NASI AYAM PENYET

balik Setiu hari tu sempat la buat nasi ayam penyet with adik-adik..  resepi pon main belasah je, sebab dah last min baru Mama cakap nak makan ayam penyet dah la Jumaat pasar pon tutup awal.. so resepi main hentam je reka sendiri..

ayam penyet

tempe + tauhu

untuk ayam + tempe kitorang marinated dengan ketumbar + kunyit hidup + garam + ajinomoto + tepung jagung, itu saja but ayam tu kitorang rebus sekejap dengan halia + garam. and ayam tu lepas dah goreng ketuk la skit, dah namanya ayam penyet hahaaa..

sambal

untuk sambal, bakar belacan sikit + cili padi + cili merah + bawang besar + bawang merah + bawang putih + tomato semua goreng sekejap then blend kasar and masak lagi sekali, but this time tak letak minyak la sebab tak suka sambal yang berminyak macam sambal tumis tu.. just tambahkan garam + gula secukup rasa..

condiments

sup

sup ni optional je buat, just amik air rebusan ayam tadi and season to taste.

nasi

nasi plak masak dengan air rebusan ayam tadi je, nak maska nasi biasa pon boleh aje..

tadaaa…

nasi ayam penyet

Leave a Reply