J-BROS

malam ni dinner dekat J-Bros Western Food, tadi petang masa dekat Aeon tetiba diorang cakap nak dinner kat sini malam ni sempena birthday FIL lusa. sebab BIL nak balik Baling so kira celebrate awal la..  ingatkan dekat sekali 30+km jugak from our house haha.

decoration luar & dalam kedai cantik..

menu

untuk set talam ada untuk a la carte biasa pon ada so kitorang order yang talam je.

kitorang order J-Tower, amik air bandung soda less ais, tapi ais half jugak hm..

kitorang order set talam combo B, yang atas tu amik spaghetti carbonara & lamb.. yang ni kitorang tukar amik spaghetti aglio olio and amik ribeye steak.  aglio olio ada capsicum semata-mata takde lauk pape, yang carbonara ok la jugak rasa pon ok.. tapi fries mak aih banyak gila memang tak worth it la dengan harga.

and kitorang order ni jugak set indomie, ni pon hm.. memang indomie semata-mata hahaha bak kata FIL gaul pon tak sekata baik masak indomie kat rumah bahhaha! and ayam goreng dia plain gila tak rasa adeii.. overall, semua memang habis tapi kecewa. macam tak berbaloi pon ada datang jejauh.. FIL pon tak makan sangat, sebab dia cakap rasa pon teruk. kesian birthday boy hehe. tapi ramai review best, tak tau la memang tak kena dengan taste kitorang smua kot. tapi bila balik baca review dekat google ada jugak cakap benda yang sama, so ikut taste masing-masing.. kalau kitorang memang tak datang lagi la.

happy birthday in advance, Abah

J-BROS WESTERN FOOD

 734, Jalan Ppaj 3/1, Bandar Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor.

FB : J-Bros

Ig : J-Bros

Leave a Reply