TRAVELLING MAKES EASY WITH TRAVELOKA


Lately ni tetiba kaki rasa gatal nak pergi travel. Yelah pergi tengok tempat orang, budaya orang. Pernah ada yang sorang pesan dengan me “kita ni ada rezeki lebih yang Tuhan bagi, pergilah tempat orang, kagumi ciptaan Tuhan ni” Dengan kata ringkas, ada duit lebih sikit, simpan dan kumpul untuk pergi berjalan ke negara orang. Yelah kadang-kadang apa yang ada kat tempat kita, tak ada kat tempat orang begitu juga sebaliknya. Selagi ada kudrat ni, tak salah untuk kita bawa insan-insan yang tersayang bercuti. 

Kali ni me target macam nak pergi Singapura ataupun Australia. So, me buatlah sikit survey untuk dapatkan hasil yang terbaik untuk next vacation.

nak senang download je apps Traveloka ni kat phone, sambil-sambil makan pon boleh survey. Traveloka is that one-stop-shop for online travel booking. So, tak payah nak pening-pening buka banyak-banyak website. So, this time me duk usha Singapore Airlines flight ticket dengan Jetstar flight booking, harga yang ditawarkan pun agak berbaloi, and for me masih dalam range budget.

Lepas dah usha harga tiket, then catat dan letak tepi dulu. Sekurang-kurangnya harga tiket da tau. Sekarang me cuba untuk bandingkan aktiviti-aktiviti yang boleh buat dekat kedua-dua negara ni yang bersesuian dengan pelbagai lapisan umur gitu. Yelah, for me walaupun kita nak pergi percutian yang rendah bajet tetapi keseronokan dan kepuasan tu juga perlu diutamakan. 

Singapura

Singapura merupakan negara jiran yang paling hampir dengan negara kita selain daripada Thailand, Brunei dan Indonesia. Untuk ke Singapura ni ada macam-macam cara tetapi semestinya yang paling selesa adalah dengan flight. Ramai orang lebih memilih untuk ke Singapura tetapi menetap di hotel Johor kerana kosnya lebih rendah. Namun begitu, aku lebih suka untuk terus cari hotel di Singapura sebab tak payah nak fikir untuk turun naik border banyak kali. Yelah takkan lah nak bercuti sehari je kan dekat situ. Mesti sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam baru puas sikit.

Tarikan utama di Singapura semestinya Universal Studio Singapura. Member aku ada share pengalaman dia pergi ke situ memang takkan puas pergi sehari sebab terdapat banyak sangat permainan yang ada di sana. So, kat sini je dah nampak sehari je tak cukup, ada hati nak ulang alik Johor banyak kali hahaha. Selain daripada USS banyak lagi tempat yang boleh pergi secara lebih santai rupanya di Singapura ni. Antaranya:

  • Madame Tussauds Singapore – Muzeum lilit orang-orang terkenal di serata dunia.
  • Henderson Wave Bridge – Jambatan yang sangat unik dan cantic di waktu malam.
  • Singapore Science Centre – Tidak kurang hebatnya seperti pusat sains kita.
  • Jurong Bird Park – Kanak-kanak pasti sukakannya.
  • Nature Walk Dragon Trail – Tempat rekreasi santai bersama keluarga.

Australia

Ia juga merupakan negara yang agak hamper dengan kita. Namun begitu ia sedikit berbeza dengan Singapura kerana untuk ke sini kita perlu ada visa. Pastikan visa telah lulus terlebih dahulu baru beli tiket, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kemudian hari. Hal ini disebabkan Australia agak ketat dalam proses pengeluaran visa ni. Ada yang kata sebab ramai sangat orang kita yang buat visa dan akhirnya kerja dekat sana. Orang katalah, betul ke tak aku tak pasti. Okay kalau Australia ni aku lebih prefer untuk ke Perth berbanding Sydney sebab lagi banyak aktiviti yang boleh buat dengan keluarga terutamanya. Tetapi kalau korang sukakan laut, pantai dan nak lebih relax Sydney adalah tempat yang baik juga. Aku ni jenis yang suka beraktiviti dan nak manfaatkan sepenuhnya masa yang ada sebab tu prefer untuk ke Perth.

Aku just nak listkan beberapa aktiviti dan tempat yang bagi aku agak menarik untuk pergi dan explore sendiri. Sebab aku rasa tak puas asyik dengar cerita orang je kan, bila dah pergi sendiri nanti baru rasa kepuasan tu. Antaranya ialah: 

  • Kings Park – Taman di dalam bandar yang terbesar di dunia.
  • Marmion Marine Park – Boleh Snorkeling dan sebagainya
  • Perth Zoo – Ada haiwan yang kita tak dapat nak tengok di zoo kita. KOALA.
  • Adventure World – Taman tema yang terdapat di Australia ni
  • Lancelin Sand Dunes – Boleh main sandboarding.

Banyak lagi sebenarnya kalau nak di senaraikan. Namun inilah tempat-tempat yang me rasa agak menarik untuk buat kalau pergi ke Singapura mahupun ke Austarlia. Ada yang nampak biasa macam zoo, pusat sains dan museum lilin tetapi semestinya ianya akan ada perbezaan dengan yang ada di Malaysia yang boleh kita lihat. So, nanti kena buat kiraan bajet untuk kedua-duanya ini dan pilih yang terbaik bersesuaian dengan keseronokan yang boleh dapat nanti. 

Leave a Reply