on the way pergi Teluk Intan, sebab ada cousin sebelah mr.husband kawen so ajak mr.husband singgah makan Mee Kari Lina Bidor ni dulu, sebab dulu pernah pergi tapi salah kedai, kitorang pergi SINI
kedai ni buka for breakfast 6.30am sampai 12 tengahari, pastu dia akan buka balik petang pukul 4.30pm sampai 10pm. ngam-ngam la kitorang sampai sini pon kedai baru jugak buka, dalam 5 lebih camtu.
lauk kita boleh nak tambah, or nak suruh dia buat pon boleh. actually kat sini selain mee kicap kuah sup or kari, ada mee kari jugak. tapi kitorang dua-dua try mee kicap kuah kari.
mine
mr.husband
macam tak amik banyak pon, sekali dah sampai banyak pulak lauk kitorang amik haha
sedap jugak, rasa lebih kurang je dengan kedai yang kitorang tersalah aritu. but still tak boleh lawan kedai mee kicap yang kat Shah Alam ni tapi sayangnya dah tutup š dia buat untuk catering je sekarang hm..
dah lama gila nak try kedai Nasi Ganja Shukri ni, pernah la beberapa bulan lepas my SIL booked untuk lunch kat sini, sekali ada emergency ape kedai tutup, so tak berkesempatan la nak try..
and hari ni, kebetulan terbangun awal on weekend, jarang sekali berlaku ni haha.. pastu ajak mr.husband keluar breakfast, ni pon setahun berapa kali boleh kira breakfast. sebab tak tau nak makan mana, mr.husband ajak g Nasi Ganja Shukri ni.
me amik ayam goreng, sedap ayam dia memang berempah gila la. tapi yang silapnya me amik semua kuah campur ada kurma, kari ikan, kuah daging hitam pastu kuah ape ntah lagi, so bila makan macam tak boleh nak terima sangat, tak tau la sebab jarang breakfast pastu tetiba ko breakfast dengan nasi kandaq haha mampoih!
mr.husband plak as usual la fav dia, daging je. so dia amik daging hitam.
kuah air asam tu saje la amik, actually tu untuk makan dengan nasi daging. yang best kat sini, nasi boleh tambah FOC, pastu sayur ke ape tu semua free, and untuk air ada la beberapa jenis tu pon boleh refill. Pastu untuk weekend, tak silap dia ada buat mee/mihun sup utara jugak.
so untuk 1st time ni, macam x berapa kena dengan taste. mungkin sebab pepagi buta makan nasi kandaq, tak pernah-pernah me makan nasi kandaq pepagi camni, so maybe next time kena try lagi sekali datang untuk lunch ke camtu..
hari tu mr.husband ada belikan lidah lembu. omg tak tau nak buat masak ape, sebab tak pernah masak pon lidah lembu ni, biasa kalau dia nak makan, dia pergi Ani Sup Utara je order sup lidah. Gigih la duk cariĀ biasa orang masak ape dgn lidah ni.. so sempat la try buat 4 jenis masakan haha.
lidah goreng kunyit
lidah goreng kunyit ni, lepas dah rebus lidah tu me gaul je garam kunyit camtu pastu buat macam goreng daging tu.
lidah masak kicap
rebus lidah sampai lembut, then gaul dgn garam+kunyit then goreng kejap sampai nampak garing, masukkan sedikit air asam jawa + kicap, lastly masukkan bawang besar + cili.
lidah bakar & air asam
lidah bakar ni me rebus pastu marinated dengan blackpepper + garam + sos tiram + mixed herb pastu bakar, and buat air asam.
lidah masak merah
sebab mati kutu dah tak tau nak buat masak ape, belasah je buat lidah masak merah haha. me rebus lidah tu, pastu tumis sedikit cili boh + bawang putih + bawang besar + cili + daun limau sikit then masukkan sos cili sikit and sos tiram sikit.
Spaghetti & Grill tapi dulu nama dia SAC Spaghetti. Kedai ni dah lama, ada la 4-5 tahun lepas kitorang selalu la jugak duk lepak makan sini, dulu dia buka stall dekat dengan Petronas Seksyen 20, depan Pizza Hut. Pastu diorang pindah dekat Space U8, tapi tak pernah pergi yang kat situ, sebab macam bosan je Space U8 tu haha. Then beberapa hari lepas nampak kat FB Page dia update yang diorang buka dekat Foodcourt Seksyen 20. Kat sini pun me tak pernah lepak, bertahun duk Shah Alam macam tak tau je kewujudan foodcourt ni, tapi macam happening jugak. Kitorang pergi pon dah lambat around 11pm camtum, sibaik kedai tak tutup lagi. so meh tgk ape kitorang order.Ā
Spaghetti Carbonara
Spaghetti Bolognese
Chicken Grill
sebab tiga ni je menu for 1st day, so mr.husband order semua jenis. sedap sama macam dulu, carbonara memang creamy gila cuma dulu macam berkuah sikit this time macam kering skit. yang lain semua sama je macam dulu.
muka pucat gila, mentang-mentang seminggu tak keluar rumah semua nak makan haha!
semalam, ada birthday anak my cousin, Abe. Ezran & Elana’s stranger things birthday celebration.
decoration
candy table
foods
ada mac&cheese, spaghetti aglio olio, mini burger, nacho cheese, pizza, waffle, cakes. foods semua dia order from food truck je, senang diorang datang masak kat situ. dah la rumah Abe sewa ni best sebab kitchen dia open air, memang kitorang duk lepak situ je la sebab kat luar ramai gila + hujan plak tu.
blow candle
lepas tu ada la a few games, eggo eating contest, demogorgon pinata games etc tapi kitorang duk lepak makan and makan je kat kitchen haha.
thank you Abe & Kak El for having us, and happy birthday Ezran & Elana!
Tree Steak House, dah lama duk lalu sini sebab selalu lepak kedai Kanapina tu lalu je full tapi pernah tanya my BIL n my biras diorang makan aritu diorang cakap biasa je tapi orang nampak ramai je, so sebab takde plan nak g celebrate birthday mr.husband kat mana kitorang try je sini.
kitorang saja dtg awal, lepas Maghrib around 7.30pm camtu terus gerak ke Seksyen 13 sebab dah tau time dinner mesti full..
menu
Bakau Black Russian
Jati Jumbo Steak
sebab first time datang, so me order la yang chef recommended Bakau Black Russian, ada lamb & beef steak sauce pon sedap blackpepper sauce mix denagn bbq sauce. Mr.husband plak order Jati Jumbo Steak, overall makan sedap steak, lamb lembut, sauce pon ok.
but not this one. each plate ada la fries, vege (steam broccoli & cauliflower) pastu ada mix vege ni skit and atas dia macam butter mix flour ke ape ntah rasa camtu, bagi kitorang yang ni tak sedap haha dah la pakai mix vege macam x steam je better tukar buat coleslaw ke ape lagi ok kot.
tadi tengahari duk buat kek, sekali kek dah siap sejukkan la kejap before masuk peti ais, belum sempat simpan dalam fridge mr.husband dah tekan loceng, cepat-cepat masukkan dalam fridge takot kantoi haha. Pastu ada la duk goreng nugget after dinner tu eh sibuk pulak dia nak buka fridge cari sos la ape aihhh! sibaik tak kantoi, cepat-cepat me tolong amikkan sos utk dia , nak cari sos pon kena marah bhahaha!
sebab cheese fav dia, so me buat burnt cheese cake.
Sharing my life with u was the best decision i’ve ever made. I am grateful for every moment. Happy birthday Love!
Lately ni tetiba kaki rasa gatal nak pergi travel. Yelah pergi tengok tempat orang, budaya orang. Pernah ada yang sorang pesan dengan me ākita ni ada rezeki lebih yang Tuhan bagi, pergilah tempat orang, kagumi ciptaan Tuhan niā Dengan kata ringkas, ada duit lebih sikit, simpan dan kumpul untuk pergi berjalan ke negara orang. Yelah kadang-kadang apa yang ada kat tempat kita, tak ada kat tempat orang begitu juga sebaliknya. Selagi ada kudrat ni, tak salah untuk kita bawa insan-insan yang tersayang bercuti.
Kali ni me target macam nak pergi Singapura ataupun Australia. So, me buatlah sikit survey untuk dapatkan hasil yang terbaik untuk next vacation.
nak senang download je apps Traveloka ni kat phone, sambil-sambil makan pon boleh survey. Traveloka is that one-stop-shop for online travel booking. So, tak payah nak pening-pening buka banyak-banyak website. So, this time me duk usha Singapore Airlines flight ticket dengan Jetstar flight booking, harga yang ditawarkan pun agak berbaloi, and for me masih dalam range budget.
Lepas dah usha harga tiket, then catat dan letak tepi dulu. Sekurang-kurangnya harga tiket da tau. Sekarang me cuba untuk bandingkan aktiviti-aktiviti yang boleh buat dekat kedua-dua negara ni yang bersesuian dengan pelbagai lapisan umur gitu. Yelah, for me walaupun kita nak pergi percutian yang rendah bajet tetapi keseronokan dan kepuasan tu juga perlu diutamakan.
Singapura
Singapura merupakan negara jiran yang paling hampir dengan negara kita selain daripada Thailand, Brunei dan Indonesia. Untuk ke Singapura ni ada macam-macam cara tetapi semestinya yang paling selesa adalah dengan flight. Ramai orang lebih memilih untuk ke Singapura tetapi menetap di hotel Johor kerana kosnya lebih rendah. Namun begitu, aku lebih suka untuk terus cari hotel di Singapura sebab tak payah nak fikir untuk turun naik border banyak kali. Yelah takkan lah nak bercuti sehari je kan dekat situ. Mesti sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam baru puas sikit.
Tarikan utama di Singapura semestinya Universal Studio Singapura. Member aku ada share pengalaman dia pergi ke situ memang takkan puas pergi sehari sebab terdapat banyak sangat permainan yang ada di sana. So, kat sini je dah nampak sehari je tak cukup, ada hati nak ulang alik Johor banyak kali hahaha. Selain daripada USS banyak lagi tempat yang boleh pergi secara lebih santai rupanya di Singapura ni. Antaranya:
Madame Tussauds Singapore ā Muzeum lilit orang-orang terkenal di serata dunia.
Henderson Wave Bridge ā Jambatan yang sangat unik dan cantic di waktu malam.
Singapore Science Centre ā Tidak kurang hebatnya seperti pusat sains kita.
Jurong Bird Park ā Kanak-kanak pasti sukakannya.
Nature Walk Dragon Trail ā Tempat rekreasi santai bersama keluarga.
Australia
Ia juga merupakan negara yang agak hamper dengan kita. Namun begitu ia sedikit berbeza dengan Singapura kerana untuk ke sini kita perlu ada visa. Pastikan visa telah lulus terlebih dahulu baru beli tiket, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kemudian hari. Hal ini disebabkan Australia agak ketat dalam proses pengeluaran visa ni. Ada yang kata sebab ramai sangat orang kita yang buat visa dan akhirnya kerja dekat sana. Orang katalah, betul ke tak aku tak pasti. Okay kalau Australia ni aku lebih prefer untuk ke Perth berbanding Sydney sebab lagi banyak aktiviti yang boleh buat dengan keluarga terutamanya. Tetapi kalau korang sukakan laut, pantai dan nak lebih relax Sydney adalah tempat yang baik juga. Aku ni jenis yang suka beraktiviti dan nak manfaatkan sepenuhnya masa yang ada sebab tu prefer untuk ke Perth.
Aku just nak listkan beberapa aktiviti dan tempat yang bagi aku agak menarik untuk pergi dan explore sendiri. Sebab aku rasa tak puas asyik dengar cerita orang je kan, bila dah pergi sendiri nanti baru rasa kepuasan tu. Antaranya ialah:
Kings Park ā Taman di dalam bandar yang terbesar di dunia.
Marmion Marine Park ā Boleh Snorkeling dan sebagainya
Perth Zoo ā Ada haiwan yang kita tak dapat nak tengok di zoo kita. KOALA.
Adventure World ā Taman tema yang terdapat di Australia ni
Lancelin Sand Dunes ā Boleh main sandboarding.
Banyak lagi sebenarnya kalau nak di senaraikan. Namun inilah tempat-tempat yang me rasa agak menarik untuk buat kalau pergi ke Singapura mahupun ke Austarlia. Ada yang nampak biasa macam zoo, pusat sains dan museum lilin tetapi semestinya ianya akan ada perbezaan dengan yang ada di Malaysia yang boleh kita lihat. So, nanti kena buat kiraan bajet untuk kedua-duanya ini dan pilih yang terbaik bersesuaian dengan keseronokan yang boleh dapat nanti.
tadi petang pergi makan hokkien mee dekat Ah Mang Mee (Jamal Halal Hokkien Noodle) actually dah berapa kali mr.husband duk sebut pastu lupa, pastu sebut lagi nak pergi and lupa lagi sebab time dia sebut je time tu dah kenyang la ape haha, so arini awal-awal lagi dia cakap arini nak jugak g makan kat sini.. so kitorang gerak la after Asar sebab kedai pon buka around 5pm camtu. Nasib baik kitorang sampai awal, sebab time kitorang dah start makan tu orang dah start ramai datang hehe.
kuey teow bulan
hokkien mee
seriously, sedap.. and berbaloi la datang hehe. kuey teow bulan tu, bila dah gaul dengan telur mentah tu, fuh creamy gila. yang hokkien mee ni pun sdap, ada kulit ayam garing dlm tu, ada udang, ayam and sayur pastu campur pulak cili potong and sambal belacan dia tu memang kick la.. next time kalau datang sini nak try kung fu fried noodle plak sebab nampak ramai duk order tu hehe..
AH MANG MEE (JAMAL HALAL HOKKIEN NOODLE)
Stall No.8, Pusat Penjaja Seksyen 1/12, Jalan Othman, PJ Old Town, 46000 Petaling Jaya, Selangor (berhadapan Good Shepherd Church) Operating hours: Wed-Sun, 5PM-10PM
dah 2 months baby Nayli Amelia, tapi hari ni baru Aunty Nieja datang jumpa, hari tu Nadia balik berpantang kat KB, dalam sebulan camtu baru me balik sana ingat nak g tengok baby sekali la eh sekali dia dah balik KL plak haha, pastu me dah balik Shah Alam, Nadia plak balik KB asyik clash je time, so hari ni baru dapat jumpa baby Nayli.Ā
and kebetulan beberapa hari lepas birthday Nayla, so me beli la kek satu bawa g sana, boleh la celebrate sama-sama..
happy birthday Nayla Adelia
thank you Nadia & Affiz, susah-susah je hidangkan dinner plak malam ni, padahal kitorang baru lepas makan sebelum gerak tadi, takpe la dah rezeki jangan ditolak hehe..
Masa pergi Cameron last month, wife ustaz ada buatkan daging ni tapi me pon tak tau daging kicap ke daging masak merah ke ape orang panggil haha tapi sedap makan ni dengan nasi saje pon dah sedap, dah sedap haruslah mintak resepi, so kat sini me share resepi dia. Thank you Umi š
bahan – bahan :
bawang merah
bawang putih
kunyit
cili kering
kicap
sos tiram
asam keping
bawang besar
cili
cara – cara :
firstly, blend bawang merah+bawang putih+kunyit+cili kering. blend je semua sekali, oh cili kering tu make sure rendam air panas or rebus dulu kejap baru blend semua. pastu tuangkan dalam hirisan daging tu, if nampak kering tambah lagi air sampai la daging betul-betul lembut. daging dah lembut and rempah semua tu dah kering, masukkan sedikit minyak gaul sekata, pastu masukkan sedikit sos tiram, kicap and asam keping.pastu kalau korang rasa kurang lagi pepandai la tambah garam ke gula ape, tapi me tak tambah dah, lastly masukkan bawang besar and cili, gaul sebati and boleh dihidang.
biasa la weekend tak tau nak makan mana, try la pergi kedai yang orang suggest, ada orang duk cakap nasi kandaq sini sedap so meh la kita try., tapi location dia macam kedalam jugak la macam kawasan kampung gtu..tapi senang je nak cari, google or waze je senang sampai terus haha.
kitorang datang pon dah 3 lebih kot, dah lepas lunch hour weekend plak tu, so lauk yang tinggal pon dah tak banyak..
ada sotong, ayam, daging masak hitam, telur sotong, telur rebus and bendi. tapi rasanya pilihan lauk dia pon memang tak banyak, kambing ke macam takde.
mr.husband amik daging masak hitam
me plak amik ayam goreng daun kari and bendi
telur sotong
pastu kitorang tambah telur sotong 1 plate. price, xde la mahal sangat standard je tapi kitorang tak berapa suka kuah campur dia tu macam kurang kick. and masakan utk telur sotong tu pon tak macam biasa kitorang makan kat nasi kandaq, so bagi kitorang tak berapa kena dengan taste kitorang la.. tapi selalu tengok orang post memang beratur panjang la time lunch hour and balik kerja, biasa la taste orang berbeza-beza. lagi satu, kat siniĀ tak boleh order air lain, just ada air soda herbs je yang dalam balang tu, air suam, air teh o ke teh ais ke ais kosong semua takde. tapi kat sini ada stall cendol kat depan tu, tapi kitorang tak try la plak, mr.husband just amik 1 air soda herbs tu sebab air suam/ais kosong memang takde pon.
beberapa hari lepas, ada pergi makan steamboat dekat Al-Fateh Steamboat & Grill, Seksyen 7. Sebelum ni selalu jugak makan Al-Fateh ni tapi dekat Kg.Jawa, Klang and ada la beberapa bulan aritu nampak dia buka new outlet dekat Bukit Raja ke mana tak silap, and this month eh nampak ada buka lagi dekat ngan kitorang, kat Seksyen 7. So, kitorang try Al-Fateh Steamboat & Grill yang Shah Alam ni plak.
actually harga dia ada la beza sikit la, kalau tak silap dekat kg.jawa tu murah rm2-3 ringgit la drp price kat sek7 ni.. yang kat sek7 ni dewasa RM30, OKU RM18, Warga Emas pon RM16-18 camtu la tak ingat dah, and for kids and student pon lupa sebab lupa nak snap aritu.Ā
lamb, chicken, beef, pastu ada telur, telur puyuh and bebola segala tu.
untuk sayur, ada la a few jenis, ada mushroom, salads, tomato, maggie, bihun smua tu..
untuk seafoods, ada kepah, lala, kerang, pepahat, kupang, udang, sotong.Ā
ada roti jala & kari ayam, ada sosej, ada nugget, murtabak, fries, coleslaw
ni jenis-jenis sos yang ada, tapi biasa dtg sini memang x amik sos pon, sebab marinated dia memang dah sedap.Ā
ada bubur jagung, mee goreng, kuey teow goreng, nasi goreng
dalam mee, kuey teow and nasi tu semua ada lauk udang.
and ada spaghetti bolognese jugak
for dessert, ada ice cream
and ada a few fruits, utk air pulak ada la 4-5 jenis kot and ada teh tarik yang sedap jugak.Ā
first batch dah amik macam-macam haha.. pastu cambiasa la 3-4 kali duk ulang grill lamb je..
thank you BIL, Man belanja š
overall, semua puas hati la dinner kat sini. takde la sesak sangat macam dekat Kg.Jawa tu selalu pergi memang pack gila. tapi kat sini, floor dia macam licin sikit, so nak jalan pun kena hati-hati kang terbalik periuk steamboat plak haha. tak sure la sebab ada tertumpah minyak or ape tapi my in law pon cakap benda sama.Ā
1-#alfatehkgjawa Kawasan 1 Lorong Raja Jumaat Kampung Jawa 41000 Klang Selangor
2-#alfatehbukitraja No 6 Jalan Astaka Bandar Bukit Raja 41500 Bandar Bukit Raja Klang Selangor (sebelah Setia Alam/berdekatan Hospital Colombia asia)
3-#alfatehseksyen7 No 41 Jalan Kristal K 7/K Seksyen 7 40000 Shah Alam Selangor