HAPPY 2nd ANNIVERSARY

20.11.2011 – 20.11.2013

Happy 2 years Anniversary to us 🙂

|victoria sandiwch cake|

sempena 2nd year wedding anniversary, kitorang g holiday dekat Gold Coast Morib. tak jauh pon, dekat dekat je. kebetulan masa tu dekat Groupon ada buat promotion, RM169 tak silap 2D1N include waterpark, dinner and breakfast. actually masa nak beli ni pon teragak agak sebab banyak bad review. tapi takpe la pegi jugak sebab dah banyak baca bad review so takde nak kita nak expect macam macam sangat kan..

|water park|

time check in, key takleh nak access. dekat setengah jam tunggu, ingat nak mintak tukar bilik je tapi sebab time ni baru start school holiday, so dalam mimpi aje la. request nak bilik view ke waterpark pon tak de semua full T_____T ok ni pic dalam bilik, byk jugak snap tapi malas plak nak upload satu satu haha..

buka tingkat sebelah katil dah boleh terjun dalam jacuzi.

nasib baik jacuzzi ni ok. sebab ada baca review sebelum ni air slow la bubble2 tu x function la. lepas check in, petang lepak lepak tepi laut aje la. nak pegi mana je pon kat sini.

malam, turun utk dinner.

not bad. food dia banyak pilihan dan sedap. sampaikan kitorang mcm pelik, kenapa ramai komplen makanan tak sedap? maybe kena time diorang kot. makanan dia yang lain semua ok cuma yg cakes pastry tu semua out la. aku buat lagi sedap. hoho..

lepas dinner, takde nak buat ape, pegi lepak sini. ada live band, lepak sambil minum minum, tapi tak lama sebab cuaca x berapa ok kejap kejap hujan.. then terus balik bilik, celebrate b’day mr.hubby dekat bilik aje.

the next day, lepas breakfast pegi water park. baru masuk kejap dah start hujan lebat, last last balik ke bilik berjacuzzi aje laa..

tengahari, check out. tamat sudah percutian 2D1N kitorang.  boleh bagi 3.5/5 bintang aje la utk hotel ni.

JODOH ITU MILIK KITA

  1. episod 1
  2. episod 2
  3. episod 3
  4. episod 4
  5. episod 5
  6. episod 6
  7. episod 7
  8. episod 8
  9. episod 9
  10. episod 10
  11. episod 11
  12. episod 12
  13. episod 13
  14. episod 14
  15. episod 15
  16. episod 16
  17. episdo 17
  18. episod 18
  19. episod 19
  20. episod 20
  21. episod 21
  22. episod 22
  23. episod 23
  24. episod 24
  25. episod 25
  26. episod 26
  27. episod 27
  28. episod 28
  29. episod 29
  30. episod 30
  31. episod 31
  32. episod 32
  33. episod 33
  34. episod 34
  35. episod 35
  36. episod 36
  37. episod 37
  38. episod 38
  39. episod 39
  40. episod 40

credit: dailymotion

SIAKAP STIM LIMAU

siakap stim limau. 2 hari lepas masa pergi Tesco ada beli ikan siakap, tapi tak tau nak buat masak ape, sweet sour ke, 3 rasa ke, stim ke. . and  tetiba rasa nak buat siakan stim limau.

godek godek dalam peti ais, yang ada ini aje.. so gunakan je la ape yang ada..

cili padi, serai, halia, bawang putih dan bawang merah. nak lagi sedap boleh letak daun limau, nenas, tomato sekali. tapi takde maka, tak letak..

kat dalam perut ikan ni, tumbuk bawang putih 2 ulas, halia dalam 1 inci macam tu je. saje letak sebab tak nak bagi bau hanyir.

serbuk limau. sebab tak plan pon pada awalnya nak buat siakap stim limau, so memang takde dalam list pon la limau. nasib baik kat rumah memang sedia ada lime seasoning powder ni.

dah masukkan yang tumbuk tadi dalam perut ikan, yang dah potong potong tu main campak campak aje atas ikan tu, and bancuh sket lime seasoning powder tu and just tuangkan je atas ikan tu, letak la garam ke aji no moto ke ape secukup rasa dan terus boleh masak.. memula planning nak stim macam biasa la pakai periuk pengukus tu, tapi macam malas je nak cuci cuci HAHA.. maka, guna aje la pemanggang ajaib ni.. dah nama pon pemanggang ajaib, mesti la blehhh kannn.. masak dalam 6-10 minutes..

and the result is..

my siakap stim limau. yummeh..!

NEWBORN

balik hari tu sampai je pagi tu malam terus pegi tengok anak my bff, Syafa.. dia baru bersalin 2nd baby..

Nur Safiyya Arissa

tak sampai seminggu me balik, my bff Nana plak bersalin plak..

Qaseh Aisya Umaira

kebetulan masa pergi tengok Nana tu, her sis Nawa pon baru jugak bersalin selang seminggu ke macam tu je.. 2nd baby jugak..

Zarra Sofiyya Batrisya

and latest, semalam tOTiN plak bersalin. yang ni memang gila surprise. dia pregnant pon me tak tau. tup tup dah bersalin. gila surprise la.. btw congrate totin n emmet for ur new born..

pic terpaksa copy dr blog totin, sebab belum jumpe baby lagi. nama pon tak announce lagi..

and 2 3 hari ni pon tengok 3-4 orang jugak my schoolmate yang baru dapat first baby.. tahniah semua.. 🙂 doakan giliran me plak  :p

AYAM PERCIK

puasa hari tu my first attemp buat ayam percik. ni gara gara terliur sangat sebab tak balik berpuasa kat Setiu or KB.. so mintak resepi dengan my friend, Mar.. resepi dia simple je, tapi me sendiri pon dah lupa adoii.. tapi masa buat ni tersalah sket la, masa tu kalut sangat duk masak nak letak garam tapi tersalah g letak kunyit, so ayam percik tu dah warna lain sket, but tetap rasa sedap bhahaha..

and hari tu tengok my cousin, Marlyn buat ayam percik. wahh.. apa lagi terus mintak resepi jugak nak try..

first, cuci ayam.. and rebus ayam dengan garam, asam keping, halia and bawang putih.. dah masak, terus angkat dan toskan.

yang ni plak, bahan bahan untuk diblend.. bawang merah, bawang putih, serai dan halia.

santan

dah siap blend semua, masukkan je sekali dengan santan and masak.. letak la gula garam secukup rasa.. tapi masa me buat ni, saje malas nak guna gula, so gantikan dengan gula melaka. sebab nak bagi ayam tu betul betul rasa, lepas dah masak bahan yang diblend dengan santan semua tu me perap la kejap dekat ayam tu..

and terus grill..

tadaaa.. ni dia ayam percik ala kelantan versi Nieja hihiii.. btw, thank you Yin for the recipe.. kat bawah ni ada resepi asal, try la buat..

nak lebih senang, boleh refer je resepi ni.. tapi me biasa la, buat main agak agak je sebab buat pon tak banyak.. so anggar anggarkan sendiri je bahan bahan dia tu..

RAYYAN BURGER BAKAR

Rayyan Burger Bakar. ni pon kedai area my house dekat Dataran Otomobil. segala jenis kedai la ada area sini, just pilih je.. hari hari duk lalu, so kena la try kan.. sebab masa launching kedai ni me takde kat sini, tapi mr.hubby and bro in law dah 2 kali jugak rasanya pergi.. so, jom kita try Rayyan Burger Bakar plak..

|menu|

sebab masing masing dah kenyang, so order ni aje..

|Dee Pepper|

|meatball|

|horlicks|sirap limau|

kebetulan masa pergi ni pon ada promotion jugak utk Dee Pepper tu.. RM5 macam every week jugak kot ada promotion dia, yang latest..

wahh.. menarik.. boleh la pergi lagi 🙂

JERUK

hari ni saje nak update psal cara cara nak buat jeruk.. jeruk mangga and jeruk binjai..

jeruk pauh / mangga :

memula macam biasa la cuci buah dulu then potong potong..

and rendam dengan air garam semalaman..

dah bertukar warna dia, toskan..

and masak gula dengan cuka

dah masak, jangan campurkan terus.. sejukan air gula tu dulu.. then baru gaul sekali..

2 hari lepas tu dha boleh makan.. nak lagi sedap buat 3-4 hari lagi.. kalau nak pedas just letakkan cili sket..

jeruk binjai :

buah binjai ni terlampau masak, so bila potong tu dia jadi hancur2 haha.. sampai tak cantik dah isi dia..

dah siap potong, terus isi gula and garam sket.. secukup rasa la..

esoknya dah boleh makan.. serious senang and yang penting sedappp.. tapi susah sket la nak dapat buah ni..

MAKANG SEKAK SEKAK NOK

malam birthday Chox, makan makan dekat D’Perahu area rumah je, hari birthday dia tu kebetulan ada pergi KT, and kawan dia ajak makan kedai dia.. so pergi je la.. Makang Sekak Sekak Nok.. actually kedai ni ada steamboat buffet, tapi my family ni bukannya yang jenis makan banyak so for me, tak berbaloi kot nak makan setakat makan ciput ciput je.. kalau pergi ngan mr.hubby harus kot amek hahaha..

kedai ni kalau from Setiu, jumpa roundabout batu bersurat tu terus ke kanan.. nanti ada deret kedai kedai kat situ je.. nak explain lebih lebih pon tak reti sbb im not familiar sangat dengan jalan KT bhahaha.. nak tau more info pasal kedai ni, boleh tengok dekat dia punya fb or website.

|menu|

so sebab masing masing tak nak makan steamboat, so order ala carte je semua..

|nasi goreng seafood|

|kuey teow goreng|

|telur separuh masak|

|fries|

|sup daging|

|ayam masak halia|

|kangkung goreng belacan|

tapi tu harga masa promotion, harga sekarang untuk :

Dewasa RM 23.90

Kanak kanak RM 13.90

so, insyaAllah next time boleh try steamboat buffet dia plak..

“Makang Sekak Sekak Nok , Biar Se’eh Perot Baru Bayor”

HAPPY BIRTHDAY CHOX

surprise birthday for bro, Chox. kebetulan dia ada balik Setiu, so maghrib tu terus start buat cake.. nasib baik sempat masak cake.. dah masak cake, sibuk plak lil sis, Sri nak suruh buat layer dengan nutella la ape awal awal bukan nak cakap, suruh suruh tu macam la birthday dia kan hohoo.. so buat la jugak choc moist cake layered byt nutella.. Chox xtau pon cake ni utk dia, dah siap cake tu terus g lepak D’Perahu..

|choc moist cake layered nutella|

happy birthday Chox..

kebetulan  masa ni kawan kawan Iwe ada sekali so celebrate sama sama.. Faris and Kiki je pon yang makan sebab orang lain semua dah kenyang makan cake. 🙂

WARUNG PAK MAT PULAU PISANG

Warung Mat Pulau Pisang.  first time datang. orang lain dah berkali kali datang, me baru first time. takpe la, better late than never kannn.. kebetulan nak g cari barang bakery kat KB, so my aunty Umiyah ajak lunch kat sini..  sebelum ni warung dia depan rumah dia je, now dah pindah kat Medan Ikan Bakar Kedai Buluh.. tempat lama me tak pernah pegi la, tau tau dah pindah sini.. so, meh tengok ape yang kitorang makan..

| daging goreng |

kenap daging goreng dia pon sedap? aishh.. makanan lain tak sampai lagi tapi daging goreng dah nak habis hahaha..

|ayam kampung bakar|

serious lembut gila.

|sup urat keting|

nahhh semangkuk besar.. pastu dah nak habis makan siap mintak lagi satu mangkuk sebab tak cukup haha..

close up sket.

|sup ikan|

sup ikan pon sedap. yang ni me and Umiyah je duk habiskan. HAHA

|teh ais madu|

and paling menarik dan tertarik dia punya teh ais madu, mak aihhh.. tak tau nak cakap ape speechless kejap masa minum tu seriously sedap. dah balik rasa menyesal tak tapau air ni.. tapi sup tu awal awal dah siap tapau hihihi.. dah la orang belanja, mintak tapau plak tu bahhaha.. total RM90+ untuk 6 orang makan, and tapau 2 bungkus.. tengah buat entry ni dah telan air liur bape kali tengok air ni aishhhh!

KHAL’S CAFE

khal’s cafe. kedai ni pon area my house jugak. dah banyak kali nak singgah tapi tak tersinggah sebab kadang kadang nak pergi tengok tengok dah tutup, sebab kalau tak silap before this dia buka till 9pm je.. sekarang sampai 11pm.. so kebetulan my cousin, Nadia datang rumah and ajak lunch, so terus je pergi sini.. jalan kaki pon bolehh hehee

time datang ni ada 2-3 orang je maybe dah lepas lunch hour kot, makanan pon banyak dah habis..

so, kitorang order kari kambing gearbox..

order 3 layer tea habis, avocado pon habis. so dua dua order milo tabur.

ni dia punya signature dish

and if me tak silap owner dia from Johor kot, sebab tu menu dia banyak masakan Johor :p

and ada discount untuk student, but make sure kena bawa la id card.. so kalau nak pegi sini boleh tengok address kat atas tu..

WASH UR GOSSIPS

wash ur gossips. tak tau pon kedai ni area rumah je. kebetulan hari tu bosan so pusing pusing la nak cari kedai minum and lepak. sekali ternampak kedai ni, tapi tak jadi plak singgah so postponed datang lepas tu.. so planning dgn my cousins, Aimi and Nadia.. my sis Mirna untuk lepak sini..

konsep kedai ni, cafe and laundry. sambil laundry baju boleh melepak sambil makan minum

|barley| ovaltine| strawberry smoothies| teh tarik|

sebab before datang lepak sini, kitorang dah makan beriani kambing yang me masak kat rumah so, order pon share share je la.

|keropok lekor|

|mee kari|

|ginger beef kuey teow|

dah nak siap makan baru mr.hubby and Nabil sampai.. kitorang lepak sini pon tak lama sangat, sebab terkejar kejar nak pegi Raffiey Nasir sebelum kedai tutup..

FOODILICIOUS KITCHEN

FOODILICIOUS KITCHEN. lastweek pergi makan nasi arab dekat D’Arab Cafe, sekali ternampak kedai Foodilicious Kitchen ni, tapi sebab masa kitorang pergi tu Ahad so kedai tutup, dapat tengok signboard je la and bunting yang tergantung kat luar tu.. oh kedai western food. balik rumah terus google pasal foodilicious, so terus set ngan mr.hubby nanti nak pergi makan sana heheee.. so 2-3 hari lepas tu, ajak my cousins Nadia, Aimi n Nadia’s fiance Affiz lepak lepak and makan kat sini..

ok ni menu dia

Nadia order 7 spices lamb chop set

Aimi order 7 spices lamb chop

mr.hubby pon sama macam Aimi jugak

me order shitake grill chicken

Affiz tetiba nasi plak haha. dia order chicken kabsah. sebab kedai ni kan style foodcourt so ada kedai2 lain jugak. dia tak nak makan western so dia order nasi arab dekat D’Arab Cafe..

ok anyone yang berminat nak try western dia boleh tengok address kat atas tu ye..

or nak tau info or pape boleh check and contact diorang punya Blog, FB, Twitter, Instagram or Email diorang ok 🙂