semalam tengok Atie buat apam gula hangus, tengok resepi pon simple je terus la buat, tapi ni dia buat double adunan tu nampak gebu gila tu.
bahan-bahan :
- 1 cawan gula
- 1 cawan air
- 2 biji telur
- 2 sb butter
- 2 sb susu pekat
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sk soda bikarbonat
cara-cara :
buat gula hangus. masukkan gula then dah hangus sikit boleh la masukkan air and kacau sampai betul-betul dah cair gula tu. dah siap, sejukkan 5-10min camtu je.
dalam blender masukkan 2 biji telur + 1 cawan minyak + 2 sudu butter + 2 sudu susu pekat then blend je semua sekali. dah sebati masukkan air gula hangus yang dah dimasak tadi blend lagi sekejap bagi sebati then lastly masukkan 1 1/2 cawan tepung + 1 sk soda bikarbonat and blend lagi sekali sampai sebati.
dah siap, boleh tuang dalam loyang. or kalau nak buat size kecik pon cantik letak dalam bekas apam or bekas buat kuih puteri ayu tu ke.. tapi malas nak buat kecik-kecik me masukkan je dalam loyang senang hehe.. and steam la dalam 30-40min camtu..
kejap je dah siap and boleh makan 🙂
rasa ok tak manis sangat, tapi kalau nak lagi best masa buat gula hangus tu buat lagi lama kira lagi gelap sikit la, so nanti bila kek dah masak takde la nampak pucat sangat. kaler and rupa x cantik sangat pon licin jugak haha. actually sebelum buat Atie dah bagitau suruh buat betul-betul gelap gula hangus tu tapi duk terpikir kang tetiba pahit pulak hahaa.. kannn dah x cantik rupa apamku ni hahaa..