sampai-sampai terus kena jadi dulang girl hahaaa. maklum la cousin yang anak dara ramai yang tak dapat datang sebab esok lusa dah start sekolah kan. so, saudara-mara area KL je la yang wakil memeriahkan majlis, tapi tak ketinggalan Mama from Setiu & Umiyah from KB pon datang hahaaa..
around 11 lebih majlis akad nikah start.
lepas majlis akad nikah, makan and acara wajib, bergambar.
semalam, Syafa ajak open house rumah adik dia, Dilah. kebetulan parent dia dari Sarawak pon beraya kat sini. lagipun balik raya hari tu tak sempat pon nak beraya ngan Syafa, alang-alang dia ada kat KL, boleh la datang beraya.
my fav, laksa sarawak & kek lapis yumms! and ada nasi minyak jugak.
and kebetulan hari ni birthday Amanda, so celebrate birthday Amanda & Icca sekali. birthdya Icca next month, takpe la ca, celebrate awal hehee..
Esah dalam pantang, so me & Jaa je yang dapat join. thank you tuan rumah ๐ seronok lama x jumpa family Syafa, kalau tak dulu zaman sekolah petang-petang je ada je muka me kat rumah dia hahahaaa..
my MIL masak kari ayam + kurma daging + rendang ayam belanda + spaghetti bolognese + sambal goreng + kuah kacang
nasi impit + ketupat by FIL + spaghetti + cheesetart by me ๐
MIL signature, mango yogurt yumms!
mabelessss!
this year sempat beraya rumah husband’s cousin, Atie je. sebab kebetulan raya hari jumaat so lepas solat jumaat me & mr.husband and Man & Mira tak ikut pergi rumah Pak Ngah.. kitorang nak packing balik Terengganu and Man & Mira nak balik Baling.
gerak from Shah Alam around 7pm camtu kot, then sampai Setiu ada la singgah rumah customer anta florentine cookies and sampai rumah around 1.30am camtu kot terus masuk dapur baking.
ikutkan, biasanya from Shah Alam terus je balik KB tapi sebab nak tidur Setiu malam ni, stop tidur sini kejap. and dah janji sedara order cheese tart, balik baking la kejap. sibaik tart shell me dah buat siap-siap kat Shah Alam, so just isi filling + cheese and bakar je la kejap. thank you Proserfina temankan ๐
2 Syawal
lepas customer amik cookies, terus gerak balik KB. plan nak pergi beraya rumah kawan-kawan kat Setiu tapi semua busy beraya. and diorang ajak beraya petang ramai-ramai but macam tak sempat la plak sebab kat rumah my aunty, Umiyah pon ada open hosue hari ni.
otw balik KB, singgah makan Nasi Kandar kat Jabi. sebab dah tau confirm jem gila kalo raya-raya ni ke KB, better isi perut dulu hahaa..
beraya rumah saudara mara sebelah Mama and balik kampung sebelah arwah Pa, Pasir Tumbuh.
3 Syawal
open house kat rumah Mami & Papa, so seharian semua kat sini. dah lewat petang baru ikut Mir pergi rumah kawan dia.
malam, Sri Nakhoda’s tradition, duit raya session.
thank you ๐
4 Syawal
open house kat rumah arwah nenek..
and , kebetulan puasa hari tu birthday Umar.. celebrate la sekali, alang-alang semua dah ada..
happy 1st birthday Umar Ramadhan!
macam dah lama takde family photo camni, habis time nak bergambar je ada je yang takde. aihh!
last day kat KB, buat BBQ and macam biasa firework session.
tak sampai lagi 2 weeks nak raya, me baru open order florentine cookies ni. so amik order pon tak banyak since kat sini pon oven satu and kecik je, but alhamdulillah sikit pon rezeki jugak. dah settle yang order baru nak buat biskut raya kat rumah sendiri, untuk bagi Mama sikit, MIL sikit and bawa balik KB sikit. bagi la rasa sikit-sikir sorang kan. me buat pon berapa jenis je dah tak sempat nak buat banyak-banyak.
florentine cookies
choc chip cookies
chocolate almond clusters
biskut mazola
popia nestum
kemain memula gigih buat bentuk riben bagai, macam cute je tapiiii.. macam lambattt je, HAHA.. so last-last potong biasa je hahaa.. lagi cepat
popia salted egg
sape nak makan biskut raya, meh la jemput datang beraya kat rumah hehee..
supposedly, berbuka dengan family in law hari ni tapi dari pagi sakit perut, so mr.husband je pergi.. dia tapaukan nasi ayam penyet siap-siap untuk bini..
23 Ramadhan
sahur : nasi goreng ikan masin + nasi goreng dgaing merah
berbuka : nasi ayam peri + kuih sekaya pulut
24ย Ramadhan
sahur : spaghetti bolognese
berbuka : kari ayam + ikan cencaru sumbat goreng + telur dadar + kuih sekaya pulut
hari ni baru dapat berbuka dengan semua family in law..thank you Mak
26ย Ramadhan
sahur : mihun goreng + siakap sweet sour
konon nak masak, sekali syok duk baking tengok dah lambat, sibaik mil ada bekalkan mihun goreng + ikan siakap ni tadi, just panaskan je la.
berbuka : kari daging + pajeri nenas + ikan cencaru bakar berempah + telur dadar + talam gula melaka + sekaya pulut
kari daging + pajeri nenas tapau umah MIL semalam HAHA, so masak ikan bakar and telur dadar je, sekaya pulut tu pon last dah.. kalau buat banyak mau sebulan duk makan kuih sekaya pulut ni hahaaa..
planning asal mr.husband ajak berbuka dekat Spiced Pumpkin tu, sekali dah tutup hari ni and ada untuk take away & delivery je. so tapau makan kat rumah je la, and nak try kunafa dia sebab orang cakap kunafa dia sedap, aishhh terliurrr gilaaa lama x makannnnn.. sekali sold out ๐ lastnya, mr.husband tapaukan kunafa kat Damas Sweets. yumms!
masuk ni 3 kali g buffet untuk this Ramadhan, tapi yang ni macam semua lauk and makanan dia sedap. cheese cake dia pon sedap. lauk pauk dia semua me amik and sedap, ada kari kepala ikan, sotong lala and seafood dia senang cite fresh la. bubur lambuk dia pon sedap lauk banyak gila i loike!
16 Ramadhan
sahur : pizza + popia
leftover pizza sahur semalam, and goreng popia frozen je haha.
daging & lemak bakar from bazaar stadium KB uolss! thank you Mama kirim hehee.. plan nak makan tu je sekali mr.husband balik belikan ayam golek + murtabak plak. mangga tu Fai baru bawa dari Perlis ๐
tak sempat nak balik, hari ni keluar cari baju raya lastnya tak beli pape pon. HAHA alang-alang dah lambat, and konon lepas berbuka nak pusing cari lagi.. lastnya berbuka kat luar je.
19 Ramadhan
sahur : maggie goreng + telur mata + daging & lemak bakar
berbuka : nasi lemak ayam + murtabak
20 Ramadhan
sahur : roti john cheese sekilo
fuh meleleh cheese dia.. memang banyak la cheese dia letak, actually ni mr.husband belikan untuk berbuka tapi sebab dah buat nasi lemak, me simpan je la untuk sahur. bangun sahur just panaskan kejap, fuh meleleh.. isi pon banyak puas hati la.
berbuka : kuey teow goreng + telur dadar + mangga
21 Ramadhan
sahur : mee tomyam
mee tomyam segera, ni mr.husband belikan speket untuk 2 kali buat. dalam tu ada mee kering + perencah je. so me saja la letak ayam + daging + carrot skit.. and kebetulana da daun limau campak je sekali. not bad, sedap jugak.
berbuka : daging & lemak bakar + telur berlada + telur masin
actually arini order food delivery, eh sekali dah petang cakap x sempat hantar ๐ dah la tengah baking, sibaik daging & lemak bakar ada, panaskan ni je, rebus telur masin and buat telur berlada.
korang suka makan ayam/ sotong/ udang/ ketam/ spaghetti/ popia or pape yang letak telur masin? nah, ni me nak bagitau me ada jual salted egg powder. serbuk telur masin ni, memang senang gila la nak guna. tak payah dah nak rebus telur masin dulu ke ape, time masak masukkan je 1-2 sudu serbuk telur masin ni, konpem sedap dan memang cepat la siap. kalau korang berminat boleh la contact me ok! nak pos pon boleh, dont worry sebab me dah banyak kali pos untuk customer yang duk jauh..
mission pizza crust. dah lama tengok time nak beli wrap, sebab me suka mission wrap ni. last week, saja la try beli mission pizza crust. alang-alang tak tau nak sahur ape semalam, me buat je pizza guna mission pizza crust ni. satu packet tu ada 2 pcs. RM 7+ x silap. nak cepat boleh la guna ni, kalo rajin buat dough sendiri hehe.
firstly, letak tomato paste or pasta sauce tu. kalau takde guna la sos tomato haha.
then me letak grilled chicken atas tu. ayam tu me just letak pepper + salt + chili flakes + herbs je then grilled kejap. and baru letak atas ni.
letak onion + capsicum. nak letak nenas ke mushroom ke ape boleh je. ikut suka.
lastly..mozarella cheese and herbs. kasi lagi wangi pizza kita hehee..
and me bakar dalam oven 7-10min. kalau takde oven pakai pan pon boleh, make sure tutup la baru cheese tu melt.
hari ni berbuka dekat Restoran Subur, sebab nasi dalca dia ni bulan Ramadhan je dia ada. last year sempat la 2 kali kot..
10 Ramadhan
sahur : homemade roti john
berbuka : daging dendeng + bendi sos tiram + telur masin + kuih sekaya pulut
thank you bff! kemain la dah nak buat hari ni tapi telur plak tak cukup, sekali tengok 2-3 orang my friend yang buat kuih sekaya pulut arini.. and kebetulan Esah datang area sini dia bawakan.. thank you babe!
11 Ramadhan
sahur : asam pedas tetel + salad + telur masin
ikutkan memang malas la nak makan nasi sahur-sahur ni bukan ape, sebab kitorang rasa macam lagi cepat rasa lapar hahaaa.. tapi sebab Nabil ada bagi asam pedas tetel, aishhh memang makan jugak la.. dah la fav kitorang asam pedas tetel ni hehee..
berbuka : buffet ramadhan Kelab Shah Alam
dessert mcm-mcm ada tapi tak terliur sangat nak makan, amik fruits and mr.husband duk ulang makan bread butter pudding dia je.
roti john & murtabak. masa sebelum berbuka kemain terliur, tapi murtabak tebal dgn telur je bhahaha.. roti john biasa-biasa je.
abc ok je la tapi kacang merah and cendol dia macam kering sangat
kambing memang terbaik.. juicy gila! daging x berapa lembut, ada pari and ikan cicah air asam, sedap.
nasi ayam tak try pon tapi try ayam dia je. juicy.ย
udangggg tu sedap gila wehhh.. tak tau berapa puluh ekor me makan hahaa.. dah la besar-besar memang puas hati.. ada spaghetti aglio, tapi biasa je. lauk-lauk lain sedap.
thank you Nabil. kalau korang ada pergi bazaar Stadium Shah Alam tu boleh la beli ni..
berbuka : buffet Ramadhan SACC
tahun sebelum ni biasa buffet lane dia kat luar, tapi ni semua dia buat kat dalam..
sacc’s signature, kambing kebuli. setiap tahun datang makan kambing kebuli je la hehe.. kat luar garing, dalam perghh memang juicy weh!
ada kacang pool.
lauk-lauk, ada sambal telur, telur ikan goreng, lala, sotong sambal, ayam bamma ke ape ntah nama, ada rendang pucuk paku. tapi seafood dia tu macam x fresh. macam pakai frozen punya.
ada apam balik
dessert, kuih traditional tu semua fresh lagi la sedap. tapi cakes semua tu mcm kering gila weh. xtau la dah berapa lama simpan. kemain la terliur amik satu-satu, tapi xleh nak makan pon. too dry.
ada stall laksa, udon, kuey teow/mihun sup. yang ni sedap.ย
colek pon ada..
lemang, nasi impit, rendang tok pon sedap jugak.
ada stall pecal
dimsum & pau
kerabu & ulam macam-macam jenis la. kerabu paru dia sedap.
sahur semalam tak tau nak masak ape, roti pon dah nak expired so buat roti john je la, kebetulan petang semalam nampak my biras, Mira duk cakap nak buat roti john. ni pun first time buat, bahan pon guna ape yang ada kat kitchen je la.
bahan – bahan :
bawang putih
bawang besar
isi ayam
serbuk kari
telur
roti
sayur
sos cili
mayonis
cara – cara :
firstly, me tumis bawnag putih + bawang besar + ayam. ada minced chicken or daging burger pon boleh tapi ni me cincang isi ayam je, nampak ayam dah masak, me masukkan sedikit serbuk kari and garam. dah siap bahan inti, me masukkan dalam bekas lain and masukkan telur. sebab telur pon tinggal sebiji je pon, me guna sebiji je la.
panaskan pan or pemanggang ajaib, tuang campuran inti tadi.
then terus letak roti atas adunan inti tadi and tunggu sehingga masak.
nah.. dah siap, boleh nak balikkan roti tu bagi garing skit ke ape, tapi me tak buat pon. terus je angkat.
kobis ke carrot or timun pon takde, me letak salad je hahaa.. then letak mayonis + sos cili
lipat roti tu and potong. siap ๐
ok la, ada la jugak rupa tu hehee..
not bad. sedap jugak. next time boleh buat lagi. sebab simple je nak buat.
sebelum balik Shah Alam aritu sempat la buat ketupat sotong. kebetulan sotong murah RM16/kg tapi takde la size besar sangat tapi boleh la setakat nak buat ketupat sotong ni.. actually ni me buat ketupat sotong kelate, bukan version terengganu.. sebab kalo terengganu punya ketupat sotong kuah dia putih and ada halia la halba, bawang segala tu..
Bahan – bahan :
sotong
beras pulut
santan
daun pandan
gula melaka
gula
garam
Cara – cara :
firstly, lepas dah cuci sotong (nak buang ke tak kulit dia tu tak kesah) masukkan beras pulut dalam badan sotong ni. sumbat la 3/4 dari size sotong tu ke. nak rendam dulu pon boleh beras pulut tu, tapi sebab tak sabar sangat nak makan me rendam 10-15min je terus sumbat dalam sotong ni. nak lagi berlemak, rendam beras pulut dalam sedikit santan. lepas dah sumbat beras pulut tu, masukkan kepala dia and cucuk dengan toothpick, supaya nanti takde la beras pulut tu terkeluar.
masukkan santan + daun pandan and dah boleh on api.
masukkan sedikit gula melaka, me letak tak banyak pon sebab tak suka manis sangat. so me letak gula melaka sikit + gula biasa sikit and sedikit garam.
and biarkan sampai mendidih, make sure tutup periuk tu bagi cepat sikit pulut kat dalam tu masak.
done. nak kuah banyak ke sikit ke ikut korang la pandai-pandai la adjust.
ketupat sotong by NM
yumms! 4 ekor pon rasa tak cukup lagi bhahahah! next time kena buat 3kg sotong kot heheee..
first day puasa dah sahur kat Hammed’s Corner. lama tak pekena naan cheese dia fuh.. layann woi. and first time try ayam tandoori dia, not bad sedap jugak tapi tak leh lawan ayam tandoori dekat Kapitan Penang la hehee..
kebetulan ada balance mangga sebiji, and ada beras pulut yang Fai bagi last month terus buat pulut mangga. buat pon half cup je so cepat la siap hahaa..
sebab ingat kena berbuka sorang sebab mr.husband cakap kena pergi Johor, so buat nasi goreng je la setakat nak makan sorang.. eh sekali ngam-ngam orang azan mr.husband sampai, sibaik ada balance nasi goreng kalo tak makan kurma je la dia hahahha..
4 Ramadhan
sahur : egg mayo sandwich
berbuka : ikan pari + sotong bakar berempah
kemain pergi bazaar ramadhan sek 13, stadium tu. pusing almost 1 hour, lastnya tak beli pape. dah la sesak gila weh orang pon ramai, maklom la bazaar ramadhan paling besar kot 400+ stalls. sebab tak sempat nak balik, singgah makan kat food court giant je.
Korang yang cintakan tempat murah untukย membeli belah me cadangkan kat Padang Besar. Sejak tahun 1960-an, Padang Besar telah menjadi syurga membeli-belah yang tersohor untuk pengunjung Malaysia dan Thailand, beb. Padang Besar ini biasanya menawarkan pelbagai jenis produk seperti tekstil, kasut, pakaian ( kebanyakan pakaian yang dijual ni di import dari Thai) makanan (pelbagai jenis makanan, dapat la merasa makanan dari Thai seperti tomyam, pulut ayam, pulut mangga dan pelbagai makanan ringan yang asal dari Thai) peralatan dapur seperti periuk belanga dalam pelbagai size dan harga agak murah. Barangan bilik tidur, toto narita, selimut macam-macam la ada, barangan pengantin pon ada tau dan banyak lagilah senang cite. Waktu operasi perniagaan di Padang Besar ni sekitar dari pukul 9 pagi hingga 6 petang, tapi ada jugak yang tutup lambat tapi tak banyak la. Ada yang ingat pekan Padang Besar ni kat Kedah, pekan disempadan Kedah – Thai tu Bukit Kayu Hitam. Padang Besar jugak adalah satu-satunya hubungan kereta api langsung antara Malaysia dan Thailand dan ia mempunyai persimpangan jalan antara kedua-dua negara. Selain dari membeli-belah, terdapat aktiviti lain di Perlis yang menarik orang ramai dari luar negara dan dalam negara.
Terdapat tarikan berdekatan kalau korang nak tahulah seperti Gua Kelam (gua batu kapur), Chuping (tanah tebu terbesar), Perlis State Park dan Tasik Timah-Tasoh. Kalo pegi Gua Kelam kena la masuk dalam gua ni, dulu masa kecik pernah la pergi sini, kat dalam tu siap ada kolam air panas tak silap, siap boleh berpicnic and mandi-manda. Terowong semulajadi yang ada kat dalam gua ni dah disenangkan dengan jambatan gantung untuk kita lalu. Panjang jugak la dalam 370meter. Sepanjang laluan ni korang akan disajikan dengan suhu yang agak sejuk, bunyi air yang mengalir di bawah jambatan dan juga batu kapur kiri dan kanan gua.
Korang yang berminat nak datang kat sini, AirAsia promotion online kan ada dari Kuala Lumpur ke Alor Setar. Lapangan terbang terdekat untuk pergi ke Padang Besar adalah di Alor Setar dan korang boleh jugak meneruskan perjalanan ke pasaran selama satu jam dan 30 minit dengan menggunakan lebuh raya Utara-Selatan. Selain tu, yang dari Kuala Lumpur, selalunya dalam 8 jam kalau guna Lebuhraya Utara Utara dan keluar di Jitra pastu ke Kodiang dan Kangar and then ke pasar Padang Besar.
Selain Padang Besar, korang pun boleh pegi Muzium Kota Kayang. Sejarah takkan lekang dari hidup kita, beb. Antara tarikan yang menarik kat kawasan ini adalah Muzium Kota Kayang terletak di sekitar Bukit Kayang di Kuala Perlis ini seluas lebih dari 4.84 hektar. Muzium ini dimiliki oleh Syed Salim sebagai hadiah dari Raja Syed Alwi. Pada akhir kurun ke-19, Syed Salim membina kediamannya dan tinggal bersama keluarganya sehingga dijual kepada kerajaan negeri. Selepas itu, bangunan itu menjadi kediaman rasmi Penasihat British, Pentadbiran Tentera sehingga tahun 1945 dan diikuti dengan menjadi kediaman rasmi kepada Ketua Menteri selepas kemerdekaan. Pada tahun 1991 pulak bangunan itu dirobohkan dan dibina semula dan diubah menjadi muzium. Muzium ini terdiri daripada artifak Islam, kerajinan Perlis atau Kedah dan barang milik keluarga diraja. Nak Masuk ke muzium ni korang janganlah risau sebab percuma je dan pelawat boleh datang dari 9 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.
Bagi yang ber-couple tu, Taman Negara Thale Ban sangat sesuai untuk korang. Taman ni merupakan sebuah tasik yang besar terletak di Ban Wang Prachan, Tambon Wang Prachan, sekitar 40 kilometer dari bandar Satun. Ia merujuk kepada laut yang menenggelamkan atau laut yang disebabkan oleh penenggelaman bumi antara Khao (Gunung) Chin dan Khao (Gunung) Mot Daeng Ia secara rasmi diisytiharkan sebagai taman negara pada 27 Oktober 1980 dan meliputi lebih 49,000 ekar termasuk Kupang Pulot dan Rizab Hutan Nasional Hua Kraming dan Kawasan Hutan Pa Khuan Bo Nam Puyu. Taman negara ini bertindak sebagai rumah kepada sekitar 300 spesies burung, termasuk lapan jenis tanduk, tapir Malayan, babi hutan, gibbons, kucing civet dan katak kelenjar langka. Selain itu, pelawat juga boleh mempunyai peluang untuk menemui kadal monitor dan lengan saiz tangan berhampiran Panee Waterfall kecil. Lagi yang best kat sini terdapat ular beracun maut yang dipamerkan di pusat pelawat juga. Selain itu, simbol Thale Ban yang merupakan katak boleh ditemui di sini bersama pelbagai ikan air tawar dan kerang. Taman ini juga menyediakan pavilion tepi tasik serta jalan kayu di sekitar tasik untuk pengunjung. Taman nasional ini dibuka dari jam 8 pagi hingga 6 petang dan yuran kemasukan adalah 200 baht setiap orang dewasa dan 100 baht setiap kanak-kanak. So ape lagi, meh lah ke sini.
Kalau korang nak rehat atau nak bermalam, Tasoh Lake Resort & Retreat tempat penginapan yang popular untuk pelancong perniagaan dan percutian untuk menikmati masa yang santai dengan keluarga dan geng korang. Untuk yang suka akses internet tu jangan risau WiFi percuma di seluruh resort, para tetamu hotel juga boleh memiliki akses ke tempat letak kereta adalah percuma ye, restoran, kedai kopi dan perkhidmatan termasuk dobi dan pengemasan. Hotel ini mempunyai 41 bilik tetamu yang cantik lagi best giler tambah dilengkapi dengan penyaman udara, meja, bar mini, televisyen dan ciri-ciri kondusif untuk bilik tertentu, beb.
Traveller macam korang juga boleh memilih Satit Padang Hotel ni time korang travel Pasar Besar Padang untuk berehat dan bermalam. Hotel ini terletak di Sadao dan sekitar 25 minit dari Perlis State Park. Hotel ini mempunyai 52 bilik yang dilengkapi dengan WiFi percuma, televisyen, meja dan peralatan mandian secara percuma, ok. Untuk keselesaan dan kemudahan pelangan macam korang ni, terdapat juga kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan seperti cucian kering, dobi, kaunter penerimaan tetamu 24 jam dan tempat meletak kereta percuma disediakan di hotel ini. Menarik kan? apa tunggu lagi, dah boleh try travel kat sini dah.