SUP POWER, PADANG JAWA

hari tu my uncle, Ayah Chir ada duk cerita pasal kedai Sup Power ni, and dia pon selalu jugak order untuk buat makan-makan time usrah dia, so last week kitorang peegi la cari.. kedai ni area Padang Jawa..

mr.husband try nasi + sup, me plak try mihun sup. yang mr.husband order tu amik set student, RM6 ok include teh o ais.. me punya mihun sup tu mak aih, banyak gila oi daging dia.. memang puas hati la.. dah la murah dalam RM4-5 je..sup dia ala-ala rasa macam Ani Sup Utara, pastu tambah plak dengan sambal kicap dia memang padu la..

semalam, datang try ayam penyet dia plak sebab kawan mr.husband cakap ayam penyet situ pon sedap. amik 2 set ayam penyet package student include air teh o ais.. tapi masa sampai tu me & mr.husband masing-masing macam hmm.. betul ke yang ni kawan dia cakap sedap, rupa macam tak menarik jee hahaha.. seekali dah makan, fuhh.. seedappp.. rupa memang out la tapi rasa not bad, sedap.. sambal dia pon sedap..

saje try order chicken chop jugak murah jee RM5, ayam ok la but blackpepper sauce tu biasa jee.. tapi dengan RM5 ok la sesuai dengan harga..

dekat menu dia macam-macam ada, nasi goreng sardin nampak sedap, nasi goreng ikan rebus pon nampak sedap, sup gear box pon ramai orang cakap sedap.. takpee, next time kitorang try menu lain plak..

SUP POWER PADANG JAWA

 No 6 & 7, Medan Selera MBSA,Jalan Mat Raji,

Padang Jawa,Shah Alam

NASI KUKUS SOTONG BESAR

seemalam nak reepeeat makan daging & itik salai dekat Raja Salai Shah Alam, alaa sekali sampai tutup pulak.. then, mr.husband ajak try nasi kukus sotong besar ni sebab dia pernah datang tapi tutup..

abg kaunter tu suggestkan nasi kukus sotong besar & kambing bakar.. so kita ikut recommendation abg tu..

kambing bakar

kambing dia sedap, ala-ala cik tri jugak rasa dia.. so next time kalau malas nak g jejauh sampai Setia Alam boleh la makan kambing kat sini jee..portion pon banyak jugak..

nasi kukus sotong

yang ni pon sedap, crunchy and juicy sotong dia.. utk set sotong besar ni boleh pilih nak nasi kukus ke, nasi lemak or nasi kerabu.. tapi kitorang suka la kuah nasi kukus dia ni tereus feel macam kat kelatee bhahah! siap tambah nasi uolss..

tapi nak lagi senang, menu letak kat semua meja if datang ramai-ramai takde la susah sampai semua nak Q kat depan kaunter tu.. utk price, ok la sesuai la set kambing and set sotong tu RM14.50 one set, sotong tu kalo beeli pasar malam pon biasa RM12+ jugak..

NASI KUKUS SOTONG BESAR

No.1, Jalan Kemuning Prima G33/G, Kemuning Utama, Shah Alam (cawangan Shah Alam)

 

No.2 Tingkat Bawah, Jalan Harmoni 1b/KU3,

Kristal Klang Commercial Centre, Kampung Batu Belah,Klang (cawangan Klang)

 

J-BROS

malam ni dinner dekat J-Bros Western Food, tadi petang masa dekat Aeon tetiba diorang cakap nak dinner kat sini malam ni sempena birthday FIL lusa. sebab BIL nak balik Baling so kira celebrate awal la..  ingatkan dekat sekali 30+km jugak from our house haha.

decoration luar & dalam kedai cantik..

menu

untuk set talam ada untuk a la carte biasa pon ada so kitorang order yang talam je.

kitorang order J-Tower, amik air bandung soda less ais, tapi ais half jugak hm..

kitorang order set talam combo B, yang atas tu amik spaghetti carbonara & lamb.. yang ni kitorang tukar amik spaghetti aglio olio and amik ribeye steak.  aglio olio ada capsicum semata-mata takde lauk pape, yang carbonara ok la jugak rasa pon ok.. tapi fries mak aih banyak gila memang tak worth it la dengan harga.

and kitorang order ni jugak set indomie, ni pon hm.. memang indomie semata-mata hahaha bak kata FIL gaul pon tak sekata baik masak indomie kat rumah bahhaha! and ayam goreng dia plain gila tak rasa adeii.. overall, semua memang habis tapi kecewa. macam tak berbaloi pon ada datang jejauh.. FIL pon tak makan sangat, sebab dia cakap rasa pon teruk. kesian birthday boy hehe. tapi ramai review best, tak tau la memang tak kena dengan taste kitorang smua kot. tapi bila balik baca review dekat google ada jugak cakap benda yang sama, so ikut taste masing-masing.. kalau kitorang memang tak datang lagi la.

happy birthday in advance, Abah

J-BROS WESTERN FOOD

 734, Jalan Ppaj 3/1, Bandar Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor.

FB : J-Bros

Ig : J-Bros

AYAM MASAK VIETNAM

 

bahan – bahan : 

  • ayam
  • serbuk kunyit
  • bawang besar
  • bawang putih
  • halia
  • serai
  • cili padi
  • daun limau purut

cara – cara :

firstly, gaul ayam dengan garam+serbuk kunyit+serbuk perasa. or ikut la camne cara korang buat untuk goreng ayam. tak payah nak perap lama pon terus goreng pon xpe. then blend bawang besar separuh je+ bawang putih 1-2 ulas + halia 1 inch + serai 1-2 batang + cili padi ikut kepedasan korang, me letak 3-4 camtu je sebab buat pon tak banyak. lepas blend semua tu boleh la tumis sampai garing, masukkan daun limau + garam + gula sikit and masukkan ayam goreng tadi, siap.

NASI ARAB

malam ni dinner makan dekat Rawsha, tadi pagi BIL, Man ajak dinner plan nak pegi satu kedai ni sekali google punya google kedai tu dha tutup rupanya bahhaa! so pilihan dia makan nasi arab, setakat ni Rawsha tak pernah mengecewakan lamb mesti banyak gila 🙂

lamb madghut

lamb mandy

kalau datang sini mesti beli baklava, yumms! btw, thank you Man belanja dinner malam ni hehe..

NORAINI’S PREMIX PANCAKE

pernah beli premix pancake brand noraini’s ni? me selalu jugak beli, bukan ape sebab senang kadang orang datang rumah nak cepat hidangkan pancake aje haha. dia ada 3 flavor, vanilla, banana & chocolate. dekat online, shopee, lazada pon ada jual tapi me biasanya beli dekat eco shop je RM2.10 je sepeket. actually tepung ni boleh buat pancake or crepe, but setakat ni memang tak pernah lagi la buat crepe, nak buat crepe bukan sekejap oi lama jugak sebab nak buat layer by layer kan. nak senang me guna untuk buat pancake je, instruction kat packaging ni ada tulis la nak campur ape kalau untuk pancake or crepe, tapi dont worry sebab barang dia senang je gula, air, telur camtu je barang yang sentiasa ada kat dapur kan..

ni yang choc flavor, tapi me tak sure apsal setiap kali buat yang choc dia mcm x naik sangat jadi macam leper je haha.

ni yang banana flavor, selalu me beli yang ni la banyak sebab sedap dah ada rasa pisang hehe.

and yang ni flavor vanilla. yang vanilla biasanya kalau buat memang makan dengan honey & butter pon dah sedap.

ni kebetulan ada adunan yang lebih, me saje potong stoberi & coklat sikit campur sekali, camni pon sedap jugak hehe. ikut la nak campur pape atas creativity korang.

SOTONG TELUR MASIN ALA ALISSARA

dah lama tak buat sotong telur masin ala Alissara ni, bukan ape sebab buat je macam tak jadi bahhaha! last try buat 2015 kot bleh tengok resepi SINI but still tak menjadi jugak 🙁 terus tak nak try & error dah sebab 2-3 kali kot try tak menjadi, tapi semalam tetiba macam terliur plak try je la buat lagi lagipon sekarang lagi senang sebab ada salted egg powder kan hehe..

tadaaa.. see, ada la jugak rupa tu rasa pon not bad yumms! meh me tepek sini resepi, senang gila ok..

bahan – bahan :

  • sotong
  • telur masin
  • bawang besar
  • cili

cara – cara :

cuci sotong, me dah buang dia punya kulit tu tapi terlupa nak buang dekat janggut sotong tu sekali alaa ada pulak kaler hitam skit-skit, takpe la ok next, panaskan minyak bagi betul-betul panas, sebab kalau tak panas banyak plak air sotong tu keluar, once minyak dah panas terus masukkan sotong and masukkan telur masin, this time me guna salted egg powder yang me jual tu, nak beli meh pm haha! lepas masukkan salted egg powder, seasoning to taste letak la garam ke kicap sotong ke ape kasi rasa sedap, and lastly masukkan bawang besar & cili, siap. oh tapi masa dah siap tu apsal kaler tak kuning/oren camtu la, so me titik 1-2 titik pewarna, tu optional je tak nak letak tak payah.

3 BUDAK GEMOK

weekend, biasa la NM Kitchen closed. so, hari ni nak repeat makan daging salai & itik salai dekat Raja Salai Shah Alam.. sekali time sampai food court tu tengok macam ramai plak makan ayam masak kicap ni, terus terlintas macam nasi 3 budak gemok je style dia sebab selalu tengok kat IG orang duk share kan.. sekali memang betul, kedai ni sebelah kedai Raja Salai Shah Alam ni je.. apa lagi try yang ni je la.

memula mr.husband nak makan dekat Raja Salai, tapi daging cicah air asam tu takde plak, so dia pon try 3 budak gemok ni jugak, tambah kitorang 2 orang jadi 5 budak gemok la bahhaha!

set ni nasi + ayam kicap + telur dadar RM10. memula me amik yang set biasa, sekali terliur pulak tengok telur dadar dia yang gebu gebas ni.. ayam kicap macam biasa je, tapi 3 ketul tu besar-besar la, sambal dia sedap tapi pedas? me boleh je makan tapi mr.husband cakap pedas gila, sampai dia x sentuh pon sambal tu. apsal rasa x pedas sangat pon macam orang duk cakap pedas gila, mr.husband pon cakap gitu ke deria rasa aku dah problem lepas makan ayam gepuk sebab pedas gila tu haha. tapi ok la ayam kicap makan dengan sambal. btw, kedai 3 budak gemok ni baru buka hari ni.. so warga Shah Alam nak makan nasi 3 budak gemok ni boleh la datang food court belakang Unisel Shah Alam ni.

MEE KARI WARUNG PAKLEH

time me kat Setiu last month, ada la mr.husband cakap dia try mee kari kat sini sedap. and bila kitorang makan dekat Bidor aritu, mr.husband duk cakap yang dia makan dekat Shah Alam tu style camni jugak tapi lagi sedap. so, malam ni kita try la mee kari Warung Pakleh ni..

mee kicap

mee kari

memang betul sedap. pedas dia semua tu secukup rasa la, nampak je macam cair kuah dia tapi sedap. mr.husband makan mee kicap, yang ni memang sedap. sebab kicap dia tu macam dah campur and masak kot, sebab yang kitorang makan dekat Bidor aritu macam kicap semata mata je. yang ni dah gaul plak dengan kuah kari tu memang layan la weii, next time datang nak makan mee kicap jugak la hehe..

WARUNG PAKLEH 

Lot 1895, Jalan Siswi Kanan,

Kampung Sg. Kandis, Shah Alam

FB : Warung Pakleh

AYAM GEPUK PAK GEMBUS

first time try ayam gepuk ni, dah pernah nak try outlet dekat Shah Alam tapi orang ramai gila, nak kena tunggu 30-45min untuk dapatkan foods aihh..ada yang dekat sejam pon baru dapat, tu yang x jadi pergi, and kebetulan hari ni pergi umah my sis, Mir dia la ajak makan outlet area rumah dia je.

menu

eh 5 min dah sampai foods, kejap pulak. maybe dah lepas lunch hour kot. Mir amik set A and me amik set B. Mir suruh try set D selalu dia makan yang tu tapi dah habis plak set C & D.

time order tu Mir dah pesan awal-awal sambal tu letak tepi, jangan letak atas ayam. fuh sibaik wooo.. kalau tak, tak makan la.. ni pon amik level biasa 1-5 je, mak aihh pedas gilo hahahhaa.. camne la orang lain yang makan pedas sangat tu.. pedas tapi sedap, sambal dia tu ada kacang makan plak dengan kicap manis layannn jugak..

tapi balik rumah, 4-5 kali masuk toilet bahhahah!

NASI GORENG STRAWBERRY

biasa pegi Cameron jarang sangat nak bawa balik stoberi, kecuali time nak baking bleh beli banyak-banyak sebab murah hahaa.. sebab ada orang nak stoberi, so me belikan la sikit.. sekali balik rumah macam banyak plak, so terus terpikir nak buat nasi goreng stoberi  Ahmad Maslan, tapi tak tau pon camne resepi dia haha so me buat nasi goreng macam biasa then just letak je stoberi bhahahah..

bahan- bahan :

  • ikan bilis
  • bawang merah
  • bawang putih
  • cili
  • ayam
  • telur
  • sayur
  • strawberry

cara – cara :

me blend je cili + bawang merah + bawang putih, then tumis la sekejap bagi masak  and masukkan ayam dan telur, letak garam + serbuk perasa sikit masukkan nasi and masukkan sayur pape yang nak letak and lastly baru masukkan stoberi.

Nasi Goreng Strawberry by NM

BANDAR AGACIA, KAMPAR

balik from Cameron Highland plan nak pergi Maps, Ipoh tak jadi sebab operation hour dah tukar, so kitorang singgah Bandar Agacia ni kat Kampar.. takde orang pon sini, ada la 4-5 kete tu pon datang semua just untuk bergambar bahahhah! and depan tu ada hotel baru tengah buat tak siap lagi, maybe lepas dah buka hotel tu kawasan ni baru hidup kot, setahu me sekarang tempat ni weekend ada pasar malam je.

WEEKEND GETAWAY, CAMERON HIGHLAND

020319

semalam gigih buat fruit cake, sekali time nak potong mak aih hancur plak sebab fruit banyak gila haha. whatever, jadi ke tak jadi me bawa jugak bekal bawa g Cameron haha. buat tuna puff & ovomaltine puff sekali. plan nak buat nutella puff je sekali nutella habis, sibaik ada ovomaltine so ganti je tapi x best plak sampai meleleh leleh ovomaltine tu..

otw g Cameron singgah Bidor dulu makan mee kari.. kira breakfast mee kari la. me order mee kari and mr.husband order mee kicap. mee kicap tu boleh makan dengan sup or kari. actually, mee kari bidor ni Ayah Chir la sellau singgah, kebebtulan semalam dia datang rumah dia duk cerita itu yang kitorang singgah, sekali dah nak sampai confuse plak sebab ada 2 kedai, Mee Kari Ramli Bidor dengan Mee Kari Lina Bidor whatsapp Ayah Chir tak de respond, so dengan confident singgah la yang Ramli ni hahaa.. dah siap makan, Ayah Chir cakap bukan yang ni yang selalu dia tapaukan tu Lina bhahahha! sibaik sedap jugak. kalau belom gerak tadi ada je g kedai lagi satu haha..

SIL, Ckin bagitau homestay dapat check in awal. me & mr.husband sampai tu around 12.30 camtu tengok family in law semua dah sampai, sebab kitorang tak konvoi sekali Ckin balik umah mertua dia dulu semalam then Mak Abah semua gerak dari Shah Alam. homestay ni booking 2 bulan lepas kot, planning nak datang akhir Mac tapi tengok date dengan school holiday la ape lagi so kitorang datang awal sikit la sebab dah bosan asyik datang ngadap jem je. homestay ni dekat Green Hill, memang jalan kaki je la pegi pasar malam.

kitorang lunch dekat Agro Highland Cafe. punya la tak tau dalam tu ada cafe, sebelum-sebelum ni selalu je singgah sini tapi pegi kedai depan-depan tu je, tak tau plak dalam tu ada macam-macam.

siap ada mini zoo bagai, nak petik stoberi pon boleh. tapi yang tak best dalam ni takde coverage nak share location kat orang pon susah, sebab masa kitorang datang ni BIL, Man & family belum sampai lagi.

memang tujuan datang sini nak makan waffle coklat meleleh dia ni, yumms! mr.husband makan nasi goreng chicken grill, tapi blackpepper sauce dia sedap. orang lain order chicken grill, chicken chop, mee kari, lamb chop and ape ntah lagi.. tapi semua boleh tahan la sedap.

dari Agro Highland tu, terus singgah pasar malam sebab malam nanti dah ada plan lain, so datang awal sikit la pasar malam.

malam, dinner dekat Atilla Steamboat & Grill. plan asal nak makan steamboat tower tu tapi masa nak booking tu orang tu cakap kedai tengah pindah and 1-2 hari lagi akan buka.. survey yang lain macam tak menarik, so ni la pilihan dia. not bad la, ada lamb, daging, ayam marinate, ada sotong, udang, kepah and ada nasi lemak & nasi goreng jugak.

semua gigih duk memasak haha. kitorang amik kuah tomyam, ok jugak la tapi macam manis sikit.. manis-manis pon 2 kali tambah jugak kuah hahaa..

dah kenyang semua balik tido, tapi paling stress baru nak lelap orang sebelah ke belakang berparty. sampai pagi ok! sakit kepala oiii tidurku terganggu. tak agak-agak berparty sampai pagi.

030319

pukul 8pagi dah pergi Kea Farm, gara-gara tak nak jem.

breakfast pon kat dalam ni, order nasi lemak sekali turn kitorang je nasi lemak sold out. so sad. lastnya semua makan roti canai.

sebelum balik jangan lupa beli ice cream kegilaan ramai ni.. ice cream strawberry. Ya Allah creamy gila and sedap gilaaa oi.

from Kea Farm, terus ke Taman Agroteknologi Mardi. luas jugak dalam ni, me & mr.husband siap daki sampai atas dekat ladang teh tu. fuhh! macam-macam ada dalam ni, taman rama-rama, taman arnab, tempat tanam anggur, strawberry, sayur and macam-macam la. bayaran masuk RM5 per person.

dekat Mardi tadi banyak je cafe dalam tu, tapi sebab dah plan nak makan dekat Opah Strawberry so setakat beli jajan-jajan camtu je la. sampai dekat Opah Stawberry, sekali nasi lemak dia takde plak ayam goreng. tapi dah tak tahan tengok scones dia, me order je strawberry cheese scones and muffin strawberry. memang sedap gila weh scones and muffin kat sini.. fluffy gila scones dia. tengok ramai jugak order nasi lemak kat sini even takde ayam goreng pon, tapi family in law semua tak jadi makan sini sebab Man & Mira tak pernah try lagi nasi lemak sambal stoberi tu sibaik kedai sebelah je dengan 200 Seed Cafe by Abang Strawberry tu, so diorang semua pergi sana dulu me, Ckin & mr.husband lepak sini dulu. actually dekat Opah ni boleh petik stoberi jugak, and paling murah kot banding tempat lain sebab 1kg RM40 je.

lepas makan scones, terus g kedai sebelah sebab semua dah kat sana. me order nasi lemak stoberi rendang daging sebab dulu dah try yang ayam goreng dia, this time try rendang daging plak. ok jugak la rendang daging dia, spaghetti bolognese tu mr.husband order rasa ok la tapi macam ada kurang something sikit, kurang herbs mungkin. orang lain semua order nasi lemak stoberi ayam goreng.

but diorang cakap, ayam goreng tak sesedap aritu. aritu kitorang try ayam goreng dia sedap. nasi sama je biasa je just kaler pink, sambal biasa and sambal stoberi ikan masin.

Man & Mira balik dulu sebab Man ada last min meeting dekat Penang, Abah & Midi pon balik dulu ke Shah Alam sebab Abah ada hal. so sebelum diorang balik singgah la sini dulu, ada yang nak minum teh, makan kek ke ape. so yang tinggal, Mak, Emi, Ckin & family.

malam plan nak makan scones and stoberi milkshake sedap dekat Pusat Jualan Peladang area Brinchang tu, sekali sampai tutup awal plak. aishhh kecewa betul, lastnya makan nasi goreng cendawan je, dalam mimpi je la scones. lepas makan, pusing-pusing area Brinchang tu je.

040319

pagi ni kecewa jugak, semalam lalu kedai nasi lemak ayam sedap tu buka je, tapi kitorang nak ke Kea Farm time tu so ingatkan buka la hari ni, sampai-sampai kedai tutup 🙁 kedai nasi lemak sedap tu depan balai bomba Brinchang tu, dia goreng ayam panas-panas oii.. sebab takde kitorang makan kedai sebelah dia, ada nasi lemak jugak tapi takde ayam. sibaik sedap sambal dia.

tengok ramai makan roti canai, me order roti canai plak hehe..

lepas breakfast, terus ke Big Red Strawberry Farm. biasa datang mak aih full, nak order foods pon Q kemain panjang.. kali ni sunyi plak sebab weekdays kot. meja pon kosong je haha. aman damai.

sebab semalam datang Peladang ni tutup awal, hari ni datang lagi. yeah! bukaaa.. me order stoberi scones and scone biasa & cheese cake. tapi sayangnya stoberi milkshake yang sedap tu takde plak, boleh plak diorang cakap sebab ais habis 🙁 kempunan aih!

otw nak ke Lavender Garden, singgah Kea Farm lagi semata-mata nak beli eskrem dekat PUKU Cafe ni.. me try yang greentea, Ckin amik yang passion fruit and Warda (Ckin’s SIL) amik tiramisu. tapi me try semua sedap.

plan nak pegi Maps, Ipoh tapi operation hour yang baru start 4pm plak, lastnya tak jadi pegi Ckin balik umah mertua dia dulu kat parit Buntar and me terus balik Shah Alam je. Otw balik ke Shah Alam, konon nak singgah mee kari Lina Bidor tu tapi call 4.30pm plak buka, tak jadi la. singgah RnR pon makan mee kari sebab kempunan tak dapat makan mee kari Lina bhahaha!