HAPPY BIRTHDAY FARIS

3 hari lepas, patutnya dah balik. tapi sampai-sampai airport sekali missed flight. aishhh! bukan me sorang rupanya ramai yang missed flight malam tu, adoi la. nak tak nak terpaksa la tunggu Mama semua datang amik, sebab datang tadi sekali dengan Sri alang-alang dia balik Trg sebab esok keje kan. dah jadi camni nak tak nak terpaksa la orang lain plak datang amik. first time weh tertinggal adoi la. stress betul. nak beli ticket baru pon x boleh sebab kaunter pon semua dah tutup, nak tak nak balik dulu la pikir haha.

and semalam, alang-alang tak balik lagi buat la birthday Faris. dia ajak pon kawan-kawan dia je.

buat bihun goreng & bbq je. lagipon last min plan, sebab me standby je kalo ada ticket memang terus balik. sebab takde ticket celebrate pon biasa-biasa je la.

barang cake semua dah simpan, memang malas nak baking dah. so beli kek keladi dah siap je haha. tu pon 9.50pm baru pergi beli sibaik sempat kedai tutup pukul 10. last min camni la haha.

happy birthday lil bro, Ayih!

BAKAL MENANTU MAMA MASAK

sebulan balik tak makan ikan singgang lagi. aish ajaib betul kali ni. kalo tak hari-hari singgang pon takpe haha. so hari ni request kat Mama nak makan singgang. tapi bukan Mama yang masak, takpe la janji ada singgang 🙂

ikan singgang

ikan goreng

ikan kerisi goreng

ayam black pepper

petai jeruk + timun

budu. 🙂

telur masin

tadi tengahari Chox bawa bakal kak ipar me datang rumah. kebetulan dia sampai tengahari, and me busy baking biasa la last day kan kalut la. sekali dia tolong masakkan untuk lunch. wah, bakal kak ipaq masak oii.. lulus la camni haha. insyaAllah sebulan dua lagi dapat kak ipar 🙂 semoga dipermudahkan segala urusan. amin.

PIZZA LIZZA

semalam ada tengok orang post pasal COD Pizza Lizza. actually dah lama jugak tau pasal pizza ni tapi tak berkesempatan nak try dan alang-alang ada orang buat COD sampai Setiu me order la. pizza cheese neleh & pizza meatball. tapi alkisahnya me whatsapp orang ni 4-5pagi untuk order, me bagitau nak pizza cheese neleh & meatball. sekali time COD, eh apsal murah plak. rupanya, orang tu faham me nak pizza cheese neleh 1, meatball 1. padahal masa nak order tu me pon tak tau kewujudan meatball biasa ni hahahhaa.. tapi dah sampai, amik je la.

pizza cheese neleh

cheese memang banyak and dough pizza dia memang sedap bukan macam roti pizza biasa tu, ala-ala nan gitu gebu haha..

ni meatball yang tersalah tu. haha. but family me lagi suka meatball NM lagi hehee.. tapi pizza tu memang boleh repeat la, x cukup wehh

HAPPY BIRTHDAY PROSERFINA

birthday Proserfina last week, tapi tak sempat nak baking lagi. balik dah almost 3 weeks, tapi tak baking pon lagi open order pon tidak HAHA. banyak betul halangan dan cabaran kali ni cewahh.. so sebab macam dah lama sangat delay birthday Proserfina ni, kitorang celebrate la malam ni..

brownies dip n dip

nampak lately ni femes sangat brownies dip n dip ni, meh la buat sempena birthday Proserfina ni..

tak sempat nak tulis nama, sorry cik pina!

\

happy 6th birthday Proserfina..

*alang-alang dah keluarkan barang-barang baking ni boleh la open order sikit sebelum balik hehee

FAREWELL AIN

2-3 hari lepas Ain (staff cc Mama) bagitau nak berenti keje, sebab nak masuk kursus jahit. semua macam terkejut la, tapi dah keputusan dia camtu nak buat camne kan.. actually Ain ni staff kesayangan kitorang, so macam berat skit la nak lepaskan hehe.. so semalam pegi makan-makan la dengan staff lain jugak meraikan Ain nak berenti keje 🙁

today, last day Ain. so petang before balik, Mama ajak lepak-lepak. me ajak g makan mee celup, sebab nampak kat group Setiu ramai cakap best sini..

ABC

ABJ

Maggie Celup

Mee Celup

Laksa Penang

actually me kalau makan mee celup ni suka makan mihun celup je, sekali datang mihun dah habis plak, 2nd choice kuey teow but habis jugak nak tak nak me order je la mee celup. hmm.. but for me rasa dia biasa je, ntah la setakat ni tak jumpa lagi mee celup yang sesedap macam kat KB. tapi taste orang kat sini camtu kot, tu yang ramai cakap sedap. tapi laksa penang dia sedap. takpe next time nak datang try mihun celup la plak.

bye Ain, take care & belajar jahit leklok nanti lepas habis course bleh masuk keje balik hehe..

 

HAPPY BIRTHDAY CIK ABAS

 

beberapa hari lepas ada pergi visit baby baru my bff, Syafa. congrats yang, baby no 4 🙂 hehe..  kebetulan Mak dia datang from Sarawak jagakan dalam pantang, and semalam Syafa ajak datang rumah dia sebab esok lusa Mak & Ayah dia dah nak balik Sarawak. kebetulan esok lusa birthday Cik Abas, so Syafa cakap boleh la kitorang celebrate sekali. maklum la adik beradik dia yang lain semua duk jauh, so kitorang la datang memeriahkan lagi majlis hehee..

Cik Abas & Cik Ani bersama anak cucu kat Setiu

menu for today, mesti la nasi lemak legend. sebab tu datang haha.

nasi lemak Cik Ani sedap & power sama macam zaman kitorang sekolah dulu-dulu

memang x cukup la 1 pinggan, harus la 2-3 pinggan, bukan senang weh nak dapat hehe..

muka kekenyangan masing-masing makan nais tambah :p

thank you Loh & Apex jadi driver time me balik Setiu hehee..

ITAYUZIE KITCHEN

sebelum balik lagi nampak Kak Ita duk promote nasi lemak ayam pandan, soto, mee kari, pulut kuning and dessert macam-macam.. actually, Kak Ita ni dah lama me kenal, kenal online jugak kot masa tu pastu lelama siap tukar2 no phone and beli apam polkadot dia buat, kira sebelum me kawen lagi and sebelum me start buat cake lagi, masa kawen dulu pon kek coklat utk doorgift pon order dengan dia.. tapi lama dah tak jumpa 🙁 last jumpa, masa Iwe kawen 2-3 tahun lepas kot. and kebetulan nampak Kak Ita promote ada COD area Setiu, (sebab Kak Ita stay Besut) so me order la mee kari, soto, nasi lemak ayam pandan. tapi sayangnya mee kari takde untuk hari ni, so me order 2 nasi lemak ayam pandan + 2 soto.

bihun soto + nasi lemak ayam pandan RM5 each

ni nasi lemak ayam pandan, ayam sedap rasa la rempah dia tu and sambal nasi lemak pon sedap, rasa ala-ala sambal nasi lemak me buat, cewah! hehee

bihun soto ni sedap, lagi-lagi dengan sambal kicap dia perghhh.. layan gila!

tapi sayangnya, tak sempat jugak jumpa Kak Ita, sebab yang COD nya biras dia hehee.. insyaAllah kak, next time kita jumpa ok!

so kalo orang Setiu & Besut nak order boleh la contact Kak Ita, bukan nasi lemak, pulut kuning aje dia jual, macam-macam jenis cake dia jual and yang penting memang sedap!

DAYANG CAFE, PASIR HOR

semalam cousins pakat duk ajak g makan dip n dip, selalu diorang pegi malas nak join sebab biasanya dah g situ mesti diorang melencong tempat lain plak, biasa la remaja hahaa.. but this time setelah dipujuk rayu oleh Sri, pergi la jugak..

dip n dip dah habis. T____T terus jem tak tau nak makan ape. hm..

waffle

sizzling yee mee

roti titab

sebab tak tau nak makan ape, order je la 1 waffle, pastu diorang pakat order sizzling 4-5 plate and roti titab. nampaknya kena datang try next time la plak dip n dip Bon Lab ni. lagipon kitorang datang dah lambat stall western nasi arab semua dah tutup time ni..

MIL’S BIRTHDAY TRIP, CAMERON HIGHLAND

310818

boleh dikatakan every year kot MIL nak celebrate birthday dekat Cameron. sebab dia suka tempat-tempat sejuk kot. but why cameron? sibaik kitorang gerak Jumaat ni tak jem lagi.. pergi 3 kete, BIL tak pegi sebab Mira dalam pantang.

sampai sana, Ckin & Sab dah sampai. tapi takleh early check in, padahal dah request nak check in awal. sampai around 11am macam tu nak kena tunggu sampai 3pm? walawehh.. tak tau nak g makan dipagi Jumaat tu, kedai makan pon banyak tutup, last-last terjumpa kedai roti canai ni.. kitorang breakfast la berempat kat sini, sebab kete Mak Abah semua tak sampai lagi. sekali tetau kereta diorang breakdown, so alang-alang kitorang g check in dulu la sebab orang hotel cakap paling awal 2pm dah boleh masuk..

kitorang stay dekat Iris House & Resort RM250 for 3 rooms + 3 bathrooms kira ok la kan.. yang penting each rooms ada toilet

dekat hall ni pon boleh letak 2 toto kalo datang ramai..

2 bilik queen size and master bedroom king size

view from our room, padang golf. ok la jugakk..

ni dapur dia, ada rice cooker, kettle and fridge.

lepas check in and settle kete FIL kat workshop terus g lunch dekat Abang Strawberry

dalam banyak-banyak menu yang tinggal nasi lemak, mee kari & soto je. yang lain sold out. adeh. air pon tinggal strawberry cordial je. sedih betul

nasi lemak NM lagi sedap kot. bahhaha! tapi ayam goreng dia ok la rasa la berempah tu.

depan Abang Strawberry tu ada jual stoberi choc sedap, ok la drp stoberi coklat kalo beli kat pasar malam. kira coklat dia lagi quality.

petang g ronda-ronda pasar malam, tu je la activity kalo malam pon. lepas pasar malam, g dinner dekat food court area Tanah Rata tu jugak tapi me tak makan la sebab dah beli macam-macam dekat pasar malam

ayam & lamb grill beli dekat pasar malam tu sedap.

010918

breakfast dekat food court. selalu jugak kalo datang Cameron breakfast kat sini, sebab banyak kedai buka. nasi ayam dia sedap.

memanggil-manggil betul iklan ni, dari semalam sampai nampak bunting ni sepah-sepah tampal dekat tiang. semalam tak sempat try, so lunch arini try bamboo briyani.

kira 2nd day diorang operasi la. lepas check out dari Iris tu terus singgah lunch sini, padahal dekat gila je kedai ni tapi dah start jem fuh.. dekat sejam baru sampai oiii..

briyani kambing

briyani ayam

sedap. tapi macam tak cukup plak hahahhaa.. harga 16+ kot x ingat dah.

plan lepas Big Red Strawberry Farm ni nak pergi Kea Farm tapi tetau la kalo dah start jem kat sini camne, lastnya lepak makan sini je.

punya la panjang Q, maklum la public holiday+weekend kan camni la.

tamak. semua nak haha. last-last suruh mr.husband habiskan.

pancake

waffle

salads

strawberry sundae

balik dr Big Red Strawberry ni plan g amik kete kat workhsop then terus gerak balik Shah Alam, tapi kete pon tak siap lagi. janji tengahari sampai ke petang pastu malam pulak. adeh. lastnya, terpaksa cari apartment lain plak. sibaik ada kosong. kitorang pindah stay dekat Brinchang. Crown Imperial Court, yang betul-betul belakang Petronas Brinchang tu. tapi mak aih penat nak turun naik bukit haha.

3 Rooms jugak. tapi 2 bathroom je yang ni. tapi lagi luas dari Iris semalam la.

master bedroom ada king size + single. 2nd room ada queen size + single. bilik kecik ada 2 single. ok la. nak ramai-ramai bentang je toto kat hall tu luas hehe.

malam, turun pasar malam lama yang kat brinchang tu je. tak banyak sangat la sebab pasar malam semua kan dah pindah dekat Tanah Rata. tapi boleh la setakat nak jalan-jalan tu.

strawberry milkshake & scones sini terbaik. murah dan sedap. ni pon lepas pasar malam jalan kaki je, kedia peladang ke ape nama lupa.

memula amik 2 sorang scones, dah sedap last-last borong semua haha.

rusa bakar, sedap.

020918

breakfast dekat stall depan balai bomba brinchang. nasi lemak cameron. sedap weh, and ada order ayam goreng berempah dia jugak layan gila. next time boleh la datang lagi.

malas nak pergi KEA Farm, kebetulan otw nak pergi ke KEA Farm depan balai polis brinchang tu ada pasar tani. so pergi situ je and terus balik.

takde beli pape pon, sayur-sayur pon tak beli sebab esok lusa dah nak balik kampung hehee.. beli untuk Umar je la.

NASI DAGING & AIR ASAM

dah lama tengok orang duk share resepi nasi daging ni tapi tak pernah buat-buat pon, makan kedai je haha. and kebetulan mil ada bagi daging qurban aritu, me saja la buat, ikut resepi sendiri je sebab tengok orang duk share tu macam banyak sangat bahan..

bahan-bahan :

  • daging
  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
  • rempah kurma
  • rempah sup
  • rempah 4 sekawan
  • tomato
  • daun sup
  • susu cair
  • air rebusan daging

cara-cara :

potong daging nipis-nipis, then rebus sekejap. air rebusan daging jangan buang, sebab nanti nak guna untuk masak nasi.

nak guna rempah kurma saja pon boleh tapi saja la dah ada rempah sup me letak la sikit

me tumis je semua sekali bawang + halia + 4 sekawan tu sampai naik bau terus masukkan je rempah kurma + sup yang me campur dengan sedikit air

cuci beras, masukkan daging yang dah direbus, masukkan tomato. ada orang gunakan tomato puree or sos tomato, tapi me letak buah tomato je sebab tak nak masam sangat ke ape, then masukkan rempah yang dah ditumis tadi, masukkan susu cair + air rebusan daging. susu cair & air rebusan daging tu ikut sukatan macam korang masak nasi biasa la. so me letak la half susu cair and half air rebusan daging.

letak garam sikit, me letak blackpepper coarse sikit and daun sup. ada orang letak serai & daun pandan. tapi me takde, so tak letak. dah siap, boleh la masak macam biasa, on rice cooker and tunggu la nasi siap.

nasi daging ni memang makan dengan ayaq asam. so me buat la ayaq asam ni sikit. cili besar + cili padi + belacan bakar, tumbuk or blend ikut suka hati la. then masukkan dalam bekas, me letak pes asam jawa adabi tu sikit, letak air sikit, kerisik, gula & garam secukup rasa. lastly, masukkan hirisan bawang merah & tomato. siap.

ni nasi dah siap dimasak, me goreng la bawang goreng sikit tabur and potong daun sup saje kasi cantik sikit haha.

sup ni, optional je. sebab ada balance air rebusan daging tu, me just tambah la perasa sikit + tabur la daun sup + bawang goreng.

nasi daging air asam NM

HAPPY BIRTHDAY SISTER!

tak plan pun nak celebrate, sebab biasa dia busy je celebrate sana sini.. kebetulan dia ada nak datang Shah Alam, me beli la mini cake je. russian black & white cake. nak makan pun bertiga je tak payah cake besar-besar kang tak habis plak.

 

sandiwch popcorn chicken ni pon me beli dengan akak yang jual mini cake tu, express haha.

satay mr.husband belikan time balik kerja, suruh mr.husband beli satay Atuk yang orang kat group Sarban cakap sedap tu, tapi me whatsapp orang tu cuti pulak sampai hujung bulan ni, so mr.husband singgah beli kat pasar malam je haha, sibaik sedap.

me just buatkan nasi goreng daging je.

happy birthday, Mir!

beli mini cake pon tak habis, sebab kenyang gila haha. takpe simpan, esok makan 🙂

 

HAPPY 2nd BIRTHDAY, EZRA

happy birthday baby nephew, Ahmad Ezra Al Fatih.

cake ni bro in law beli dekat Hokkaido baked cheese tart tu, tak tau pulak kat situ ada jual cake sekarang. yang ni dia beli pistachio cake.

 

mil buatkan mee goreng

ni dalam kek dia, for me tak sedap haha. sebab kek span biasa je then just layered with fresh cream and pistachio paste camtu la, and ada rasa matcha skit. maybe combination of matcha & pistachio kot.

birthday boy with his present, suka la tu..