semalam balik KB sebab ada wedding, satu sebelah sepupu Mama and lagi satu sebelah arwah Pa kat Pasir Tumbuh. sebab dah kat KB, so kitorang pegi majlis kat sebelah sepupu Mama dulu. sampai-sampai sana, eh rupanya ada 2 pengantin haha. patut la masa duk makan tu tengok macam pengantin lain, sekali dah siap makan tengok pengantin lain plak.
Umiyah, Cikna, Ayah Chik, Papa, Mami pon datang sekali.. tapi diorang tengah makan masa kitorang naik bergambar dengan pengantin. pengantin yang baju pink, Amin tu me kenal la tak silap sebaya me jugak kot and sebab dulu masa kecik-kecik pernah la main-main sekali. tapi pengantin baju biru tu macam tak berapa kenal sangat, kira sedara jauh skit haha sebab pegantin baju pink dengan baju biru tu pon dah pangkat anak sepupu diorang camtu la. kalau jumpa kat mana-mana pon x cam kot. haha.
lepas majlis kat KB, terus singgah Pasir Tumbuh. Majlis Anis & Umar. Anis ni kira anak bongsu kepada sepupu me sebelah Pa. mak dia pon dah 60+ camtu kot. kira rapat pon dengan kakak-kakak dia gitu la sebab ada yang sebaya semua tu kan.
lepas majlis terus balik Setiu, walaupon penat tapi best jugak la bukan selalu boleh jumpa saudara mara jauh kan.. lagi-lagi semua dah ada family, kadang-kadang raya pon tak jumpa.
dah lama jugak tau pasal kedia D’Nora ni tapi tak berkesempatan pon tak try, sebab tanya a few friends diorang cakap biasa-biasa je, and ada yang cakap sedap and selalu repeat, biasa la taste orang kan tak sama, so kena try sendiri la camne. since hari ni sebenarnya plan nak g lepak rumah Syafa tapi tak jadi, so tak tau nak melepak kat mana me ajak Apex g sini. actually ni 2nd time la Apex datang, first time dia datang dulu masa memula buka and try burger tower tu.. and sebab me tak pernah try dia cakap dia bawakan je la haha.
chicken chop special
chicken chop
tak tau nak order ape, so me try chicken chop special RM8 je kot ada meatball + sausage, Apex plak amik yang biasa je RM5. taste? bagi kitorang tak berapa kena la dengan taste kitorang, tapi boleh la nak makan and sesuai dengan harga sebab murah dan banyak.
lepas balik SIL cakap char kuey teow dengan chicken grill kat sini sedap. so maybe kena try next time la, kot-kot tu kena dengan taste kitorang.
raya haji hari tu Mama cakap nak pergi merisik utk my bro, Chox. tapi sebab last min plan me pon tak dapat join majlis merisik tu sebab raya dekat Shah Alam, sebulan lepas tu me balik then Mama decide nak buat next shcool holiday, kira Dec ni la. bulan 9,10, 11 kerap la me balik Setiu & KB haha, padahal preparation takde la ape sangat pon sebab Chox n Na yang buat sendiri.. just pilih menu untuk catering, buat kad, order doorgift camtu je. lagipon buat 1 majlis je so lagi senang la and kebetulan memang Chox dah lama stay kat KB, so Mama pon decide buat majlis ni kat KB je, kira x buat majlis kat Setiu la.
a week before majlis, me dah balik la. sebab buat majlis kat KB so nak la kena kemas sikit-sikit and packing doorgift camtu je la.
15 Dec 2012
Surau Sri Nakhoda
11am, majlis akad nikah buat dekat Surau Sri Nakhoda. so tak payah rushing sebab depan rumah je. and Chox la yang rasmi dulu buat akad nikah kat sini haha. tapi dari pagi dah start hujan. ingatkan dah tak hujan sebab semalam seharian panas je. and nasib baik jugak 2 hari before majlis, decide nak tambah canopy lagi.
alhamdulillah 🙂
our family. wah makin bertambah ahli hehe.
nakhodarians. yang lain selamat dah redah hujan nak balik makan. haha
ngam-ngam habis majlis akad nikah, tetamu pon dah boleh makan sebab catering pon dah siap hidang. ada ayam goreng berempah, kerabu sarang, kuah kari dalca, gulai ikan kering, kerutub daging, ikan rebus goreng, acar, laksa, bubur kacang and ada la a few kuih muih. but time pengantin makan beradab, me and mr.husband wakilkan sekali dah petang semua duk cakap kerabu sarang sedap, time me nak amik tu dah tinggal 2 sudu camtu je.. aihhh sibaik la jugak sempat merasa.
hantaran dari pengantin perempuan
hantaran dari pengantin lelaki
lepas majlis akad nikah, pengantin bersiap kejap then terus majlis bersanding. nasib baik time ni tak lebat sangat hujan.
pelamin
pic banyak sangat malas nak upload haha.
lepas makan beradab, ada clown datang. Chox hire bebudak dia suruh entertain kanak-kanak, bagi belon camtu je la. Joe Clown kawen mesti la kena ada clown haha. nak order clown/ surprise untuk birthday party boleh la contact Chox
candy buffet.
surprise egg tu memula me beli sebotol je, sekali tengok macam best je, so me tambah lagi sebotol. tapi tu la paling cepat habis. and choc stick tu pon paling cepat habis. bukan setakat kids je suka haha.
family photo
pengantin lama vs pengantin baru haha.
pic berempat memang wajib. tapi time ni pengantin kat mana ntah, tak sempat nak amik dengan pengantin sekali.
last but not least, selamat pengantin baru my big bro, Chox & Na. May ur love continue to grow each and every year. Congratulations on ur special day, dear bro! be happy now & forever.
lunch tadi Mama Acik ajak lunch rumah dia, then petang ada birthday party Noah kat rumah family Na.. ikutkan dah kenyang macam malas pulak nak pegi, lagipon penat esok dah nak majlis.. tapi pegi la jugak sekejap..
deco by Mommy & Daddy’s Noah
birthday cake
birthday cake ni Na order online, since ramai yang dah tak amik order so dia terjumpa la sorang ni kat IG and order, tapi time amik ice cream cone tu macam dah terpenyek haha. tapi super rajin la Mommy Noah, siap buat brownies la, redvelvet cupcake, choc cupcake, cheese tart macam-macam la lagi, dah la Noah tengah tak sihat, memang gigih la hehe.
happy 1st birthday Noah Luthfan, kesian Noah moody sket today sebab tak sihat..
pic berempat with cousin kesayangan wajib ada haha.
plan semalam nak lepak, tapi sebab hujan and budak-budak pon tak baik lagi demam.. so postponed hari ni.. lepak Mc D je senang kitorang boleh borak-borak bebudak boleh main sampai puas.
Mama Nieja with Amani, Aliesya, Wardah, Muhymeen & Marissa. sorry Husna kena tinggal hehe.
sebelum balik pakat nak ice cream plak.. me try matcha dip, tapi too sweet la.
4jam setengah melepak dekat Mc D, tu pon ikutkan bebudak tak puas main lagi, aiyo! next time kita datang lepak lagi ok!
firstly, cincang ayam or daging. nak lagi senang boleh guna minced beef or minced chicken, tapi kalau takde cincang la sendiri bukan susah pon. panaskan minyak, tumis bawang putih sampai kekuningan boleh masukkan ayam or daging tu, sampai air ayam or daging tu kering masukkan bawang merah, dah nampak bawang merah tu masak boleh la masukkan sedikit kicap manis + sos tiram + sos ikan. me dah tak tambah salt ke ape dah sebab kicap & sos tiram tu macam dah secukup rasa, lastly masukkan daun selasih, Cili padi and bawang holland skit.. Optional nak tambah Kacang panjang pon boleh sebab kat kedai kadang diorg tambah Kacang panjang potong kecik-kecik mcm cili padi tu..
kacau sekejap, siap. nak lagi sedap letak daun selasih ni bebanyak hehe.
chicken pad kra poa
goreng telur mata, fuh terus feel makan macam kat kedai weh haha!
banyak balance thai basil ni, so today buat beef pad kra poa pulak hehee.. saje buat lebih boleh share kat neighbor sikit
rebus macaroni 5-8 min, nampak dah masak tu boleh la angkat. then cairkan butter, masukkan bawang putih + bawang besar + cili or chili flakes + daun kari. dah nampak garing masukkan ayam ke daging or pape yang korang suka, dah nampak lauk tu masak boleh masukkan salted egg powder, a pinch of salt and fresh milk. tapi lagi sedap kalo pakai susu cair kot, macam lagi creamy hehe. lastly masukkan macaroni yang dah direbus tadi and boleh la hidang, tabur sedikit mixed herb bagi lagi best.
last week macam dah plan, before me balik next week ingat nak makan-makan dengan geng bff tangga, Fai, Rina & Huda. and kebetulan semalam Fai pon cakap benda sama, xtau nak makan mana, Fai ajak makan Al Fateh Steamboat & Grill ni, and kebetulan jugak me pernah pergi last year, so senang la sebab dah tau tempat. tapi sayangnya Huda plak tak dapat join sebab still kat kampung, so kitorang 3 family je la yang pergi.
booked utk pukul 8.30pm, tapi time sampai mak aih terkejut oiii ramai gila beratur nak amik foods. meja pon macam semua full, sibaik dah booked tapi dapat macam jauh skit la dari buffet lane.. tunggu orang setup kan plate steamboat tu pon lama jugak, sebab peak hour kot kitorang datang ni.. dulu me datang pukul 9 keatas so memang syok la nak amik foods pon tak payah Q, ni sepit tak cukup, plate x cukup aihh..
request 2-2 ni yang ada bowl utk tomyam & sup, tapi sebab tak sempat cuci ke ape so dapat yang bowl 1 and dapat yg half tu. ok je la kalau nak tunggu kang lama plak. and of course la kitorang banyak amik lamb & seafoods je, ntah berapa kali refills lamb hahaa.. semua kaki lamb. 2 jam setengah baru settle makan. semua balik kekeyangan.
since tak tau nak makan kat mana, sebab banyak kedai yang me dah pilih nak makan semua tutup arini 🙁 bukan 1 kedai 3-4 kedai kot yang dah list, terus mati akal tak tau nak makan mana, last-last try Zam Zam yang baru pindah from Seksyen 9 to Seksyen 13 tu.
ni yang sempat me snap menu dia, tak sempat snap habis makanan dah sampai haha..
oh dia pon ada utk whole lamb jugak. nak makan ramai boleh la hehe.. utk aqiqah pon ada.
kitorang order lamb madghut. tapi nasi & lamb dia tak sebanyak macam dekat Al Rawsha. tapi ok je la kenyang jugak, nasi dia pon sedap lagi berempah la drp Al Rawsha.
sorry tak sempat nak baking sebab semalam baru sampai, cake anniversary pon sehari sebelum order and mintak my neighbour pick up. sebab kek anniversary pon banyak lagi, so me tambah fruits & ovomaltine je atas tu haha.
lauk pauk pon tak sempat nak shopping groceries lagi, yang ada dalam fridge dimsum je. so steam je la dimsum tu hehe.. esok lusa la kita keluar makan ok!
Alhamdulillah, today is our 7th years anniversary. thank you Allah & thank you dear mr.husband for everything.
balik semata-mata nak celebrate anniversary dgn mr.husband cewah! sebab baru sampai from Setiu semalam, so arini kita celebrate anniversary makan nasi kandar yooo!
alhamdulillah, balik 2-3 weeks aritu sempat la baking sekejap, balik pon sebab nak tolong Mama settlekan pasal wedding Chox next month.. so time tak balik KB boleh la open order dekat Setiu kejap..
NM Homemade Pastry Bakery new product, cornflakes salted egg.
and fruit pastry cake. ni dah lama orang buat, tapi ni baru me buat. biasa la before jual mesti kena R&D recipe dulu kan, alhamdulillah sekali buat dah rasa perfect so terus open order hehe..
ramai jugak yang order cake ni, and me pon buat small pack jugak senang utk org test dulu and biasa memang repeat yang size besar la.
mini cheese cake ni pon hari-hari jugak la buat, banyak permintaan kek ni..
hari-hari la duk siapkan tart shell, ramai yang duk order cheese tart, fruit tart & mix tart..
insyaAllah next month kalau takde hal, lepas wedding Chox kat KB boleh balik Setiu open order 2-3 weeks ke hehe..
3.11, arini birthday arwah Pa 🙁 kebetulan balik KB so singgah la jumpa Pa kejap.. rindu 🙁
birthday girl with frozen theme cake.
birthday Nayla 2 hari lepas, kebetulan Nadia pon balik KB sebab Umiyah tak sihat aritu, so Nadia decide celebrate birthday Nayla kat KB je.
gigih me and Nadia duk cari bakers kat KB, last-last terjumpa akma cake house tak silap ig dia. tapi Nadia order cake je, patung semua tu beli sendiri je, tapi bila dah deco cantik je..
choc cake
foods. ada mee goreng, mihun goreng, lasagna, sandwich, apam, agar-agar nescafe etc
x plan pon nak pakai baju camni semua, sekali sampai tengok ehh.. cousins pon pakat pakai white+blue camni jugak, kena la ngan theme frozen tu hehe..