MEQNOR KITCHEN

Semalam try makan dekat Meqnor Kitchen, actually owner dia ni my ex-senior masa dekat MSU dulu, tapi dia ni ex-schoolmate mr.husband jugak. kebetulan kitorang dari Melaka singgah la makan kat sini, area Labu. Pernah la datang last year kot, tapi masa datang tu tutup and mr.husband dah 2nd time datang la.

cantik kawasan dia, luas gila and style garden gitu. orang ramai tapi tak nampak crowded sangat sebab tempat luas, ada tempat untuk duduk bersila, ada tempat makan style atas pondok gitu kira cantik la tempat ni dengan hijau pokok-pokok..

menu dia, macam-macam ada nasi kerabu, pancake, spicy korean chicken, western, italian, masakan panas so senang la banyak choice nak makan nasi pon boleh nak makan pancake pon boleh tak payah nak pergi tempat lain dah..

kitorang pon tak tau nak order ape, semua nampak sedap dan menarik..  pilih punya pilih

so, decide order ni..

max plate

avocado milk shake

max plate dia ada lamb + sirloin steak + prawn + chicken grilled + dory + wedges, mashed potato and baked beans. untuk makan 2 orang sesuai la and sedap 🙂

next time boleh singgah lagi hehee.. thank you Love, since balik dah 5 hari duk demam on off.. dapat berjalan terus segar hehee..

MEQNOR KITCHEN

Lot 236, Kg. Jawa Batu 8, Labu

(Berhadapan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu)

 

NM HOMEMADE PASTRY BAKERY

alhamdulillah almost sebulan balik open order kat Setiu la, last blk bulan 12 aritu busy Chox kawen lepas majlis dah malas nak open order sebab nak rest haha, kali ni open order la sikit buat tambah-tambah duit shopping haha!

NM Homemade Pastry Bakery new product, burnt cheese cake. memula open order macam takde sambutan je, pastu dah nak balik tu alhamdulillah ramai pulak yang order, maybe orang tengok hitam camni tak sedap kot, tak try tak tau hehe..

thank you my kitchen helper, Umar yang sentiasa kalut time Aunty Nieja nak bake haha..

WAN AIDIN LATIF

6 feb, alhamdulillah.. congrats Jidin & Nab dapat baby boy, Wan Aidin Latif.

masa Nab bersalin kitorang semua kat KB.. lepas balik dr KB, me plak duk demam tu yang tak sempat nak datang tengok baby.. baby dah nak masuk 3 weeks, baru Aunty Nieja dapat datang tengok.. tu pon rushing sebab malam ni dah nak balik Shah Alam, takpe balik next time kita jumpa lagi ok baby!

KUIH BAKUL GORENG

dulu pernah makan kuih bakul goreng my neighbor buat, tapi this CNY tak sempat pon sebab kitorang kat KB.. balik from KB diorang hantarkan limau + kuih bakul.. sempat la tanya recipe yang macam dia buat sebelum ni.. meh kita try buat sendiri plak, jadi ke tidokkk..

kuih bakul ni potong jgn la nipis sangat kira sedang-sedang je la..

then, adunan dia ni letak telur + garam + tepung + air. mixed semua adunan nak kata cair sangat tak jugak, senang cite lebih kurang texture nak buat lempeng tu.. then celup la kuih bakul tu dan goreng..

kuih bakul goreng

BBQ

plan nak buat BBQ semalam tapi semua penat lepas birthday Eyal, and ingatkan dah tak jadi buat la sebab ada yang dah balik KL eh tetiba jadi plak. so yang sempat belinya ayam, ikan, udang je.

macam-macam jenis marinated ada haha

yumms!

ada ulam-ulam & budu, sebab pakat nak makan nasi dengan budu hehee.. pastu Mummy ada buatkan mee goreng jugak 5-6 packet, blackpepper mushroom sauce tu lagi layan kalo ada lamb, tapi takde lamb 🙁 me buatkan la jugak atas permintaan hahaa..

TINY ELEPHANT CAFE

plan nak try Yoohoo Cafe, tapi time sampai mak aih, orang beratur sampai ke pintu oii, seat kosong pon takde. fullhouse. lastnya pergi Tiny Elephant Cafe. dulu pernah la try hazelnut choc ice cream & matcha ice cream dia sedap. tapi this time dah takde flavor tu ada flavor baru pineapple cheesetart & earl grey milk tea.. try dedua tester, Fira & me je suka yang pineapple cheesetart flavor tu, majoriti suka earl grey milk tea, so kitorang pilih earl grey milk tea ice cream tu untuk waffle.

nutella s’more

toast sapu nutella pastu ada cookies crumb and atas tu mashmalow then drizzle dgn choc, camtu je haha.

milky butterfly

air laici je pon sebenarnya haha.

earl grey milk tea X boba in gula melaka waffle

cousins day out la konon, tapi dengan cousin cilik semua haha. biasa la bebudak age ni suka la kedai hipster gini bhahahah! layankan je la hehe..

lastnya, balik dari Tiny Elephant ini jugak yang dicari.. Mee Celup Kak Ton for life! hahaaa..

AFIQ DANIAL TURNS 7

masa balik bulan 12 aritu time duk sibuk buat preparation kahwin Chox, saja la sembang dengan Cikna pasal birthday Eyal, sebab Cikna cakap tak pernah celebrate. masa 1st birthday tak sempat nak celebrate sebab tetiba Eyal sakit, kira genap setahun sebulan camtu la dia start sakit and selalu warded je. and kebetulan sekarang cuti CNY ramai yang balik KB, buat la simple birthday party untuk celebrate 7th birthday Eyal.

malam sebelum majlis me duk siapkan tauhu begedil and sagu, kira nanti takde la kalut nak sumbat begedil la nak buat sambal kicap la ape kan..

Chox plak, macam biasa la keje dia mendeco. konon-konon ni photobooth la hehe.

budak tak tidur, 4pagi pon sibuk duk tengok Uncle Chox dia deco belon.

plan nak start lepas Zohor, kira lepas orang solat Zohor kat surau depan boleh terus makan, tapi laksa/laksam lambat sampai. so start lambat skit. laksa/laksam order je. pastu Cikna cakap macam tak cukup je, buat la spaghetti aglio olio untuk standby. tauhu begedil laku keras. semua puji sedap cewah, bangga kejap NM 🙂 sandwich tuna+egg pon sempat sekeping je rasa, tau-tau dah habis haha.

agar-agar nescafe wajib ada, tu order dengan sedara kitorang, tapai pon order, puding caramel Suna buatkan, colek buah Aunty Ta buatkan and sagu gula melaka.

dark choc cake from Harold’s Bread tak pernah mengecewakan.

birthday boy

happy birthday Eyal, semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik

 

baby Balqis jadi model belon ahaha. baby not so baby laa sekarang bahahah.. nak order untuk party ke ape boleh la contact my bro, Joe Clown

CONGRATS UMI & AYAH HALIM

1-2 minggu before me balik Adaa announce kat group family cakap Umi dia nak kahwin. Alhamdulillah 🙂 kebetulan plak me memang balik Setiu time tu, so haruslah join kan. actually, Umi ni ex wife Ayah Ngah, adik Mama. tapi since diorang divorced pon hubungan kitorang tak pernah putus, dengan cousin lagi la dah macam adik beradik. ye la kalo ikutkan Umi ni dah takde kaitan la ngan kitorang kan, tapi tak.. sama je macam dulu, sama je macam dia still dgn arwah Ayah Ngah.

hantaran macam biasa la Mummy yang pro bab deco deco ni.. serahkan pada yang pakar hehe.

sebelum majlis akad nikah, akad nikah sepatutnya dekat Masjid sekali pagi tu Tok Kadi demam, so akad nikah kat rumah dia je.

Alhamdulillah, congrats Umi

Selamat pengantin baru Umi & Ayah Halim, semoga Umi berbahagia sampai ke Jannah. Amin..

balik dari majlis Umi, sempat singgah mengopi dekat KB Brewster jap, konon nak try burnt cheesecake dia tapi tak sampai lagi time me pergi tu.. so order rainbow mile crepe je la.

MUSIM KENDURI

2 hari before me balik Setiu, majlis akad nikah Spein & Kak Long. dah janji nak balik tapi tersalah date, duk ingatkan akad nikah hari yang sama dengan majlis haha. takpe la alhamdulillah majlis akad nikah pun berjalan dengan lancar, congrats bekas adik ipar tak jadi HAHA

Khamis lepas, majlis dekat rumah Kak Long. fuh ramai gila tetamu, first time rasa me pergi kenduri orang pack gila. tapi sempat la jugak mencelah untuk bergambar dengan pengantin.

Sabtu, ada 4 invitation. tapi sempat pergi 3 rumah je. dah la arini hujan sepanjang hari, dari pagi kot hujan non stop.

1st house, majlis bertandang Spein & Kak Long..

time kitorang sampai, ngam-ngam pengantin perempuan sampai, so terus makan.

tak sempat bergambar dengan pengantin, kitorang je la bergambar depan pelamin haha. sebab pengantin baru nak start makan.

2nd house, rumah Din kawan Iwe. ni pon singgah kejap je sebab dah lewat, tak sempat nak jumpa dengan wife dia pon. pengantin pon dah salin baju haha! dah siap tukar jeans.

last house, rumah Ziera ex student practical kat CC Mama.  lagi satu majlis ex neighbor zaman childhood dulu, tapi majlis dekat Besut dengan hujan lagi and maklum la CNY jalan memang jem gila la.. so pergi mana yang sempat je la. btw, tahniah uolss semua!

 

 

HANNAN QAISARA

penantian almost 6 years, Alhamdulillah, congrats Krie & Umi dapat baby girl.

welcome to the world little girl!

memang dah plan, nanti balik nak pergi ngan member-member tengok baby and kebetulan hari ni ada buat majlis cukur jambul, so kitorang from Setiu terus ke KB.

Hannan Qaisara

doakan aunty aunty ni dapat baby plak hehe..

lauk mak Umi masak memang superb, sedap gila memang boleh buka kedai la camni.. sampai berkali-kali kitorang tambah haha.

ex classmate 🙂

balik dari KB, sempat singgah Jabi kejap makan satay lanang.

THE BIG TREE STATION

sebelum balik tadi dah makan nasi arab dekat Al Rawsha, apsal sebelum ni datang macam takde je baklava dia  tapi hari ni datang ada terus la order hehe.

sampai airport TRG, Sri pick up then sementara tunggu Mama, Iwe datang lepak old town kopitiam. so just order roti and popia je sebab dah tau Mama sampai nanti mesti ajak makan lagi haha.

tak tau nak makan mana, search la terjumpa kedai ni, the big tree station area Pulau Kambing. order ikan tuka bakar & siakap bakar berempah.

then ada order sayur goreng telur, daging goreng garam jugak. and nampak ada stall satay order satay and pulut ikan. masa nak order tu memang orang kedai tu dah cakap chef cuti, so tak tau la sape yang masak, tapi hm.. tak tau nak cakap ape semua x kena dengan taste kitorang. ikan bakar tu nampak sedap tapi bila kitorang makan macam loya je tekak masing-masing, tapi tengok review kedai ni orang cakap sedap, tak tau la sebab chef cuti ke ape macam dia cakap, orang lain masak tu yang tak sedap kot haha. tapi banyak kali jugak diorang suggest kari & asam pedas maybe best seller diorang la kot, kitorang tak amik la sebab pikir dah lewat malam nak makan kari & asam pedas bagai haha.. or maybe next time kalau datang lagi sini boleh la try asam pedas or kari diorang plak.

 

IKAN BAKABAH

beberapa hari lepas ada nampak member makan dekat ikan bakabah and try la search kat ig ramai yang cakap sedap, so malam ni ajak la mr.husband makan sini..dekat SS19

time sampai ni meja pon full, ikutkan awal jugak kitorang sampai around 8.30pm, pastu duk usha je la table kosong, ada 1 table kosong dekat dengan kitchen diorang tapi takde kerusi plak, then ternampak ada 1 table depan stall satay, table kecik je memang ngam-ngam untuk 2 orang abang niaga satay tu cakap boleh duduk so kitorang duduk je la situ.

price list, price tak sama setiap hari, ikut bahan mentah. kitorang amik ikan sekor & sotong sekor. and abang yang dekat kaunter tu cakap ikan ni semua fresh from Sabah bah..

dah table pon betul-betul depan stall satay, mana tahan bau satay weh.. so order la semua jenis satay yang ada. sibaik jugak order satay, sebabnya sejam 20 minit ok baru foods kitorang sampai haha.

sotong ni dalam 800gm kot berat sebab dalam RM50+ ikutkan me nak makan ikan je, dah mr.husband duk terliur sangat sotong dia order la. siap ratah lagi sebab banyak and besar gila haha.

ikan balawis

ada sambal kicap & sambal ape ntah tapi combined tu sedap la rasa dia, nasi dia pon sedap macam berlemak gitu bau macam nasi lemak sebab ada santan halia bagai tengok dalam nasi dia, bau pon wangi.

puas hati sotong dia, yumms!

licin beb sebab tunggu lama sangat haha. tapi masa dekat kaunter memang dia bagitau hari ni lain macam sikit orang super ramai, sebab sebelum ni tengok member duk pergi ok je foods pon tak kena tunggu lama, maybe kena time kitorang ni je la kot. then lepas balik tengok ig ikanbakabah macam eh apsal tak tau ada menu lain, patut la nampak ada meja lain duk makan putu la kinilau la ape semua tu dah takde menu kitorang pon tak tau haha. rugi plak tak dapat rasa. tapi masa datang tadi memang yang datang pon ramai Sabahan, diorang pon maybe dah biasa datang sini so order pon macam-macam kitorang ni dah takde menu ape order itu aje la hahaaa..

IKAN BAKABAH

No.20, Medan Selera SS19, Subang Jaya

Ig : ikan_bakabah

Fb : IKAN bakabah

operation hours : 4pm to 11pm (sabtu – khamis)

 

MYEONGDONG FRIED CHICKEN

dah lama nak try myeongdong fried chicken ni, sebab hari tu kedai ni tutup kejap.. actually dah berapa kali jugak makan nasi lemak sini, nasi lemak sambal biasa & sambal petai. ayam/puyuh goreng berempah dia pon sedap, and today kitorang try korean spicy chicken dia, order yg set normal je.

sedap, next time boleh try yang cheese plak hehe.

 

INDOMIE SALTED EGG

since last year duk tgk orang post pasal indomie salted egg flavor ni, tapi semua jenis jual banyak-banyak anad duk baca review ramai cakap tak sedap, kang beli banyak-banyak bazir plak.. then semalam saja la post dekat group Sarban, ramai komen cakap dekat Hero, Giant dah ada. terus pergi Hero cari. beli 2 packet je sebab nak try dulu kan..

maggie ni texture dia macam ramen, so kena masak lama sikit dari maggie biasa.

dah toskan, masukkan serbuk perencah dia..and gaul

not bad sedap.. kitorang laki bini suka, so boleh repeat lagi 🙂