last week dah ada app dekat O&G then 2-3 hari lepas nurse call suruh datang hari ni.. planningnya nak cont buat CT Scan yang tak jadi buat yang tetiba tau pregnant masa tu, tapi bila dah check macam lagi ok, so doc tak suggest buat lagi. so just teruskan makan ubat and amik darah je lagi sekali. next month, lepas raya ada 2 appointment lagi dengan pakar ORL & MOPD, hopefully next month bertambah ok lagi, amin.
berbuka : pajeri terung + ayam golek + urap pucuk ubi + ikan siakap stim
today berbuka dekat rumah MIL, yumms! ada pajeri terung 🙂
9 Ramadhan
sahur : sambal udang
berbuka : nasi kandar, Padang Kota Corner 🙂 tak pernah mengecewakan..
10 Ramadhan
sahur : ikan sambal
berbuka : ayam percik
today berbuka sorang, mr.husband kena outstation 🙁 so me panaskan je ayam percik yang me forzenkan last week heheee..
11 Ramadhan
sahur : mihun goreng
mr.husband tapaukan je, senang tak payah nak masak sahur hehee..
berbuka : daging lemak bakar + pari bakar berempah + air asam + udang dan ayam celup tepung
daging lemak bakar of course from KB, yang lain mr. husband beli dekat D’Ranting
12 Ramadhan
sahur : nangka masak lemak
sahur arini tak payah masak, sebab Chef Nabil bekalkan nangka masak lemak
berbuka : kari daging + telur dadar + pari bakar berempah
13 Ramadhan
sahur : kuey teow kerang
berbuka : buffet ramadhan
mr.husband dah pernah pergi last week masa me takde kat Shah Alam, so dah beberapa hari jugak dia try contact tapi full, then 6.30 camtu dia cakap dah booked tapi orang tu tak confirmkan ada meja lebih ke tak, sebab memula orang kedai nak suruh share table dengan orang lain but me tak nak. so 6.45 kitorang terjah je kalau takde kitorang pergi kedai lain, ngam ngam sampai depan kedai orang kedai baru reply whatsapp cakap ada table. so, kitorang berbuka dekat Restoran Medina Sek 15.
pasta dia sedap, tapi sempat amik sikit je la konon nanti second round nak amik lagi. tapi awal-awal dah habis. ketam sedap, sempat amik 2 je.
mr.husband amik rendang paru la, telur masak lemak, ayam bakar hangus terus. nak makan pon xboleh haha. sebelum berbuka nampak orang duk amik sup tulang, beratur la me and mr.husband sekali ada la 5-6 orang lagi depan kitorang cakap dah habis. so tunggu refill, 2 orang je sempat. hmm.. satay nasib baik amik cepat, nak tambah takde haha. tapi satay dia sedap.
lepas makan nasi, nak try la mee kari, yong tau foo, laksa.. hampa licin. mee kari dpt pon mee dah hancur. so amik salad, thousand island pon licin. siap goncang-goncang dapat la sikit tu.
nak tambah itu ini semua takde so makan abc terus balik. buffet paling cepat kitorang balik HAHA. betul betul ekonomi punya buffet ramadhan ni.
hari ni ada appointment dekat klinik pakar O&G Hosp Shah Alam.. ikutkan datang arini kena bawa buku pink, tapi nak buat camne takde rezeki kan.. so arini datang la jugak, then doctor just tambah ubat utk hb low, and setkan next appointment dengan pakar MOPD.. tapi nanti by next week dia akan call, harap dapat cepat la buat CT Scan.
setelah sekian lama x berpuasa with family dekat Setiu, ni pon kalau tak balik berpantang aritu tak balik rasanya.. kebetulan dah kat sini, berpuasa la kat sini dulu..
berbuka : kari ikan tenggiri + ikan bilis kacang sambal + sayur campur goreng + ikan tongkol singgang + ayam goreng
2 Ramadhan
sahur : spaghetti bolognese with cheese and fried chicken
berbuka : ikan goreng berempah + sayur campur goreng + ayam masak lemak cili padi + kerabu mangga + timun
3 Ramadhan
sahur : creamy and cheezy chicken spaghetti
berbuka : tomyam + kacang buncis goreng + ayam mangga + ikan tenggiri bakar sepoh + ikan goreng + ikan tenggiri singgang + sambal belacan
today berbuka dekat rumah Abi & Umi.. first time makan ikan sepoh, sedap. next time boleh try resepi Umi bagi tu..
4 Ramadhan
sahur : nasi goreng daging + telur dadar
berbuka : sayur tumis air + ikan goreng berempah + ayam mangga + kacang buncis goreng + batang keladi masak lemak + telur penyu
ayam percik and kerabu perut beli dekat bazaar je.
6 Ramadhan
sahur : daging goreng garam
berbuka : ikan tuka tuka bakar berempah + ikan percik + ikan cencaru bakar + ayam percik + sayur masak lemak
hari ni semua lauk tunjuk-tunjuk je sebab malam nak balik KB, so Mama cakap tak payah masak la 🙂
7 Ramadhan
sahur : ikan gelama goreng + serunding daging + ikan bilis kacang sambal + telur mata kicap + sup daging + daging perap goreng
malam ni sahur kat KB 🙂
berbuka : daging lemak bakar + kari ikan + ayam mangga + siput sedut masak lemak + sayur campur + ketam rebus serai + ayam percik + hati percik
kari ikan by Mama Acik, sayur goreng by me, ketam rebus serai by Mummy, ayam percik special me request from Cik Ngoh.. yang lain semua from bazaar.. lepas berbuka terus bersiap nak balik Shah Alam..
2 minggu lepas ada appointment 2 hari direct dengan doc pakar ORL and next day dengan pakar MOPD, ada me update dekat SINI then seminggu selepas tu start macam sakit perut, kerap jugak la.. kira setiap hari sakit perut nak kata angin tak, nak kata sebab nak period pon tak. tapi me pikir maybe nak period la kot camni..then start sembelit, hari-hari sembelit, breast pon start sakit, and pantang makan ayam je habis gatal satu badan. then biasa la tanya Dr.Google. ehh ada cakap tanda-tanda pregnant. then kebetulan esoknya tu tengah kemas dressing table terjumpa UPT test, petang tu jugak check. eh samar-samar? ok fine, time nak buang tu ternampak kotak dia, exp 2012 HAHA.. nampak sangat tak pernah check kan, and baru la teringat UPT test ni pon my cousin, Nadia belikan early 2012 kot masa tu tak sempat check pergi check hospital doc cakap sakit tulang belakang, ok skip tu cite lama. so, me pon anggap ok UPT test ni inaccurate sebab dah expired.
the next day, call doc tanya apsal me makan ubat dia bagi 2 minggu lepas jadi sakit perut. doc cakap biasanya iron tablet tu perubahan pada najis je. so me pon abaikan je la beberapa hari.
2 May
sebab the next day kena buat CT Scan, doctor dah pesan awal-awal check before datang pagi esok. tapi sebab dah beli UPT test ni, me try la terus. siap titik tinggal kat toilet nak sambung tidur, tetiba macam berdebar semacam, tak boleh nak lelap, terus masuk toilet tengok. OMG. speechless. nervous, happy, sedih ntah macam-macam perasaan time ni. 5 tahun lebih, and ni kira 2nd time check sendiri and tau POSITIVE. terus whatsapp mr.husband bagitau.
mr.husband balik, terus pergi clinic check. sebab esok pagi CT Scan awal pagi, so takot kelam kabut better check kat clinic terus. and yes, PREGNANT. Alhamdulillah 🙂
8 May
3 May sepatutnya kena buat CT Scan tapi cancel sebab tahu pregnant, so hari ni sepatutnya untuk datang amik result CT Scan. so me datang jugak sebab Doc nak discuss. ikutkan time ni pon Doc macam tak advice sangat me pregnant sebab takot ada masalah lain, sebab selagi tak buat CT Scan sampai sekarang tak tau lagi punca kenapa telinga ni berbulan lamanya still tak ok. tapi Doc cakap if nak teruskan jugak pon, takpe la sebab me yang setuju macam tu. so dia tambahkan lagi ubat and dia refer me ke O&G, pergi O&G just untuk set appointment next month.
11 May
seharian start sakit perut. my fault semalam travel jauh, siap makan seafood bagai. then malam tu start bleeding. terus pergi Klinik Ajwa Sek15 depan rumah ni je, sekali doc laki tu cakap dia tak pandai scan so suruh pergi Klinik Ajwa Sek7. Doc just cakap normal. balik monitor sendiri kat rumah.
satu malam tak boleh tidur, perut memulas je darah pon makin banyak.. pepagi lagi pergi Klinik Ajwa Sek15 ni then dia scan semua terus dia buat surat refer ke Hosp Shah Alam..
dari pagi sampai ke petang dekat Hosp, check urine semua positive lagi then doc 2 kali scan, and scan dr bawah semua.. lastly amik darah.. almost 3 hours baru dapat result, then Doc cakap kemungkinan akan miscarriage or luar rahim. so kena tunggu 48 hours lagi datang Hosp balik untuk check lagi sekali..
13 May
datang amik darah lagi sekali and petang tu Doc call suruh datang amik result. Hcg makin drop. and doc cakap miscarriage 🙁
A moment in my tummy, a lifetime in my heart..
sedih sangat sebab lama sangat tunggu, tapi 6 minggu lebih je sempat merasa. 🙁 takde rezeki lagi.
and bermula la episod berpantang sendiri sebab nak balik Setiu risau lagi darah banyak lagi..thank you mr.husband bersusah payah jaga dalam pantang, tak lupa jugak family in law, jiran and rakan yang datang melawat.. and lastly to my family, sebab datang dari Setiu untuk bawa me balik sambung berpantang kat sana, boleh ikhtiar mengurut lagi sekali. mana tau ada rezeki lagi nanti..
tadi petang Mr.husband call cakap tak payah masak, sebab ada famnily dinner dekat Bagan Lalang. tapi end up, ramai yang cancel. so kami berlima je yang pergi.. kebetulan my cousin, Aimi nak tidur kat rumah malam ni so ngam ngam dia sampai Shah Alam kitorang terus gerak, sebab Ckin and Sabirin dah tunggu kat sana.
semua fresh. tapi takde la teruja mana sebab kat Terengganu KB selalu je makan seafood fresh hahaa.. harga per gram pon standard harga kat Ganu n Kb jugak..
sotong celup tepung
kerang bakar
kerang rebus
butter prawn
pari bakar
lala masak sweet sour
siakap stim limau
alhamdulillah kenyang, tapi balik rumah start sakit perut 🙁
semalam 11.30pm Mir datang, masa otw datang dia dah cakap nak makan nasi air. so me terus la letak nasi atas dapur, eh sekali dia call cakap tak payah la dulu, dia yang nak buat. so me biarkan je la dia buat..
kacang tanah goreng
corned beef
ikan bilis goreng
ikan kering
nasi air daging
nasi air versi Mir, thanks Mir!
yumms!! Sedap pulak corned beef tu masak camtu.. just letak onion + garlic + chili and salt. makin berselera makan dengan nasi air..
tadi petang mr.husband ajak makan beriani, dekat Rizqi Beriani Batu Pahat dekat Taman Dato Harun..
beriani ayam
beriani kambing
kambing dia sedap, ayam macam sedikit keras, tapi rasa tu sedap la. but nasi tu macam kering sikit, maklum la sekarang ni Beriani Sinar Dulang menjadi pujaan hati heheee.. oh actually kat sini ada asam pedas dan mee bandung muar jugak, insyaAllah next time boleh try asam pedas & mee bandung pulak..
tadi tengahari ada majlis tahlil & untuk menyambut awal Ramadhan dekat rumah mr.husband’s cousin, Atie. me sampai pon dah lewat around 4 macam tu, tetamu ramai dah balik tinggal sedara mara je la lagi. petang, Effa sampai. kebetulan beberapa hari lepas birthday dia, so Atie buat surprise birthday untuk dia sekali. punya la lama tak jumpa Effa rasanya almost 7 years kot, actually dulu me, Atie, Effa ni satu dorm masa amik Diploma dulu.. tak sangka plak sekarang Atie ni dah jadi cousin plak hehee..
semalam pergi Hameeds Sek 16, sebab naan cheese dia memang sedap, cheese meleleh wooo.. dah la gebu dan murah..size dia pon besar kalo nak dibandingkan dengan naan cheese dekat Barra n RSMY kira 3 kedai ni je la fav setakat ni..
beef kheema
naan cheese mozarella + beef keema
actually ni baru first time try beef keema dekat RSMY, sebab sebelum ni datang makan plain je. tapi still sama tetap tak menjadi pujaan. naan cheese dia biasa biasa je, and beef keema dia tu ibarat macam makan inti karipap je hahaaa.. takde la special sangat bagi me..
maybe naan cheese x brapa ngam makan dengan beef keema, kitorang order plain naan satu tapi same jeee.. biasa biasa je.
since last month lagi teringin nak order Keria KD ni, tapi selalu nampak fully booked, then kebetulan semalam ternampak tokei Keria KD ni update kat FB page dia, ada open order untuk esok.. apa lagi cepat-cepat la me msj Yanti.. kebetulan Yanti ni my junior masa dekat MSU.. and nak dijadikan cerita, today boleh pulak kann terlupa yang semalam dah order, sibaik la Yanti whatsapp balik bagitahu lambat skit delivery, and nasib baik memang kat rumah kalau keluar memang kempunan la nak merasa lagi..
packaging dia simple, but nice.
RM10 ada 12pcs, include delivery.
biasa beli keria kecik je, yang ni besar. memang puas hati and kenyang la makan..
lembut dan sedap, memang kena la dengan tagline dia, more keledek taste. lagipun me pernah la order sebelum ni kat Shah Alam, tapi majority pakai keledek oren, and keledek kurang tepung je lebih.
semalam tengok ada balance 4 slice wholemeal bread, lagipon esok dah nak expired. check fridge, tengok ada fresh milk terus la buat puding roti.
bahan – bahan :
roti
susu
1 sb gula
2 sb cheese
2 sb butter
1 bj telur
walnut
kismis
cinnamon powder
2 sb custard
cara – cara :
me whisk je fresh milk + gula + cream cheese + butter + telur dan sedikit cinnamon powder. then tuangkan atas roti. biarkan la dalam 20-30min. then taburkan walnut + kismis before bakar.. bakar dalam 25-30min..
sauce dia, kebetulan ada balance yang me mix kan tu.. me just tambah 1-2 sudu tepung custard and panaskan kejap atas dapur..
wholemeal bread butter cheese walnut pudding with cinnamon custard sauce