WOW ROTI CANAI, SETIU

dah lama nak try WOW Roti Canai ni, since dia buka dekat Sahabat Cafe lagi. tapi dah berapa kali pergi kedai baru buka la, kedai tutup la, roti blackpepper dah habis la. now, dia dah buka kedai sendiri. buka pon dari pagi sampai malam, senang la sikit nak pergi bebila kan.

menu

pelbagai jenis roti ada.

ada nasi minyak, nasi lemak and nasi dagang jugak. tapi tak silap nasi ni semua untuk breakfast je. sebab me pergi ni pon dah petang, try roti je la.

roti blackpepper

sedap, dalam tu ada daging cincang, ada kobis + carrot pastu dia balut plak dengan telur. and dia tuang sos blackpepper. so worth it la RM5 pon. yang ni kira best seller la kat sini.

Roti Milo

tetap tak boleh lawan roti milo kedai abe D. tapi sygnya kedai tu pon dah takde. tapi kitorang semua still tak leh move on. situ jugak yang the best roti milo.

Roti Pisang

biasa la, roti pisang. tapi macam tak berapa masak lagi pisang ni, macam tak berapa manis betul.

Roti Pisang Cheese

yang ni macam tak jumpa cheese pon. ke pakai cheese slice je? kitorang ingatkan pakai mozzarella HAHA. ke dia terlupa letak cheese? ntah la.

Roti Kosong

ni normal la macam roti canai biasa kat kedai lain jugak.

 

 

Leave a Reply