time me kat Setiu last month, ada la mr.husband cakap dia try mee kari kat sini sedap. and bila kitorang makan dekat Bidor aritu, mr.husband duk cakap yang dia makan dekat Shah Alam tu style camni jugak tapi lagi sedap. so, malam ni kita try la mee kari Warung Pakleh ni..
mee kicap
mee kari
memang betul sedap. pedas dia semua tu secukup rasa la, nampak je macam cair kuah dia tapi sedap. mr.husband makan mee kicap, yang ni memang sedap. sebab kicap dia tu macam dah campur and masak kot, sebab yang kitorang makan dekat Bidor aritu macam kicap semata mata je. yang ni dah gaul plak dengan kuah kari tu memang layan la weii, next time datang nak makan mee kicap jugak la hehe..
first time try ayam gepuk ni, dah pernah nak try outlet dekat Shah Alam tapi orang ramai gila, nak kena tunggu 30-45min untuk dapatkan foods aihh..ada yang dekat sejam pon baru dapat, tu yang x jadi pergi, and kebetulan hari ni pergi umah my sis, Mir dia la ajak makan outlet area rumah dia je.
menu
eh 5 min dah sampai foods, kejap pulak. maybe dah lepas lunch hour kot. Mir amik set A and me amik set B. Mir suruh try set D selalu dia makan yang tu tapi dah habis plak set C & D.
time order tu Mir dah pesan awal-awal sambal tu letak tepi, jangan letak atas ayam. fuh sibaik wooo.. kalau tak, tak makan la.. ni pon amik level biasa 1-5 je, mak aihh pedas gilo hahahhaa.. camne la orang lain yang makan pedas sangat tu.. pedas tapi sedap, sambal dia tu ada kacang makan plak dengan kicap manis layannn jugak..
biasa pegi Cameron jarang sangat nak bawa balik stoberi, kecuali time nak baking bleh beli banyak-banyak sebab murah hahaa.. sebab ada orang nak stoberi, so me belikan la sikit.. sekali balik rumah macam banyak plak, so terus terpikir nak buat nasi goreng stoberi Ahmad Maslan, tapi tak tau pon camne resepi dia haha so me buat nasi goreng macam biasa then just letak je stoberi bhahahah..
bahan- bahan :
ikan bilis
bawang merah
bawang putih
cili
ayam
telur
sayur
strawberry
cara – cara :
me blend je cili + bawang merah + bawang putih, then tumis la sekejap bagi masak and masukkan ayam dan telur, letak garam + serbuk perasa sikit masukkan nasi and masukkan sayur pape yang nak letak and lastly baru masukkan stoberi.
balik from Cameron Highland plan nak pergi Maps, Ipoh tak jadi sebab operation hour dah tukar, so kitorang singgah Bandar Agacia ni kat Kampar.. takde orang pon sini, ada la 4-5 kete tu pon datang semua just untuk bergambar bahahhah! and depan tu ada hotel baru tengah buat tak siap lagi, maybe lepas dah buka hotel tu kawasan ni baru hidup kot, setahu me sekarang tempat ni weekend ada pasar malam je.
semalam gigih buat fruit cake, sekali time nak potong mak aih hancur plak sebab fruit banyak gila haha. whatever, jadi ke tak jadi me bawa jugak bekal bawa g Cameron haha. buat tuna puff & ovomaltine puff sekali. plan nak buat nutella puff je sekali nutella habis, sibaik ada ovomaltine so ganti je tapi x best plak sampai meleleh leleh ovomaltine tu..
otw g Cameron singgah Bidor dulu makan mee kari.. kira breakfast mee kari la. me order mee kari and mr.husband order mee kicap. mee kicap tu boleh makan dengan sup or kari. actually, mee kari bidor ni Ayah Chir la sellau singgah, kebebtulan semalam dia datang rumah dia duk cerita itu yang kitorang singgah, sekali dah nak sampai confuse plak sebab ada 2 kedai, Mee Kari Ramli Bidor dengan Mee Kari Lina Bidor whatsapp Ayah Chir tak de respond, so dengan confident singgah la yang Ramli ni hahaa.. dah siap makan, Ayah Chir cakap bukan yang ni yang selalu dia tapaukan tu Lina bhahahha! sibaik sedap jugak. kalau belom gerak tadi ada je g kedai lagi satu haha..
SIL, Ckin bagitau homestay dapat check in awal. me & mr.husband sampai tu around 12.30 camtu tengok family in law semua dah sampai, sebab kitorang tak konvoi sekali Ckin balik umah mertua dia dulu semalam then Mak Abah semua gerak dari Shah Alam. homestay ni booking 2 bulan lepas kot, planning nak datang akhir Mac tapi tengok date dengan school holiday la ape lagi so kitorang datang awal sikit la sebab dah bosan asyik datang ngadap jem je. homestay ni dekat Green Hill, memang jalan kaki je la pegi pasar malam.
kitorang lunch dekat Agro Highland Cafe. punya la tak tau dalam tu ada cafe, sebelum-sebelum ni selalu je singgah sini tapi pegi kedai depan-depan tu je, tak tau plak dalam tu ada macam-macam.
siap ada mini zoo bagai, nak petik stoberi pon boleh. tapi yang tak best dalam ni takde coverage nak share location kat orang pon susah, sebab masa kitorang datang ni BIL, Man & family belum sampai lagi.
memang tujuan datang sini nak makan waffle coklat meleleh dia ni, yumms! mr.husband makan nasi goreng chicken grill, tapi blackpepper sauce dia sedap. orang lain order chicken grill, chicken chop, mee kari, lamb chop and ape ntah lagi.. tapi semua boleh tahan la sedap.
dari Agro Highland tu, terus singgah pasar malam sebab malam nanti dah ada plan lain, so datang awal sikit la pasar malam.
malam, dinner dekat Atilla Steamboat & Grill. plan asal nak makan steamboat tower tu tapi masa nak booking tu orang tu cakap kedai tengah pindah and 1-2 hari lagi akan buka.. survey yang lain macam tak menarik, so ni la pilihan dia. not bad la, ada lamb, daging, ayam marinate, ada sotong, udang, kepah and ada nasi lemak & nasi goreng jugak.
semua gigih duk memasak haha. kitorang amik kuah tomyam, ok jugak la tapi macam manis sikit.. manis-manis pon 2 kali tambah jugak kuah hahaa..
dah kenyang semua balik tido, tapi paling stress baru nak lelap orang sebelah ke belakang berparty. sampai pagi ok! sakit kepala oiii tidurku terganggu. tak agak-agak berparty sampai pagi.
030319
pukul 8pagi dah pergi Kea Farm, gara-gara tak nak jem.
breakfast pon kat dalam ni, order nasi lemak sekali turn kitorang je nasi lemak sold out. so sad. lastnya semua makan roti canai.
sebelum balik jangan lupa beli ice cream kegilaan ramai ni.. ice cream strawberry. Ya Allah creamy gila and sedap gilaaa oi.
from Kea Farm, terus ke Taman Agroteknologi Mardi. luas jugak dalam ni, me & mr.husband siap daki sampai atas dekat ladang teh tu. fuhh! macam-macam ada dalam ni, taman rama-rama, taman arnab, tempat tanam anggur, strawberry, sayur and macam-macam la. bayaran masuk RM5 per person.
dekat Mardi tadi banyak je cafe dalam tu, tapi sebab dah plan nak makan dekat Opah Strawberry so setakat beli jajan-jajan camtu je la. sampai dekat Opah Stawberry, sekali nasi lemak dia takde plak ayam goreng. tapi dah tak tahan tengok scones dia, me order je strawberry cheese scones and muffin strawberry. memang sedap gila weh scones and muffin kat sini.. fluffy gila scones dia. tengok ramai jugak order nasi lemak kat sini even takde ayam goreng pon, tapi family in law semua tak jadi makan sini sebab Man & Mira tak pernah try lagi nasi lemak sambal stoberi tu sibaik kedai sebelah je dengan 200 Seed Cafe by Abang Strawberry tu, so diorang semua pergi sana dulu me, Ckin & mr.husband lepak sini dulu. actually dekat Opah ni boleh petik stoberi jugak, and paling murah kot banding tempat lain sebab 1kg RM40 je.
lepas makan scones, terus g kedai sebelah sebab semua dah kat sana. me order nasi lemak stoberi rendang daging sebab dulu dah try yang ayam goreng dia, this time try rendang daging plak. ok jugak la rendang daging dia, spaghetti bolognese tu mr.husband order rasa ok la tapi macam ada kurang something sikit, kurang herbs mungkin. orang lain semua order nasi lemak stoberi ayam goreng.
but diorang cakap, ayam goreng tak sesedap aritu. aritu kitorang try ayam goreng dia sedap. nasi sama je biasa je just kaler pink, sambal biasa and sambal stoberi ikan masin.
Man & Mira balik dulu sebab Man ada last min meeting dekat Penang, Abah & Midi pon balik dulu ke Shah Alam sebab Abah ada hal. so sebelum diorang balik singgah la sini dulu, ada yang nak minum teh, makan kek ke ape. so yang tinggal, Mak, Emi, Ckin & family.
malam plan nak makan scones and stoberi milkshake sedap dekat Pusat Jualan Peladang area Brinchang tu, sekali sampai tutup awal plak. aishhh kecewa betul, lastnya makan nasi goreng cendawan je, dalam mimpi je la scones. lepas makan, pusing-pusing area Brinchang tu je.
040319
pagi ni kecewa jugak, semalam lalu kedai nasi lemak ayam sedap tu buka je, tapi kitorang nak ke Kea Farm time tu so ingatkan buka la hari ni, sampai-sampai kedai tutup 🙁 kedai nasi lemak sedap tu depan balai bomba Brinchang tu, dia goreng ayam panas-panas oii.. sebab takde kitorang makan kedai sebelah dia, ada nasi lemak jugak tapi takde ayam. sibaik sedap sambal dia.
tengok ramai makan roti canai, me order roti canai plak hehe..
lepas breakfast, terus ke Big Red Strawberry Farm. biasa datang mak aih full, nak order foods pon Q kemain panjang.. kali ni sunyi plak sebab weekdays kot. meja pon kosong je haha. aman damai.
sebab semalam datang Peladang ni tutup awal, hari ni datang lagi. yeah! bukaaa.. me order stoberi scones and scone biasa & cheese cake. tapi sayangnya stoberi milkshake yang sedap tu takde plak, boleh plak diorang cakap sebab ais habis 🙁 kempunan aih!
otw nak ke Lavender Garden, singgah Kea Farm lagi semata-mata nak beli eskrem dekat PUKU Cafe ni.. me try yang greentea, Ckin amik yang passion fruit and Warda (Ckin’s SIL) amik tiramisu. tapi me try semua sedap.
plan nak pegi Maps, Ipoh tapi operation hour yang baru start 4pm plak, lastnya tak jadi pegi Ckin balik umah mertua dia dulu kat parit Buntar and me terus balik Shah Alam je. Otw balik ke Shah Alam, konon nak singgah mee kari Lina Bidor tu tapi call 4.30pm plak buka, tak jadi la. singgah RnR pon makan mee kari sebab kempunan tak dapat makan mee kari Lina bhahaha!
Semalam try makan dekat Meqnor Kitchen, actually owner dia ni my ex-senior masa dekat MSU dulu, tapi dia ni ex-schoolmate mr.husband jugak. kebetulan kitorang dari Melaka singgah la makan kat sini, area Labu. Pernah la datang last year kot, tapi masa datang tu tutup and mr.husband dah 2nd time datang la.
cantik kawasan dia, luas gila and style garden gitu. orang ramai tapi tak nampak crowded sangat sebab tempat luas, ada tempat untuk duduk bersila, ada tempat makan style atas pondok gitu kira cantik la tempat ni dengan hijau pokok-pokok..
menu dia, macam-macam ada nasi kerabu, pancake, spicy korean chicken, western, italian, masakan panas so senang la banyak choice nak makan nasi pon boleh nak makan pancake pon boleh tak payah nak pergi tempat lain dah..
kitorang pon tak tau nak order ape, semua nampak sedap dan menarik.. pilih punya pilih
so, decide order ni..
max plate
avocado milk shake
max plate dia ada lamb + sirloin steak + prawn + chicken grilled + dory + wedges, mashed potato and baked beans. untuk makan 2 orang sesuai la and sedap 🙂
next time boleh singgah lagi hehee.. thank you Love, since balik dah 5 hari duk demam on off.. dapat berjalan terus segar hehee..
MEQNOR KITCHEN
Lot 236, Kg. Jawa Batu 8, Labu
(Berhadapan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu)
alhamdulillah almost sebulan balik open order kat Setiu la, last blk bulan 12 aritu busy Chox kawen lepas majlis dah malas nak open order sebab nak rest haha, kali ni open order la sikit buat tambah-tambah duit shopping haha!
NM Homemade Pastry Bakery new product, burnt cheese cake. memula open order macam takde sambutan je, pastu dah nak balik tu alhamdulillah ramai pulak yang order, maybe orang tengok hitam camni tak sedap kot, tak try tak tau hehe..
thank you my kitchen helper, Umar yang sentiasa kalut time Aunty Nieja nak bake haha..
6 feb, alhamdulillah.. congrats Jidin & Nab dapat baby boy, Wan Aidin Latif.
masa Nab bersalin kitorang semua kat KB.. lepas balik dr KB, me plak duk demam tu yang tak sempat nak datang tengok baby.. baby dah nak masuk 3 weeks, baru Aunty Nieja dapat datang tengok.. tu pon rushing sebab malam ni dah nak balik Shah Alam, takpe balik next time kita jumpa lagi ok baby!
dulu pernah makan kuih bakul goreng my neighbor buat, tapi this CNY tak sempat pon sebab kitorang kat KB.. balik from KB diorang hantarkan limau + kuih bakul.. sempat la tanya recipe yang macam dia buat sebelum ni.. meh kita try buat sendiri plak, jadi ke tidokkk..
kuih bakul ni potong jgn la nipis sangat kira sedang-sedang je la..
then, adunan dia ni letak telur + garam + tepung + air. mixed semua adunan nak kata cair sangat tak jugak, senang cite lebih kurang texture nak buat lempeng tu.. then celup la kuih bakul tu dan goreng..
plan nak buat BBQ semalam tapi semua penat lepas birthday Eyal, and ingatkan dah tak jadi buat la sebab ada yang dah balik KL eh tetiba jadi plak. so yang sempat belinya ayam, ikan, udang je.
macam-macam jenis marinated ada haha
yumms!
ada ulam-ulam & budu, sebab pakat nak makan nasi dengan budu hehee.. pastu Mummy ada buatkan mee goreng jugak 5-6 packet, blackpepper mushroom sauce tu lagi layan kalo ada lamb, tapi takde lamb 🙁 me buatkan la jugak atas permintaan hahaa..
plan nak try Yoohoo Cafe, tapi time sampai mak aih, orang beratur sampai ke pintu oii, seat kosong pon takde. fullhouse. lastnya pergi Tiny Elephant Cafe. dulu pernah la try hazelnut choc ice cream & matcha ice cream dia sedap. tapi this time dah takde flavor tu ada flavor baru pineapple cheesetart & earl grey milk tea.. try dedua tester, Fira & me je suka yang pineapple cheesetart flavor tu, majoriti suka earl grey milk tea, so kitorang pilih earl grey milk tea ice cream tu untuk waffle.
nutella s’more
toast sapu nutella pastu ada cookies crumb and atas tu mashmalow then drizzle dgn choc, camtu je haha.
milky butterfly
air laici je pon sebenarnya haha.
earl grey milk tea X boba in gula melaka waffle
cousins day out la konon, tapi dengan cousin cilik semua haha. biasa la bebudak age ni suka la kedai hipster gini bhahahah! layankan je la hehe..
lastnya, balik dari Tiny Elephant ini jugak yang dicari.. Mee Celup Kak Ton for life! hahaaa..
masa balik bulan 12 aritu time duk sibuk buat preparation kahwin Chox, saja la sembang dengan Cikna pasal birthday Eyal, sebab Cikna cakap tak pernah celebrate. masa 1st birthday tak sempat nak celebrate sebab tetiba Eyal sakit, kira genap setahun sebulan camtu la dia start sakit and selalu warded je. and kebetulan sekarang cuti CNY ramai yang balik KB, buat la simple birthday party untuk celebrate 7th birthday Eyal.
malam sebelum majlis me duk siapkan tauhu begedil and sagu, kira nanti takde la kalut nak sumbat begedil la nak buat sambal kicap la ape kan..
Chox plak, macam biasa la keje dia mendeco. konon-konon ni photobooth la hehe.
budak tak tidur, 4pagi pon sibuk duk tengok Uncle Chox dia deco belon.
plan nak start lepas Zohor, kira lepas orang solat Zohor kat surau depan boleh terus makan, tapi laksa/laksam lambat sampai. so start lambat skit. laksa/laksam order je. pastu Cikna cakap macam tak cukup je, buat la spaghetti aglio olio untuk standby. tauhu begedil laku keras. semua puji sedap cewah, bangga kejap NM 🙂 sandwich tuna+egg pon sempat sekeping je rasa, tau-tau dah habis haha.
agar-agar nescafe wajib ada, tu order dengan sedara kitorang, tapai pon order, puding caramel Suna buatkan, colek buah Aunty Ta buatkan and sagu gula melaka.
dark choc cake from Harold’s Bread tak pernah mengecewakan.
birthday boy
happy birthday Eyal, semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik
baby Balqis jadi model belon ahaha. baby not so baby laa sekarang bahahah.. nak order untuk party ke ape boleh la contact my bro, Joe Clown
1-2 minggu before me balik Adaa announce kat group family cakap Umi dia nak kahwin. Alhamdulillah 🙂 kebetulan plak me memang balik Setiu time tu, so haruslah join kan. actually, Umi ni ex wife Ayah Ngah, adik Mama. tapi since diorang divorced pon hubungan kitorang tak pernah putus, dengan cousin lagi la dah macam adik beradik. ye la kalo ikutkan Umi ni dah takde kaitan la ngan kitorang kan, tapi tak.. sama je macam dulu, sama je macam dia still dgn arwah Ayah Ngah.
hantaran macam biasa la Mummy yang pro bab deco deco ni.. serahkan pada yang pakar hehe.
sebelum majlis akad nikah, akad nikah sepatutnya dekat Masjid sekali pagi tu Tok Kadi demam, so akad nikah kat rumah dia je.
Alhamdulillah, congrats Umi
Selamat pengantin baru Umi & Ayah Halim, semoga Umi berbahagia sampai ke Jannah. Amin..
balik dari majlis Umi, sempat singgah mengopi dekat KB Brewster jap, konon nak try burnt cheesecake dia tapi tak sampai lagi time me pergi tu.. so order rainbow mile crepe je la.
2 hari before me balik Setiu, majlis akad nikah Spein & Kak Long. dah janji nak balik tapi tersalah date, duk ingatkan akad nikah hari yang sama dengan majlis haha. takpe la alhamdulillah majlis akad nikah pun berjalan dengan lancar, congrats bekas adik ipar tak jadi HAHA
Khamis lepas, majlis dekat rumah Kak Long. fuh ramai gila tetamu, first time rasa me pergi kenduri orang pack gila. tapi sempat la jugak mencelah untuk bergambar dengan pengantin.
Sabtu, ada 4 invitation. tapi sempat pergi 3 rumah je. dah la arini hujan sepanjang hari, dari pagi kot hujan non stop.
1st house, majlis bertandang Spein & Kak Long..
time kitorang sampai, ngam-ngam pengantin perempuan sampai, so terus makan.
tak sempat bergambar dengan pengantin, kitorang je la bergambar depan pelamin haha. sebab pengantin baru nak start makan.
2nd house, rumah Din kawan Iwe. ni pon singgah kejap je sebab dah lewat, tak sempat nak jumpa dengan wife dia pon. pengantin pon dah salin baju haha! dah siap tukar jeans.
last house, rumah Ziera ex student practical kat CC Mama. lagi satu majlis ex neighbor zaman childhood dulu, tapi majlis dekat Besut dengan hujan lagi and maklum la CNY jalan memang jem gila la.. so pergi mana yang sempat je la. btw, tahniah uolss semua!