ONDE ONDE

Buah Melaka atau Onde Onde. dah lama tak buat. bertahun jugak kot. time puasa ni mula la terliur nak buat sebab time beli je tak sedap, nak puas hati buat sendiri la.

Bahan-bahan:
3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan air atau secukupnya
1 – 2 keping gula melaka
sehelai daun pandan
air daun pandan-mesin daun pandan dengan sedikit air dan
tos airnya
1 cawan kelapa muda parut
sedikit garam

masa buat ni tak de daun pandan, maka kite guna pewarna hijau saja. gula melaka tu potong kecik kecik takpon biasa kat kedai ada jual yg dah potong, lagi senang dan jimat masa. kelapa parut tu just campurkan dengan garam skit. dah siap doh dia, dah boleh start ulikan kecik kecik sebesar ibu jari then leperkan skit letak gula melaka n bulatkan balik..

ni dah siap isi gula melaka dalamnya..

panaskan air, then agak agak dah nak mendidih tu masukkan buah melaka dalam tu, nak tau masak ke tak nanti dia terapung sdiri. dah terapung tu confirm dah masak la. then trus gaulkan dalam kelapa parut yang dah dicampur dengan garam. nak lagi sedap kalau ada daun pandan time nak rebus air tu masukkan daun pandan sekali.

tadaaa.. senang bukan?

Leave a Reply