SYIQIN & SABIRIN’S WEDDING

29 Julai

Majlis Akad Nikah

Zam Zam Arabic Restaurant & Grand Ballroom

sebab akad nikah pon kat sini jugak, so wedding planner settingkan table depan pelamin tu je untuk majlis akad nikah..

sementara tok kadi sampai, pentin lama posing la dulu hehee..

dalam 9am, tok kadi sampai.. and start majlis akad nikah

alhamdulillah, dengan sekali lafaz.. Ckin sah menjadi wife Sabirin..

congrats SIL

family portrait

lepas majlis akad nikah, ada jamuan sikit, breakfast. me order dekat group Shah Alam je kuih muih ni.. semua sedap weh! padahal pagi tu dah gelabah, bangun pagi dapat whatsapp dari akak buat kuih ni cakap kuih nona manis dia buat adunan terlembik plak.. so dia mintak anta lambat or kalau tak cancel je.. sibaik la akak tu boleh siapkan jugak even lambat skit, tapi takpe la ngam-ngam dengan majlis nak start.. kuih je kitorang order sebab air semua pihak Zam Zam sediakan..

Majlis Bersanding

1pm, majlis bersanding..

hantaran dari pihak perempuan

hantaran dari pihak lelaki

kek pon tema chess. maklumlah diorang jumpa pon time lawan chess. so simbolik cinta diorang la kiranya chess ni. oh btw, cake ni me order dengan my friend, boleh tengok kat SINI

time cake cutting me busy melayan tetamu.. so tak sempat snap pic. ni pun pic snap masa cake sampai.

menu hari ni, nasi arab. mesti la nasi arab kan dah buat pon majlis kat sini..

tak banyak pic sangat, maklum la kakak ipar pengantin, so busy la sikit hehee..

thank you Nakhodarians, datang memeriahkan lagi majlis 🙂

5 August

Majlis Bertandang

Parit Buntar, Perak

family portrait without Man, Mira & Ezra

alhamdulillah, selesai sudah majlis kedua belah pihak.. congrats Ckin & Sab.. May ur marriage be filled with all the right ingredients: a heap of love, a dash of humor, a whole cup of romance, and a spoonful of understanding. May ur joy last forever! Congratulations.

 

 

 

 

Leave a Reply