IKAN TALAPIA SOS ALA THAI

1-2 minggu lepas orang duk share kat FB yang mamat dr Thai duk share resepi ikan talapia masak ala thai.. tengok resepi macam senang je, ikan pon last week lagi beli ingat nak goreng biasa cicah sambal kicap je, tapi nampak ramai sangat duk share yang ni terliur la plak haha..

Bahan – bahan :

  • ikan talapia
  • bawang putih
  • sos ikan
  • gula
  • limau nipis
  • cili merah / cili padi
  • daun sup

Cara – cara :

ikut resepi ikan tu dia goreng kosong je and buang sisik. tapi me lumur dengan garam sikit and tak buang sisik, nanti bila goreng garing best sikit makan hehee.. oh untuk ikan, mamat thai tu pakai talapia, tapi ada je member yang dah try buat pakai ikan siakap diorang cakap sedap jugak..

sementara duk goreng ikan tu, bleh prepared untuk sos dia plak.. bawang putih me guna 5 ulas, cincang halus tapi x berapa nak halus la potong macam fobia lagi nak pegang pisau hahaha.. then untuk sos tu me guna 2-3 sudu sos ikan/sotong, 2 sudu gula, 1 cili padi + 1 cili merah (sebab tak nak pedas sangat, nak pedas guna cili padi banyak) daun sup or daun bawang (me guna daun sup je) 1-2 biji limau nipis (me guna 1 sudu je serbuk limau + air panas)

amik sedikit minyak yang goreng ikan tadi untuk tumis bawang putih.. dah nampak garing sikit bawang putih tu, tuang terus bahan sos yang campur tadi and biarkan mendidih sekejap dah boleh tutup api and tuang atas ikan goreng tu.

ikan talapia sos ala thai

Leave a Reply