DONUT

beberapa hari lepas ada pergi kedai Eco Shop tu yang baru buka dekat Sri Muda, mak aihh first time pegi eco shop orang ramai gila. biasa pergi kat tempat lain takde la ramai gila, ni dah macam pasar hahaha.. sebab baru sebulan buka kottt.. and ternampak pre mix donut ni. saje la try beli, maklom la nak buat donut sendiri ntah jadi ke tidak haha.

just campur gula, yis, air, telur & butter je. dah siap me restkan la kejap dough niĀ  30min..

dah kembang, bleh la buat donut. tapi tak pernah buat donut kan, acuan donut pon takde. so buat bulat-bulat pakat tangan aje la, and lubang tu me tekap pakai nozzle buat kek je haha. 1 packet tu dapat la 13 biji kot, tapi lagi 4 biji tu me saje buat bulat-bulat macam roti goreng tu.

dah kembang, terus goreng.

jenis tak sabar, panas-panas terus golek dalam icing sugar haha. terus tak cantik donutku!

yang ni saje letak ovomaltine. yumms!

boleh la buat untuk makan petang hehee..

gebu uolss!

filling letak bebanyak, yumss!

yang balance siap buat frozen, esok lusa boleh goreng kalo lapar hehee.. next time boleh la beli bebanyak tepung ni buat stock. RM2.10 je, ok la utk orang pemalas and tak reti buat donut macam me ni heheee..

Leave a Reply