me blend je semua bahan-bahan kat atas, then tapis and masukkan dlm adunan kedalam botol and ready untuk menjala, boleh la menjala dgn api yg kecil, jgn kuat sangat kang garing sangat plak, nak lagi senang pakai non stick pan je.
5 tahun lepas kot buat roti jala, hahaa so skill menjala pon kelaut.
dah siap semua, boleh la menggulung
kari ayam ni, me buat macam kari ayam biasa je, tumis bawang merah + bawang putih +daun kari + rempah 3 sekawan, (daun kari & rempah 3 sekawan tu optional je kalo takde pon xpe) bawang dah nampak garing masukkan serbuk kari yg dah dicampur air + sedikit cili giling. tumis sampai sedikit garing and masukkan ayam + kentang and lastly masukkan air and santan. seasoning to taste.
dah lama tengok orang duk share resepi Tunku Azizahpasal sardin kacang panggang ni, so kebetulan baked beans ada banyak tak pakai so try buat la..
bahan – bahan :
sardin
kacang panggang
tomato
ubi kentang
bawang merah
bawang putih
cili padi
cili boh
perahan air limau
cara – cara :
firstly, me tumis bawang merah + bawang putih + cili padi and sedikit cili boh.. tumis sampai naik bau then masukkan kentang and kacau sehingga sedikit garing masukkan sardin and tambah sedikit air, kentang dah empuk boleh masukkan sedikit garam/serbuk perasa, lastly masukkan kacang panggang & tomato, dah tutup api masukkan sedikit perahan air limau. siap..
2-3 hari lepas nampak orang duk promote pasal nasi kandar melayu ni kat group SARBAN, alang-alang weekend ni tak tau nak lunch ape kitorang try la sini.. actually kedai ni buka stall depan kedai dia je, dia ada kedai jual nasi lauk tengahari jugak.. dulu pernah la makan sini sup tulang utk dinner tapi dah lama la.. kira stall nasi kandar ni baru buka la..
me order ayam, tapi ayam belum masak kuali baru nak panaskan bahhaha.. so me pilih daging hitam + sayur + telur
mr.husband plak order kurma daging + telur + sayur
nasi dia mcm pkai beras basmathi, haluihh panjang.. tapi daging masak hitam & kambing masak kurma ni keras, kitorang bagitau jugak dekat staff situ, tapi dia bagitau dekat sorang lagi x sure la owner ke ape pastu org tu diam je hm.. lastnya makan nasi dgn sayur and telur je la sebab daging and kambing liat.
Nasi ayam is always a good choice when u’re out of ideas on what to eat. Actually dah lama tak makan nasi ayam chee meng ni, dulu duk makan yang dekat Bukit Bintang tu, padahal dah lama buka dekat Shah Alam. (4 – 5years kot) tapi selalu je nak pergi bila check tau-tau tutup la asyik x kena je dengan time, and kebetulan hari ni mr.husband mc, so lepas teman dia pergi check up dekat clinic terus pergi lunch sini.
balik from Setiu hari tu ada beli cendawan sisir/cendawan kukur. actually ni my first attempt masak cendawan sisir ni..
rendam cendawan dengan air garam 10-15min, then me tumis bawang merah + bawnag putih + cili padi yang ditumbuk, tumis sampai garing, pecahkan 1-2 biji telur, masukkan sedikit serbuk kunyit + garam n serbuk perasa and gaul sebati, siap.
yang ni pon sama rendam and tumis mcm kat resepi atas tadi, lepas pecahkan telur and masukkan cendawan, me masukkan sedikit kicap lemak manis and lastly masukkan tomato.
so hari ni, me buat nasi beriani kambing special la skit untuk birthday boy hehe..
malam, Sri & Mir datang bawa lotus biscoff cheesecake & Chocolate pie by Bonne Bouche thank you sisthurrr!
left over our anniversary cake, mr.husband’s birthday cake and cake yg Mir bawa tadi.. musim biscoff, so makan la biscoff cheesecake ni sampai pitam bhahaha!
Happy 9th years anniversary love, u’ll always be my forever <3
sebab mr.husband kena outstation and sampai rumah pon dah lewat malam, so kita order je la from Soru Station and celebrate kat rumah je la musim camni hehe.
plan balik 2 weeks je, memandangkan this year takde balik baking kat Setiu/KB lagi kan.. so plan nak open order biscoff cheese tart cheesetart fruit tart camtu je la lagipon dah lama kot tak balik lama camni, since skrg pon kejap-kejap PKP la PKPP la PKPB la.. so kalau balik pon 3-4 hari tu pon bawa balik yang org order je..
eh sekali baru seminggu balik, tup tup PKPB tak boleh rentas negeri la ape ticket pon 2 kali kot burn bhahahha.. takpe la stay je la kat Setiu dulu kan, alang-alang lama tak balik hehe.. so, sebab tak jadi balik baru la open order balik utk lasagna la burn cheese cake la ape semua tu, alhamdulillah rezeki 🙂 tapi agak limited la sebab barang-barang mostly me memang beli dekat KB and Kuala Trg, so dengan nak rentas daerah pon x boleh so kita buat ikut bahan yang dah ada je la. Lasagna sempat la 3 batch kot buat, sekali lasagna sheet habis krik krik bhahah! sebab Setiu xde jual lasagna sheet, nak order shopee/lazada kang pecah plak tak best plak so buat mana yg cukup je.
ni new product NM, garlic butter spread. Tu pon sempat 2 batch je buat dengan bottle pon habis sebab bottle ni semua me bawa from Shah Alam.
Alhamdulillah, almond cluster ni banyak plak orang order kali ni.. rasanya setiap minggu buat untuk customer kat Setiu & KB. Yang sakit hatinya ada sekali tu stock almond yang me bawa balik habis, so mintak Sri beli dekat Trg, eh sekali masa dia sampai kedai dah nak tutup then staff situ je amikkan and trus bayar bawa balik..sekali me dah semangat nak buat eh buka-buka staff situ salah bagi almond slice plak adoi.. then call la kedai nak tukar sebab dekat resit ada bgtau bleh tukar within 3 days, dgn kereknya 3-4kali call still ckp x boleh tukar hareee betul.. nak tak nak terpaksa la order from shopee je. aihh!
eh panjang plak bebel, lastnya drp plan nak balik baking 2 weeks jadi sebulan lebih jugak haha.. takpe la nak buat camne la.. rezeki dimana-mana 🙂 thank you guys, support!
ni pon dpt balik sebab kebetulan Sri dapat keje area Putrajaya, so senang me just pakai surat dia je. Kalau tak nak balik xde reason pon polis tak lepas hm..
beberapa hari lepas si Umar ckp nak makan pizza, dah order pizza complaint cheese sikit la ape, so suruh Ja plak buat pizza. Bahan nak buat dough pizza dah la xde, kemain la bagi alasan nanti la esok-esok buat, sekali dia tgh tengok video dekat youtube terkeluar pasal roti pizaa ni terus suruh buat, hahahah!
roti tu, me carik-carik or potong 4 pon boleh, pastu pecahkan telur 1-2 biji then rendam la roti tadi dalam telur and terus letak atas pan.. me just letak butter/minyak sikit dekat pan tu tak nak bagi melekat. Then, terus sapu tomato puree or kalo takde pakai je la sos tomato, and kebetulan ada tuna flakes in oil tu, pakai je tuna tu and potong-potong mushroom, onion, letak mozarella cheese and cheddar cheese. Tutup la kejap pizza tu bagi masak and nampak cheese dah melt, dah boleh angkat.
pizza roti express
so next time kalau Umar mintak pizza lagi, express la pakai roti pon boleh hahaa..
esok birthday arwah Pa, 311 so budak kecik ni sibuk la nak buat kek jugak utk birthday TokPa.. alang-alang tengah hot cake biscoff cheese cake ni so kita buat cake biscoff ni..
biscoff cheese cake
kalau arwah Pa ada, dah 69years for this year Ya Allah rindunya 🙁
Alhamdulillah, 34th today. Thank you family, Umar siap buat surprise untuk Ja 🙂 This year tak dapat celebrate birthday dengan mr.husband sebab kononnya nak balik beberapa hari lepas sekali PKPB sambung plak, so stuck la kat Setiu ni.