dah dekat 3 weeks Faris datang, arini baru sempat bawa dia lepak kat Food Truck Shah Alam..
strawberry milk shake ke ape nama, sedap. tapi lagi sedap banana milk shake. yummy!
nasi beriani ni la yang selalu kitorang datang makan, MS Beriani Food Truck. biasa kitorang amik yang lamb, tapi hari ni takde lamb plak. so order je yang ayam. kalau mr.husband order macam biasa la nasi mesti mintak extra, nampak takkk.. sebab sedap kannn hehee
laksa johor, aritu try laksa sarawak tapi malam ni takde plak truck tu.. so me order laksa johor la plak..
chicken wing ni sedap, sebiji rasa macam kat kedai Nabil dulu..
planning asal nak merisik, 2 minggu sebelum cakap tak jadi merisik terus tunang je settle.. kelam kabut jugak my SIL buat preparation sebab last min kan, nak kena cari pelamin, mekap, nak kena cari baju, cincin, hantaran lagi, nasib baik MIL pro bab ngubah hantaran ni.. nasib baik skrg nak cari pape senang je, google kan ada heheee.. and alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. 2 hari sebelum majlis, orang datang pasang pelamin. ni pon hasil google saje, mana yang available terus grab je.
around 10.30am gtu la rombongan dari pihak lelaki sampai.. macam biasa la bicangkan date and bla bla..
sesi menyarungkan cincin, orang ramai so me pon snap sipi sipi je la..
hantaran
hantaran dari pihak perempuan
hantaran dari pihak lelaki
alhamdulillah, congrats my SIL & Sab.. insyaAllah next year bertambah la birasku hehee..
nasi kandar uolsss.. nasi kandar from Munawwar Sek 19..actually kedai ni pon baru buka tak sampai sebulan..so FIL order kat sini je.. paling laku keli sambal tu la khas FIL buat time majlis pertunangan anak perempuan dia.. abang dia (mr.husband) gigih lepas Subuh menggoreng telur mata 60biji, saja banyakkan lagi lauk hehee..
dah macam reUnion ex SAL ni HAHA..
time majlis mr.husband busy siapkan dewan kat bawah, so before balik sempat la naik bergambar.. kang takde kenangan plak hihi
pengantin lama ni pon biasa la mana mana menyibuk je inter frame kat pelamin orang :p
You are my not only the best husband, but also the great friend of mine.
Happy 32nd birthday, Mr.husband
last month masa my birthday ajak mr.husband dinner kat shell out Coboroy, kebetulan ni nampak orang duk viral shell out Hope Bite plak.. so kita try la kat sini plak..
1pax Rm13.00:-
Goreng Tepung
Sotong
Udang
………….…………….
Masak Kam Heong
Kupang
Kepah
Scallop
Pahat
………………………..
Butter Milk
Ketam
…………………………
Sayur
Jaggung
Nasi
for 3 pax, tu pon jenuh nak habiskan sebab lauk dia banyak.. tapi masa kitorang pergi ni kupang, scallop and pepahat takde 🙁 diaorang pon takde inform masa booking tu, time makanan sampai pon 2-3 kali mr.husband tanya dah ke belum, sebab ada benda xde kan.. staff dia pon tak bagitau, so kitorang makan je la.. time nak bayar tu pon sebab me tanya, baru diorang explain pepahat, scallop and kupang out of stock.. hmm so dia gantikan kepah la bebanyak..
kebetulan Faris baru sampai, so ajak la dia sekali..
haruslah yang banyak tu me punya HAHA
HOPE BITE
G-10, Block 2, TTDI Adina, Jalan Judo 13/45, Sect 13, 40675 Shah Alam
today, kena datang Hosp Shah Alam sebab ada follow up pasal telinga yang still tak baik baik lagi tu..
sebab macam dah berzaman tak pergi gov hosp, macam gelabah la appointment pukul 9am nak kena datang pukul berapa, kang lambat sangat plak ke ape hahaa gelabah betul. nasib hosp dekat je dengan rumah, dalam 10 min macam tu je.. sampai sana ehhh takde orang pon HAHA.. pergi register tunggu pon tak sampai 3 min terus dapat register
and dapat kad, terus naik tingkat 5 dekat Klinik Otorinolaringologi
kat sini almost sejam jugak tunggu sebab memang ramai yang follow up hari ni..
dah jumpa doc, dia check lagi sekali hidung, pernafasan, check dlm mulut and ada la 2-3 test lagi sampai dah lupa sebab banyak sangat , then terus g bilik audiometri check gegendang telinga. alhamdulillah doctor cakap liquid yang lebih belakang gegendang telinga tu dah normal sebab sebelum ni -75 now dah -39 so normal la sebab dia xleh lebih -50 tapi sebab me cakap still macam bunyi angin gitu dia refer balik kat doctor lagi satu, then doctor tu cakap memang dah ok siap printkan graft yang dicheck semua tadi sebab me macam tak puas hati huhu.. but me still x puas hati jugak sebab if malam malam nak tidur kalo mengiring ke kiri telinga tu still bunyi, and senang cite setiap masa la sebenarnya bunyi tapi takde la kuat sangat sebab siang hari bunyi bising bising macam tak menganggu sangat tapi bila time malam je la lagi lagi time nak tidur, so doctor decide buat 1 lagi appointment lagi 2 bulan untuk check lagi detail.. hopefully before Jan nanti telinga ni dah ok sepenuhnya la so tak payah la pergi jumpa doctor lagi..
sebab dah tak sakit and gegendang semua dah ok, tak payah makan ubat 🙂 just tunggu lagi 2 bulan je untuk follow up..
sebab tak lama kat hosp, so plan nak g lunch kat Chombi Sek 13, sekali sampai sana tutup 🙁 sedih betul. end up g makan D’Ranting je, kebetulan ada daging salai arini yummms! tapi seriously D’Ranting ni memang murah, ni kitorang makan dalam RM13 dah la pisang free untuk hari jumaat.. tengah makan baru diorang start bakar ikan, adoii tak tahan betul. takpe la next time plak try ikan bakar sini.. biasanya mr.husband tapaukan je sebab kalau lunch hour punya la ramai orang sebab sedap dan murah. 2-3 minggu lepas kot mr.husband ada tapaukan telur itik masak lemak tu 2, asam pedas pari, sayur goreng, ayam goreng, sotong celup tepung, teh ais 2, nasi 2 total RM18 je weh.. murah gila kot. murah rezeki tuan kedai 🙂
sebelum ni pernah singgah kedai ni tapi time malam la, tu pon kebetulan balik dr Aeon Big tu nampak ada orang jual nasi kerabu golok, so kitorang try la. memang sedap, daging bakar madu dia pon lembut je. tapi serious nasi memang banyak gila. nampak dia ada jual nasi lemak + nasi berlauk gulai ikan jugak waktu malam.. seminggu lepas tu terjumpa orang share pasal nasi paku kat Shah Alam, terus la mencari kat mana.. oh rupanya kedai yang kitorang makan nasi kerabu aritu..
terus whatsapp mr.husband konon time weekend ke ape boleh la pergi.. ehh alih alih ada orang ketuk pintu, rupanya mr.husband ada buat kerja area situ so dia tapaukan je la nasi paku tu..
wahh.. dah macam kat Hover KB laa.. next time bleh pergi lunch kat situ tengok lauk dia macam macam jugak..
sedar tak sedar, eh dah setahun baby Nayla Adelia? how time flies..
petang tadi Nadia & Affiz datang je rumah kebetulan baru balik inject Adelia utk 1 year, dah lewat petang diorang call cakap nak beli cake la saje nak buat makan sikit sikit.. kemain Mummy & Daddy dia suruh tulis Nayla Adelia bleh plak bangla kedai bakery tu g tulis terbalik HAHA Adelia Nayla pon bolehhh..
thank you Nadia, spaghetti tu sedap 🙂
happy birthday dear Adelia, semoga menjadi anak yang solehah.. Aunty Nieja & Uncle Akim loves u!
duk viral kat FB pasal Restoran De’Don ni.. so meh la kita terjah..
Air Sihir Nenek Jahat? sebab air sihir ni la kedai ni viral. tengok nama air sihir pon seram je nak order HAHA.. actually konsep kedai ni macam food court, banyak stall.. ada pancake, pisang cheese, pelbagai jenis pulut, char kuey teow, satay, masakan panas, nasi dendeng, ikan bakar, shell out, roti john, cendol, sizling, yong tau foo eh macam macam la, rambang mata pulak nak pilih sebab semua nampak sedap.. tapi masa me pergi ni ada banyak jugak stall tutup, diorang ada catering luar ke ape ntah orang kat restoran tu cakap.. so kitorang order la ape yang ada..
nasi dendeng ayam berempah
nasi dendeng
satay lilit ayam dan daging
nasi dendeng tu dihidangkan dengan sekali kuah lemak.. memang sedap la dendeng daging tu, tapi satay lilit tu tak tau la tak berapa kena dengan taste kitorang kot, rasa macam manis manis plak.. tapi my friend n SIL datang aritu semua suggest suruh makan satay lilit tu diorang cakap sedap rasa berempah, ntah la maybe hari ni terlebih bahan perapan la kot.
mango nenen
oh tapi yang ini memang sedap, kalau datang sini try la mango nenen ni confirm tak menyesal :p
hasil 4 kali jumpa doctor, tukar ubat titik saja dah berapa kali. pada asalnya telinga ni tetiba bunyi berdengung, sebab sehari sebelum tu memang ada selesema teruk. pastu doctor cakap ada kesan berlubang sikit dekat gegendang telinga. dah ok yang tu demam panas on off, jumpa doctor lagi sebab ada bengkak plak depan gegendang telinga tu. dah ok demam start sakit kepala sangat sampai muntah muntah pergi jumpa doctor lagi, bengkak dah surut tapi still ada lagi la sikit. pastu dah start balik Shah Alam, tak boleh nak tido bila nak tido je telinga ni sakit je, bunyi berdengung tu still ada sampai sekarang. kekadang dia ok kekadang tak tapi kebanyakan memang tak ok la. lastly, mr.husband ajak jumpa doc pakar ENT. MIL suruh pergi PPUM, tapi dah nak tidur tu baru terpikir Hosp Shah Alam kan dah ada sekarang ni, why not try pergi sana je dekat pun dekat..
mr.husband terpaksa amik cuti untuk bawa pergi jumpa pakar.. sebab takde surat rujukan, pergi KK Shah Alam dulu, then dia pun memang suruh refer pakar sebab dah sebulan still tak ok.. omg murah ok RM 1 je. menunggu pon tak lama, register kejap then x sampai 5 min dah boleh jumpa doc.. lepas dah dapat surat dari doctor, terus bawa surat tu pergi Klinik Otorinolaringologi
dah bagi surat dekat sini, dekat setengah jam jugak kot baru bleh turun bawah balik untuk buka files baru.
tunggu turn nak dapatkan files ni lama skit dalam sejam kot, lepas register lagi sekali baru bleh naik ke Otorinolaringologi
dekat sini banyak step jugak la, memula jumpa Doctor dia check telinga hidung dulu, then dia spray ubat. and bila dah ok skit dia panggil kena pergi check gegendang telinga plak dekat bilik audiometri, masa check gegendang telinga, rupanya ada lebihan liquid belakang gegendang telinga, sebab tu selalu bunyi macam ada air. lepas tu jumpa doc lain pulak untuk last check hidung..
dah settle semua dapatkan kad follow up untuk lagi 3 weeks, and terus pergi kaunter farmasi. kat sini tak ramai orang pon tapi punya la lama menunggu dekat 45 min jugak kot, tapi bila dah balik rumah kebetulan ada orang share article INI ok now dah paham heheee..
so, next follow up 18 Nov ni.. harap harap semuanya ok la lepas ni..
before balik rumah, singgah lunch nasi ayam kat kedai fav kitorang kat sek 19, selalu pergi tapi tak tau nama kedai pon sebab kitorang selalu panggil kedai murah hehee..
masa birthday aritu, my ex collegemate masa dekat Johor dulu ada bagi mini pau. kebetulan memang dia jual mini pau, so dia hadiahkan la 2 packet mini pau ni.. sanggup dari Ampang datang hantar ke Shah Alam, thank you sangat sangat Emy.. actually sebelum ni memang dah lama nak order, sebab nampak ramai duk puji pau ni gebu gebas terliur la jugak kan.. masa dia cakap nak hantar pau ni pun, me nak order yang ayam or daging pon dah habis T___T takpe la next time try.
yg ni mix flavor.. satu pack ada 12pcs..
ada inti kacang, kaya, kelapa and coklat. serious semua sedap. inti pon banyak, memang tak kedekut inti la. dah la kecik kecik pau ni, makan pun geram geram je heeehe.. so kalau korang berminat nak try mini pau ni boleh la contact my friend, Emy ni.. dia delivery sekitar Ampang, Shah Alam & Bandar Saujana Putra
before birthday konon nak g makan kat luar la, tapi lately ni asyik demam on off je. serious tak larat nak keluar, so me order je chicken peri peri ala nandos ni dekat group Sarbanz.
lagipon ni dah kali ketiga order kot, so dah tau kesedapan dia. dah la murah 1 set RM10 je ayam 1/4 ada butter rice and coleslaw.
tepat 12 malam, biasa la mr.husband keluarkan cake.
then, Mama send whatsapp. dia pon belikan cake kat sana. dia cakap takpe la anak anak takde pon beli je cake tanda ingatan T____T touching betul. aritu sebelum balik Shah Alam planning nak celebrate la sekali dengan Faris, Iwe & Sri macam sebelum ni tapi masa tak mengizinkan.. tengok gambar cake je la.
tenghari tadi my sis datang.. bawakan choc brownies with ice cream. thank you Mir 🙂
malam, pergi makan dekat Coboroy shell out. dah kenapa last year pon shell out, tahun ni pon shell out HAHA. tapi takpe i loikeee seafood 🙂 eh tapi seriously sedap shell out dekat Coboroy ni. ni pon me tau sebab nampak orang duk viralkan cakap shell out murah dan sedap. nasib baik 2 hari awal booking kalau tak menangis bucu katil la. biasa la bila dah viral orang memang serbu la kan.
mr.husband tak makan? eh jangan percaya. tu dah habis makan dia tengah tunggu nasi utk 2nd round. kan dah cakap shell out sini sedap and murah. nasi pon kena la tambah hehee..
COBOROY SHELL OUT
Seri Lanchong Food Court, Shah Alam
0173994833
Happy 30th birthday to me 🙂 Alhamdulillah, syukur 1 year older.. dah 3 series weh T____T
And thank you everyone for all the well wishes and doa. May Allah bless you all with health and happiness. Amin.
sekarang ni kat Shah Alam banyak betul orang jual nasi kak wok. nasi kak wok JJ saja dah 2 cawangan kalau tak silap kat Shah Alam, nasi Kak Wok D’ Ambo Bistro la, ntah macam macam kedai la.. so kali ni me try Nasi Kak Wok Shah Alam, Seksyen 7.. sebab kat sini macam macam jugak menu dia ada roti titab la aiskrim pulut la cekmek la memang feel duk kat Kelate la camni HAHA
tujuan datang sini nak makan cek mek je sebenarnya, nak buat malas. tengok cekmek dia gemok gemok, gigit je mak aihhh air gula dia pon banyak.. memang puas hati la.
tapi dah sampai sini, tengok orang makan nasi tetiba rasa lapar kan. haruslah order nasi kak wok jugak.
nah macam macam menu lagi dia ada, macam semua nak try. tapi sebab sebelum datang pon dah bedal mandy lamb Al Rawsha so terpaksa lupakan je. takpe next time boleh datang try menu lain plak.
masa me kat Setiu aritu, mr.husband ada cakap dia g makan nasi lemak royale kat Taman Dagang, Ampang.. aishhh tgk pic dia whatsapp rasa terus nak balik hahaaa..
alang alang dah balik sini, dia bawa makan nasi lemak royale..
me macam biasa la mesti nak ayam + telur ikan or telur sotong. tapi masa sampai tu time orang ramai datang dinner, ayam pon tak leh nak pilih sebab tak banyak choice pon, telur sotong dah habis.. telur ikan pon tinggal tu je. sekali dah siap taruk kuah campur bagai, baru la sampai ayam goreng panas2.. telur sotong pon baru siap masak T_____T sedih betul. HAHA
mr.husband mcm biasa la lauk dia, tak daging dia akan amik kambing dah tau sangat.
pheww.. sedap weh. nanti boleh la datang lagi, tapi Nasi Kandar Padang Kota dekat Kota Damansara tetap menjadi pujaan hatiku heheee..
start Sept aritu, my friend ada jual nasi kukus. so, lagi la senang kan. boleh dikatakan everyday jugak la membedal nasi kukus. malas masak je order, dah la sedap and tersangatlah murah. RM4 utk nasi kukus ayam or keli berempah then siap ada free air lagi and FREE DELIVERY sekitar Bandar Permaisuri ni..
and kebetulan plak, mr.husband datang amik me kat Setiu, so me order la siap siap sebelum gerak balik ke Shah Alam.. boleh la bagi dia rasa kesedapan Nasi Kukus Anok Maa ni.. dah sebulan niaga, dia keluarkan menu baru cewah.. ada menu ayam sambal meleleh dan keli sambal meleleh. harga tetap sama, RM4 free air and free delivery. tapi sampai hujung bulan 10 je la. kemain promosi sampai 2 bulan. so start 1 Nov nanti harga dah normal la, but still murah lagi la RM5..
nasi kukus ayam sambal meleleh
nasi kukus ayam berempah
nasi kukus keli berempah
nasi kukus keli sambal meleleh
first day arini menu sambal meleleh, sempat la merasa sebelum balik. alahaiii tengah taip pon kecur air liur tengok nasi kukus ni..