tadi kebetulan pergi Sek 7, saja try kat Dill’s Rest.. Sek 7 & Sek 16 tu tak jauh pon.
kedai yang chicken chop RM5 tu..
time sampai menu, tak banyak pon choice. ada lamb chop, chicken chop, meatball, chicken ball & fries. memang limited la menu dia. tapi customer memang full la, maybe sebab murah kot.
lamb chop
chicken chop
chicken chop RM5 lamb chop RM8. murah. rasa? setanding la dengan harga.
sekarang kat musim durian and manggis, tapi me bau durian pon tak boleh apatah lagi nak makan haha. tapi kalau manggis, hari-hari pon boleh makan, sedappp weh! last week nampak, my cousin Kak El makan sambal manggis. omg nampak sedap gilaaa. so, me try la buat. fuhh! meme sedakkkk..
buat sambal belacan + buah manggis, gaul je semua nanti keluar la air dari buah tu.. sedappp!
and kebetulan arini buat terung masak lemak, makan dengan sambal ni memang sedap la.
beberapa hari lepas, ada buat cendawan masak lemak cili padi. tak pernha makan pon sebelum ni, tapi tak tau nak masak ape lagi dengan cendawan ni try je la masak lemak cili padi, sedap jugak hehee..
bahan – bahan :
bawang merah
cili padi
serai
kunyit
ikan bilis
santan
cendawan
kentang
cara -cara :
me tumbuk je sampai lumat bawang merah + cili padi + kunyit + ikan bilis. serai tu ketuk-ketuk gitu je, then campak semua dalam periuk, masukkan santan + kentang. saje letak kentang kebetulan kentang banyak kat rumah, tak nak letak pon takpe. dah nampak kentang nak masak tu baru me masukkan cendawan + garam & seasoning to taste. sebab cendawan kejap je dah masak, so last-last la baru letak.
alhamdulillah, sempat jugak puasa sunat syawal. lagi beberapa hari nak habis bulan syawal, ikutkan lepas raya nak terus puasa je pastu period la, busy tolong Mir pindah la macam-macam.. esok dah boleh masak rendang, ketupat, kuah kacang , lontong etc hahaaaa
2 hari lepas wedding Nabil, Mama plan nak balik Setiu dah, sekali dia suruh Iwe & Sri je balik dulu sebab nak tolong Mir pindah.
sampai umah Mir, me & Mama sampai tak tau nak start dari mana. HAHA. duduk sorang tapi barang macam 4 orang dush!
start dalam 11 malam, 4-5 pagi baru settle pack semua masuk kotak. next day, dalam tengahari lori dah sampai nak angkat barang.
finally!! gila tak penat. tu pon 1 lori 3 tan x muat, angkut berapa trip pakai kereta, next day tu siap amik van lagi penuh van gilo! baru settle hahaaaa.. mampus!
3-4 hari plak unpack balik boxes and kemas rumah baru. fuhhh!
konon, nak masak salmon. tu pon tak sempat HAHA. last day, Mir masak yeay!
tapi seriously, siakap stim limau dia memang sedap giloooo weh!
1-2 hari sebelum balik Shah Alam baru sempat santai-santai kat pool. gila tak busy hahaa. habis satu badan sakit.
sampai-sampai terus kena jadi dulang girl hahaaa. maklum la cousin yang anak dara ramai yang tak dapat datang sebab esok lusa dah start sekolah kan. so, saudara-mara area KL je la yang wakil memeriahkan majlis, tapi tak ketinggalan Mama from Setiu & Umiyah from KB pon datang hahaaa..
around 11 lebih majlis akad nikah start.
lepas majlis akad nikah, makan and acara wajib, bergambar.
semalam, Syafa ajak open house rumah adik dia, Dilah. kebetulan parent dia dari Sarawak pon beraya kat sini. lagipun balik raya hari tu tak sempat pon nak beraya ngan Syafa, alang-alang dia ada kat KL, boleh la datang beraya.
my fav, laksa sarawak & kek lapis yumms! and ada nasi minyak jugak.
and kebetulan hari ni birthday Amanda, so celebrate birthday Amanda & Icca sekali. birthdya Icca next month, takpe la ca, celebrate awal hehee..
Esah dalam pantang, so me & Jaa je yang dapat join. thank you tuan rumah 🙂 seronok lama x jumpa family Syafa, kalau tak dulu zaman sekolah petang-petang je ada je muka me kat rumah dia hahahaaa..
my MIL masak kari ayam + kurma daging + rendang ayam belanda + spaghetti bolognese + sambal goreng + kuah kacang
nasi impit + ketupat by FIL + spaghetti + cheesetart by me 🙂
MIL signature, mango yogurt yumms!
mabelessss!
this year sempat beraya rumah husband’s cousin, Atie je. sebab kebetulan raya hari jumaat so lepas solat jumaat me & mr.husband and Man & Mira tak ikut pergi rumah Pak Ngah.. kitorang nak packing balik Terengganu and Man & Mira nak balik Baling.
gerak from Shah Alam around 7pm camtu kot, then sampai Setiu ada la singgah rumah customer anta florentine cookies and sampai rumah around 1.30am camtu kot terus masuk dapur baking.
ikutkan, biasanya from Shah Alam terus je balik KB tapi sebab nak tidur Setiu malam ni, stop tidur sini kejap. and dah janji sedara order cheese tart, balik baking la kejap. sibaik tart shell me dah buat siap-siap kat Shah Alam, so just isi filling + cheese and bakar je la kejap. thank you Proserfina temankan 🙂
2 Syawal
lepas customer amik cookies, terus gerak balik KB. plan nak pergi beraya rumah kawan-kawan kat Setiu tapi semua busy beraya. and diorang ajak beraya petang ramai-ramai but macam tak sempat la plak sebab kat rumah my aunty, Umiyah pon ada open hosue hari ni.
otw balik KB, singgah makan Nasi Kandar kat Jabi. sebab dah tau confirm jem gila kalo raya-raya ni ke KB, better isi perut dulu hahaa..
beraya rumah saudara mara sebelah Mama and balik kampung sebelah arwah Pa, Pasir Tumbuh.
3 Syawal
open house kat rumah Mami & Papa, so seharian semua kat sini. dah lewat petang baru ikut Mir pergi rumah kawan dia.
malam, Sri Nakhoda’s tradition, duit raya session.
thank you 🙂
4 Syawal
open house kat rumah arwah nenek..
and , kebetulan puasa hari tu birthday Umar.. celebrate la sekali, alang-alang semua dah ada..
happy 1st birthday Umar Ramadhan!
macam dah lama takde family photo camni, habis time nak bergambar je ada je yang takde. aihh!
last day kat KB, buat BBQ and macam biasa firework session.
tak sampai lagi 2 weeks nak raya, me baru open order florentine cookies ni. so amik order pon tak banyak since kat sini pon oven satu and kecik je, but alhamdulillah sikit pon rezeki jugak. dah settle yang order baru nak buat biskut raya kat rumah sendiri, untuk bagi Mama sikit, MIL sikit and bawa balik KB sikit. bagi la rasa sikit-sikir sorang kan. me buat pon berapa jenis je dah tak sempat nak buat banyak-banyak.
florentine cookies
choc chip cookies
chocolate almond clusters
biskut mazola
popia nestum
kemain memula gigih buat bentuk riben bagai, macam cute je tapiiii.. macam lambattt je, HAHA.. so last-last potong biasa je hahaa.. lagi cepat
popia salted egg
sape nak makan biskut raya, meh la jemput datang beraya kat rumah hehee..
supposedly, berbuka dengan family in law hari ni tapi dari pagi sakit perut, so mr.husband je pergi.. dia tapaukan nasi ayam penyet siap-siap untuk bini..
23 Ramadhan
sahur : nasi goreng ikan masin + nasi goreng dgaing merah
berbuka : nasi ayam peri + kuih sekaya pulut
24 Ramadhan
sahur : spaghetti bolognese
berbuka : kari ayam + ikan cencaru sumbat goreng + telur dadar + kuih sekaya pulut
hari ni baru dapat berbuka dengan semua family in law..thank you Mak
26 Ramadhan
sahur : mihun goreng + siakap sweet sour
konon nak masak, sekali syok duk baking tengok dah lambat, sibaik mil ada bekalkan mihun goreng + ikan siakap ni tadi, just panaskan je la.
berbuka : kari daging + pajeri nenas + ikan cencaru bakar berempah + telur dadar + talam gula melaka + sekaya pulut
kari daging + pajeri nenas tapau umah MIL semalam HAHA, so masak ikan bakar and telur dadar je, sekaya pulut tu pon last dah.. kalau buat banyak mau sebulan duk makan kuih sekaya pulut ni hahaaa..
planning asal mr.husband ajak berbuka dekat Spiced Pumpkin tu, sekali dah tutup hari ni and ada untuk take away & delivery je. so tapau makan kat rumah je la, and nak try kunafa dia sebab orang cakap kunafa dia sedap, aishhh terliurrr gilaaa lama x makannnnn.. sekali sold out 🙁 lastnya, mr.husband tapaukan kunafa kat Damas Sweets. yumms!
masuk ni 3 kali g buffet untuk this Ramadhan, tapi yang ni macam semua lauk and makanan dia sedap. cheese cake dia pon sedap. lauk pauk dia semua me amik and sedap, ada kari kepala ikan, sotong lala and seafood dia senang cite fresh la. bubur lambuk dia pon sedap lauk banyak gila i loike!
16 Ramadhan
sahur : pizza + popia
leftover pizza sahur semalam, and goreng popia frozen je haha.
daging & lemak bakar from bazaar stadium KB uolss! thank you Mama kirim hehee.. plan nak makan tu je sekali mr.husband balik belikan ayam golek + murtabak plak. mangga tu Fai baru bawa dari Perlis 🙂
tak sempat nak balik, hari ni keluar cari baju raya lastnya tak beli pape pon. HAHA alang-alang dah lambat, and konon lepas berbuka nak pusing cari lagi.. lastnya berbuka kat luar je.
19 Ramadhan
sahur : maggie goreng + telur mata + daging & lemak bakar
berbuka : nasi lemak ayam + murtabak
20 Ramadhan
sahur : roti john cheese sekilo
fuh meleleh cheese dia.. memang banyak la cheese dia letak, actually ni mr.husband belikan untuk berbuka tapi sebab dah buat nasi lemak, me simpan je la untuk sahur. bangun sahur just panaskan kejap, fuh meleleh.. isi pon banyak puas hati la.
berbuka : kuey teow goreng + telur dadar + mangga
21 Ramadhan
sahur : mee tomyam
mee tomyam segera, ni mr.husband belikan speket untuk 2 kali buat. dalam tu ada mee kering + perencah je. so me saja la letak ayam + daging + carrot skit.. and kebetulana da daun limau campak je sekali. not bad, sedap jugak.
berbuka : daging & lemak bakar + telur berlada + telur masin
actually arini order food delivery, eh sekali dah petang cakap x sempat hantar 🙁 dah la tengah baking, sibaik daging & lemak bakar ada, panaskan ni je, rebus telur masin and buat telur berlada.
korang suka makan ayam/ sotong/ udang/ ketam/ spaghetti/ popia or pape yang letak telur masin? nah, ni me nak bagitau me ada jual salted egg powder. serbuk telur masin ni, memang senang gila la nak guna. tak payah dah nak rebus telur masin dulu ke ape, time masak masukkan je 1-2 sudu serbuk telur masin ni, konpem sedap dan memang cepat la siap. kalau korang berminat boleh la contact me ok! nak pos pon boleh, dont worry sebab me dah banyak kali pos untuk customer yang duk jauh..
mission pizza crust. dah lama tengok time nak beli wrap, sebab me suka mission wrap ni. last week, saja la try beli mission pizza crust. alang-alang tak tau nak sahur ape semalam, me buat je pizza guna mission pizza crust ni. satu packet tu ada 2 pcs. RM 7+ x silap. nak cepat boleh la guna ni, kalo rajin buat dough sendiri hehe.
firstly, letak tomato paste or pasta sauce tu. kalau takde guna la sos tomato haha.
then me letak grilled chicken atas tu. ayam tu me just letak pepper + salt + chili flakes + herbs je then grilled kejap. and baru letak atas ni.
letak onion + capsicum. nak letak nenas ke mushroom ke ape boleh je. ikut suka.
lastly..mozarella cheese and herbs. kasi lagi wangi pizza kita hehee..
and me bakar dalam oven 7-10min. kalau takde oven pakai pan pon boleh, make sure tutup la baru cheese tu melt.