well, after 2 years keeping myself -ve, 15/3 Allah takdirkan kami berdua +ve covid 19, siap termimpi-mimpi kena covid haha, sekali check omg!! mimpi menjadi kenyataan gini huhu..
dah check positive tu, terus update dekat mysejahtera.
category 1, sebab masa ni takde symptom teruk pon..
home isolation from 15 mac to 21 mac
macam tau-tau je nak kena covid, covid test tu baru je sampai beberapa hari lepas.. kira tepat pada waktunya hehe.
DAY 1
just sakit tekak je. dan-dan la kan dah tau positive, duk kering tekak je sepanjang hari.. minum air banyak pon macam duk kering lagi.
kan duk rasa kering tekak, rasa duk nak makan sup-sup..so order la bihun sup, bubur kacang hijau tu kebetulan Huda bagi 2 hari lepas tapi lupa nak makan, lega la sikit tekak sbb kebetulan dlm bubur kacang hijau tu Huda masukkan halia sekali.. for dinner, buat nasi goreng sardin je.
DAY 2
selesema and demam. tapi demam kejap je, rasa x sedap badan tu terus telan ubat demam. demam tu tgh mlm first day tu la.. rasa bdn pon panas, suhu pon tinggi sikit makan ubat next day tu teruskan je makan ubat demam sebab tak nak bagi demam melarat plak.
breakfast order shopee food je, nasi kerabu and nasi berlauk. sedap la pulak nasi berlauk and nasi kerabu dia haha. lunch, masak telur sotong goreng kunyit, dinner order shopee food KFC. Petang tu Fai ada anta foods and buah-buah. thank you Fai.
DAY 3
hari ke 3 dah start batuk-batuk. selesema still lagi tapi better la da, cari ubat selesema takde pulak. terus order thru foodpanda.
lunch, masak kari ayam and telur dadar je and petai jeruk + sambal belacan. masa ni macam dah pelik apsal petai jeruk yg bau busuk tu tak berapa bau sangat, duk pikir sebab blocknose la kot sebab duk selesema dr smlm kan. petang, Fai anta biskut la kek marble, kek pisang.. macam tau-tau je tgh lapar haha. tapi betul la lapar manjang pastu perut tu macam tak leh kalo x makan jadi nak mcm gastrik plak. malam, makan mamee chef kari laksa gara-gara tgk youtube ichang haha!
DAY 4
hari ke 4, still batuk tapi hari ni batuk kahak plak, block nose and badan macam lesu je.
sampaikan masak lunch tu, konon fillet ikan tu nak masak nyonya or sambal tapi macam dah tak larat sangat so makan camtu je la haha. petang makan banana cake je, malam utk dinner buat roti sardin.
semalam and hari ni dapat sms n call from KKM sebab category 1 bertukar ke category 2 camtu la pastu sebab me lesu gila kot badan.. tapi x pegi pon CAC sebab time penat gila tu tido je la lepas bangun terus ok.. dia mcm tak boleh duk buat pape lama terus rasa macam penat gila badan..
DAY 5
hari ke 5, block bose, batuk lagi and lesu lebih kurang macam semalam. tapi batuk dah kurang sikit.
Ya Allah, murah rezeki betul macam-macam makanan jiran and mr.husband’s cousin, Atie duk bagi..
DAY 6
symptom same as day 5.
masak utk lunch je, dinner Sri & Mir datang anta foods.
DAY 7
selesema ke ape semua dah takde, batuk pon sikit-sikit je, tapi badan tu lesu betul wei. kadang duk tgk tv pon boleh terlelap.
breakfast, cheese sausage je.. time duk masak lunch eh tiberrr gas takde plak kan.. sibaik dah last day quarantine nampak sangat asyik duk dapur je quarantine ni bahahah! so makanan semua campak masuk air fryer je la dengan telur sotong + ayam masak kicap semua by airfryer hehe.. petang buat banana roll dgn paratha, for dinner mihun goreng by our jiran, Rina and supper buat roti celup telur je la alang-alang roti pon banyak.
day 7 check still +ve, so ikut timeline omicron day 7-10 tu ada possibility utk jangkit kat orang lagi.. so better duk umah la dulu sampai hari ke 10.
once dah +ve 2 kali sehari kena update dekat mysejahtera, kang lambat update dapat la notification or call..
day 8, Alhamdulillah check dah -ve. mr.husband semalam check dah -ve.
home isolation completed!
Alhamdulillah dah nak sihat and slowly recover.. thank you for all the doa & thank you semua jiran-jiran, family members yg banyak bagi foods la, and tlg pape utk kitorang time quarantine may Allah bless us, always!
brain fog, difficulties in concertation, difficulties in thinking ni paling ketara kot haha sebab me bukan jenis camni sebelum ni, kena covid je terus hm.. banyak la benda lupa kadang nk ingat sesuatu tu mcm eh apsal x ingat pape ni, pastu kdg benda dah ingat nk buat ape in 1 sec lupa terus dah aihh! fatigue, smell loss setakat ni yg ni je la. tapi smell loss tu masa quarantine 2-3 hari jugak la tak bau pape, sibaik la deria rasa semua kitorang ok. tapi now, kdg-kdg me asyik bau benda hangus terbakar je kdg 3-4 pagi bau camtu, bau asap la ape.. fatigue tu till now masih rasa.. hopefully long term effect ni cepat-cepat la pulih..