semalam balik dr rumah Tasha konon nak terus balik Shah Alam, eh sekali Mir ajak tidur rumah dia plak so balik la Shah Alam kejap amik baju pastu pergi KL balik.. and plan kitorang harini nak buat nasi lemak, eh tetiba tukar menu nasi air plak, sebab semalam otw balik rumah Mir sempat singgah makan cendol dgn kawan-kawan dia and terus g cari barang untuk nasi lemak sekali duk tengok ikan bilis tertengok ikan masin la telur masin la ape eh pakat tukar nak makan nasi air plak..
paru crispy
isi ayam
ikan masin
ikan bilis
ikan kering
telur masin
kangkung goreng belacan
cendawan masak sos tiram
lala daun selasih
kacang goreng
condiments
yeah, meriah gila macam-macam lauk masak.
fuh penuh bowl :p
and untuk dessert plak me, Sri and Mir buat sagu gula melaka and pengat ubi.
hari tu ada post pasal Kulit Lembu kan, ni pon beli sekali time beli kulit lembu. Beli 1 pack je tapi banyak la sekilo setengah camtu la.. pastu dah balik rumah biasa la mati kutu nak masak ape, sebab tak pernah kot masak kupang haha.
Kupang Masak Sambal Balado
me tumbuk bawang merah, bawang putih and cili besar + cili padi sikit. Then, tumis la semua kejap, masukkan garam gula aji sikit lastly masukkan kupang.
Spaghetti Aglio Olio Kupang & Udang
spaghetti aglio olio ni, me just tumis garlic and onion sikit then masukkan pes aglio olio yang me jual tu, then masukkan la lauk pape nak letak, masukkan mushroom and capsicum and spaghetti, dah tak payah letak seasoning pape dah.
Kupang Sweet Sour
yang ni me tumis bawang putih + cili + serai yang dah tumbuk, pastu just masukkan sos tomato sikit and sos cili, pastu masukkan kupang.
Kupang sweet Sour Telur
tumis bawang merah, bawang putih and halia yang dah diblend, dah nampak garing sikit masukkan cili kisar sikit, nampak dah masak tu masukkan sos cili and tomato, pastu terus pecahkan telur sebiji kacau-kacau and masukkan kupang.
semalam birthday Ibu, so Tasha order la fav ibu dia cheese tart.. masa dia pick up semalam dia ada bagitau arini ada nak buat makan-makan kat butik dia, sekali tadi pagi dia call tanya datang ke tak.. dah la Jumaat, mr.husband kan keje tapi kebetulan Sri sampai from Trg tadi pagi, so me pergi sekali dengan dia and pergi pick up Mir dekat umah dia dlu sebab duk plan nanti balik dari Butik ibu boleh terus g rumah Farah tengok baby dia and boleh g lepak-lepak rumah Tasha since kitorang pon tak pernah pergi lagikan..
sampai-sampai tengok fuh.. nasi dagang ada nasi kerabu ada.. semua nak try haha.. dah la nasi kerabu tu ada daging bakar, kambing bakar, ayam bakar mabuk jap tak tau nak makan yang mana dulu ahahha
nasi kerabu & nasi dagang
happy birthday Ibu
so sape-sape nak beli tudung ke baju, set pinggang mangkuk boleh la datang Chaaa dekat dgn Tesco Ampang.
dah beberapa hari nampak orang duk post kat group Sarban pasal Nasi Kandaq Tersandaq ni, kebetulan mr.husband balik awal sikit arini, so ajaak dia makan sini je.
Actually, Nasi Kandaq Tersandaq ni takde kedai pun, dia buka stall depan Petron TTDI Jaya, ada khemah kuning kat situ, tapi jangan risau ada tempat duduk, takde la banyak dalam 3-4 table camtu kot tapi ok la masa kitorang datang ni pon dalam pkul 4 lebih takde orang sangat pon yang datang pun ramai yang tapau je, kalau time lunch hour tak tau la maybe penuh la kot sebab kitorang sampai 4 lebih camtu pon lauk dah nak habis.
ada ayam bawang, ayam ros, ayam berempah, kari ikan, sotong, daging masak hitam, telur dadar.. tapi masa kitorang datang pon lauk dah banyak habis, ayam berempah je kot banyak lagi time tu.
me order ayam bawang
mr.husband order daging masak hitam and telur dadar
sebab bendi dah habis so amik kobis, pastu each set dia ada letak bawang goreng and sambal serbuk cili koyak lidah ke ape ntah nama dia, but bila dah combined tu sedap la rasa dia, nak kata pedas gila takde la tapi ok la sedap bila dah campur sekali.
dari semalam Mr.husband ajak g makan Sukiya, tapi lambat sangat bagitau orang dah siap masak.. so arini kita pergi untuk lunch..
sempena CNY kot dia bagi free ni, ada meatball, fishball, chicken ball n squid ball. mmg sedap sbb mcm 99% pakai meat.. tapi kenapa bagi sikit sangat terpaksa potong 2 each flavor bhahahah..
as usual, amik kimuchi & miso soup. sebab dari dulu duk try yang ni je so tak berani nak try flavor lain.
this time takde matcha ice cream, so me mix sea salt & choc, yumms!
dari kecik dulu suka makan nasi air kat sini, ni sekarang dah ada kedai baru kira baru datang la sejak dah ada building baru ni.
ni me upload menu untuk nasi air je, actually bukan nasi air je kat sini untuk masakan panas, tomyam semua tu ada jugak, western, pasta, nasi arab pon ada jugak
telur masin, udang manis, lala daun selasih, kangkung goreng belacan, ikan bilis goreng and ikan masin.
tapi sayangnya kitorang datang lambat, ikan manis pon dah habis time ni. tapi takpe nasi air berlauk dia tetap sedap dari dulu sampai sekarang.
and try order mandy lamb jugak, saje la nak try tapi tak kena dengan taste kitorang.
last week, Syafa invite ada makan-makan sempena Mak & Ayah dia masuk rumah baru.. Mak & Ayah dia dah pindah balik duduk Setiu balik, balik dari Sarawak terus buat rumah kat Setiu. Tapi sebab last week masa majlis ni me kat KB tak boleh datang, sekali hari ni Syafa invite makan-makan kat umah Mak dia.. of course la ada nasi lemak fav!
nasi lemak legend polis abas
kek choc by Syafa
burger malaysia, ni memang request haha sebab selalu jugak me order yang frozen senang bawa balik Shah Alam.
roti sosej sambal
riloyang, kebetulan Syafa order dengan agent mana ntah.. dah lama teringin nak beli tapi masa tu tak keluar lagi.. baru plan balik Shah Alam nanti nak order la, tapi dah try tadi.. tak jadi la.
tuan rumah, Cik Ani & Cik Abas tengah busy dengan kolam ikan tak sempat nak bergambar dengan tuan rumah.
KB Patin Haus, aritu Iwe la ajak makan sini sebab sebelum ni dia cakap dia pernah datang dengan Ica, ni pon kitorang sampai takde la lambat sangat dalam 1 lebih, tapi lauk banyak dah habis, memang camni kot or sebab tengah school holiday + weekend.
but, for me macam expensive jugak la 9 orang makan dalam RM145+ sedangkan kalau tengok lauk tu, amik siput sedut 2, sayur pucuk paku 2, sambal pauh 1 plate tu dia kira for 2 sebab dia cakap takde plate kecik, ikan patin tempoyak tapau 1, ikan baung tempoyak 1, 2 set ikan patin goreng n ikan bekok, telur dadar 3 slice, ayam goreng 2, ulam and budu.
sebab tak makan tempoyak, so makan siput sedut & ikan patin goreng je la, sibaik sedap gulai siput sedut dia.
so kalau yang mana suka patin tempoyak ke ape boleh la try kat sini, portion untuk ikan patin n baung tempoyak tu besar jugak.. maybe next time kena datang awal sikit sebab kalau lambat lauk habis. Tapi kedai ni punya ikan bekok lagi better dari kitorang makan last month dekat Kak Pah Ikan Bekok, boleh dia goreng sampai hancur time tu haha dah tak nampak rupa ikan ok, maybe ikan tu x berapa nak kering lagi dah goreng maklum la tengah cuti sekolah time tu permintaan ramai kan, orang pun full.
sebelum balik Setiu aritu selalu duk nampak orang duk share minum coffee dekat sini, Kopi Station. Actually, Kopi Station ni owner dia my ex bos masa intern dulu, me tau pon sebab selalu nampak dia duk upload. Oh, Hentian Rahmat ni baru je buka kira sini lebih kurang R&R la, ada food court ada toilet and surau, tapi kedai takde la banyak ada dalam 8 kot tu pon masa me datang tak semua buka.
me order green tea, Faris order caramel latte and Sri order hazelnut latte. Pastu kitorang order roti titab 1 set and roti bakar 1 set. me & Faris punya coffee sedap, but yang hazelnut latte Sri order tu macam tak berapa nak rasa hazelnut and macam manis sangat.
the next day, datang lagi sini sebab orang duk share pasal nasi ayam geprek. Tapi malangnya, masa sampai tu waiter cakap ada gigih la dokong Umar tengah tido time tu, eh sekali tengah amik order cakap ayam geprek dah habis aiyo!
sebab gigih gila nak try, esoknya datang lagi haha.
1 set RM8, ayam besar potong 4.. tapi sambal tu bagi kitorang macam sambal nasi ayam je, takde special sangat, but boleh la makan takde la x sedap gila, and if sambal tu tak berapa hancur sangat rasanya lagi sedap, ni tengok pon rupa dah macam sambal nasi ayam tu, kira kurang kick skit la. maybe, ayam geprek style Setiu memang camni kot.
kebetulan ada mozarella cheese, so ajak Umar buat Rainbow Cheese Toast. Biasa la dia la paling kalut nak tuang color, nak mix la aishh habis tangan dah macam-macam kaler haha..
me buat 5 warna, orange, pink, purple, blue and green.
untuk portion tadi dapat la untuk 2 roti..
so, nanti amik roti kosong letak je atas yang cheese tadi and sapu butter skit then dah boleh letakkan atas pan.
dah siap, nak best tak payah potong dengan pisau kot, sebab me potong terus cheese tu seperate 2, or if nak guna pisau nanti just potong manja-manja gitu each side so nanti takde la cheese kat dalam tu terpotong terus..
menjadi jugak, tapi tu la macam me cakap tadi if nak buat next time jangan potong habis sebab nanti nak tarik jadi x cantik hehe..
dah lama nak datang tapi time balik je tak sempat nak datang padahal bukan jauh pon, pastu ada masa 1st day dia buat nasi arab tu sempat la order tapi take away. memang sedap, sumpah tak tipu. rasa macam setanding la dengan kedai nasi arab me duk makan area kl/shah alam ni.
Nutella Rocher
Lamb Mandy
this time agak kecewa, apsal lain gila rasa dengan lamb pon tak lembut and tak juicy, sambal dia pon lain jugak.. kira memang teruk gila rasa tak tau la apsal, chef lain yang masak ke ape xtau la. sibaik order 2 je share 5 orang, kalau yang masa memula makan aritu makan sorang pon tak cukup weh.
mushroom soup & garlic bread
yang ni pon kecewa, garlic spread camtu je? biar betul hm..
so this time memang kecewa betul, nak order yang lain pon terus takde mood, takpe nanti next time kalau balik lagi boleh try lagi kot-kot nasi arab tu sedap balik ke..
semalam pergi dinner dengan El Dynamic team. Sebab dah last min bagitau tak tau nak suggest mana, memula plan nak pergi Al Fateh Steamboat je tapi tetiba mr.husband balik keje cakap tukar ke Pak Sawadee plak. Actually, kitorang pon memang tak pernah makan sini pun.. So, boleh la try..
plan asal semua nak steamboat, tapi steamboat dia jenis set, so macam tak menarik kitorang order ala carte je.
fried squid
Thai Basil Chicken
Thai Basil Beef
thai basil beef/ chicken ni pad kra pao tapi me rasa me buat lagi sedap kot bahaha!
Siakap stim limau
ikan siakap stim dia ni macam masam gila, and pedas semata.. macam tak balance rasa dia, xde rasa masin and manis ke ape skit..
Tomyam
tomyam mr.husband order utk share dengan me, tapi mak aih banyak gila portion tapi sibaik sedap, lauk dalam tu pon banyak.. berbaloi la
Thai basil chicken with rice
pastu ada la order thai chicken yee mee soup, butter cream chicken pastu ape ntah lagi dah lupa sebab tak sempat nak snap pic.
memula tak nak amik thai bbq steamboat ni sebab dia set camtu, and tak berapa menarik tapi Kadir order 2 set. habis jugak haha. set dia tu ada la daging skit, ayam skit, pastu udang 4 ekor, ada sotong beberapa slice, ada lala, mushroom, tomato, kobis, salads, chicken ball, crab stick and 1 plate yee mee.. pastu kalau nak tambah pape bleh add on plak price macam kat menu tu. tapi tomyam dia sama macam tomyam kitorang order tu, so memang sedap la kuah steamboat dia tu.
and, untuk dessert diorang duk order coconut ice cream, sebab mango sticky rice dah habis..me & mr.husband order banana pancake ingatkan banana kat dalam sekali banana slice camtu je kat atas bahhaha.. and ada order fruity snow ice kalau x silap nama dia, yang ni pon sedap.
semalam, birthday my SIL, Ckin. Happy birthday Ckin! Tapi semalam me & mr.husband dah pergi Putrajaya and kebetulan kat sana ada Lamp and motion of Putrajaya so kitorang lepak sekali la konon sambil-sambil celebrate birthday sekali la.
hari ni, birthday girl ajak makan-makan dekat Johari’s Palacio. kedai ni dah beberapa tahun jugak dulu Besito’s camtu la nama pastu dah tukar Johari’s Palacio, tapi ni la baru 1st time me nak try. My fil semua tu cakap pernah try, tapi tapau je la time tu, but this time Man, Mira and anak-anak tak dapat join sebab balik kampung.
the menu
western, pasta, nasi mee goreng, naan, pizza macam-macam jugak la ada.. so meh, tgk ape yang kitorang order
fil order mee goreng
mil order mihun singapore
mr.husband order beef roast fried rice, nasi goreng agak pedas tapi daging ni liat sikit.
me order chicken piccata, chicken tu agak hangit skit and bawah chicken grilled tu ada mashed potato, sedap jugak tapi sos dia tu macam agak manis sikit, biasa dia masam-masam sikit baru sedap.. blackpepper gravy tu ok je.
Ckin order fish & chips, this time my fil & my mil cakap sedap sebab sebelum ni diorang pernah take away tak silap, tak sedap.
Sab order grileld lamb shoulder, lamb dia agak kering sikit tak juicy.
Emi, as usual tak boleh kalau tak makan nasi.. so dia order Johari’s fried rice, nasi goreng and ada ada ayam goreng.
Midi plak order grilled chicken breast, set dia ada butter rice sekali. Tapi makanan me & Midi yang paling lambat sampai, orang lain dah siap makan, foods kitorang baru sampai.. Tu pon kitorang dah reserved untuk datang awal, 8pm sebab takot lambat lagi ramai orang and lagi lama nak menunggu.