SAUDAGAR KAMBING BAKAR SHAH ALAM

tadi tengahari SIL, Ckin ajak dinner kat sini, Saudagar Kambing Bakar pernah la viral last year kot, sebab tengok dekat FB page macam ramai sangat sampai kena booking dulu, Ckin booked la dulu, around 8.15pm macam tu kitorang sampai sana, eh kosong plak.. sebab belum time dinner kot. tapi setengah jam lepas tu orang dah start ramai la, tapi ok la sebab kitorang sampai awal so foods pon cepat la.

ni semua menu dia, so meh tengok ape yang kitorang order

me & mr.husband order set kambing bakar. set dia ada nasi + sup + kambing bakar. tapi kalo dari segi rasa tak boleh lawan kambing bakar  Cik Tri Sahara la. but ok jugak la rasa dia ni, sambal kicap dia macam tak berapa power sangat, konon nak perah limau dua-dua x keluar air haha.

Mira order nais goreng ayam bakar, ayam bakar tu ok la sedap tapi nasi goreng tu plain gila. memula pelik la apsal dia makan sikit je, sekali kitorang try memang xde rasa la. rasa flat gila, nak kata nasi goreng cina ntah macam nasi goreng cina tapi x rasa pape camtu la. maybe kena improve lagi la kot nasi goreng dia ni.

Man order nasi goreng kambing super, kambing bakar sama macam set yang me & mr.husband tu, nasi goreng sama je macam Mira tu.

Ckin order meatball cheese leleh

Sab order meratah kambing cheese leleh

Midi order chicken chop cheese leleh

Abah order nasi talapia penyet

Emi & Mak order nasi ayam penyet, untuk sambal ni diorang cakap sedap la.

fries for kids

and diorang order 3-4 bekas  cendol mangga

overall, tanya diorang semua 3/5 je la rate. ada yang foods ok ada yang tak berapa ok dengan taste kitorang. oh tapi tadi dapat claim chicken chop viral free sebab bil rm100+ dapat claim 1 set chicken chop viral, tapi tu tapau je la.  and ada ternampak kat Fb page dia beberapa hari lepas ada bagi kambing bakar free for 500pax, boleh la usha page diorang kot-kot ada lagi promo makan kambing bakar free boleh try..

 

SAUDAGAR KAMBING BAKAR

Lot 4040,lorong sarkawi,batu 7,jalan kebun (9.77 km)
40460 Shah Alam, Malaysia

011-1017 5253

Leave a Reply