

HAPPY BIRTHDAY ABAH

semalam celebrate birthday FIL kat Restoran Asli Kampung Siam, actually restoran ni dah lama since me study dekat MSU dulu dah ada, tapi me tak pernah try lagi hahaaa.. sebab FIL cakap nak makan thai food, google je la mana yang orang recommend.

deco kat dalam dia, kemain kat atas tu semua darang telur hahaa.. tapi cantik la, nampak unik.

menu. boleh la scroll ke bawah nak tengok menu. satu buku menu me tepek kat sini haha.

kitorang order, tomyam seafood + kangkung goreng belacan + ikan siakap 3 rasa + butter prawn + siakap stim limau + sotong celup tepung

foods semua kitorang order size L sebab for 10pax.. foods semua ok but macam sikit je portion for 10 pax.. and almost 1 hour jugak la tunggu foods sampai. and agak panas sikit since aircond pon dedua tempat kitorang duduk tu tak function.

RESTORAN ASLI KAMPUNG SIAM

52, Jalan Renang 13/26, Seksyen 13 Shah Alam

 

 

MAJLIS DOA SELAMAT

semalam ada majlis doa selamat kat rumah Pak Ngah. sempena Pak Ngah & Mak Lang nak pergi umrah.

pelbagai jenis kuih muih ada..  fuh!

kari daging sedap, ayam masak merah pon sedap..

2nd plate. heaven dapat makan kuih 🙂

cousin, Atie

biras, SIL, me & cousin

NASI AYAM

last Friday, Apex & Pokloh datang rumah. Finally, sampai jugak dia kat rumah ni.. setiap kali datang KL je mesti time tu me takde ke ape, and ni pon kebetulan masa me balik Setiu hari tu dia inform awal, so boleh la masak-masak skit..

sagu gula melaka

nasi ayam NM

menu for today, nasi ayam + sagu gula melaka.

and kebetulan hari ni Jumaat, biasa kalo Jumaat me masak lebih sikit, bleh bagi kat jiran tetangga skit..

thank you korang, next time datang lagi ok!!

MURTABAK SINGAPORESTAN

2-3 hari lepas mr.husband balik belikan murtabak ni kat Ehsan’s Vista Alam. actually dah lama tau pasal kedai ni tapi ntah la tak terlintas je nak pergi sana..

Murtabak SingaporeStan Cheese

fuhhhh cheese diaaa!!!

sedap gila. daging banyak and cheese pon selambakkkk! memang worth it la kalo beli.

and semalam plak kebetulan Teh datang Shah Alam, so me belikan la murtabak SingaporeStan ni nak bawa g makan kat rumah Ayah Chir, benda sedap mesti la kena share hehee.. sekali dah nak sampai rumah Ayah Chir diorang bagitau nak g makan kat Rawsha plak.. so bawa murtabak ni g makan kat sana la.. yeah! semua cakap sedap hehee.. next time nak try naan cheese and beriani kat Ehsan plak orang duk cakap sedap..

EHSAN’S

No.3, Presint 4.5, Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14 
40000 Shah Alam, Malaysia

 

SARDIN MASAK LEMAK CILI PADI

2-3 hari lepas ramai pulak duk upload sardin masak lemak cili padi, ada yang letak belimbing buluh la ape, tapi sebab takde me tak letak pon.. actually sama je macam biasa me buat ayam masak lemak cili padi tapi ni guna sardin..

Bahan – bahan :

  • sardin
  • bawang merah
  • cili padi
  • kunyit
  • serai
  • santan
  • kentang

Cara- cara :

firstly, me toskan sardin. sos tomato dalam tin tu me tak amik. then goreng sekejap sebab tak nak bagi isi ikan sardin tu hancur nanti masak. then me tumbuk cili padi + kunyit + bawang merah. serai tu ketuk skit and campak je semua dalam periuk + letak santan. then baru masukkan sardin yang dah digoreng tu + kentang, masukkan sedikit garam + serbuk perasa and last sekali baru me masukkan asam keping 1.. bagi ada rasa masam-masam sikit.

 

 

AYAM PENYET SURAMADU

hari ketiga takde air T_____________T

tak boleh nak masak, sebab nak jimatkan pengunaan air. tu la orang dah bagi notis awal-awal buat tak layan sangat. sebab dah bertahun duduk sini kalo kena catu air ke ape, memang tak pernah kena area umah ni, so me pon memang malas la nak simpan dulu pernah 1-2 kali simpan tapi tengok ada je air.. tapi kali ni memang kena, fuhhh seksaaa wehh! baru tauuuu camneeee.. bukan me sorg je okkk, jiran tetangga pon semua pakat tak simpan air HAHA lagi parahhh.. memang mengharapkan air tangki je la untuk 5-6 hari ni.. nak turun makan kedai bawah pon tutup, sedih betul. nak order food delivery, semua tak niaga sebab takde air. and kebetulan hari ni Huda hantar Adah & Una kat rumah, sebab esok diorang dah nak pindah 🙁 hilang sorang jiran hm..

and kebetulan plak Mir call cakap nak datang area Shah Alam, yeah! boleh terus g makan la camni, sebab mr.husband pon outstation hari ni.. kalo Mir datang, kemana lagiii kalo tak nasi kak wok mesti ayam penyet Suramadu..

ayam penyet

last day Una & Adah kat sini 🙁 sedihnyaaa.. nanti senang-senang datang rumah Mama Nieja ok!!

NASI BUKIT

repeat makan dekat Nasi Bukit, Padang Jawa. this time try nasi goreng kampung + daging goreng kunyit. Tapi daging goreng kunyit yang masa 1st time datang aritu lagi best kot sebab garing, xpe next time datang kena mention la nak garingggg heheee..

1 plate boleh makan 3 orang weh.. memang banyak! harga pon RM5 ke 6 camtu.. gila murah dan banyak!

hari ni dah start takde air kat Selangor, sebelum ni memang tak pernah kena. so memang tak satndby air pon HAHA.. bertabahlahhhh.. harap air tangki cukupppp la untuk a few days..