RAMADHAN 2018, MINGGU KEDUA

8 Ramadhan

sahur : bread pizza

berbuka : ayam masak merah + daging ketuk + bendi sos tiram + cheese tart

9 Ramadhan

sahur : beef chow mien spaghetti

berbuka : nasi dalca kambing + daging + telur sotong

hari ni berbuka dekat Restoran Subur, sebab nasi dalca dia ni bulan Ramadhan je dia ada. last year sempat la 2 kali kot..

10 Ramadhan

sahur : homemade roti john

berbuka : daging dendeng + bendi sos tiram + telur masin + kuih sekaya pulut

thank you bff! kemain la dah nak buat hari ni tapi telur plak tak cukup, sekali tengok 2-3 orang my friend yang buat kuih sekaya pulut arini.. and kebetulan Esah datang area sini dia bawakan.. thank you babe!

11 Ramadhan

sahur : asam pedas tetel + salad + telur masin

ikutkan memang malas la nak makan nasi sahur-sahur ni bukan ape, sebab kitorang rasa macam lagi cepat rasa lapar hahaaa.. tapi sebab Nabil ada bagi asam pedas tetel, aishhh memang makan jugak la.. dah la fav kitorang asam pedas tetel ni hehee..

berbuka : buffet ramadhan Kelab Shah Alam

dessert mcm-mcm ada tapi tak terliur sangat nak makan, amik fruits and mr.husband duk ulang makan bread butter pudding dia je.

roti john & murtabak. masa sebelum berbuka kemain terliur, tapi murtabak tebal dgn telur je bhahaha.. roti john biasa-biasa je.

abc ok je la tapi kacang merah and cendol dia macam kering sangat

kambing memang terbaik.. juicy gila! daging x berapa lembut, ada pari and ikan cicah air asam, sedap.

nasi ayam tak try pon tapi try ayam dia je. juicy. 

udangggg tu sedap gila wehhh.. tak tau berapa puluh ekor me makan hahaa.. dah la besar-besar memang puas hati.. ada spaghetti aglio, tapi biasa je. lauk-lauk lain sedap.

lasagna dia sedap, 2 kali kot tambah hahaa..

ada kari kambing, rojak, kerabu-kerabu, salads..

mee kari laksa smua ni me tak try pon..

12 Ramadhan

sahur : maggie lontong + daging dendeng

berbuka : daging goreng kunyit + bendi goreng sambal udang geragau + telur masin

13 Ramadhan

sahur : popia carbonara cheese + popia sardin

my ex-collegemate, Zila ada jual popia frozen, kebetulan abg dia keje area Shah Alam jugak, so order la sekali.

berbuka : nasi goreng telur sambal + grilled chicken + coleslaw

14 Ramadhan

sahur : nasi beriani ayam masala + butter chicken

thank you Nabil. kalau korang ada pergi bazaar Stadium Shah Alam tu boleh la beli ni..

berbuka : buffet Ramadhan SACC

tahun sebelum ni biasa buffet lane dia kat luar, tapi ni semua dia buat kat dalam..

sacc’s signature, kambing kebuli. setiap tahun datang makan kambing kebuli je la hehe.. kat luar garing, dalam perghh memang juicy weh!

ada kacang pool.

lauk-lauk, ada sambal telur, telur ikan goreng, lala, sotong sambal, ayam bamma ke ape ntah nama, ada rendang pucuk paku. tapi seafood dia tu macam x fresh. macam pakai frozen punya.

ada apam balik

dessert, kuih traditional tu semua fresh lagi la sedap. tapi cakes semua tu mcm kering gila weh. xtau la dah berapa lama simpan. kemain la terliur amik satu-satu, tapi xleh nak makan pon. too dry.

ada stall laksa, udon, kuey teow/mihun sup. yang ni sedap. 

colek pon ada..

lemang, nasi impit, rendang tok pon sedap jugak.

ada stall pecal

dimsum & pau

kerabu & ulam macam-macam jenis la. kerabu paru dia sedap.

air semua sedap and ada aiskrim sedap.

 

 

HOMEMADE ROTI JOHN

sahur semalam tak tau nak masak ape, roti pon dah nak expired so buat roti john je la, kebetulan petang semalam nampak my biras, Mira duk cakap nak buat roti john. ni pun first time buat, bahan pon guna ape yang ada kat kitchen je la.

bahan – bahan :

  • bawang putih
  • bawang besar
  • isi ayam
  • serbuk kari
  • telur
  • roti
  • sayur
  • sos cili
  • mayonis

cara – cara :

firstly, me tumis bawnag putih + bawang besar + ayam. ada minced chicken or daging burger pon boleh tapi ni me cincang isi ayam je, nampak ayam dah masak, me masukkan sedikit serbuk kari and garam. dah siap bahan inti, me masukkan dalam bekas lain and masukkan telur. sebab telur pon tinggal sebiji je pon, me guna sebiji je la.

panaskan pan or pemanggang ajaib, tuang campuran inti tadi.

then terus letak roti atas adunan inti tadi and tunggu sehingga masak.

nah.. dah siap, boleh nak balikkan roti tu bagi garing skit ke ape, tapi me tak buat pon. terus je angkat.

kobis ke carrot or timun pon takde, me letak salad je hahaa.. then letak mayonis + sos cili

lipat roti tu and potong. siap 🙂

ok la, ada la jugak rupa tu hehee..

not bad. sedap jugak. next time boleh buat lagi. sebab simple je nak buat.

KETUPAT SOTONG

sebelum balik Shah Alam aritu sempat la buat ketupat sotong. kebetulan sotong murah RM16/kg tapi takde la size besar sangat tapi boleh la setakat nak buat ketupat sotong ni.. actually ni me buat ketupat sotong kelate, bukan version terengganu.. sebab kalo terengganu punya ketupat sotong kuah dia putih and ada halia la halba, bawang segala tu..

Bahan – bahan :

  • sotong
  • beras pulut
  • santan
  • daun pandan
  • gula melaka
  • gula
  • garam

Cara – cara :

firstly, lepas dah cuci sotong (nak buang ke tak kulit dia tu tak kesah) masukkan beras pulut dalam badan sotong ni. sumbat la 3/4 dari size sotong tu ke. nak rendam dulu pon boleh beras pulut tu, tapi sebab tak sabar sangat nak makan me rendam 10-15min je terus sumbat dalam sotong ni. nak lagi berlemak, rendam beras pulut dalam sedikit santan. lepas dah sumbat beras pulut tu, masukkan kepala dia and cucuk dengan toothpick, supaya nanti takde la beras pulut tu terkeluar.

masukkan santan + daun pandan and dah boleh on api.

masukkan sedikit gula melaka, me letak tak banyak pon sebab tak suka manis sangat. so me letak gula melaka sikit + gula biasa sikit and sedikit garam.

and biarkan sampai mendidih, make sure tutup periuk tu bagi cepat sikit pulut kat dalam tu masak.

done. nak kuah banyak ke sikit ke ikut korang la pandai-pandai la adjust.

ketupat sotong by NM

yumms! 4 ekor pon rasa tak cukup lagi bhahahah! next time kena buat 3kg sotong kot heheee..

RAMADHAN 2018, MINGGU PERTAMA

1 Ramadhan

sahur : naan cheese + ayam tandoori

first day puasa dah sahur kat Hammed’s Corner. lama tak pekena naan cheese dia fuh.. layann woi. and first time try ayam tandoori dia, not bad sedap jugak tapi tak leh lawan ayam tandoori dekat Kapitan Penang la hehee..

berbuka : ayam goreng halia + kacang buncis & carrot goreng bersama daging + mangga + kurma

2 Ramadhan

sahur : roti + telur mata

berbuka : kurma daging + telur dadar + pulut mangga + kurma

kebetulan ada balance mangga sebiji, and ada beras pulut yang Fai bagi last month terus buat pulut mangga. buat pon half cup je so cepat la siap hahaa..

3 Ramadhan

sahur : popcorn chicken wrap

berbuka : nasi goreng udang geragau + daging ketuk

sebab ingat kena berbuka sorang sebab mr.husband cakap kena pergi Johor, so buat nasi goreng je la setakat nak makan sorang.. eh sekali ngam-ngam orang azan mr.husband sampai, sibaik ada balance nasi goreng kalo tak makan kurma je la dia hahahha..

4 Ramadhan

sahur : egg mayo sandwich

berbuka : ikan pari + sotong bakar berempah

kemain pergi bazaar ramadhan sek 13, stadium tu. pusing almost 1 hour, lastnya tak beli pape. dah la sesak gila weh orang pon ramai, maklom la bazaar ramadhan paling besar kot 400+ stalls. sebab tak sempat nak balik, singgah makan kat food court giant je.

5 Ramadhan

sahur : grilled chicken wrap

berbuka : daging goreng balado + pakchoy sos tiram + nenas

6 Ramadhan

sahur : spaghetti salted egg with sticky rice sausage

berbuka : asam pedas daging + sayur campur goreng + telur dadar + nenas + kurma

7 Ramadhan

sahur : maggie goreng

berbuka : ayam phad phed + bendi sambal + mangga + kurma

actually my first time buat ayam phad phed, tapi still tak sesedap macam me makan kat kedai Thai tu.. next time kena try recipe lain plak kot.

LET’S GO TO PADANG BESAR!

Korang yang cintakan tempat murah untuk  membeli belah me cadangkan kat Padang Besar. Sejak tahun 1960-an, Padang Besar telah menjadi syurga membeli-belah yang tersohor untuk pengunjung Malaysia dan Thailand, beb. Padang Besar ini biasanya menawarkan pelbagai jenis produk seperti tekstil, kasut, pakaian ( kebanyakan pakaian yang dijual ni di import dari Thai) makanan (pelbagai jenis makanan, dapat la merasa makanan dari Thai seperti tomyam, pulut ayam, pulut mangga dan pelbagai makanan ringan yang asal dari Thai) peralatan dapur seperti periuk belanga dalam pelbagai size dan harga agak murah. Barangan bilik tidur, toto narita, selimut macam-macam la ada, barangan pengantin pon ada tau dan banyak lagilah senang cite. Waktu operasi perniagaan di Padang Besar ni sekitar dari pukul 9 pagi hingga 6 petang, tapi ada jugak yang tutup lambat tapi tak banyak la. Ada yang ingat pekan Padang Besar ni kat Kedah, pekan disempadan Kedah – Thai tu Bukit Kayu Hitam. Padang Besar jugak adalah satu-satunya hubungan kereta api langsung antara Malaysia dan Thailand dan ia mempunyai persimpangan jalan antara kedua-dua negara. Selain dari membeli-belah, terdapat aktiviti lain di Perlis yang menarik orang ramai dari luar negara dan dalam negara.

Terdapat tarikan berdekatan kalau korang nak tahulah seperti Gua Kelam (gua batu kapur), Chuping (tanah tebu terbesar), Perlis State Park dan Tasik Timah-Tasoh. Kalo pegi Gua Kelam kena la masuk dalam gua ni, dulu masa kecik pernah la pergi sini, kat dalam tu siap ada kolam air panas tak silap, siap boleh berpicnic and mandi-manda. Terowong semulajadi yang ada kat dalam gua ni dah disenangkan dengan jambatan gantung untuk kita lalu. Panjang jugak la dalam 370meter. Sepanjang laluan ni korang akan disajikan dengan suhu yang agak sejuk, bunyi air yang mengalir di bawah jambatan dan juga batu kapur kiri dan kanan gua.

Korang yang berminat nak datang kat sini, AirAsia promotion online kan ada dari Kuala Lumpur ke Alor Setar. Lapangan terbang terdekat untuk pergi ke Padang Besar adalah di Alor Setar dan korang boleh jugak meneruskan perjalanan ke pasaran selama satu jam dan 30 minit dengan menggunakan lebuh raya Utara-Selatan. Selain tu, yang dari Kuala Lumpur, selalunya dalam 8 jam kalau guna Lebuhraya Utara Utara dan keluar di Jitra pastu ke Kodiang dan Kangar and then ke pasar Padang Besar.

Selain Padang Besar, korang pun boleh pegi Muzium Kota Kayang. Sejarah takkan lekang dari hidup kita, beb. Antara tarikan yang menarik kat kawasan ini adalah Muzium Kota Kayang terletak di sekitar Bukit Kayang di Kuala Perlis ini seluas lebih dari 4.84 hektar. Muzium ini dimiliki oleh Syed Salim sebagai hadiah dari Raja Syed Alwi. Pada akhir kurun ke-19, Syed Salim membina kediamannya dan tinggal bersama keluarganya sehingga dijual kepada kerajaan negeri. Selepas itu, bangunan itu menjadi kediaman rasmi Penasihat British, Pentadbiran Tentera sehingga tahun 1945 dan diikuti dengan menjadi kediaman rasmi kepada Ketua Menteri selepas kemerdekaan. Pada tahun 1991 pulak bangunan itu dirobohkan dan dibina semula dan diubah menjadi muzium. Muzium ini terdiri daripada artifak Islam, kerajinan Perlis atau Kedah dan barang milik keluarga diraja. Nak Masuk ke muzium ni korang janganlah risau sebab percuma je dan pelawat boleh datang dari 9 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.

Bagi yang ber-couple tu, Taman Negara Thale Ban sangat sesuai untuk korang. Taman ni merupakan sebuah tasik yang besar terletak di Ban Wang Prachan, Tambon Wang Prachan, sekitar 40 kilometer dari bandar Satun. Ia merujuk kepada laut yang menenggelamkan atau laut yang disebabkan oleh penenggelaman bumi antara Khao (Gunung) Chin dan Khao (Gunung) Mot Daeng Ia secara rasmi diisytiharkan sebagai taman negara pada 27 Oktober 1980 dan meliputi lebih 49,000 ekar termasuk Kupang Pulot dan Rizab Hutan Nasional Hua Kraming dan Kawasan Hutan Pa Khuan Bo Nam Puyu. Taman negara ini bertindak sebagai rumah kepada sekitar 300 spesies burung, termasuk lapan jenis tanduk, tapir Malayan, babi hutan, gibbons, kucing civet dan katak kelenjar langka. Selain itu, pelawat juga boleh mempunyai peluang untuk menemui kadal monitor dan lengan saiz tangan berhampiran Panee Waterfall kecil. Lagi yang best kat sini terdapat ular beracun maut yang dipamerkan di pusat pelawat juga. Selain itu, simbol Thale Ban yang merupakan katak boleh ditemui di sini bersama pelbagai ikan air tawar dan kerang. Taman ini juga menyediakan pavilion tepi tasik serta jalan kayu di sekitar tasik untuk pengunjung. Taman nasional ini dibuka dari jam 8 pagi hingga 6 petang dan yuran kemasukan adalah 200 baht setiap orang dewasa dan 100 baht setiap kanak-kanak. So ape lagi, meh lah ke sini.

Kalau korang nak rehat atau nak bermalam, Tasoh Lake Resort & Retreat tempat penginapan yang popular untuk pelancong perniagaan dan percutian untuk menikmati masa yang santai dengan keluarga dan geng korang. Untuk yang suka akses internet tu jangan risau WiFi percuma di seluruh resort, para tetamu hotel juga boleh memiliki akses ke tempat letak kereta adalah percuma ye, restoran, kedai kopi dan perkhidmatan termasuk dobi dan pengemasan. Hotel ini mempunyai 41 bilik tetamu yang cantik lagi best giler tambah dilengkapi dengan penyaman udara, meja, bar mini, televisyen dan ciri-ciri kondusif untuk bilik tertentu, beb.

Traveller macam korang juga boleh memilih Satit Padang Hotel ni time korang travel Pasar Besar Padang untuk berehat dan bermalam. Hotel ini terletak di Sadao dan sekitar 25 minit dari Perlis State Park. Hotel ini mempunyai 52 bilik yang dilengkapi dengan WiFi percuma, televisyen, meja dan peralatan mandian secara percuma, ok. Untuk keselesaan dan kemudahan pelangan macam korang ni, terdapat juga kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan seperti cucian kering, dobi, kaunter penerimaan tetamu 24 jam dan tempat meletak kereta percuma disediakan di hotel ini. Menarik kan? apa tunggu lagi, dah boleh try travel kat sini dah.

NM HOMEMADE PASTRY&BAKERY

alhamdulillah, balik sebulan Setiu aritu sempat la baking kat sana. plan asal balik awal lagi, sekali dah booking ticket pagi tu tau date mengundi sibaik dapat tukar ticket flight, kalo tak memang tak balik la ngundi. so alang-alang dah dapat tukar ticket lajak la balik sampai lepas ngundi. order macam biasa, paling banyak orang order fruit tart + cheese tart la. and ada la yang request suruh buat congo bar, actually dulu pernah la buat tapi sebab tak berapa suka sangat tu malas nak open order. sekali balik kali ni ada beberapa org customer ngidam nak makan congo bar, so dah open order balik la.

marble cake ni pon dulu buat makan je, sekali bagi la sikit-sikit kat customer time diorang datang amik cake, eh sekali ada la beberapa orang order plak.. dah rezeki, kita amik je la hehee..

SAYUR LEMAK BUAH GAJUS/BUAH TERE

kenal tak ape ni?

since balik aritu nampak ramai member duk post makan sayur lemak buah gajus or orang ganu panggil buah jambu golok, kalo me org kelate panggil buah tere.. tak selalu kot ada musim buah ni, tapi selalu time ada orang g candat sotong tu mesti ada buah ni hahahha.. macam kebetulan ke memang buah ni selalu ada ke ape me tak berapa sure, ni kebetulan pergi pasar nampak ada buah ni, terus suruh Mama beli. actually me tak pernah buat, selalu orang bagi je. ada la sekali dua Mama buatkan tapi tak pernah tengok dari awal camne masak dia.. rupanya senang je, macam buat sayur lemak biasa je, cuma letak sotong. sebab takde orang pergi mencadat, kita beli sotong kat pasar aje la hahaa..

bahan – bahan :

  • buah gajus
  • sotong
  • bawang besar
  • cili merah
  • bawang merah
  • lada hitam
  • ikan bakar/ikan rebus
  • santan

Cara- cara :

firstly, potong buah gajus tu panjang-panjang then lumur dengan sedikit garam and ramas/perah buah tu sampai keluar air dia. buat la 2 kali camtu, maybe untuk keluarkan getah dia ke gitu kot, then cuci bersih and toskan. masukkan sotong yang dipotong, masukkan bawang besar + cili merah, and masukkan bawang merah+lada hitam+ikan bakar yang dah ditumbuk. lastly masukkan santan, dah boleh buka api.

kacau la semua tu and masukkan garam and seasoning to taste.

nah… siap, sayur lemak buah gajus dengan sotong

makan pulak dengan ulam budu fuh, memang 2-3 pinggan la makan camni 🙂

MARILAH MENGUNDI

2nd time mengundi. plan kemain la nanti nak g sama-sama ngan member, sekali diorang pepagi lagi dah pegi. pagi memang tak la, dengan ramainya nak beratur. sebab 1st time ngundi dulu pon me pegi petang, kul 2-3 camtu memang tak payah nak sesak-sesak nak beratur ke ape, memang boleh terus masuk.

alang-alang mengundi dekat sekolah rendah dulu, posing la sekejap bhahaha! kenangan wehh.. 20 tahun dah kot tinggalkan skolah ni..

This entry was posted in pru14.

MAK BUYUNG CRAVING AGLIO OLIO NM

my bff, Syafa punya la ngidam aglio olio since awal pregnant lagi, tapi dah 2 kali balik tak sempat je nak buat. kebetulan hari ni takde wat pape, so me buatkan la spaghetti aglio olio untuk mak buyung ni..

spaghetti aglio olio

jeruk pauh

mango cheese cake

mango cheese cake ni Syafa bawa, buat birthday cake sendiri heheee..

alang-alang dah ajak Syafa, mesti la ajak Apex & Pokloh sekali .. lagi ramai lagi meriah tak gituu?

BFF’S BBQ

semalam, dah petang baru plan nak buat BBQ. sebab hari ni cuti kan, hari pekerja.

last min punya psal, sibaik dapat la ayam 2 ekor, ikan 2kg. padahal 2 hari lepas ada plan nak jumpa and lepak-lepak pastu semua senyap. so ingat memang tak jadi la. eh sekali Esah cakap hari ni dia dah nak balik, so buat jugak la. dah last min camni, me plan lepak makan kedai je senang, tapi memikirkan ada budak-budak lagi senang buat kat rumah je.

sebab seharian busy baking, memang plan nak makan nasi la. bbq makan nasi ulam budu memang layan.

mihun ni Syafa buatkan. yang ni sumpah sedap, sampai 2-3 kali makan HAHA. kebulur ke ape aku ni?

puding oreo milo, yang ni pun Syafa bawa. sebab plan asal, me suruh dia bawa kek je. keji gila, suruh birthday girl buat cake sendiri HAHA. tapi dia pun tak sempat balik kerja terus goreng mihun and sempat buat puding ni je.

bagi chance la mak buyung duk atas kerusi semua. bukan nak bakar sangat pon, gossip je lebih hahaaa..

kebetulan birthday Ape akhir bulan 4 hari tu, birthday Esah awal bulan 4 and hari ni 1 mei birthday Syafa, me buatkan la sebiji cake. punya la rushing siapkan order dulu, pastu kalut marinated bbq lagi sibaik ngam-ngam cake siap.

birthday girls

sepatutnya Nana datang sekali, dah Maghrib dia call bagitau tak dapat datang ada emergency.

rushing sangat tak sempat nak salut the whole cake. takpe la naked cake pon. habis jugak hehee..

thank you guys for coming! next time kita plan betul-betul. last min, ini je la jadinya.

eh, ni guest last sekali datang. tengah tunggu ikan dia masak. HAHA. sabar eh Proserfina..

PENGAT PISANG DENGAN PULUT

tadi Mama buat pengat pisang. sebab since semalam me cakap nak makan pengat pisang hehee.. pengat pisang buat cambiasa je, letak santan + gula melaka + gula sikit + garam sikit + daun pandan + pisang. campak-campak semua siap. tapi tetiba rasa nak makan pengat pisang dengan pulut plak hahaaa.. nampak sangat kempunan pengat pisang kat KB.

sebab pengat pisang dah siap, tak menyempat la nak rendam beras pulut dulu ke ape, me cuci then letak air lebih sikit je dari beras pulut tu then steam 10min gitu.

tadaaa.. kejap je siap. nak masak pakai rice cooker pon bolehhh je.

pengat pisang bersama pulut. yumms!!

KWA FAMILY DAY, SUTRA BEACH RESORT

last weekend ada buat family day KWA kat Sutra Beach Resort. ni pon me booking seminggu before me balik Setiu, pakai traveloka, agoda, booking.com so dapat banyak jugak la discount. pastu sehari sebelum check bilik 6 je dah booked, rupanya tertinggal 1. 4-5pagi try check harga dah naik biasa la last min kan, sibaik ada voucher code traveloka so dapat banyak discount 🙂 kang ada yang menangis tak dapat join hahaaa.. oh actually ni my 2nd time stay kat sini, first time dulu datang dengan mr.husband konon nak honeymoon lagi sekali banjir kahkahkah.. sempat duduk 1 hari je kot, lastnya hotel refund balik hahaaa..

ni pic depan lobby, sebelah kanan tu restaurant dia. and sebelah kiri tu bilik-bilik.. depan pool terus pantai 🙂

ada amik 3 bilik yang sea view, another 4 rooms yang dekat swimming pool. untuk staff, kitorang bagi pool view dekat skit dengan pool. yang sea view ni jauh kebelakang, dengan takde bellboy nya tolak la sendiri brg dr lobby tu..

ni permandangan depan bilik.. garden giteww!

buka sliding door, terus nampak pantai.. pic dalam room lupa nak snap, biasa-biasa je tapi biasa la kalo tepi pantai banyak pasir.

activity petang, mandi and lepak saje.

malam, after isyak start bbq. gigih marinated semua pagi tu sebelum gerak.

oh actually sebelum datang dah call tanya ada tempat utk bbq tak, dia cakap ada luar kawasan resort. then, pada hari kejadian tanya receptionist area mana yang dia maksudkan, dia cakap hujung resort, kiranya selang 2-4 bilik je dari bilik kitorang ni.. ada spotlight bagai la situ kalo buat kat situ tak gelap la, tapi dari 6pm kot sampai dah nak pukul 9, ada orang buat bbq kat situ. family day jugak and diorang memang ramai gila la. so memang dah takde ruang, lastly kitorang bbq depan bilik je. sorry Sutra Beach! tapi lepas bbq memang kitorang kemas terus la xde la sepah-sepah buang sampah ke ape situ, sebab semua makan dekat balcony bilik tu.

ada sotong, ayam dan ikan. of course la sotong paling laku.

hari tu birthday Mama me takde kat sini time diorang celebrate, and kebetulan birthday Najmi semalamnya, so celebrate birthday sekali. Happy Birthday Mama & Najmi

green velvet cake with matcha cream cheese

birthday cake

congo bar + kek batik

since semua kelaparan, memang standby masak nasi la. makan dengan ulam budu pon layan oi.

Mama & Iwe with KWA’s staff. actually ada je yang tak dapat datang.

my morning view. peaceful gila la.

breakfast, banyak choice jugak and boleh tahan jugak foods dia.

cari pic ramai-ramai, takde rupanya haha. takpe la tepek pic sendiri je la ngeh ngeh`

btw, thank you guys, menjayakan family day ni. InsyaAllah next time kita buat lagi 🙂

NAJMI’S BIRTHDAY

Iwe balik cakap nak makan salmon & butter fried rice. kebetulan malam ni birthday SIL, Najmi. takde cake, sebab penat lagi since balik tak sempat nak rest, hari-hari bake pastu kebetulan period so 3 hari deret la pergi mengurut, memang penat la tak sempat nak rest betul-betul lagi since balik ni.

nais goreng butter daging

salads

salmon + lemon sauce

kebetulan Najmi beli kerang, so rebus kerang makan ngan colek. yumms!

happy birthday SIL, nanti free kakak ipar buatkan cake ok!

happy birthday ibuuuuu

MY PAK SUPIR DAH KAWEN!

13 Apr 18

semalam sampai terus bake, balik ni pon sebab my pak supir’s wedding. gila kau tak balik. mau kena sumpah kat pak supir hahaaa.. masa me kawen dlu pon dia la bersusah payah kehulu kehilir bawa g cari barang, tolong siapkan doorgift, busy time majlis and sanggup datang untuk majlis kat Shah Alam sekali.. nak cite semua sampai 2-3 malam tak habis hahaa..

around 10am, majlis akad nikah kat Masjid Kg.Bintang, Setiu

alhamdulillah, dengan sekali lafaz sah jadi husband to Zainab. first time jumpa wife dia. maklum la dia sendiri pon baru kenal, last month me balik terus cakap nak pergi merisik eh tau-tau bulan ni dah nak kawen. takpe la, bercinta selepas nikah lagi best kot heheee..

lepas majlis akad nikah, terus Jidin bersiap dekat masjid tu and terus  majlis kat rumah pengantin perempuan.

Jidin’s family

eh macam kena plak ngan tema peach ni heheee.. kitorang bajet je pakai peach sebab kek tu dia cakap nak peach, so kitorang pikir peach la kot theme dia hehee..

semua sedap. macam dah lama plak x makan kenduri hahaaa..

14 Apr 18

the next day, majlis kat rumah Jidin plak. plan aritu nak buat lepas raya, so me pikir me akan balik raya stay lama sikit la untuk majlis dia sekali dia inform nak settlekan terus je. senang tak payah nak pikir lagi dah, penat pon sekali jalan je.

btw, congrats Jidin & Nab. Semoga perkahwinan yang dibina kekal ke akhir hayat.

dah takde la my pak supir 🙁 tak de la memalam orang nak layan borak time me bake kat Setiu.