PTABR KE CAMERON HIGHLAND

101019

plan asal nak balik 12 oct ke Shah Alam, pastu aritu ingat dah tak jadi pergi Cameron ni sebab bas takde untuk budak-budak, eh tetiba cakap dah ada bas, so me pon tukar je la ticket flight sehari sebelum gerak ke Cameron, so tawakal je la kalo tak dapat tukar 12hb tu terpaksa balik awal la dari Cameron sbb flight malam, sekali otw g Cameron dapat msj flight dapat tukar 🙂

so, kitorang pengiring gerak dulu 2 kete pagi tu, students semua gerak malam. otw pergi, kitorang singgah makan dekat RnR lama Gua Musang, Sri la duk cakap mee kari sini sedap, so kitorang stop la makan sini.

meme sedap gilos. lauk pon banyak, kuah meme sedap tak sia-sia la stop hahaa.. tapi family Ustaz (Abi&Umi) singgah tak makan, diorg dah tapau makanan, so kitorang tapaukan la mee kari ni kat diorang nk bg diorang rasa, kitorang pon tapau lagi siap order nasi air dia sekali.
sampai Cameron around 4 lebih camtu, so terus plan nak g makan waffle la dekat Agro Highland Cafe ni, ala sampai-sampai je kedai dah nak tutup sebab weekdays diorang tutup awal, alahai frust betul.
ada Hatters Cafe ke ape luar dari Agro Highland tu kitorang duk beli roti la ape, nampak choc ni sedap kitorang beli jugak.


singgah Cameron Valley sebelum check in..
kitorang stay dekat Villa Dahlia, betul-betul simpang memula masuk nak g ke pasar malam tu, sebab nak senang untuk students pon amik 3 rumah jugak kat sini.
malam, keluar dinner area Tanah Rata tu sekali mak aih sejam lebih tunggu foods. sampai dah xde mood nak snap gmbar hahah. and before blik, singgah Paradise Reyan ni, ni shoplot dkat dpn pasar malam tu kalau tak makan tadi dah makan nasi arab dah haha.
choc crepe, kedai dah nak closing so tapau je la.

111019

5.15am duk siapkan breakfast, sebab students semua sampai diorang singgah solat and bersiap dekat Masjid Lojing and terus datang breakfast kat Villa Dahlia ni.
kitorang siapkan roti celup telur je, Umi and family masak nasi and daging sambal ni, mak aih meme sdap la boleh belajar resepi baru ni hehe
breakfast
first place, diorang pergi ladang teh and diorang cakap teh sg.palas tu eh sekali dah sampai sana takde diorang rupanya diorang tukar pergi yang cameron valley hahaha, tapi sebab kitorang dah pergi semalam so kitorang x join. So, ni kira tempat kedua la Royal Berry.
owner Muslim, and orang Besut. kat sini nak masuk petik strawberry tak payah bayar, so bayar buah yang kita petik je. sebab banyak tempat yang nak masuk pon dah charge, then ada limit berapa orang kat sini masuk la semua pon just bayar buah yang kitorang petik je.
hasil Umar
ice cream dia sedap, Mama siap belanja students and tapau bawa balik dalam 30pcs haha, and tq kpd owner Royal Berry banyak bagi strawberry kordial untuk bawa balik.
next, pergi Cactus Point.
kemain duk pilih cactus nak letak dalam toilet, dah beli sekali tertinggal kat Setiu.
time solat jumaat, kitorang yang pompuan tunggu kat homestay je rest & makan.. makan daging ni lagi yums!

singgah Agro Highland Cafe, hari ni datang awal sikit takut datang kang tutup plak haha. memang datang semata-mata nak makan ni je, dah sampai 1 eh apsal dia pakai milk choc plak sebab sebelum ni makan yang dark choc, tapi bila tanya cakap kena request pulak sebelum ni takde pon kena request, and sebab tak puas hati kitorang order lagi yang dark choc haha. baru muka ada sinyiumm..
actually sebelum pergi Agro Highland Cafe tadi, dah datang Mardi sebab students semua kat sini ticket semua dah beli eh hujan lebat gila tu yang kitorang pergi makan waffle dlu. time kat Mardi ni pon kejap-kejap hujan tapi tak selebat macam memula sampai tadi la.
malam, ke Pasar Malam

sebab hujan so tak sempat nak beli foods pon kat pasar malam, kitorang g makan dekat Nik Ikan Bakar, belakang Masjid dekat Brinchang tu.
lepas makan, singgah tapak pasar malam lama dekat Brinchang tu.
hasil tangkapan stoberi dekat Pasar Malam tadi dlm 30 boxes, esok cari lagi haha. sebab dah balik eh macam ada lagi tak cukup.

121019

breakfast for today, nasi lemak sambal udang. sambal, ikan bilis and kacang tu semua Umi dah bawa siap-siap dari Setiu, just dia buat sambal udang je and kitorang just rebus telur je and Umi masak nasi.
nasi lemak sambal udang
check out, terus pergi bergambar kat sini.
tempat melawat arini, Time Tunnel and Melipoly Bee Gallery
dari sana, terus singgah Kea Farm
benda wajib beli kalo singgah Kea Farm and students pon terus gerak balik, diorang singgah solat Zohor dekat Masjid Lojing tu lunch semua and gerak balik ke Setiu, tapi kitorang singgah Lavender Garden.



kemain la, photographer duk amik gambar kat situ macam-macam posing eh sekali time nak balik tu terlupa nak g pilih gambar, adoi la.
singgah sini lagi, makan mee kari. and tapau mee kari, nasi air & laksa penang bawa balik sebab try aritu semua sedap so tapau la sekali nanti sampai Setiu boleh makan lagi bahahha! tapi mee kari arini macam kurang ayam plak, but kuah still sedap.

Leave a Reply