sorry la tak sempat nak baking sebab esok dah nak balik, lagipun sekarang tak boleh nak baking lagi telinga still sakit lagi. nasib baik Kak Nurul ada buat kek lebih, 11.30 mlm baru mencari kek.. janji dapat jugak surprisekan birthday boy hehee..
lately ni nampak ramai plak duk share resepi sangkaya boatnoodle tu. ye la kalau makan kat Boat Noodle 1 set tak cukup, alang alang dah ada resepi meh la kita try..
bahan – bahan :
pic from FB
cara – cara :
me blend daun pandan dengan sedikit air, tapi xde la pakai sampai 8 helai. 2-3 helai daun pandan pon dah ok, kalau rajin nak tumbuk pon boleh. then tapiskan air daun pandan tu tadi and masukkan kedalam adunan yang sudah dicampur santan + gula + air + tepung jagung + palm sugar (kalau xde pakai gula melaka pon boleh) + telur (kuning) but kalau rasa membazir guna je sebiji terus telur tu. kacau je semua dulu bagi sebati, then baru on api..kacau dengan api yang perlahan, oh kalau nampak tak berapa nak hijau boleh je tambah sedikit pewarna. Tapi me X tambah pewarna pon sebab color dah cantik. biasanya kacau sekejap je dah pekat and dah bleh tutup api. roti plak just steam je. and time nak hidangkan tu just tuang je susu cair tu dalam sangkaya yang dah siap tu.
yang ni pakai pewarna sikit & telur kuning saje and pakai gula melaka sebab masa ni takde palm sugar.
this one plak, 100% dari warna air daun pandan tu pakai sebiji telur(kuning+putih) and pakai palm sugar.
salam aidiladha 🙂 sepatutnya this year beraya dekat Shah Alam sebab last year me dah raya haji kat KB, tapi my cousin’s wedding plak lepas raya haji.. so beraya kat KB la this year, sorry mr. husband..
suasana di pagi raya, selepas solat sunat hari raya ada jamuan makan skit skit untuk jemaah surau Sri Nakhoda..
sementara bersiap nak gerak g tempat qurban..
macam biasa la terus makan yang baru siap dimasak.. fresh2 lagi..
balik dr tempat qurban, petang sesi pembahagian daging.. and masak untuk dinner.. fuhhh tak puas makan sup air asam perut tuuu..
nah sis blnja skit gmbr raya sis utk mr.husband yang jauh di Shah Alam heheee..
sebelum Raya aritu ada g service kereta, then dapat la voucher Lazada ni. tapi asyik terlupa je nak guna. tadi tengah kemas kemas meja terjumpa ni expired pon esok daaa.. so, nahhh amik la kalau korang nak.. Happy Shopping!
since April aritu me dah tukar skincare, sibuk duk survey skincare ape yang best 1-2 minggu duk survey lastly me pilih Kaylena Beaute by Leuniey Natasha. masa nak beli pon satu hal, contact agent kat Shah Alam tapi reply pun lambat. whatsapp 9 mlm ni 9 pagi esok baru nak reply. pastu ada terjumpa agent kat Ipoh, so me beli je dari dia. biasa la untuk permulaan, try je beli trial pack dulu. mana la tau nanti tak sesuai dengan kulit me ke ape kan. masa beli travel kit ni, dia ada suggestkan honey soap jugak tu pon 1/4 je beli. kira agent tu dah siap potong la. dalam set ni ada cleanser + activating toner + treatment moisturizer + day cream + night cream. cleanser memang bau best sangat, bau macam stoberi gitu. cleanser dah ada tapi me saje la beli honey soap tu, so pagi me pakai honey soap malam me pakai cleanser dia so jimat la hehee.. tak habis 1 trial set pon lagi nampak macam sesuai, so June aritu order trial set lagi satu dengan my cousin, Farah. kebetulan dia baru jadi mini agent. eh sekali ramai plak cousins lain pun pakai and sesuai. senang la market dia haha.
pic kiri ni sebelum pakai, punya la banyak jerawat kecik kecik. asyik rasa nak picit je. surut kejap eh 2-3 hari naik lagi. stress mak! pic sebelah kanan atas tu belum habis 1 trial set, dah kecut jerawat kecik kecik tu. and pic last tu masa guna 2nd trial set. nampaknya jerawat kecik tu semua dah hilang, parut jerawat lama pon macam makin pudar. still ada lagi tapi takde la seterang macam sebelum ni. kebetulan nak Merdeka ni nampak ada sales 20%, terus me order large set. tahan lagi lama la.. sebab trial set pun 2 bulan baru habis. sebab pakai dia sikit sikit je. so macam jimat banyak la.
order hari ni, esok sampai.
new packaging kalau tak silap.
packaging lama, yang putih tu je dulu. ni macam ada box gitu la. nampak la lagi cantik. cewah.
2nd trial set pun ada lagi sikit untuk seminggu gitu la kot lagi boleh pakai, x sabar nak buka new set HEHE.. harap new set ni me lagi rajin la nak tepek day cream tu, maklum la seharian kat rumah kadang malas nak pakai sebab tu lambat skit nak flawless ni HAHA kalau korang berminat boleh la beli sekarang alang alang tengah 20% sales tu, 31 august ni last 20% sales. so kena la order cepat cepat. cari je dekat ig KaylenaBeauteHQ
oh untuk pembelian before merdeka ni ada lucky draw. mana la tau me dapat menang lucky draw merdeka ni. Amin 🙂
mr.husband cakap ada kedai baru buka dekat Sek 24, kira baru opening la semalam.. nampak ramai duk promote dekat group Sarbanz, so kitorang pegi la try..
nah ni menu dia. semua murah murah dan portion banyak.
nasi goreng beef steak
spaghetti chicken chop
2 orang makan + air buah tak sampai RM20 pun.. so kalau korang nak try boleh la datang SINI
semalam ikut mr.husband outstation ke Ipoh.. then dia anta la me kat rumah my aunt, Teh.. then petang tu Fira ajak g makan Laksa Sarang.. rasanya ada 2-3 kedai kot kat Ipoh yang jual laksa sarang ni, tapi ni diorang bawa makan kat Kafe Setinggan, Bandar Seri Botani.. masa datang tu punya la ramai orang, makan situ pon full yang tapau lagi la beratur panjang..
tengok telur tu macam nak makan semua HAHA
not bad, sedap jugak. tapi kalau kuah tak diletak atas telur tu lagi sedap kot baru rasa crunchy crunchy telur tu hehee.. kat Shah Alam takde ke orang nak jual laksa sarang camni, konpem laku.. next time nak try Laksa Saranghae plak..
dulu rasanya pernah update kat blog pasal nasi ayam, tapi 7-8 tahun lepas la kot tu pon dah tak jumpa post yg mana HAHA.. so lagi sekali me share resepi Nasi Ayam by NM
bahan – bahan :
ayam
bawang putih
bawang merah
halia
kicap
serai
cili padi
salad
timun
tomato
Cara – cara :
firstly, macam biasa la cuci ayam then rebus sekejap. time rebus ni me tak letak garam or pape pon, rebus kosong camtu je. dah nampak isi ayam dah putih boleh la angkat then toskan.
bawang putih + halia. kalau nak senang blend je. tapi biasa la terlampau rajin, me tumbuk je semua. then divide to 3. yang banyak tu untuk marinated kat ayam, dan lagi 2 tu untuk sup dan kicap.
ayam yang dah ditoskan tadi, lumurkan dengan bawang+halia yang ditumbuk tadi. letak sedikit garam + kicap. marinated la setengah jam ke camtu takpon sambil sambil masak nasi ke buat sup ke ok la..
ni hasil ayam yang dah digoreng..
ni air rebusan ayam tadi. make sure simpan. jangan buang, sebab banyak lagi kegunaan dia.
untuk nasi, me goreng bawang merah + bunga lawang, bunga cengkih, lada hitam semua tu..lepas cuci beras, masukkan bahan yang dah digoreng tadi, masukkan sedikit minyak masak, air untuk masak nasi ni me gunakan air rebusan ayam tadi then masukkan sedikit garam and masak macam biasa.
ada setengah orang buat warna kuning la ape, tapi me suka plain je. tak payah letak pewarna or pape..
untuk kuah kicap, me tumis bawang putih + halia.. masukkan sedikit air rebusan ayam + kicap and season to taste. biasa me dah tak letak garam ke ape semua dah sebab letak kicap tu dah rasa secukup rasa.
hasil kuah kicap. kalau malas nak buat guna je kicap biasa HAHA tapi sebab dah terbiasa buat nasi ayam mesti nak ada kuah kicap ni..
ok untuk sup plak, tumis bawang putih + halia tadi then masukkan air rebusan ayam tadi and serai. nak letak isi ayam pon boleh. masukkan sedikit garam dan serbuk perasa.
kalut nak makan, sampai terlupa nak letak bawang goreng.
untuk sambal, me guna cili padi + cuka + limau nipis + garam + gula. tapi tak tau kenapa memang jenis tak berapa suka blend cili ni, so me tumbuk je cili and tomato sampai lumat. then baru masukkan sedikit cuka + garam + gula + air asam limau. rasanya dah lama rumah ni x beli limau nipis sebab me selalu guna lime powder je. senang nak simpan stock.
sambal nasi ayam
macam biasa la salad + timun + tomato ni kan salah satu condiment untuk nasi ayam.. cuci then potong ikut suka hati korang la.
tadaaaa.. ni la hasilnya Nasi Ayam NM. boleh la kalau korang nak try buat 😉
Alhamdulillah 8.8.16 my cousin, Kak Ilah selamat lahirkan 2nd baby.. baby boy again. congrats Kak Ilah and Abg Azzril.. wah makin bertambah warga Sri Nakhoda..
today, baru aunty Nieja dapat g tengok baby Maliq.. alahai comel kecik je..
punya la excited nak buat makan makan, sebab since raya aritu busy dengan open house sana sini.. pastu time dah tak busy terkena food poisoning pulak seminggu takde selera nak makan.. and kebetulan Geng Bulat nak datang beraya, so me buat la soto ayam. biasa buat pakai pes beli je, ni kita guna resepi Anot plak bagi. sebab masa g open house rumah Anot 2 minggu lepas dia ada buatkan soto ayam.
bahan – bahan :
3/4 ayam
sup bunjut
rempah kurma
rempah sup
halia
bawang merah
bawang putih
cara – cara :
firstly, me rebus ayam ni dengan sup bunjut ni. dah masak, toskan nanti dah sejuk dah boleh carik isi ayam.
untuk sup, me potong bawang merah + putih + halia. goreng sekejap, then angkat and blend dan masukkan semua sekali kedalam air rebusan ayam tadi. tulang ayam kaki ayam semua me campak dalam tu, dan letak sepeket perencah kurma dan sepeket perencah sup. me guna peket kecik je semua. then didihkan, letak la garam and serbuk perisa.
dah buat soto, mesti nak buat begedil. ok begedil ni pon first time buat. jakun ok. dah la memang peminat tegar begedil tapi tak pernah buat. senang je rupanya. next time boleh buat lagi heheeee.. ok ni cara nak buat begedil ayam
bahan – bahan :
5 biji kentang
isi ayam
chili flakes
black pepper
daun sup
daun bawang
bawang goreng
garam
telur
cara – cara :
kupas 5 biji kentang, potong wedges dan goreng.
dah angkat tu boleh la lenyek ke blend ke ape, me nak senang me pakai lesung je. tumbuk je sebab kentang tu panas panaskan so senang je nak hancur. pastu masukkan sedikit isi ayam yang direbus tadi. nak guna minced meat/ minced chicken pon boleh. masukkan chili flakes or kalau rajin boleh potong cili. sedikit daun bawang and sup, blackpepper dan bawang goreng. masukkan sebiji kuning telur dan gaul.
bulatkan dan tekan sedikit bagi bentuk leper, celupkan dalam sebiji telur dan dah boleh terus goreng. me buat takde la besar sangat, so dapat la dalam 45 biji begedil. walllaaaa~
untuk dessert, me buat sagu gula melaka. resepi boleh tengok kat SINI.
soto ayam by NM 🙂
lepas makan, diorang bantai makan durian pulak. first time bawa masuk durian kat rumah ni. kalau bukan korang datang memang jangan harapppp la HAHAAAA.. takpe bagi chance kat mr.husband nikmati durian hari ni HAHA thank you Put bawakan durian, Mokcik bawakan bihun goreng putih kegilaan ramai masa kat MSU dulu.. and Miss Z bawa tart nenas yang gebu gebas.
thank you semua yang datang, geng bulat still tak kurus kurus. thank you jugak Mak Mokcik, adik ipar Mokcik and nenek Put sebab datang memeriahkan lagi rumah 🙂
double storey house ,with 4 bedrooms and 3 toilets
Located at: Taman lavender,Talang,Kuala kangsar
Happening area,next to kfc,uncle Jimboy restaurant,textiles shop etc
3 km to MCKK,5 km to KUISAT,4km to town Kuala Kangsar
Includes: fridge,cooker,sofa bed,dining table
Rooms:
1 master bedroom with aircond and attached toilet (heater)
3 rooms attached toilet
Price:
4 rooms attached toilet(including master bedroom with aircond) rm 350 or
3 rooms attached toilet(not including master bedroom) rm250