KOREAN SPICY CHICKEN

Bahan – bahan :

  • ayam
  • tepung bestari
  • sos lingham
  • bijan
  • air

Cara – cara :

cara senang me guna tepung bestari spicy. kalau ada tepung lain pon boleh je guna, tapi yang paling senang setakat ini tepung bestari ni la sebab tak payah telur ke ape. perap kejap then goreng.

sangai bijan kejap.. then angkat.

untuk sos, me malas nak susah-susah ada orang letak cili kering+garlic+cuka+honey+sos tapi me rasa sos lingham ni dah sedap, so me guna je sos cili lingham ni. actually mr.husband memang peminat setia sos lingham biasa kitorang beli dalam botol tu je, ni saje try dalam tube ni tapi macam lagi pedas, i loike. tapi kat situ dia cakap same great taste, ke perasaan kitorang je? hahaa..

tuang sos + air sikit..

sampai mendidih, masukkan ayam yang dah digoreng tadi and lastly masukkan bijan. done 🙂

Spicy Korean Chicken

nak makan dengan ramen, takde ramen plak.. so kita makan dengan spaghetti aglio olio je la.

fuhh, boleh tahan pedas dia..

Leave a Reply