PIZZA ROTI

beberapa hari lepas si Umar ckp nak makan pizza, dah order pizza complaint cheese sikit la ape, so suruh Ja plak buat pizza. Bahan nak buat dough pizza dah la xde, kemain la bagi alasan nanti la esok-esok buat, sekali dia tgh tengok video dekat youtube terkeluar pasal roti pizaa ni terus suruh buat, hahahah!

roti tu, me carik-carik or potong 4 pon boleh, pastu pecahkan telur 1-2 biji then rendam la roti tadi dalam telur and terus letak atas pan.. me just letak butter/minyak sikit dekat pan tu tak nak bagi melekat. Then, terus sapu tomato puree or kalo takde pakai je la sos tomato, and kebetulan ada tuna flakes in oil tu, pakai je tuna tu and potong-potong mushroom, onion, letak mozarella cheese and cheddar cheese. Tutup la kejap pizza tu bagi masak and nampak cheese dah melt, dah boleh angkat.


pizza roti express

so next time kalau Umar mintak pizza lagi, express la pakai roti pon boleh hahaa..

Leave a Reply