KEK SARANG SEMUT

kek sarang semut, ni my 2nd time buat. tapi yang dulu me guna resepi kat SINI and this time pulak my friend bagi resepi yang tak payah perap..so meh la kita try!

bahan – bahan : 

  • 2 cawan gula
  • 2 cawan air panas
  • 3 sudu besar butter/majerin
  • 7 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/3 tin susu pekat manis
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • sedikit esen vanilla

cara – cara :

masukkan gula dan buka api sederhana

sampai gula dah jadi camni, macam karamel.. make sure jangan terhanggit pulak kang pahit jadinya..

nampak semua gula dah cair dan warna dah perang, terus masukkan air panas..

time masukkan air tu nanti dia akan ada jaid berketul sikit, but dont worry kacau je nanti gula tu hancur dan cair sendiri..

lastly, masukkan butter dan kacau

dah siap, sejukkan sekejap.

beat telur tu sampai kembang

masukkan susu pekat

dan sedikit esen vanilla

ayak tepung + soda bikarbonat + baking powder dan masukkan kedalam adunan telur tadi

mix sampai jadi camni..

masukkan adunan air gula yang disejukkan tadi

kacau sehingga sebati

lastly, masukkan kedalam loyang dan bakar 1 jam api bawah, suhu 150-180 macam tu depend on oven masing-masing and 10 min last tu bleh on api atas bawah.. if tak masak lagi bleh tambahkan waktu lagi..

dah sejuk boleh la potong, tapi sejenis yang tak sabar nak makan, kek masak je terus potong.. ok la jugak tapi hasil sarang tu tak berapa nak menjadi sangat, xpe la janji rasa sedap tu ada.

Leave a Reply