NASI AYAM NM

actually dah pernah post resepi nasi ayam ni tapi tak jumpa plak post mana, since sekarang ni ramai duk tanya resepi nasi ayam.. so me share lagi sekali. Nasi ayam resepi turun menurun haha.

bahan – bahan :

  • ayam 
  • halia
  • bawang putih
  • bawang merah
  • rempah 3 sekawan
  • kicap
  • serai
  • salad
  • timun
  • tomato
  • cili
  • cuka

cara – cara :

rebus ayam, ketuk halia and bawang putih 2-3 ulas. tak nak letak pon takpe. optional je ni. garam ke ape semua tak payah letak. nak best ayam potong 4 je, tapi sebab dah suruh potong kecik-kecik camni, boleh je jugak. ikut sukahati. rebus la dlm 10-15min depend ayam banyak mana, kalau tgk ayam dah putih tu kira dah masak la. keluarkan ayam toskan kejap. air rebusan ayam simpan ok.

untuk nasi, tumis bawang merah dengan rempah 3-4 sekawan ni, then tuang la dalam beras dah cuci, masukkan a pinch of salt and dah boleh masukkan dlm rice cooker. 

nasi yang dah siap , kalau suka warna kuning camtu letak la pewarna kuning sikit. tapi me tak suka so x letak.

bawang putih + halia blend. me x suka blend dengan air banyak sebab nanti hancur sangat, so air letak 1-2 sudu je sebab memang suka texture kasar2 camni skit baru best lekat kat ayam. halia + bawang putih blend ni bahagi untuk 2 portion. 

1 portion, untuk marinated ayam. bahan blend tadi + garam + ajinomoto sikit + kicap 

and perap sekejap, sambil tu boleh la buat sup, kicap and sambal.

biasa ayam, time dah last baru me goreng. baru rasa perapan dia tu. dah siap goreng potong la camne pon. 

tadi bahan blend kena bahagi 2 kan, utk perap ayam 1 portion, and lagi 1 portion bahagi plak untuk 2, satu untuk sup and lagi satu untuk kuah kicap. tumis sekejap sampai keperangan bawang tu, boleh masukkan air rebusan ayam, masukkan serai yang dah diketuk, letak serbuk perasa sikit.

kalau nak letak isi ayam pon boleh, tapi me suka letak kaki ayam, leher ayam sebab kalau tak, tak tau nak buat ape dgn kaki and leher ayam ni haha. 

dah siap sup, goreng bwg merah sikit tabur kalau ada daun sup boleh la letak sekali.

untuk buat kuah kicap, sama jugak tumis bahan blend tadi sampai garing sikit, masukkan air rebusan ayam and masukkan kicap. kalau rasa kurang masin boleh tambah garam. kuah kicap ni tak perlu masak lama pon, nampak mendidih skit dah boleh off api.

kuah kicap

untuk sambal, me letak cili + tomato +cuka + gula + garam.. blend semua sekali.

sambal nasi ayam

salads

nasi ayam NM

Leave a Reply