misi memasang wallpaper lagi. mabuk wallaper agaknya. actually memang dah lama nak pasang wallpaper kat dapur ni, sebab memang duk berkenan dengan corak batu bata putih grey ni, kononnya nak bagi nampak cantik la sebab kitchen cabinet pon white+grey. tapi berbulan lamanya tunggu Kaison restock tak restock pon.. dah ramai PS Kaison me tanya semua cakap takde stock, cari kat Kaison sendiri pon memang takde. so, merajuk la..design paling simple masa tu ada white dot black..
yang ini.. simple je. tapi dalam hati nak and mengharapkan je lagi batu bata putih ni T___T
ruang yang nak dipasang, kat hallway nak ke dapur ni..
sebab mr.husband dah pro ecehhh.. sekejap je dah siap. tapiiiii.. tiba tiba tengok wallpaper dah habis. cis! confident sangat masa beli tu kena pakai 1 roll je. dah la masa beli tu satu ni je tinggal. gelabah la call Kaison sana sini tapi takde stock. lastnya, kebetulan balik beraya aritu saja la terjah Aeon KB, yeay! ada stock. trus la grab.
balik Shah Alam, terus ajak mr.husband settlekan yang tepi tepi tu skit. memang sikit sangat la guna roll baru ni, kalau ada sape nak amik la nak sedekahkan. sebab dah tak tau nak tampal mana lagi. dah siap pasang, tetiba tengok kat group Kaison orang rancak berbual pasal wallpaper batu bata putih tuuuuu and u know whatttttttttt.. Kaison baru restock. GrrrRRrRr!!!! bakpooooooo laaaa.. tapi apakan daya, ni pon baru siap pasang, kang sentap pulak laki iols HAHA.
dah lama cari alphabet ni actually memang berkenan yang Kaison punya. sebab white and MURAH. tapi apakan daya, puas mencari mesti tak cukup huruf. sedih betul. kebetulan before Raya aritu ada pergi Spotlight Ikano, terjumpa benda alah ni. tapi mahal sangat so kena balik pikir 33 kali dulu nak beli ke tak nak. and kebetulan semalam, check website ada sales 50% and buy 2 free 1 cewahh.. apa lagi terus ajak mr.husband pergi Ikano. siap reg member card Spotlight uolsss gara gara nak murah HAHA..memang dah buat kira-kira, kalau tak sales dalam RM48-50 untuk 9 huruf tu, memang tidokkk lerrrr.. sebab Kaison tersangatlah murah rm1.50-1.90 each camtu la. and masa pergi before raya ada sales 30% tu pon duk kira-kira dalam RM34 macam tu, nasib check website semalam ada 50% sales + buy 2 free 1 haruslah grab kan.. jimat banyak 🙂
welcome to NM Kitchen 😉 semoga boleh menghasilkan pelbagai jenis makanan lagi.. heheee
carpet ni pun baru beli semalam, ni pon tragis jugak. before Raya Ikea buat sales tapi dah nak raya PS Ikea semua dah balik kampung, so bila lepas raya kirim kat PS itu ini semua cakap tak sempat nak grab. and kebetulan Anot ada pergi, Ikea tengah restock padahal petang tu check out of stock, gigih tak gigih la setiap masa check website Ikea HAHA. semangat Anot call cakap ada stock and kirim belikan. sekaliiiiii laki dia tersalah amik yang lain. T___________T so pasrah je la, kalau takde orang nak beli me amek je la yang tu, sebab memang before beli tengah pening nak pilih salah satu. tapi, duk tunggu punya tunggu tengok Ikea restock malam tu, terus ajak mr.husband redah ke Ikea. yeah, nampak luas sikit rumah. maybe sebelum ni carpet bawah tu warna gelap sangat kot, tambah plak meja makan pon kaler hitam kan..
Salam nk tya, alphabet yg tulis kaisercraft tu kat mana ya?
Sarah Aliya :: saya beli dekat spotlight ikano