020319
semalam gigih buat fruit cake, sekali time nak potong mak aih hancur plak sebab fruit banyak gila haha. whatever, jadi ke tak jadi me bawa jugak bekal bawa g Cameron haha. buat tuna puff & ovomaltine puff sekali. plan nak buat nutella puff je sekali nutella habis, sibaik ada ovomaltine so ganti je tapi x best plak sampai meleleh leleh ovomaltine tu..
otw g Cameron singgah Bidor dulu makan mee kari.. kira breakfast mee kari la. me order mee kari and mr.husband order mee kicap. mee kicap tu boleh makan dengan sup or kari. actually, mee kari bidor ni Ayah Chir la sellau singgah, kebebtulan semalam dia datang rumah dia duk cerita itu yang kitorang singgah, sekali dah nak sampai confuse plak sebab ada 2 kedai, Mee Kari Ramli Bidor dengan Mee Kari Lina Bidor whatsapp Ayah Chir tak de respond, so dengan confident singgah la yang Ramli ni hahaa.. dah siap makan, Ayah Chir cakap bukan yang ni yang selalu dia tapaukan tu Lina bhahahha! sibaik sedap jugak. kalau belom gerak tadi ada je g kedai lagi satu haha..
SIL, Ckin bagitau homestay dapat check in awal. me & mr.husband sampai tu around 12.30 camtu tengok family in law semua dah sampai, sebab kitorang tak konvoi sekali Ckin balik umah mertua dia dulu semalam then Mak Abah semua gerak dari Shah Alam. homestay ni booking 2 bulan lepas kot, planning nak datang akhir Mac tapi tengok date dengan school holiday la ape lagi so kitorang datang awal sikit la sebab dah bosan asyik datang ngadap jem je. homestay ni dekat Green Hill, memang jalan kaki je la pegi pasar malam.
kitorang lunch dekat Agro Highland Cafe. punya la tak tau dalam tu ada cafe, sebelum-sebelum ni selalu je singgah sini tapi pegi kedai depan-depan tu je, tak tau plak dalam tu ada macam-macam.
siap ada mini zoo bagai, nak petik stoberi pon boleh. tapi yang tak best dalam ni takde coverage nak share location kat orang pon susah, sebab masa kitorang datang ni BIL, Man & family belum sampai lagi.
memang tujuan datang sini nak makan waffle coklat meleleh dia ni, yumms! mr.husband makan nasi goreng chicken grill, tapi blackpepper sauce dia sedap. orang lain order chicken grill, chicken chop, mee kari, lamb chop and ape ntah lagi.. tapi semua boleh tahan la sedap.
dari Agro Highland tu, terus singgah pasar malam sebab malam nanti dah ada plan lain, so datang awal sikit la pasar malam.
malam, dinner dekat Atilla Steamboat & Grill. plan asal nak makan steamboat tower tu tapi masa nak booking tu orang tu cakap kedai tengah pindah and 1-2 hari lagi akan buka.. survey yang lain macam tak menarik, so ni la pilihan dia. not bad la, ada lamb, daging, ayam marinate, ada sotong, udang, kepah and ada nasi lemak & nasi goreng jugak.
semua gigih duk memasak haha. kitorang amik kuah tomyam, ok jugak la tapi macam manis sikit.. manis-manis pon 2 kali tambah jugak kuah hahaa..
dah kenyang semua balik tido, tapi paling stress baru nak lelap orang sebelah ke belakang berparty. sampai pagi ok! sakit kepala oiii tidurku terganggu. tak agak-agak berparty sampai pagi.
030319
pukul 8pagi dah pergi Kea Farm, gara-gara tak nak jem.
breakfast pon kat dalam ni, order nasi lemak sekali turn kitorang je nasi lemak sold out. so sad. lastnya semua makan roti canai.
sebelum balik jangan lupa beli ice cream kegilaan ramai ni.. ice cream strawberry. Ya Allah creamy gila and sedap gilaaa oi.
from Kea Farm, terus ke Taman Agroteknologi Mardi. luas jugak dalam ni, me & mr.husband siap daki sampai atas dekat ladang teh tu. fuhh! macam-macam ada dalam ni, taman rama-rama, taman arnab, tempat tanam anggur, strawberry, sayur and macam-macam la. bayaran masuk RM5 per person.
dekat Mardi tadi banyak je cafe dalam tu, tapi sebab dah plan nak makan dekat Opah Strawberry so setakat beli jajan-jajan camtu je la. sampai dekat Opah Stawberry, sekali nasi lemak dia takde plak ayam goreng. tapi dah tak tahan tengok scones dia, me order je strawberry cheese scones and muffin strawberry. memang sedap gila weh scones and muffin kat sini.. fluffy gila scones dia. tengok ramai jugak order nasi lemak kat sini even takde ayam goreng pon, tapi family in law semua tak jadi makan sini sebab Man & Mira tak pernah try lagi nasi lemak sambal stoberi tu sibaik kedai sebelah je dengan 200 Seed Cafe by Abang Strawberry tu, so diorang semua pergi sana dulu me, Ckin & mr.husband lepak sini dulu. actually dekat Opah ni boleh petik stoberi jugak, and paling murah kot banding tempat lain sebab 1kg RM40 je.
lepas makan scones, terus g kedai sebelah sebab semua dah kat sana. me order nasi lemak stoberi rendang daging sebab dulu dah try yang ayam goreng dia, this time try rendang daging plak. ok jugak la rendang daging dia, spaghetti bolognese tu mr.husband order rasa ok la tapi macam ada kurang something sikit, kurang herbs mungkin. orang lain semua order nasi lemak stoberi ayam goreng.
but diorang cakap, ayam goreng tak sesedap aritu. aritu kitorang try ayam goreng dia sedap. nasi sama je biasa je just kaler pink, sambal biasa and sambal stoberi ikan masin.
Man & Mira balik dulu sebab Man ada last min meeting dekat Penang, Abah & Midi pon balik dulu ke Shah Alam sebab Abah ada hal. so sebelum diorang balik singgah la sini dulu, ada yang nak minum teh, makan kek ke ape. so yang tinggal, Mak, Emi, Ckin & family.
malam plan nak makan scones and stoberi milkshake sedap dekat Pusat Jualan Peladang area Brinchang tu, sekali sampai tutup awal plak. aishhh kecewa betul, lastnya makan nasi goreng cendawan je, dalam mimpi je la scones. lepas makan, pusing-pusing area Brinchang tu je.
040319
pagi ni kecewa jugak, semalam lalu kedai nasi lemak ayam sedap tu buka je, tapi kitorang nak ke Kea Farm time tu so ingatkan buka la hari ni, sampai-sampai kedai tutup 🙁 kedai nasi lemak sedap tu depan balai bomba Brinchang tu, dia goreng ayam panas-panas oii.. sebab takde kitorang makan kedai sebelah dia, ada nasi lemak jugak tapi takde ayam. sibaik sedap sambal dia.
tengok ramai makan roti canai, me order roti canai plak hehe..
lepas breakfast, terus ke Big Red Strawberry Farm. biasa datang mak aih full, nak order foods pon Q kemain panjang.. kali ni sunyi plak sebab weekdays kot. meja pon kosong je haha. aman damai.
sebab semalam datang Peladang ni tutup awal, hari ni datang lagi. yeah! bukaaa.. me order stoberi scones and scone biasa & cheese cake. tapi sayangnya stoberi milkshake yang sedap tu takde plak, boleh plak diorang cakap sebab ais habis 🙁 kempunan aih!
otw nak ke Lavender Garden, singgah Kea Farm lagi semata-mata nak beli eskrem dekat PUKU Cafe ni.. me try yang greentea, Ckin amik yang passion fruit and Warda (Ckin’s SIL) amik tiramisu. tapi me try semua sedap.
plan nak pegi Maps, Ipoh tapi operation hour yang baru start 4pm plak, lastnya tak jadi pegi Ckin balik umah mertua dia dulu kat parit Buntar and me terus balik Shah Alam je. Otw balik ke Shah Alam, konon nak singgah mee kari Lina Bidor tu tapi call 4.30pm plak buka, tak jadi la. singgah RnR pon makan mee kari sebab kempunan tak dapat makan mee kari Lina bhahaha!
Salam puan, saya drpd agro highland cafe nak minta izin puan untuk share gambar² puan di cafe kami utk post di page fb kami. Saya akan share kn sekali link blog puan. Terima kasih. ?
Sh agro :: wsalam, ye boleh..
Kat sini pon ada update
http://niejamuhaimi.com/?p=21425