AL-FATEH SETAMBOAT & GRILL

sempena celebrate birthday mr.husband, sebab tau dia memang suka steamboat so me suggest kita makan steamboat je. 2 hari duk cari nak makan steamboat kat mana, dah booking tempat lain sekali nampak review tak berapa best so kitorang try la Al-Fateh Steamboat ni.. dari rumah kitorang dalam 14-15km je kot, takde la jauh sangat. 1-2 jam sebelum pergi macam dah tak nak pergi sebab me macam tak berapa sihat, tak tau la tersalah makan ke ape duk pening and muntah je, tapi gigih jugak nak pergi..HAHA oh ok untuk steamboat ni RM25.30 per pax, include GST. kira  macam murah la seafood pon banyak jenis. berbaloi sangat la dengan RM25.30 tu.. meh kita tengok apa yang ada kat Al-Fateh Steamboat ni..

ada mee goreng, nasi goreng udang, nasi goreng biasa, potato wedges, popia

ada nasi lemak jugak, kuih muih and fruits.

untuk steamboat and grill plak ada kambing, ayam, daging, pelbagai jenis mee,  kuey teow, bihun, maggie, yee mee macam-macam la..

seafood plak ada udang, sotong, sotong kembang, kepah, lala, kupang, kerang, and pepahat.

ada telur and telur puyuh..

sayuran pon banyak jugak pilihan..

and yang ni pon tak tau berapa jenis ada banyak pilihan la senang cite.. tapi kitorang kalo pergi steamboat tak berapa suka sangat benda alah ni, amik jugak sikit tapi banyak tumpukan kat seafood daging kambing semua tu je hehee..

ada 6 jenis sos..

air pon banyak pilihan, ada kiwi, sarsi, nenas, tsunami biru,  sirap and air masak.. kat sebelah tu bleh je amik berapa jug kalo nak.. oh tsunami biru tu sedap, air asam boi je sebenarnya hehee.. and sebelah tong air semua ni pon ada 1 tong ais, so amik la banyak mana pon.. oh lupa, ada coffee & tea jugak tapi terlupa nak snap pic sebab x amik pon..

untuk kuah bleh nak pilih pot camne, nak 1 jenis or yang 2 jenis.. tapi kitorang amik yang 2 jenis, amik yang soup & tomyam..

first round

second round

third round

konon nak 4th round tapi dah duk sumbat nasi lemak la mee goreng la pastu macam dah tak leh makan, tapi lamb and daging tu kitorang makan memang banyak gila la.. sedap weh!

see, semua sos amik tak makan sangat pon bukan tak sedap.. tapi sebab ayam daging and kambing yang diorang marinated tu dah sedap so makan camtu pon layan oii..

dah last baru teringat, oh ada ais krim.. ok fine, buka je 8 bekas tu semua dah habis 🙁 takpe la lagipon time tu dah ddekat pukul 11, semua orang dah bantai ice cream awal-awal la kot..

so kalau korang nak makan steambot bleh la try kat sini, oh operation hour dia 6ptg sampai 12mlm.. jangan datang siang hari plak sebab siang hari diorang jual makanan lain, malam je steamboat.

AL-FATEH STEAMBOAT & GRILL

Kawasan 1 Lorong Raja Jumaat, 

Kampung Jawa, Klang

017-6300965

for more detail boleh tengok kat SINI

 

 

Leave a Reply