POPIA COKLAT SALUT NESTUM

balik Raya aritu ada beli Popia Coklat Salut Nestum, konon nanti nak makan makan kat Shah Alam la, tapi on the way balik ke Shah Alam, boleh pulak jem dekat Karak Gombak semua tu, dah la memang kelaparan sebab stop dekat RnR Perasing ke mana ntah punya la kotor tempat makan dia, lalat penuh meja, atas lantai tak payah cakap la, nak makan pon geli. hmm.. sebab dah stuck dalam jem, buka la popia ni. sekelip mata, ehhh dah habis T___T nampak takkk, punya la lapar masa tu HAHA

so, nak dijadikan cerita.. kita buatla popia coklat celup nestum ni.. senang jeeee

bahan – bahan :

  • kulit popia
  • telur
  • coklat
  • nestum

cara – cara :

IMG-20160716-WA0004

1 keping kulit popia tu me potong 4 then potong 8.. then gulung la..memula rajin la, siap gulung pakai toothpick bagai, pastu macam lambat je terus belasah je gulung gitu je. then lekatkan la kat hujung tu dengan telur. tapi terlupa kat rumah takde telur, kita bancuh je tepung gandum dengan air skit, buat jadi gam dia.

2016-07-16 01.51.32

then boleh la goreng. tak sampai half packet pon rasanya gulung aritu, maklumlah start buat pon dah 2pagi

2016-07-16 01.59.03

ni yang dah siap goreng, sementara tu boleh la cairkan coklat. pakai cooking choc biasanya, tapi kebetulan ada coklat beryls yang dark choc, me cairkan yang tu aje.

2016-07-16 02.01.06

nestum terlupa nak beli, ada nestum 3 in 1 kita pakai yang tu aje. amik popia yang dah siap goreng tu, celup dalam coklat then golek golek la dia kat nestum tu.. sebab me pakai choc compound so dia cepat keras, so boleh terus masukkan dalam bekas..

POPIACOKLATNESTUM

Popia Coklat Salut Nestum by NM

Leave a Reply