TAHLIL

weekend lepas balik Kb for 4days, sebab kebetulan ramai yang balik so ada buat tahlil arwah dekat sana..

amik flight pagi so senang nanti boleh g cari makan terus haha.. sebab kalau balik betul-betul hari Christmas memang banyak kedai tutup la nanti

sampai KB, Chox pick up then balik rumah Mama cakap ada nasi berlauk & pulut pagi fuh, heaven betul.

lunch, plan nak makan nasi dup tulang tapi call 2 kedai yg nak pegi tu tutup, so ajak mr.husband makan sup perut air asam.. dah dkat 10 years kawen rupanya dia cakap dia tak pernah makan sini bhahahaha! pity u.. tu la selalu balik time orang dah tutup kedai, nasib laa..

lepas makan terus pergi area Kubang Kerian sebab nak g pick up barang, sekali nampak orang jual tong mo terus singgah beli sebab selalu beli masak kat rumah je utk mr.husband, kali ni bagi dia rasa makan yang baru siap bakar. Masa sampai tu tengok ada yang kaler putih ni, rupanya ada yang flavor ayam.. tak pernah tau, maybe baru kot? so try la beli yg ayam sekali, not bad sedapp weh! memula beli 1 pack, eh sekali orang yang kitorang nk jumpa tu tgh rehat, so lepak situ beli lagi 2 pack bahhaha!

balik rumah, Uncle & Aunty pakat nak makan cekodok pisang plak, so buat la cekodok pisang

sambil tunggu goreng cekodok pisang, Ayah Chir order sup urat keting. Since semua kenyang lagi so order sup je

After Maghrib, Chox & Na ajak makan mee celup padahal me dah order nasi daging budu,tapi memikirkan esoknya jumaat and Sabtu pon Na cakap tak confirm lagi Ma dia buka kedai ke tak and ahad nanti takot rushing nak pergi sbb dah nak balik, so baik pegi terus sebelum menyesal bahahhaha!

balik makan mihun celup, Mama semua cakap dah pergi rumah Cikna so kitorang terus g sana je. Sampai-sampai je diorang baru nak start masak, so sementara tunggu lauk masak me makan la nasi dgaing budu ni dulu haha, ni pon first time try sebab sebelum ni macam xpernah tau pon.. not bad, daging tu dia goreng celup telur, then makan dengan budu and sambal.. sedap.

and sambung makan nasi lagi Ya Allah, tak tau berapa kali makan dah hari ni..

tengah malam, activity bakar lokcing & roti bakar sambil lepak santai with fam bam

2nd day, breakfast mr.husband beli nasi bungkus kedai depan je sebab Jumaat banyak kedai tak buka..then lunch, masak and makan rumah Cikna. petang, keluar pick up foods yang diorder untuk malam ni sebab malam ni ada buat tahlil.

tak jemput orang surau ke ape pon, family members je, nasi order nasi gegar, me just gorengkan ikan rebus goreng.. kuih muih semua cousins, aunties yang sponsor.

and kebetulan birthday Arian, so Sha buat surprise birthday untuk Arian sekali.. maklum la musim camni nak buat birthday party pon x boleh, kesian Arian sebelum tu duk tanya-tanya xde ke birthday untuk dia nanti haha.. Happy birthday Arian 🙂


my boys, Umar, Yusuf & Izz

3rd day, biasa la kalau dah ramai semua datang lepak-lepak umah la ape,petang tu me keluar with Aimi, Najmi, Sha & Afnan kejap konon masing-maisng duk berkenan nak beli blouse batik ni, sekali dah sampai sana lain pulak yang dibelinya bhahaha!

sebab kedai air yogurt yang selalu kitorang pergi tu tutup rasanya Aimi cakap dah beberapa kali dia singgah tengok stall tu tutup, me pon singgah aritu konon nak bagi mr.husband rasa la tapi tutup jugak.. and kebetulan lalu sini singgah tengok la stall yogurt ustaz ni, yang ni memang kitorang tak pernah try lagi la tapi pernah viral jugak aritu.. so semua flavor la tapau, dah la masa kitorang sampai stall dah tutup dia dah kemas-kemas dah tapi kitorang mintak nak beli jugak hihii..tq abe siap v free lagi hehe

petang tadi masa me keluar, mr.husband keluar dgn Aiman, Sha’s husband. Padahal dia dah suruh dia tapaukan burger jugak sebab Sha cakap burger situ sedap and patty homemade, tapi tengok Kiki makan nasi lemak IBY me pon kirim jugak sekali haha.. takpe esok dah nak balik kan..

malam last, duk lepak rumah Cikna.. goreng keropok lekor la, buat aiskrim goreng la, grilled potato la.. then kebetulan diorang cakap nak buat shepherd pie, so me buatkan la sekali.

balik rumah sampai 4pagi duk melayan Umar main mainan drill ni..

Ahad, takde wat pe makan pon semua order je sebab kalut Iwe & Chox duk pasang exhaust fan dekat semua toilet, petang dah balik Shah Alam 🙁 sedih la sebab semua still kat sana lagi bahhaha!

Leave a Reply